“6–12 Januari: ‘Dengarlah, Wahai Kamu’: Ajaran dan Perjanjian 1,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 1,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
6–12 Januari: “Dengarlah, Wahai Kamu”
Ajaran dan Perjanjian 1
Pada November 1831, Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan hanya berusia satu setengah tahun. Walaupun berkembang, ia masih merupakan kumpulan penganut kecil yang tinggal di bandar yang agak kecil, dipimpin oleh seorang nabi berusia pertengahan dua puluhan. Tetapi Tuhan menganggap para penganut ini sebagai hamba-Nya dan utusan-Nya, dan Dia mahu wahyu-wahyu yang Dia berikan kepada mereka diterbitkan kepada dunia.
Ajaran dan Perjanjian bahagian 1 adalah kata pengantar atau pengenalan Tuhan, kepada wahyu-wahyu ini. Ia jelas menunjukkan meskipun keahlian Gereja adalah kecil, tidak ada apa-apa yang kecil tentang pesanan yang Tuhan mahu Orang Suci-Nya berkongsi. Ia adalah “suara peringatan” untuk seluruh “penduduk bumi,” mengajar mereka untuk bertaubat dan menegakkan “perjanjian abadi” (ayat 4, 8, 22). Para hamba yang membawa pesanan ini adalah “yang lemah dan yang sederhana.” Tetapi hamba-hamba yang rendah hati adalah siapa yang Tuhan panggil—pada masa itu dan sekarang—untuk membawa Gereja-Nya “keluar dari keadaan yang tidak dikenali dan dari kegelapan” (ayat 23, 30).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
“Dengarlah, Wahai kamu.”
Kata pengantar memperkenalkan sebuah buku. Ia mengenal pasti tema dan tujuan buku dan membantu pembaca bersiap untuk membaca. Semasa anda membaca bahagian 1—”kata pengantar” Tuhan untuk Ajaran dan Perjanjian (ayat 6)—carilah tema dan tujuan yang Tuhan berikan untuk wahyu-wahyu-Nya. Apakah yang anda pelajari yang akan membantu anda dalam pengkajian anda tentang Ajaran dan Perjanjian tahun ini? Contohnya, anda mungkin merenungkan tentang maksud untuk “mendengar suara Tuhan” dalam wahyu-wahyu ini (ayat 14) atau untuk “selidikilah perintah-perintah ini” (ayat 37).
Lihat juga pengenalan Ajaran dan Perjanjian.
Ajaran dan Perjanjian 1:4–6, 23–24, 37–39
Tuhan berbicara melalui hamba-hamba-Nya, termasuk para nabi zaman akhir.
Bahagian 1 bermula dan berakhir dengan pengisytiharan Tuhan bahawa Dia berfirman melalui hamba-Nya yang dipilih (lihat ayat 4–6, 23–24, 38). Tuliskan apa yang anda pelajari dari wahyu ini tentang:
-
Tuhan dan suara-Nya.
-
Mengapakah para nabi diperlukan di zaman kita.
Apakah yang anda terdorong untuk lakukan hasil dari penemuan anda?
Bilakah anda pernah mendengar suara Tuhan melalui suara hamba-hamba-Nya? (lihat ayat 38).
Anda juga boleh bayangkan seorang kawan yang tidak tahu tentang nabi hidup sedang membaca bahagian 1 bersama anda. Apakah soalan yang kawan anda ada? Ayat manakah yang anda ingin bincangkan dengan kawan anda untuk membantu dia memahami perasaan anda tentang adanya nabi di zaman kita?
Anda mungkin ingin tahu bahawa apabila majlis penatua bertemu pada tahun 1831 untuk berbincang tentang penerbitan wahyu Joseph Smith, beberapa orang menentang idea itu. Mereka malu dengan kelemahan Joseph dalam penulisan, dan mereka bimbang bahawa penerbitan wahyu-wahyu itu mungkin akan mendatangkan lebih banyak masalah bagi Orang Suci (lihat Saints, 1:140–43). Jika anda pernah menjadi ahli majlis ini, bagaimana anda akan menyampaikan kebimbangan ini? Apakah pandangan yang anda temui dalam bahagian 1 yang mungkin membantu? (lihat, contohnya, ayat 6, 24, 38).
Pertimbangkan untuk memasukkan lagu rohani seperti “Mari Dengar Suara Nabi” (Nyanyian Rohani, no. 9) dalam kajian dan penyembahan anda. Cari frasa dalam lagu rohani yang mengajar asas-asas yang sama seperti ayat-ayat dalam bahagian 1.
Lihat juga Topics and Questions [Topik dan Soalan], “Prophets [Nabi],” Gospel Library.
Tuhan berfirman kepada kita melalui hamba-hamba-Nya, para nabi.
Ajaran dan Perjanjian 1:12–30, 34–36
Pemulihan membantu saya menghadapi cabaran zaman akhir.
