Ikutlah Aku
20–26 Januari: “Hati Anak-anak Akan Berpaling kepada Nenek Moyang Mereka”: Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65


“20–26 Januari: ‘Hati Anak-anak Akan Berpaling kepada Nenek Moyang Mereka’: Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Joseph Smith menerima penglihatan tentang malaikat Moroni

Butiran dari He Called Me by Name [Dia Memanggil Namaku], oleh Michael Malm

20–26 Januari: “Hati Anak-anak Akan Berpaling Kepada Nenek Moyang Mereka”

Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65

Sudah tiga tahun sejak Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, menampakkan diri kepada Joseph Smith di dalam hutan, tetapi Joseph belum menerima wahyu tambahan sejak itu. Dia mula tertanya-tanya sama ada Tuhan tidak berkenan dengannya. Seperti kita semua, dia telah membuat kesilapan, dan oleh itu dia merasa dihukum. Namun Tuhan masih mempunyai pekerjaan untuk dia lakukan. Dan pekerjaan yang Joseph dipanggil untuk lakukan adalah berkaitan dengan apa yang Tuhan minta dari kita. Joseph akan membawa Kitab Mormon; kita dijemput untuk berkongsi pesanannya. Joseph akan menerima kunci-kunci imamat untuk memalingkan hati anak-anak kepada nenek moyang mereka; sekarang kita boleh menerima tatacara-tatacara bagi nenek moyang kita di bait suci. Joseph diberitahu tentang nubuat-nubuat yang akan segera digenapi; kita dipanggil untuk membantu memenuhi nubuat-nubuat ini. Apabila kita mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan, kita diharapkan untuk menghadapi pertentangan dan juga penganiayaan, seperti yang Nabi lalui. Tetapi kita juga boleh beriman bahawa Tuhan akan menjadikan kita alat di tangan-Nya, sama seperti yang Dia lakukan kepada Joseph.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Joseph Smith—Sejarah 1:27–33

ikon seminari
Tuhan mempunyai pekerjaan untuk saya lakukan.

Untuk mempercayai bahawa Tuhan mempunyai pekerjaan untuk Joseph Smith lakukan—kita boleh melihat kembali kehidupannya dan melihat dengan jelas apa yang dia telah capai. Tetapi pernahkah anda menganggap bahawa Tuhan juga mempunyai pekerjaan untuk anda? Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:27–33, fikirkan tentang apa pekerjaan itu. Bagaimanakah ia menyumbang kepada Pemulihan injil Juruselamat yang berterusan?

Elder Gary E. Stevenson mengajar: “Semasa kita datang kepada Kristus dan membantu orang lain melakukan yang sama, kita terlibat dalam pekerjaan keselamatan dan permuliaan Tuhan, yang tertumpu pada tanggungjawab yang dilantik secara ilahi. Tanggungjawab-tanggungjawab ini mudah, berilham, mendorong, dan boleh dilakukan. Inilah tanggungjawab-tanggungjawab itu:

  • Menjalankan injil Yesus Kristus

  • Menjaga orang yang memerlukannya

  • Menjemput semua untuk menerima injil

  • Menyatukan keluarga untuk keabadian” (“Indah dan Mudah,” Persidangan Umum, Okt. 2021).

Renungkan pengalaman yang anda pernah ada dengan mengambil bahagian dalam setiap tanggungjawab ilahi ini. Apakah yang Juruselamat ingin anda lakukan seterusnya? Terdapat halaman Topics and Questions (Topik dan Soalan) untuk setiap tanggungjawab ini (lihat “Our Role in God’s Work of Salvation and Exaltation (Peranan Kita dalam Pekerjaan Penyelamatan dan Permuliaan Tuhan),” Gospel Library). Anda boleh meneroka halaman-halaman ini untuk membantu anda menjawab soalan ini.

Ada masanya anda mungkin merasakan bahawa Tuhan tidak dapat menggunakan anda kerana kesilapan yang anda telah buat. Apakah yang kita pelajari daripada contoh Joseph Smith dalam Joseph Smith—Sejarah 1:28–29? Bagaimanakah anda boleh tahu di mana “kedudukan [anda] di hadapan [Tuhan]”?

Tanya soalan yang menggalakkan perbincangan yang bermakna. Soalan yang mempunyai lebih dari satu jawapan yang betul menjemput pelajar untuk menjawab berdasarkan pemikiran, perasaan, dan pengalaman peribadi mereka. Soalan-soalan dalam panduan ini adalah contoh-contoh ini.

Lihat juga “Youth Responsibility in the Work of Salvation (Tanggungjawab Remaja dalam Pekerjaan Penyelamatan)” (video), ChurchofJesusChrist.org; “Pekerjaan Penyelamatan dan Permuliaan,” Buku Panduan Umum, 1.2.

3:15

Youth Responsibility in the Work of Salvation

Joseph Smith—Sejarah 1:34–47

Dengan memulihkan injil-Nya, Juruselamat memenuhi nubuat-nubuat kuno.

Ketika Moroni muncul kepada Joseph Smith, dia mengungkapkan beberapa nubuat Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, seperti Yesaya 11; Kisah Rasul-Rasul 3:22–23; dan Yoel 2:28–32. Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:34–47, fikirkan mengapa nubuat-nubuat ini mungkin penting untuk Joseph ketahui. Mengapa ia penting untuk anda ketahui?

Anda juga boleh membaca apa yang Elder David A. Bednar ajarkan tentang kunjungan pertama Moroni kepada Joseph Smith dalam “Dengan Kuasa Tuhan dalam Kemuliaan yang Agung” (Liahona, Okt. 2021, 28).

