Ikutlah Aku
30 Disember–5 Januari: “Pemulihan yang Telah Dijanjikan Ini Akan Terus Maju”: Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus


“30 Disember–5 Januari: ‘Pemulihan yang Telah Dijanjikan Ini Akan Terus Maju’: Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

matahari di langit

30 Disember–5 Januari: “Pemulihan yang Telah Dijanjikan Ini Akan Terus Maju”

Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus

Bagaimanakah anda merayakan ulang tahun ke-200 peristiwa yang mengubah dunia? Itulah soalan Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul yang direnungkan semasa April 2020 mendekati, menandakan 200 tahun semenjak Penglihatan Pertama Joseph Smith. “Kami tertanya-tanya jika sebuah monumen harus didirikan,” kenang Presiden Russell M. Nelson. Tetapi ketika kami pertimbangkan kesan unik bersejarah dan antarabangsa daripada Penglihatan Pertama, kami merasa didorong untuk mencipta sebuah monumen bukan daripada granit atau batu tetapi dalam bentuk kata-kata … , bukan diukir pada “batu tulis” tetapi diukir lebih dalam “pada hati manusia” dalam hati kita [2 Korintus 3:3]” (“Dengarkanlah Dia,” Persidangan Umum, April 2020).

Monumen kata-kata yang dicipta bertajuk “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia.” Ia bukan sahaja monumen untuk Penglihatan Pertama tetapi juga kepada semua yang Yesus Kristus telah lakukan—dan masih melakukan—sejak itu. Pemulihan injil-Nya bermula apabila seseorang berpaling kepada Tuhan dan mendengar-Nya. Ia berterusan dengan cara yang sama: satu hati, satu pengalaman yang kudus pada satu masa—termasuklah hati anda.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

“Tuhan Bapa mengasihi anak-anak-Nya dalam setiap bangsa di dunia ini.”

Pada pendapat anda, mengapakah perisytiharan tentang Pemulihan bermula dengan pernyataan tentang kasih Tuhan? Semasa anda mengkaji perisytiharan itu, carikan ungkapan kasih Tuhan untuk “anak-anak-Nya dalam setiap bangsa di dunia.” Bagaimanakah Pemulihan injil membantu anda merasakan kasih-Nya?

Lihat juga Gerrit W. Gong, “Semua Negara, Kaum dan Bahasa,” Persidangan Umum, Okt. 2020.

Pemulihan bermula dengan jawapan kepada soalan.

Boleh dikatakan bahawa Juruselamat memulakan Pemulihan injil-Nya dengan menjawab soalan. Apakah pesanan yang anda rasa perisytiharan Pemulihan berikan kepada seseorang yang mempunyai soalan tentang Tuhan, injil, atau “keselamatan jiwanya”? Anda juga boleh mengkaji Joseph Smith—Sejarah 1:5–20 untuk melihat apa yang anda boleh pelajari dari Joseph Smith dalam mencari jawapan kepada soalan injil.

Lihat juga Topics and Questions [Topik dan Soalan], “Seeking Answers [Mencari Jawapan],” Gospel Library.

lukisan Joseph Smith memandang ke atas di hutan

Butiran dari The Desires of My Heart [Hasrat Hatiku], oleh Walter Rane

ikon seminari
Yesus Kristus telah memulihkan Gereja-Nya.

Apakah yang anda tahu tentang “Gereja Perjanjian Baru Kristus,” yang Juruselamat pulihkan melalui Joseph Smith? Pertimbangkan untuk mengkaji tulisan suci ini dan senaraikan beberapa ciri-ciri Gereja-Nya:

  • Matius 16:15–19

  • Markus 16:15–18

  • Lukas 6:12–13

  • Kisah Rasul-Rasul 4:34–35

  • 1 Korintus 15:29

  • Efesus 4:11–15

Seterusnya, anda boleh memadankan tulisan suci di atas dengan yang di bawah, yang menggambarkan bagaimana Yesus Kristus memulihkan ciri-ciri Gereja-Nya melalui Joseph Smith:

Mengapakah anda bersyukur untuk Pemulihan injil Yesus Kristus?

Elder Jeffrey R. Holland dan isterinya pernah cuba membayangkan bagaimana perasaan mereka untuk hidup sebelum Gereja dipulihkan. “Apakah yang kita harap kita ada?” mereka bertanya kepada diri sendiri. Baca tentang pengalaman mereka dalam “Kecerahan Harapan Yang Sempurna” (Persidangan Umum, April 2020, 81–82). Bagaimanakah Pemulihan telah membantu memenuhi harapan rohani anda?

Lihat juga Topics and Questions [Topik dan Soalan], “Apostasy and the Restoration of the Gospel [Kemurtadan dan Pemulihan Injil],” Gospel Library.

“Pemulihan yang telah dijanjikan ini akan terus maju.”

Pernahkah anda rasa diri anda sebagai sebahagian daripada Pemulihan injil? Pertimbangkan kata-kata Presiden Dieter F. Uchtdorf ini: “Kadangkala kita berfikir tentang Pemulihan Injil sebagai sesuatu yang sudah selesai, sudah di belakang kita. … Sebenarnya, Pemulihan adalah proses berterusan; kita hidup di dalamnya sekarang” (“Adakah Kamu Terus Tertidur semasa Pemulihan Terjadi?,” Persidangan Umum, April 2014).

