Ikutlah Aku
Lampiran B: Untuk Sekolah Primer—Menyediakan Kanak-Kanak Untuk Seumur Hidup Di Jalan Perjanjian Tuhan


“Lampiran B: Untuk Sekolah Primer—Menyediakan Kanak-Kanak Untuk Seumur Hidup Di Jalan Perjanjian Tuhan,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Lampiran B,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

A man baptizing a young girl.  They are standing in the font.

Lampiran B

Untuk Sekolah Primer—Menyediakan Kanak-Kanak Untuk Seumur Hidup Di Jalan Perjanjian Tuhan

Dalam bulan yang ada lima hari Ahad, pengajar Sekolah Primer digalakkan untuk menggantikan pelajaran panduan Ikutlah Aku pada Ahad kelima yang dijadualkan dengan satu atau lebih daripada aktiviti pembelajaran berikut.

Asas dan Tatacara Injil Yesus Kristus

Ajaran Kristus mengajar kita bagaimana untuk kembali kepada Tuhan.

Apabila Yesus Kristus muncul kepada orang di Benua Amerika, Dia mengajarkan mereka ajaran-Nya. Dia berfirman bahawa kita boleh masuk kerajaan Tuhan jika kita beriman, bertaubat, dibaptiskan, menerima Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir (lihat 3 Nefi 11:31–40; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 20:29). Aktiviti berikut boleh membantu anda mengajar kanak-kanak bahawa asas dan tatacara ini akan membantu kita mendekati Juruselamat sepanjang hidup kita.

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang ajaran Kristus, lihat 2 Nefi 31.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak gambar yang mewakili iman kepada Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, dan penetapan (lihat Buku Seni Injil, no. 1, 111, 103, dan 105). Baca atau lafazkan bersama kanak-kanak fasal kepercayaan keempat, dan minta mereka untuk mengangkat gambar-gambar mereka apabila asas atau tatacara berkaitan disebutkan. Bantu kanak-kanak faham bagaimana setiap asas dan tatacara tersebut membantu kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

    Frontal head and shoulders portrait of Jesus Christ. Christ is depicted wearing a pale red robe with a white and blue shawl over one shoulder. Light emanates from the face.
  • Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak faham bahawa iman, pertaubatan, pembaptisan, dan penetapan bukanlah peristiwa sekali tetapi ia mempengaruhi perkembangan rohani kita sepanjang hidup? Contohnya, anda boleh tunjukkan mereka satu gambar benih dan sebatang pokok besar (atau lukiskan benda-benda ini di papan tulis). Bantu mereka fikirkan hal-hal yang membantu biji benih tumbuh menjadi pokok besar, seperti air, tanah, dan cahaya matahari. Bantu mereka lihat bahawa ini seperti hal yang kita lakukan untuk mendekati Tuhan sepanjang hidup kita—membina iman kita kepada Yesus Kristus, bertaubat setiap hari, mentaati perjanjian pembaptisan kita, mengambil sakramen, dan mendengar Roh Kudus.

  • Kongsi bersama kanak-kanak kisah tentang mercun dari pesanan Elder Dale G. Renlund “How Can Repenting Help Me Feel Happy?” (Friend, Dis. 2017, 12–13, atau Liahona, Dis. 2017, 70–71; lihat juga video “Repentance: A Joyful Choice” [Gospel Library]). Dalam beberapa bahagian kisah itu, jemput kanak-kanak untuk fikirkan bagaimana perasaan Elder Renlund. Mengapakah kita berasa bahagia apabila kita bertaubat? Kongsi dengan kanak-kanak kebahagiaan dan kasih yang anda rasa ketika anda meminta pengampunan Bapa Syurgawi.

4:36

Repentance: A Joyful Choice

Pembaptisan

Yesus Kristus menetapkan teladan bagi saya apabila Dia dibaptiskan.

Walaupun Yesus tanpa dosa, Dia dibaptiskan sebagai teladan sempurna akan kepatuhan-Nya kepada Bapa Syurgawi (lihat 2 Nefi 31:6–10).

