“13–19 Januari: ‘Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya’: Joseph Smith—Sejarah 1:1–26,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Joseph Smith—Sejarah 1:1–26,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Sacred Grove [Hutan Kudus], oleh Greg K. Olsen
13–19 Januari: “Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya”
Joseph Smith—Sejarah 1:1–26
Anda boleh kata Ajaran dan Perjanjian adalah jawapan kepada doa: banyak wahyu kudus dalam kitab ini datang sebagai jawapan kepada soalan-soalan. Soalan yang memulakan semuanya—yang mencetuskan pencurahan wahyu zaman akhir—ditanya oleh seorang pemuda yang berumur 14 tahun. “Peperangan kata-kata dan kekacauan pendapat” (Joseph Smith—Sejarah 1:10) telah meninggalkan Joseph Smith keliru tentang agama dan hubungannya dengan Tuhan. Anda mungkin boleh memahami itu. Kita temui banyak percanggahan idea dan suara yang memujuk di zaman kita. Apabila kita ingin menyusun pesanan-pesanan ini dan mencari kebenaran, kita boleh melakukan apa yang Joseph lakukan. Kita boleh menanyakan soalan, mengkaji tulisan suci, merenung, dan bertanya kepada Tuhan. Sebagai jawapan kepada doa Joseph, satu tiang cahaya turun dari syurga. Tuhan Bapa dan Yesus Kristus muncul dan menjawab soalan-soalannya. Kesaksian Joseph tentang pengalaman menakjubkan itu dengan berani mengisytiharkan bahawa sesiapa “yang kekurangan hikmat boleh memintakannya kepada Tuhan, dan menerimanya” (Joseph Smith—Sejarah 1:26). Kita semua dapat menerima, jika bukan penglihatan syurgawi, sekurang-kurangnya penglihatan yang jelas, diterangi dengan cahaya syurgawi.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Joseph Smith ialah Nabi Pemulihan.
Tujuan sejarah Joseph Smith adalah untuk membolehkan kita “memiliki fakta-fakta” kerana kebenaran tentang Joseph sering diputarbelitkan (Joseph Smith—Sejarah 1:1). Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:1–26, apakah yang menguatkan kesaksian anda tentang panggilan ilahinya?
Lihat juga Saints, 1:3–19.
Bagaimana saya boleh menerima jawapan kepada doa saya?
Pernahkah anda “kekurangan hikmat” atau merasa keliru tentang keputusan yang anda perlu buat? (Joseph Smith—Sejarah 1:13). Pengalaman Joseph Smith pada tahun 1820 boleh digunakan sebagai pola yang baik untuk wahyu peribadi anda sendiri. Contohnya, semasa anda mengkaji Joseph Smith—Sejarah 1:5–25, cari pengalaman yang anda boleh kaitkan. Apakah yang anda pelajari tentang:
-
Bagaimana Joseph bersedia untuk pengalaman kudus dengan doa? (lihat ayat 8, 11, 14–15).
-
Peranan kajian tulisan suci dalam mencari wahyu? (lihat ayat 11–12).
-
Apakah yang perlu dilakukan apabila anda menghadapi pertentangan? (lihat ayat 15–16, 21–26).
-
Menerima dan bertindak atas jawapan yang anda terima? (lihat ayat 18–25).
Jemput perkongsian. Menyelidiki tulisan suci menjemput tanggapan daripada Roh Kudus. Berkongsi tanggapan ini boleh menjemput Roh Kudus untuk bersaksi kepada orang lain, dan juga kepada individu yang berkongsi.
Anda juga boleh mencari contoh-contoh lain dalam tulisan suci tentang orang yang berkomunikasi dengan Tuhan. Imej-imej dalam Buku Seni Injil atau buku Ikutlah Aku yang lain boleh memberi anda idea. Cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelum ini untuk setiap contoh yang anda temui. Apakah pengalaman anda tentang menerima jawapan kepada doa? Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu orang lain mempunyai pengalaman yang baik juga?
Lihat juga Russell M. Nelson, “Dengarkanlah Dia,” Persidangan Umum, April 2020; Topics and Questions [Topik dan Soalan], “Personal Revelation [Wahyu Peribadi],” Gospel Library.
Joseph Smith nampak Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus.
Joseph Smith percaya bahawa Tuhan akan menjawab doanya, tetapi dia tidak menjangka bagaimana jawapan itu akan mengubah kehidupannya—dan dunia. Semasa anda membaca tentang pengalaman Joseph, renungkan bagaimana Penglihatan Pertama telah mengubah kehidupan anda.
Contohnya, Penglihatan Pertama mengungkapkan beberapa kebenaran tentang Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, yang berbeza daripada apa yang banyak orang di zaman Joseph percaya. Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:15–20, pertimbangkan untuk menulis cara yang berbeza untuk melengkapkan pernyataan seperti ini: “Kerana Penglihatan Pertama berlaku, saya tahu bahawa …”
Apakah perasaan anda semasa anda merenungkan pengalaman Joseph dan segala yang datang darinya?
Lihat juga “Ask of God: Joseph Smith’s First Vision (Tanya Tuhan: Penglihatan Pertama Joseph Smith” (video), Gospel Library; “Doa Joseph Smith yang Pertama,” Nyanyian Rohani, no. 12.
Memintakannya kepada Tuhan: Penglihatan Pertama Joseph Smith
Butiran dari If Any of You Lack Wisdom [Jika Kamu Kurang Bijaksana], oleh Walter Rane
Mengapakah terdapat pelbagai laporan tentang Penglihatan Pertama?
