“10–16 Februari: ‘Agar Kamu Boleh Menjadi Sebagai Penakluk’: Ajaran dan Perjanjian 10–11,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 10–11,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Replika manuskrip Kitab Mormon yang asal
10–16 Februari: “Agar Kamu Boleh Menjadi Sebagai Penakluk”
Ajaran dan Perjanjian 10–11
Semasa penterjemahan Kitab Mormon berlangsung, satu soalan timbul: Apa yang Joseph Smith dan Oliver Cowdery perlu lakukan mengenai halaman penterjemahan yang telah hilang? Mungkin masuk akal untuk menterjemahkan semula bahagian itu, tetapi Tuhan melihat sesuatu yang mereka tidak dapat lihat: musuh-musuh mereka merancang untuk mengubah firman di halaman-halaman itu untuk melemparkan keraguan pada pekerjaan Joseph. Tuhan mempunyai rancangan untuk mengelakkan masalah itu dan memastikan pekerjaan itu bergerak ke hadapan. Beribu-ribu tahun sebelumnya, Tuhan mengilhami Nefi untuk menulis catatan kedua yang merangkumi tempoh masa yang sama “untuk tujuan yang bijaksana di dalam-Nya” (1 Nefi 9:5).
“Kebijaksanaan-Ku,” firman Tuhan kepada Joseph, “lebih besar daripada kelicikan iblis” (Ajaran dan Perjanjian 10:43). Itulah pesanan yang meyakinkan untuk zaman kita, apabila musuh memperkuatkan usahanya untuk melemahkan iman. Seperti Joseph, kita boleh menjadi “setia dan meneruskan” dalam pekerjaan yang Tuhan panggil kita lakukan (ayat 3). Kemudian kita akan mendapati bahawa Dia telah menyediakan jalan agar “pintu-pintu gerbang neraka tidak akan berjaya” melawan kita (ayat 69).
Lihat Saints, 1:51–61.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan “tidak akan membiarkan agar Setan akan menjayakan rancangan jahatnya.”
Setan lebih suka jika kita lupa bahawa dia wujud atau kita sekurang-kurangnya gagal mengenali cubaannya untuk mempengaruhi kita (lihat 2 Nefii 28:22–23). Tetapi firman Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 10 mengesahkan bahawa Setan adalah nyata—dan dia secara aktif menentang pekerjaan Tuhan. Dalam ayat 1–33, kenal pasti apa yang Tuhan tahu tentang usaha Setan (lihat juga ayat 62–63). Anda juga boleh meminta Tuhan untuk membantu anda melihat bagaimana Setan cuba menggoda anda. Semasa anda membaca bahagian 10, renungkan bagaimana Juruselamat dapat membantu anda menentang usaha Setan.
Ajaran dan Perjanjian 10:34–52
“Kebijaksanaan [Tuhan] adalah lebih besar daripada kelicikan iblis.”
Nefi tidak tahu mengapa dia diilhami untuk membuat dua set catatan tentang bangsanya. Dan Mormon tidak tahu mengapa dia diilhami untuk memasukkan set kedua dalam kepingan-kepingan emas. Tetapi kedua-dua nabi itu percaya bahawa Tuhan mempunyai “tujuan yang bijaksana” (1 Nefi 9:5; Kata-kata Mormon 1:7). Hari ini kita tahu sekurang-kurangnya sebahagian daripada tujuan itu: iaitu untuk menggantikan 116 halaman Kitab Mormon yang hilang. Apakah yang anda rasa Tuhan mahu anda pelajari dari semua ini? Fikirkan soalan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 10:34–52. Anda juga boleh membuat senarai kebenaran yang anda pelajari tentang Tuhan dari ayat-ayat ini. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini mempengaruhi hubungan anda dengan Dia? Apakah yang mengagumkan anda tentang kebijaksanaan dan pandangan Tuhan dalam persediaan untuk kehilangan 116 halaman itu?
Anda juga mungkin terilham untuk mencari bukti kebijaksanaan dan pandangan-Nya dalam hidup anda. Baca laporan dalam pesanan Elder Ronald A. Rasband “Melalui Rancangan Ilahi”—ia boleh membawa contoh ke minda anda (Persidangan Umum, Okt. 2017). Pertimbangkan untuk menulisnya semasa ia datang kepada anda. Bagaimanakah Tuhan telah bekerja dalam hidup anda? Contohnya, apakah “kebetulan” yang Dia telah sediakan? Apakah landasan yang Dia telah letakkan untuk berkat-berkat anda? Bilakah Dia telah membimbing anda untuk melayani seseorang yang memerlukan?
Lihat juga Roma 8:28; Ajaran dan Perjanjian 90:24; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Plan of Salvation (Rancangan Penyelamatan),” Gospel Library.
Butiran Mormon Abridging the Plates [Mormon Meringkaskan Kepingan-kepingan], oleh Tom Lovell
“Letaklah kepercayaanmu kepada Roh [Tuhan].”