Untuk belajar lebih lanjut tentang pembaptisan, lihat Ajaran dan Perjanjian 20:37 Gospel Library.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar pembaptisan Juruselamat dan pembaptisan orang lain (atau lihat Buku Seni Injil, no. 35 dan no. 103 atau no. 104). Minta kanak-kanak untuk kongsi apa yang berbeza dan apa yang sama di antara dua gambar itu. Baca bersama Matius 3:13–17 atau “Bab 10: Yesus Dibaptiskan” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 26–29 (atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Minta kanak-kanak tunjuk pada hal-hal dalam gambar yang disebutkan dalam pembacaan atau video itu. Beritahu kanak-kanak tentang kasih anda terhadap Juruselamat dan hasrat anda untuk mengikuti-Nya.

    1:52

    Chapter 10: Jesus Is Baptized

    Jesus Christ being baptized by John the Baptist in the River Jordan.  Christ has been immersed and is ascending out of the water.
  • Dengar atau nyanyikan satu lagu tentang pembaptisan. Apakah yang kita pelajari tentang pembaptisan dari lagu itu? Baca 2 Nefi 31:9–10, dan jemput kanak-kanak untuk dengar mengapa Yesus Kristus dibaptiskan. Jemput mereka untuk lukiskan satu gambar diri mereka pada hari pembaptisan mereka.

Saya boleh pilih untuk membuat perjanjian dengan Tuhan dan dibaptiskan.

Persediaan untuk pembaptisan adalah lebih bermakna daripada persediaan untuk sebuah majlis. Ini bermaksud bersedia untuk membuat perjanjian dan kemudian mentaati perjanjian itu seumur hidup. Renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak faham perjanjian yang mereka akan buat dengan Bapa Syurgawi apabila mereka dibaptiskan, termasuklah janji-janji Dia kepada mereka dan janji-janji yang mereka buat kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa perjanjian adalah satu janji antara seseorang dan Bapa Syurgawi. Semasa kita berusaha untuk mentaati janji-janji kepada Tuhan, Tuhan berjanji untuk memberkati kita. Tulis pada papan tulis Janji-janji Saya kepada Tuhan dan Janji-janji Tuhan kepada Saya. Baca Mosia 18:10, 13 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37 bersama, dan bantu kanak-kanak senaraikan janji-janji yang mereka temui di bawah tajuk yang berkenaan. Kongsi bagaimana Bapa Syurgawi telah memberkati anda semasa anda berusaha untuk mentaati perjanjian pembaptisan anda.

  • Tunjukkan kanak-kanak gambar hal-hal yang Yesus Kristus lakukan ketika pelayanan-Nya (untuk contoh, lihat Buku Seni Injil, no. 33–49). Minta kanak-kanak ceritakan apa yang Yesus sedang lakukan dalam setiap gambar. Baca Mosia 18:8–10, 13, dan jemput kanak-kanak untuk dengar hal-hal yang mereka janji akan lakukan ketika mereka dibaptiskan. Bagaimanakah janji-janji ini mempengaruhi tindakan kita setiap hari? Jemput kanak-kanak untuk lukiskan satu gambar diri mereka sedang membantu seseorang sepertimana Yesus akan lakukan.

    Jesus Christ depicted as a child with his mother Mary. Christ is kneeling beside Mary and resting His clasped hands on Mary's lap. Mary has her head bowed as she and the young Christ pray. There is an oil lamp burning on a table next to the mother and son.
pembaptisan

Apabila kita dibaptiskan, kita berjanji dengan Tuhan dan Dia berjanji kepada kita.

Penetapan

Apabila saya ditetapkan, saya menjadi seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Menjadi seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir membawa banyak berkat, termasuklah peluang untuk kanak-kanak menjadi peserta aktif dalam pekerjaan Tuhan.