Semasa kehidupannya, Joseph Smith mencatatkan pengalamannya di Sacred Grove (Hutan Kudus) sekurang-kurangnya empat kali, sering kali menggunakan jurutulis. Tambahan, beberapa laporan ditulis oleh orang yang mendengar Joseph bercakap tentang penglihatannya. Walaupun laporan ini berbeza dalam beberapa butiran, bergantung kepada pengarang, pendengar dan latar belakang, selebihnya ia adalah konsisten. Dan setiap laporan ini menambah butiran yang membantu kita lebih memahami pengalaman Joseph Smith, sama seperti setiap empat Injil Perjanjian Baru membantu kita lebih memahami pelayanan Juruselamat.
Lihat juga Topics and Questions (Topik dan Soalan), “First Vision Accounts (Akaun Penglihatan Pertama),” Gospel Library.
Saya boleh kekal setia dengan apa yang saya tahu, walaupun orang lain menolak saya.
Selepas Penglihatan Pertamanya yang luar biasa, Joseph Smith ingin berkongsi pengalamannya dengan orang lain. Pertentangan yang dia hadapi mengejutkan dia. Semasa anda membaca laporannya, apakah yang mengilhami anda untuk kekal setia kepada kesaksian anda? Apakah contoh-contoh lain—dari tulisan suci, moyang, atau orang yang anda kenali— yang memberi anda keberanian untuk tetap setia pada pengalaman rohani yang anda miliki?
Lihat juga Gary E. Stevenson, “Memelihara dan Memberi Kesaksian Anda,” Persidangan Umum, Okt. 2022.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Joseph Smith telah disediakan untuk menjadi nabi Tuhan.
-
Belajar tentang masa remaja Joseph Smith boleh membantu anak-anak anda memahaminya dan bersedia untuk belajar dari pengalamannya. Mereka boleh memegang gambar Joseph Smith dan berkongsi apa yang mereka tahu tentang dia. Jika perlu, anda boleh tambahkan beberapa fakta tentang dia dari Joseph Smith—Sejarah 1:3–14 (lihat juga “Bab 1: Joseph Smith dan Keluarga-Nya,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 6–8, di Gospel Library). Apakah yang Joseph alami yang membantu mempersiapkan dia untuk menjadi nabi? Apakah yang Tuhan mungkin sediakan kita untuk lakukan?
3:22Keluarga Joseph Smith: Sebuah keluarga yang beriman
Butiran dari Joseph Smith’s First Vision [Penglihatan Pertama Joseph Smith], oleh Greg Olsen
Tuhan boleh menjawab soalan saya melalui tulisan suci.
-
Pertimbangkan untuk menunjukkan kepada anak-anak anda pelbagai buku, termasuk tulisan suci. Bantu mereka memikirkan soalan-soalan yang boleh dijawab oleh buku-buku ini. Kemudian anda boleh baca bersama Joseph Smith—Sejarah 1:10–11 untuk mencari soalan yang Joseph Smith ada dan apa jawapan yang dia temui dalam kitab suci.
-
Anak-anak anda mungkin menemukan perkataan dalam ayat 12 yang menggambarkan bagaimana membaca Yakobus 1:5 telah mempengaruhi Joseph. Kemudian anda boleh saling berkongsi pengalaman tentang satu petikan tulisan suci yang mempunyai pengaruh yang kuat kepada anda. Anda boleh nyanyi bersama sebuah lagu tentang membaca tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66). Apakah yang lagu ini ajarkan tentang mengapa kita membaca tulisan suci?
Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.
-
Untuk memulakan perbincangan tentang bagaimana kita berkomunikasi dengan Bapa Syurgawi, anda dan anak-anak anda boleh saling bertanya soalan-soalan menggunakan pelbagai kaedah komunikasi, seperti sms, panggilan telefon atau nota tulisan tangan. Bagaimanakah kita bertanya soalan kepada Bapa Syurgawi? Bagaimanakah kita tunjukkan Dia bahawa kita mengasihi dan menghormati-Nya dalam doa kita? Baca bersama Joseph Smith—Sejarah 1:16–19 dan bincangkan bagaimana Bapa Syurgawi menjawab doa Joseph Smith. Anda dan anak-anak anda kemudian boleh berkongsi pengalaman ketika anda meminta bantuan Tuhan dan menerima jawapan.
Joseph Smith nampak Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus.
-
Kanak-kanak kecil boleh berdiri dengan tangan terbuka berpura-pura menjadi pokok-pokok di Sacred Grove sementara anda memberitahu mereka tentang Penglihatan Pertama. Minta kanak-kanak goyangkan badan seolah-olah ditiup oleh angin semasa anda bercakap tentang Joseph berdoa. Kemudian minta mereka untuk berdiri tegak dan senyap apabila anda memberitahu mereka Bapa Syurgawi dan Yesus muncul kepada Joseph.
-
Kanak-kanak yang lebih besar boleh menggunakan satu atau beberapa gambar dalam panduan ini untuk memberitahu apa yang mereka tahu tentang Penglihatan Pertama. Galakkan mereka untuk merujuk kepada Joseph Smith—Sejarah 1:14–17 dan berkongsi fikiran dan perasaan mereka tentang pengalaman Joseph (lihat juga “Bab 2: Penglihatan Pertama Joseph Smith,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 9–12, di Gospel Library).
3:22Keluarga Joseph Smith: Sebuah keluarga yang beriman
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.