Abang Joseph iaitu Hyrum sangat bersemangat untuk mengetahui hasrat Tuhan untuknya, jadi dia meminta Joseph untuk mencari wahyu bagi pihaknya. Nabi gembira untuk berbuat demikian, tetapi sekurang-kurangnya satu pesanan dalam wahyu itu (Ajaran dan Perjanjian 11) adalah agar Hyrum juga boleh mencari wahyu untuk dirinya sendiri. Begitu juga untuk “semua yang menunjukkan hasrat-hasrat yang baik, dan telah mengayunkan sabit mereka untuk menuai” (ayat 27). Semasa anda membaca bahagian 11, apakah yang anda rasa Tuhan sedang ajar anda tentang wahyu peribadi? Bagaimanakah ini berkaitan dengan apa yang Dia ajarkan Oliver Cowdery dalam bahagian 6–9? Apakah pesanan lain yang Dia ada untuk anda?
Lihat juga “Biar Roh Kudus Membimbing,” Nyanyian Rohani, no. 57.
Jemput para pelajar untuk bertanya soalan. Soalan sering membawa kepada wahyu. Jika anda mengajar keluarga anda atau kelas Gereja, galakkan mereka untuk bertanya soalan, dan bantu mereka mencari jawapan dalam tulisan suci. Contohnya, jika mereka mempunyai soalan tentang wahyu peribadi, carikan jawapan dalam Ajaran dan Perjanjian 11:12–14.
Ajaran dan Perjanjian 11:15–26
Semasa saya berusaha untuk “mendapatkan firman [Tuhan],” saya akan menerima Roh dan kuasa-Nya.
Bahkan sebelum Kitab Mormon diterjemahkan, Hyrum Smith sangat berminat untuk membantu dalam pekerjaan Pemulihan. Semasa anda membaca jawapan Tuhan terhadap hasratnya, pertimbangkan apa ertinya bagi anda untuk “mendapatkan firman [Tuhan]” (ayat 21). Bagaimanakah mendapatkan firman Tuhan membantu anda melayani-Nya dengan kuasa?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Apabila saya berdoa selalu, saya menerima kekuatan daripada Tuhan.
-
Untuk memperkenalkan ayat ini kepada anak-anak anda, anda boleh menanyakan mereka tentang perkara yang mereka “selalu” lakukan. Apakah yang Tuhan katakan kita harus selalu lakukan dalam Ajaran dan Perjanjian 10:5? Mengapakah Dia mahu kita melakukan ini?
-
Bagaimanakah anda dapat membantu anak-anak anda ingat untuk selalu berdoa? Mungkin mereka boleh mengumpulkan beberapa batu kecil dan melukis padanya “Ajaran dan Perjanjian 10:5” atau “Berdoalah Selalu.” Mereka boleh meletakkan batu-batu itu di pelbagai tempat di mana mereka ingin diingatkan untuk berdoa, seperti tepi katil mereka, dekat buku sekolah mereka, atau di mana mereka makan. Menurut Ajaran dan Perjanjian 10:5, bagaimanakah Tuhan memberkati kita ketika kita berdoa? Anak-anak anda boleh mencari jawapan tambahan dalam lagu seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6).
Ajaran dan Perjanjian 11:12–13
Roh Kudus menuntun saya untuk melakukan kebaikan.
-
Kanak-kanak boleh belajar untuk mengenali ketika Roh sedang bercakap dengan mereka. Untuk membantu mereka, anda boleh menyembunyikan mentol cahaya atau lampu suluh dan gambar muka gembira di suatu tempat di dalam bilik; kemudian mintalah anak-anak anda untuk mencari barang-barang ini. Baca Ajaran dan Perjanjian 11:13, dan bantu anak-anak anda mengenal pasti perkataan-perkataan yang berkaitan dengan item yang mereka jumpa. Apakah yang perkataan-perkataan ini ajarkan tentang bagaimana Roh Kudus membantu kita?
-
Berkongsi pengalaman rohani anda sendiri dapat membantu anak-anak anda mengenali pengaruh Roh Kudus dalam kehidupan mereka. Semasa anda berkongsi, minta mereka berkongsi pengalaman mereka juga. Anda juga boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 11:12–13, mencari bagaimana kita dapat mengenali ketika Roh Kudus membimbing kita. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi ingin membimbing kita melalui Roh Kudus.
Ajaran dan Perjanjian 11:21, 26
Saya perlu mengenali injil supaya saya dapat membantu orang lain mencari kebenaran.
-
Seperti Hyrum Smith, anak-anak anda mungkin akan mempunyai banyak peluang untuk berkongsi injil dengan orang lain. Anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 11:21, 26 dan minta anak-anak anda untuk mencari apa yang Tuhan beritahu Hyrum untuk lakukan supaya dia boleh mengajarkan injil. Apakah maksud untuk “mendapatkan” firman Tuhan? Bagaimanakah kita boleh melakukan hal ini? Bagaimanakah kita “simpan baik-baik” firman Tuhan dalam hati kita? Anak-anak anda boleh lakon peranan berkongsi sesuatu tentang Yesus Kristus atau Kitab Mormon dengan orang lain.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.