Untuk belajar lebih lanjut tentang penetapan dan kurnia Roh Kudus, lihat Gary E. Stevenson, “Bagaimana Roh Kudus Membantu Kamu?,” Liahona, Mei 2017, 117–20; Topics and Questions, “Holy Ghost,” Gospel Library.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seseorang yang baru dibaptiskan dan ditetapkan untuk datang ke kelas dan berkongsi bagaimana perasaannya ketika ditetapkan. Minta orang ini untuk bercakap tentang apa maksud bagi dia untuk menjadi ahli gereja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Bantu kanak-kanak fikirkan cara mereka boleh mentaati perjanjian pembaptisan mereka sebagai ahli Gereja (seperti melayani orang lain, menjemput orang lain untuk belajar lebih tentang Yesus, berdoa dalam pertemuan, dan sebagainya). Kongsi bagaimana melakukan hal-hal ini telah membantu anda merasai kebahagiaan sebagai seorang ahli Gereja Kristus.

  • Tunjukkan gambar orang-orang di Perairan Mormon (lihat Buku Seni Injil, no.76), dan minta kanak-kanak untuk menggambarkan apa yang mereka lihat dalam gambar itu. Kongsi cerita Alma dan pembaptisan orang-orangnya di sana (lihat Mosia 18:1–17; “Bab 15: Alma Mengajar dan Membaptis,” dalam Cerita-cerita Kitab Mormon, 43–44, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Kaji semula Mosia 18:8–9 dan jemput kanak-kanak untuk membuat aksi-aksi yang akan bantu mereka mengingati hal-hal yang orang sedia lakukan sebagai ahli Gereja Kristus. Contohnya, bagaimanakah kita boleh membantu orang lain “mengambil langkah ke arah membuat perjanjian dengan Tuhan”? (Russell M. Nelson, “Hope of Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018), Gospel Library). Kongsi satu pengalaman apabila anda telah saksikan ahli-ahli Gereja melayani dalam cara ini.

    The Book of Mormon prophet Alma baptizing Nephite converts in the Waters of Mormon. Other men and women are watching or waiting to be baptized. There are trees and mountains in the background. Scriptural reference: Mosiah 18:5-16
    2:41

    Alma at the Waters of Mormon

Apabila saya ditetapkan, saya menerima kurnia Roh Kudus.

Apabila kita dibaptiskan dan ditetapkan, Bapa Syurgawi berjanji “agar [kita] boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita]” [Ajaran dan Perjanjian 20:77]. Kurnia Tuhan yang menakjubkan ini dipanggil kurnia Roh Kudus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 33:15, dan minta kanak-kanak untuk beri perhatian kepada kurnia istimewa yang Bapa Syurgawi berikan kita apabila kita dibaptiskan dan ditetapkan. Untuk membantu mereka belajar lebih lanjut tentang bagaimana kurnia Roh Kudus akan membantu mereka, kaji semula Yohanes 14:26; Galatia 5:22–23; 2 Nefi 32:5; 3 Nefi 27:20.

  • Sebelum kelas, minta ibu bapa kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka telah diberkati kerana mereka mempunyai kurnia Roh Kudus. Bagaimanakah Dia membantu mereka? Bagaimanakah mereka mendengar suara-Nya?

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang Roh Kudus, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 55). Bantu kanak-kanak faham apa yang lagu itu ajarkan kita tentang bagaimana Roh Kudus boleh membantu kita.

Roh Kudus boleh berbicara kepada saya dalam pelbagai cara.

Kanak-kanak yang boleh mengenali suara Roh akan bersedia untuk menerima wahyu peribadi yang akan membimbing mereka sepanjang hidup. Bantu mereka faham bahawa Roh Kudus boleh berbicara kepada kita dalam pelbagai cara.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fikirkan pelbagai cara kita boleh bercakap dengan kawan yang tinggal jauh, seperti menulis surat, menghantar e-mel, atau bercakap dalam telefon. Ajar mereka bahawa Bapa Syurgawi boleh bercakap kepada kita dalam pelbagai cara melalui Roh Kudus.

  • Kongsi satu pengalaman ketika Roh Kudus berkomunikasi dengan anda, sama ada melalui tanggapan dalam minda atau melalui suatu perasaan dalam hati anda (lihat Ajaran dan Perjanjian 6:22–23; 8:2–3). Bersaksi kepada kanak-kanak bahawa Roh Kudus dapat membantu mereka dalam cara yang sama.