Dalam Ajaran dan Perjanjian bahagian 1, Tuhan menjelaskan mengapa Dia memulihkan injil-Nya. Lihat seberapa banyak sebab-sebab yang anda boleh senaraikan semasa anda membaca ayat 12–23. Dalam pengalaman anda, bagaimanakah tujuan Tuhan untuk Pemulihan telah dicapai?
Tuhan tahu bahawa zaman kita akan menghadapi cabaran yang serius (lihat ayat 17). Apakah yang anda temui dalam ayat 17–30, 34–36 yang membantu anda merasa kedamaian dan keyakinan walaupun menghadapi cabaran-cabaran ini?
Lihat juga Russell M. Nelson, “Mendakap Masa Depan dengan Iman,” Persidangan Umum, Okt. 2020.
Tuhan menggunakan “yang lemah dan yang sederhana” untuk mencapai pekerjaan-Nya.
Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 1:19–28, anda boleh merenungkan apa yang dimaksudkan untuk menjadi hamba Tuhan. Apakah ciri-ciri yang Tuhan mahu pada hamba-hamba-Nya? Apakah yang Tuhan telah capai melalui hamba-hamba-Nya? Bagaimanakah nubuat-nubuat dalam ayat-ayat ini dipenuhi di seluruh dunia dan dalam kehidupan anda sendiri?
Carilah Yesus Kristus. Tujuan tulisan suci adalah untuk bersaksi tentang Juruselamat dan injil-Nya. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 1, pertimbangkan untuk menandakan atau mencatat ayat-ayat yang mengajar anda sesuatu tentang Yesus Kristus.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 1:4, 37–39
Melalui para nabi-Nya, Tuhan memperingatkan kita tentang bahaya rohani.
-
Untuk memulakan perbincangan tentang amaran-amaran Tuhan, anda boleh bercakap tentang amaran-amaran yang kita terima daripada orang lain tentang bahaya yang kita tidak dapat lihat. Beberapa contoh mungkin termasuk lantai licin, ribut yang akan datang, atau kereta yang mendekati. Anda dan anak-anak anda boleh melihat contoh-contoh tanda amaran dan membandingkan amaran ini dengan amaran-amaran yang Tuhan berikan kepada kita. Menurut Ajaran dan Perjanjian 1:4–6, 37–39, bagaimanakah Tuhan memperingatkan kita? Apakah amaran yang Dia telah berikan kepada kita baru-baru ini? Anda boleh menonton atau membaca beberapa bahagian pesanan persidangan umum baru-baru ini dan mencari contoh “suara peringatan” Tuhan.
-
Nyanyi bersama lagu tentang nabi, seperti ayat terakhir “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-anak, 58). Kongsi kesaksian anda bahawa nabi menyampaikan firman Tuhan.
Pemulihan membantu saya menghadapi cabaran zaman akhir.
-
Untuk menggalakkan perbincangan tentang Ajaran dan Perjanjian 1:17, anda dan anak-anak anda boleh membayangkan anda sedang bersedia untuk perjalanan. Apakah yang akan anda bawa? Jika anda tahu bahawa ia akan hujan atau kereta atau bas anda akan menghadapi tayar pancit, bagaimana ia akan mempengaruhi cara anda bersedia untuk perjalanan itu? Baca bersama ayat 17, dan bincangkan apa yang Tuhan tahu akan berlaku kepada kita. Bagaimanakah Dia bersedia untuk itu? (Jika perlu, jelaskan bahawa “malapetaka” adalah bencana atau perkara yang dahsyat.) Bagaimanakah perintah-perintah Tuhan membantu kita menangani cabaran masa kita?
Ajaran dan Perjanjian 1:17, 29
Tuhan memanggil Joseph Smith untuk menjadi seorang nabi.
-
Untuk mempelajari tentang peranan Joseph Smith dalam memulihkan injil Juruselamat, anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar Juruselamat dan gambar Joseph Smith (lihat gambar-gambar dalam panduan ini) dan bincangkan apa yang Juruselamat berikan kepada kita melalui Joseph Smith. Anak-anak anda boleh mencari contoh dalam Ajaran dan Perjanjian 1:17, 29. Beritahu anak-anak anda bagaimana anda tahu bahawa Tuhan “memanggil hamba-Ku Joseph Smith Jr. dan berfirman kepadanya dari syurga” (ayat 17).
© 1998 David Lindsley
Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah “satu-satunya gereja Tuhan yang benar dan hidup.”
-
Apakah maksud Gereja itu “benar dan hidup”? Untuk membantu anak-anak anda berfikir tentang soalan ini, anda boleh tunjukkan mereka benda hidup dan tidak hidup—seperti tumbuhan hidup dan tumbuhan yang mati. Bagaimanakah kita tahu sesuatu itu hidup? Kemudian anda boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 1:30 dan bercakap tentang apa maksudnya bagi Gereja untuk menjadi “benar dan hidup.”
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.