13:16

Dengan Kuasa Tuhan dalam Kemuliaan yang Agung

Lihat juga “Malaikat Syurgawi,” Nyanyian Rohani, no. 7.

Joseph Smith—Sejarah 1:48–60

Tuhan akan menyediakan saya untuk bekerja dalam kerajaan-Nya.

Joseph hanya berumur 17 tahun ketika dia pertama kali melihat kepingan-kepingan emas. Namun, ia tidak diserahkan ke dalam penjagaannya, sehingga empat tahun kemudian. Baca Joseph Smith—Sejarah 1:48–60, carilah apa yang berlaku dalam kehidupan Joseph pada masa itu. Bagaimanakah peristiwa-peristiwa ini menyediakan dia untuk pekerjaan yang Tuhan panggil dia untuk lakukan? Apakah pengalaman yang anda ada yang telah menyediakan anda untuk melayani Tuhan dan orang lain? Apakah yang anda sedang alami yang boleh membantu anda bersedia untuk pelayanan masa depan?

lukisan Bukit Kumora, berdekatan Manchester, New York

Hill Cumorah [Bukit Kumora], oleh Al Rounds

Ajaran dan Perjanjian 2

Tuhan menghantar Elia untuk memalingkan hati saya kepada nenek moyang saya.

Apakah yang perkataan seperti “menanamkan,” “hati” dan “berpaling” dalam bahagian ini mengajar anda tentang misi Elia dan berkat-berkat kunci imamat yang dipulihkannya? Bagaimanakah anda merasakan hati anda telah berpaling kepada nenek moyang anda? Fikirkan cara anda boleh lebih kerap mengalami perasaan seperti itu. Mencari nenek moyang anda dan melaksanakan tatacara-tatacara bagi mereka di bait suci adalah satu cara (lihat FamilySearch.org). Apakah yang lain yang anda boleh fikirkan?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 110:13–16; Gerrit W. Gong, “Kebahagiaan dan Selamanya,” Persidangan Umum, Okt. 2022.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Joseph Smith—Sejarah 1:28–29

Saya boleh berdoa dan diampuni.

  • Kita semua kadang-kadang merasa “dihukum kerana kelemahan dan ketidaksempurnaan kita,” seperti Joseph Smith rasakan. Anda dan anak-anak anda boleh mengkaji Joseph Smith—Sejarah 1:29 bersama, mencari apa yang Joseph lakukan ketika dia rasa seperti itu. Apakah yang kita dapat pelajari daripada contoh Joseph yang dapat membantu kita apabila kita melakukan kesilapan? Mengapakah ia penting untuk mengetahui bahawa Joseph dipanggil oleh Tuhan walaupun dia tidak sempurna?

Joseph Smith—Sejarah 1:27–54

Bapa Syurgawi memanggil Joseph Smith untuk membantu Dia melakukan pekerjaan-Nya.

  • Anak-anak anda boleh berpura-pura menjadi Joseph Smith ketika anda menceritakan laporan kunjungan Moroni dalam Joseph Smith—Sejarah 1:27–54 atau “Bab 3: Malaikat Moroni dan Kepingan-kepingan Emas” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 13–17, atau video yang berkenaan di Gospel Library). Contohnya, mereka boleh melipat tangan seperti mereka berdoa atau berpura-pura memanjat Bukit Kumora, dan sebagainya. Kemudian anda boleh meminta mereka untuk bercakap tentang apa yang Tuhan panggil Joseph Smith lakukan dan bagaimana kita diberkati sebagai hasilnya. Contohnya, bagaimanakah kita telah diberkati kerana Joseph Smith telah menterjemahkan Kitab Mormon? Bagaimanakah pekerjaannya membantu kita lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

2:27

Malaikat Moroni Kunjungi Joseph Smith: Belajar tentang kitab kudus

3:45

Joseph dan Emma: Bekerjasama untuk membawa Kitab Mormon kepada dunia

Ajaran dan Perjanjian 2

Bapa Syurgawi mahu keluarga dimeteraikan dalam bait suci.

  • Anda dan anak-anak anda boleh melihat beberapa gambar keluarga anda, mungkin termasuk gambar keluarga anda di bait suci (atau lihat Buku Seni Injil, no. 120). Anda kemudiannya boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 2 dan saling berkongsi fikiran anda tentang mengapa kita mempunyai bait suci dan mengapa Bapa Syurgawi mahu keluarga bersama selamanya. Pertimbangkan untuk menyanyi bersama “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-anak, 98). Apakah lagu ini katakan tentang apa yang kita boleh lakukan untuk bersama keluarga kita selamanya?

Young Couple Going to the Temple, English
Bait suci Palmyra New York

Bait suci Palmyra New York

Ajaran dan Perjanjian 2

Mempelajari tentang nenek moyang saya boleh membawa saya kegembiraan.

  • Kanak-kanak boleh menjadi teruja dan merasai kegembiraan atas sejarah keluarga. Untuk membantu mereka, anda boleh berkongsi cerita atau gambar nenek moyang anda. Bercakap dengan anak-anak anda tentang kehidupan nenek moyang mereka ketika mereka masih kanak-kanak. Anak-anak anda juga boleh menikmati beberapa aktiviti sejarah keluarga di FamilySearch.org/discovery.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

malaikat Moroni menunjukkan Joseph Smith di mana kepingan-kepingan emas disembunyikan

Joseph Receives the Plates [Joseph Menerima Kepingan-kepingan], oleh Gary E. Smith

halaman aktiviti untuk kanak-kanak