  • Bantu kanak-kanak mengenali saat-saat mereka mungkin merasai Roh—contohnya, ketika menyanyikan satu lagu tentang Juruselamat atau ketika berbuat baik kepada orang lain. Bantu mereka mengenali perasaan rohani yang Roh Kudus bawa, terutamanya dorongan-Nya untuk bertindak. Mengapakah Roh Kudus memberi kita perasaan tersebut? Bantu kanak-kanak fikirkan hal-hal yang kita perlu lakukan untuk mendengar Roh Kudus berbicara kepada kita. Bincangkan apa yang anda lakukan untuk mendengar Roh dengan lebih jelas.

Sakramen

Apabila saya mengambil sakramen, saya mengingati pengorbanan Juruselamat dan memperbaharui perjanjian saya.

Juruselamat memberi kita sakramen untuk membantu kita mengingati pengorbanan-Nya dan memperbaharui perjanjian kita.

Untuk belajar lebih lanjut, lihat Matius 26:26–30; 3 Nefi 18:1–12; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mewarnakan “Yesus Introduced the Sacrament to the Nephites” dalam Scripture Stories Coloring Book: Book of Mormon (2019), 26. Minta mereka tunjuk pada fikiran orang dalam gambar itu. Baca kepada kanak-kanak sebahagian daripada 3 Nefi 18:1–12 atau “Bab 45: Yesus Kristus Mengajar Tentang Sakramen dan Doa,” Cerita-cerita Kitab Mormon, 126–27 (atau tonton video yang berkaitan dalam Gospel Library). Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengingati Yesus Kristus semasa sakramen?

    2:8

    Jesus Shares the Sacrament

  • Minta kanak-kanak untuk beritahu anda beberapa hal yang mereka harus ingat untuk lakukan, seperti mengikat tali kasut atau mencuci tangan sebelum makan. Mengapakah penting untuk mengingati hal-hal itu? Baca Moroni 4:3 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk dengar apa yang kita janji untuk selalu ingati ketika mengambil sakramen. Mengapakah penting untuk mengingati Yesus Kristus? Bantu kanak-kanak fahami bagaimana roti dan air sakramen membantu kita mengingati apa yang Yesus telah lakukan untuk kita (lihat Moroni 4:3; 5:2).

  • Tulis di papan tulis “Saya berjanji untuk…” Bacakan doa sakramen kepada kanak-kanak (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79). Apabila mereka mendengar satu janji yang kita buat kepada Tuhan, berhenti seketika dan bantu mereka lengkapkan ayat di papan tulis dengan janji yang mereka telah dengar. Bantu mereka faham bahawa apabila kita mengambil sakramen, kita membuat janji-janji yang sama seperti dalam pembaptisan.

  • Apakah maksud untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus? Untuk bantu kanak-kanak menjawab soalan ini, kongsi contoh sesuatu yang kita letakkan nama kita. Mengapakah kita letak nama kita pada benda-benda tersebut? Mengapakah Yesus Kristus mahu meletakkan nama-Nya ke atas diri kita? Pertimbangkan untuk berkongsi penjelasan Presiden Russell M. Nelson ini: “Mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita termasuk memaklumkan dan bersaksi kepada orang lain—melalui tingkah laku dan kata-kata kita—bahawa Yesus adalah Kristus” (“Nama Gereja yang Betul,” Liahona, Nov. 2018, 88).

Kuasa, Wewenang, dan Kunci-Kunci Imamat

Tuhan memberkati anak-anak-Nya melalui kuasa imamat.

Semua anak Tuhan—perempuan dan lelaki, muda dan tua—menerima kuasa Tuhan semasa mereka mentaati perjanjian yang mereka telah buat dengan-Nya. Kita membuat perjanjian tersebut apabila kita menerima tatacara imamat seperti pembaptisan (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 3.5, 3.6, Gospel Library). Untuk belajar lebih lanjut, lihat Russell M. Nelson, “Harta Karun Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 76–79; “Asas-Asas Imamat,” bab 3 dalam Buku Panduan Umum.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak perhatikan berkat-berkat yang mereka terima kerana imamat. Untuk memberi mereka beberapa idea, anda boleh tunjukkan video “Blessings of the Priesthood” (Gospel Library). Pertimbangkan untuk tuliskan berkat-berkat itu di papan tulis. Mengapakah berkat-berkat itu penting bagi kita? Bersaksi bahawa berkat-berkat ini datang kepada kita kerana Yesus Kristus dan kuasa imamat-Nya.

