“Suara-suara Pemulihan: Keluarga Joseph Smith,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Keluarga Joseph Smith,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Suara-suara Pemulihan
Keluarga Joseph Smith
Setiap kita sangat terpengaruh oleh kehidupan keluarga kita, dan Joseph Smith juga sama. Kepercayaan dan amalan agama ibu bapanya menanam benih iman yang memungkinkan Pemulihan itu. Jurnal Joseph mencatatkan penghormatan ini: “Kata-kata dan bahasa tidak memadai untuk menyatakan rasa kesyukuran saya kepada Tuhan kerana telah memberikan saya asal usul yang begitu terhormat.”
Petikan berikut dari ibunya, Lucy Mack Smith; adik lelakinya William Smith; dan Nabi sendiri memberi kita gambaran tentang pengaruh agama di dalam rumah Smith.
Joseph Smith Family [Keluarga Joseph Smith], oleh Dan Baxter
Lucy Mack Smith
“[Sekitar 1802], saya telah jatuh sakit. … Saya berkata kepada diri sendiri, saya tidak bersedia untuk mati kerana saya tidak tahu jalan Kristus, dan seolah-olahnya bagi saya terdapat jurang yang gelap dan sepi di antara saya dan Kristus yang saya tidak berani untuk menyeberang. …
“Saya memandang kepada Tuhan dan merayu dan memohon kepada Tuhan agar dia akan melepaskan hidup saya agar saya dapat membawa anak-anak saya dan menghiburkan hati suami saya; dengan itu saya meletakkan semua semalaman. … Saya berjanji dengan Tuhan [bahawa] jika dia membiarkan saya hidup saya akan berusaha untuk mendapatkan agama itu yang membolehkan saya melayani dia dengan betul, sama ada di dalam Alkitab atau di mana pun ia dijumpai, bahkan jika ia diperoleh dari syurga dengan doa dan iman. Akhirnya satu suara berbicara kepada saya dan berkata, ‘Carilah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Tuhan akan membukanya bagi kamu. Janganlah kamu risau. Percayalah kepada Tuhan; dan percayalah kepada-Ku juga.’ …
“Dari masa ini saya mendapat kekuatan berterusan. Saya berbicara tetapi sedikit mengenai subjek agama walaupun ia menduduki fikiran saya sepenuhnya, dan saya fikir saya akan melakukan segala usaha sebaik sahaja saya dapat mencari orang yang soleh yang mengetahui cara Tuhan untuk mengajar saya dalam perkara-perkara Syurga.”
William Smith
“Ibu saya, seorang wanita yang sangat alim dan berminat dengan kebajikan anak-anaknya, baik di sini dan di akhirat, memanfaatkan segala cara yang dicadangkan oleh kasihnya [sebagai] ibu bapa, supaya kami terlibat dalam mencari keselamatan jiwa kami, atau (seperti istilah itu) ‘dalam mendapatkan agama.’ Dia membawa kami untuk menghadiri pertemuan, dan hampir seluruh keluarga menjadi tertarik dengan perkara itu, dan mencari kebenaran.”
“Kami sentiasa mengadakan doa keluarga. Saya masih ingat ayah biasa membawa cermin matanya di dalam poket rompinya, … dan ketika kami anak-anak lelakinya melihat dia meraba-raba untuk cermin matanya, kami tahu itu isyarat untuk bersiap untuk berdoa, dan jika kami tidak menyedarinya ibu akan berkata, ‘William, ‘atau sesiapa yang cuai,’ bersiap sedia untuk berdoa.’ Selepas doa, kami mempunyai lagu yang akan kami nyanyikan.”
Joseph Sr. dan Lucy Smith mengajar keluarga mereka untuk mengkaji tulisan suci.
Joseph Smith
“Sekarang saya katakan, bahawa [ayah saya] tidak pernah melakukan perbuatan yang boleh dikatakan tidak sopan, dalam hidupnya, dalam pengetahuan saya. Saya mengasihi ayah saya dan ingatan tentangnya; dan ingatan akan perbuatannya yang mulia, berdiam dengan minda yang berat di fikiran saya; dan banyak kata-kata baik dan kata-kata orang tua kepada saya, tertulis pada lubuk hati saya. Kudus kepada saya, adalah fikiran yang saya hargai tentang sejarah hidupnya, yang telah melancarkan minda saya dan telah ditanam di sana, dengan pemerhatian saya sendiri sejak saya dilahirkan. … Ibu saya juga merupakan salah seorang yang paling mulia dan yang terbaik dari semua wanita.”