Semasa anda bersedia untuk mengkaji bagaimana injil telah dipulihkan pada tahun 1800-an, anda boleh bermula dengan merenungkan bagaimana ia dipulihkan dalam hidup anda. Baca perisytiharan Pemulihan dengan soalan seperti ini di minda: Bagaimanakah saya tahu bahawa ini benar? Bagaimanakah saya mengambil bahagian dalam Pemulihan hari ini?

“Syurga terbuka.”

Apakah erti frasa “syurga terbuka” kepada anda? Apakah bukti yang anda lihat—dalam perisytiharan Pemulihan, dalam Gereja hari ini, dalam tulisan suci, dan dalam kehidupan anda—bahawa syurga benar-benar terbuka?

Anda juga boleh memasukkan “Pagi Tiba, Gelap Lenyap” (Nyanyian Rohani, no. 1) sebagai sebahagian daripada kajian anda. Apakah yang anda temui dalam lagu rohani ini yang menambah kepada pemahaman anda tentang frasa “syurga terbuka”?

Lihat juga Quentin L. Cook, “Berkat Wahyu yang Berterusan kepada Nabi dan Wahyu Peribadi untuk Membimbing Kehidupan Kita,” Persidangan Umum, April 2020.

Belajar bersama. Presiden Nelson menjemput kita untuk “kaji [perisytiharan Pemulihan] secara peribadi dan bersama ahli keluarga dan kawan [kita]” (“Dengarkanlah Dia,” 92). Pertimbangkan bagaimana anda boleh melibatkan orang lain dalam kajian anda.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

“Kami sesungguhnya mengisytiharkan.”

  • Semasa anda membaca sebahagian perisytiharan Pemulihan dengan anak-anak anda (atau tonton video Presiden Nelson membacanya), bantu mereka mencari ayat-ayat yang bermula dengan frasa seperti “kami mengisytiharkan,” atau “kami bersaksi.” Apakah kebenaran yang nabi dan rasul kita isytiharkan? Anda dan anak-anak anda boleh berkongsi kesaksian tentang beberapa kebenaran yang sama ini.

    6:0

    The Restoration of the Fulness of the Gospel of Jesus Christ

“Joseph Smith … mempunyai soalan.”

  • Anak-anak anda boleh meneroka beberapa soalan Joseph Smith yang mendatangkan Pemulihan injil Juruselamat. Bantu mereka mencari beberapa contoh dalam Joseph Smith—Sejarah 1:10, 29, 68. Bagaimanakah kita diberkati hari ini kerana Tuhan telah menjawab soalan Joseph Smith?

  • Anda juga boleh memberi anak-anak anda peluang untuk berbincang tentang soalan-soalan yang mereka ada. Apakah yang kita pelajari dari Joseph Smith tentang bagaimana untuk mencari jawapan? (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:8–17.

“Para utusan syurgawi telah datang untuk mengarahkan Joseph.”

  • Siapakah “utusan syurgawi yang telah datang untuk mengarahkan Joseph”? Anak-anak anda boleh mencari gambar-gambar mereka dalam Buku Seni Injil (lihat no. 91, 93, 94, 95). Bagaimana setiap utusan ini membantu “menubuhkan semula Gereja Yesus Kristus”? Tulisan suci yang dicadangkan di halaman aktiviti minggu ini dapat membantu anak-anak anda menjawab soalan ini.

The Prophet Joseph Smith sitting on his bed in the Smith farm house. Joseph has a patchwork quilt over his knees. He is looking up at the angel Moroni who has appeared before him. Moroni is depicted wearing a white robe. The painting depicts the event wherein the angel Moroni appeared to the Prophet Joseph Smith three times in the Prophet's bedroom during the night of September 21, 1823 to inform him of the existence and location of the gold plates, and to instruct him as to his responsibility concerning the plates.

Yesus Kristus telah memulihkan Gereja-Nya.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu anak-anak anda memahami maknanya untuk Gereja Juruselamat dipulihkan? Mereka boleh membina menara mudah dengan blok atau cawan dan “memulihkan,” atau membinanya semula. Atau, jika anak-anak anda pernah menggantikan sesuatu kerana ia telah hilang atau rosak, anda boleh membandingkan pengalaman itu dengan Juruselamat memulihkan Gereja-Nya. Bantu mereka mencari perkara tertentu yang disebutkan dalam perisytiharan Pemulihan yang Juruselamat telah pulihkan.

bapa dan anak-anak bermain blok

“Syurga itu terbuka.”

  • Untuk menggambarkan maksud frasa “syurga itu terbuka”, anda boleh berkongsi pesanan dengan anak-anak anda, pertama di belakang pintu tertutup dan kemudian melalui pintu terbuka. Biarkan mereka bergilir berkongsi satu pesanan. Apakah pesanan yang Yesus Kristus ada untuk kita? Apakah pengalaman yang telah membantu kita mengetahui bahawa syurga terbuka kepada kita?

2:39

Tentang Ajaran dan Perjanjian: Tuhan berbicara lagi

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.