    3:5

    Blessings of the Priesthood

  • Bantu kanak-kanak mencari gambar yang menggambarkan bagaimana Tuhan menggunakan kuasa-Nya untuk memberkati kita. Contohnya, mereka boleh mencari gambar dunia yang Dia ciptakan untuk kita, contoh penyembuhan orang sakit, dan tatacara kudus yang Dia telah sediakan untuk kita (lihat Buku Seni Injil, no. 3, 46, 104, 105, 107, 120). Kongsi mengapa anda bersyukur untuk imamat dan berkat-berkatnya. Bantu kanak-kanak fikirkan pengalaman ketika mereka diberkati oleh kuasa imamat Tuhan.

    A girl with long brown hair, wearing a white jumpsuit, being baptized in a baptismal font by a man in a white shirt and tie.
  • Salah satu cara utama kita menerima berkat kuasa Tuhan dalam hidup kita adalah melalui tatacara imamat (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:20). Untuk bantu kanak-kanak pelajari kebenaran ini, anda boleh senaraikan tulisan suci berikut di papan tulis: 3 Nefi 11:21–26, 33 (pembaptisan); Moroni 2 (penetapan); Moroni 4–5 (sakramen). Kanak-kanak boleh pilih salah satu ayat ini dan mengenal pasti tatacara yang digambarkan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka telah diberkati kerana menerima tatacara imamat.

  • Bantu kanak-kanak fahami bahawa mereka akan menerima kuasa Tuhan semasa mereka dibaptiskan dan mentaati perjanjian pembaptisan mereka. Tanya kanak-kanak bagaimana kuasa ini dapat membantu mereka.

Pekerjaan Tuhan diarahkan melalui kunci-kunci imamat dan dicapai melalui wewenang imamat.

Apabila seseorang ditetapkan untuk satu panggilan atau ditugaskan untuk membantu dalam pekerjaan Tuhan, dia boleh gunakan wewenang imamat yang ditugaskan. Sebagai tambahan, para ahli Gereja lelaki yang layak boleh ditahbiskan ke suatu jawatan imamat. Semua penggunaan wewenang imamat dalam Gereja diarahkan oleh pemegang kunci-kunci imamat, seperti presiden pancang, uskup, dan presiden kuorum. Kunci-kunci imamat adalah wewenang untuk mengarahkan penggunaan imamat dalam pekerjaan Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan kanak-kanak Markus 3:14–15, dan tunjukkan kepada mereka satu gambar peristiwa yang digambarkan (seperti Buku Seni Injil, no. 38). Tanya kanak-kanak jika mereka pernah melihat seseorang ditetapkan untuk panggilan atau ditahbiskan ke jawatan imamat (atau beritahu mereka tentang pengalaman anda). Bagaimanakah ia serupa dengan apa yang Juruselamat lakukan dengan para Rasul-Nya? Bantu kanak-kanak senaraikan di papan tulis panggilan atau jawatan imamat yang boleh diberikan kepada ahli Gereja, seperti pengajar atau pemimpin dalam suatu organisasi. Di sebelah setiap panggilan atau jawatan, anda boleh menulis apakah wewenang yang seseorang dengan jawatan atau panggilan itu ada. Beritahu kanak-kanak bagaimana penetapan oleh seseorang dengan arahan kunci-kunci imamat telah membantu anda melayani.

    Christ with the twelve men chosen by Him to be His Apostles. Christ has His hands upon the head of one of the men (who kneels before Him) as He ordains the man to be an Apostle. The other eleven Apostles are standing to the left and right of Christ.
  • Jemput kanak-kanak untuk fikirkan sesuatu yang memerlukan kunci, seperti kereta atau pintu. Apakah yang akan berlaku jika anda tidak ada kunci itu? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 65:2, dan kongsi kesaksian anda tentang kepentingan kunci-kunci imamat itu di bumi. Anda juga boleh tonton video “Where Are the Keys?” (Gospel Library) dan lihat apa yang Elder Gary E. Stevenson ajarkan tentang kunci imamat.

    2:51

    Where Are the Keys?

Bait Suci dan Rancangan Kegembiraan

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Bait suci adalah sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak-Nya. Di bait suci, kita membuat perjanjian kudus dengan Dia, dianugerahi dengan kuasa imamat, menerima wahyu, melaksanakan tatacara bagi nenek moyang kita yang sudah mati, dan dimeteraikan kepada keluarga kita untuk keabadian. Semua ini boleh terjadi kerana Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar mengenali kekudusan rumah Tuhan dan menyediakan diri mereka supaya layak untuk mengambil bahagian dalam tatacara bait suci? Pertimbangkan untuk kaji semula sumber berikut: Ajaran dan Perjanjian 97:15–17; Russell M. Nelson, “Ucapan Penutup,” Liahona, Nov. 2019, 120–22; “Why Latter-day Saints Build Temples,” temples.ChurchofJesusChrist.org.

remaja di luar bait suci

Bait suci adalah sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan satu atau lebih gambar bait suci. Tanya kanak-kanak apakah yang menjadikan bait suci satu tempat yang istimewa. Tunjukkan bahawa pada setiap bait suci terdapat tulisan ini: “Kekudusan bagi Tuhan—Rumah Tuhan.” Tanya kanak-kanak apakah maksud “Kekudusan bagi Tuhan”. Mengapakah bait suci dipanggil rumah Tuhan? Apakah yang ayat ini ajarkan kita tentang bait suci? Jika kanak-kanak telah pergi ke bait suci, mereka juga boleh berkongsi bagaimana perasaan mereka ketika mereka berada di sana. Jika anda pernah ke bait suci, kongsi bagaimana anda telah merasai kehadiran Tuhan di sana, dan bincangkan mengapa bait suci adalah satu tempat yang kudus bagi anda.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 97:15–17. Minta kanak-kanak untuk mencari apa yang Tuhan harapkan daripada orang yang memasuki rumah kudus-Nya. Mengapakah kita perlu layak untuk memasuki rumah-Nya? Sebagai sebahagian daripada perbualan ini, bincang dengan kanak-kanak tentang kad rekomen bait suci, termasuklah bagaimana untuk menerimanya. Anda boleh menjemput seorang ahli lembaga uskup untuk berkongsi dengan mereka tentang temu duga kad rekomen bait suci dan soalan-soalan yang akan ditanya.

Di dalam bait suci, kita membuat perjanjian dengan Tuhan.

Presiden Russell M. Nelson mengajarkan, “Yesus Kristus menjemput kita untuk mengambil jalan perjanjian kembali ke Ibu Bapa Syurgawi kita dan bersama orang yang kita kasihi.” (“Ikutlah Aku,” Liahona, Mei 2019, 91). Bantu kanak-kanak faham bahawa jalan perjanjian termasuk pembaptisan, penetapan, dan anugerahan dan pemeteraian bait suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membantu anda mengkaji semula perjanjian yang kita buat dengan Tuhan apabila kita dibaptiskan dan memperbaharui apabila kita mengambil sakramen (lihat Mosia 18:10; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79). Tunjukkan satu gambar bait suci, dan jelaskan bahawa Bapa Syurgawi mempunyai lbanyak berkat yang Dia ingin berikan kepada kita di bait suci.

  • Lukiskan satu pintu gerbang yang menuju ke suatu jalan. Tanya kanak-kanak mengapakah penting adanya jalan untuk berjalan di atasnya. Baca bersama 2 Nefi 31:17–20, di mana Nefi mengumpamakan perjanjian pembaptisan dengan pintu gerbang dan menjemput kita untuk terus berada di jalan itu selepas pembaptisan. Terdapat lebih banyak perjanjian untuk dibuat selepas pembaptisan, termasuklah perjanjian-perjanjian yang dibuat di bait suci. Jelaskan bahawa Presiden Nelson telah memanggil jalan ini “jalan perjanjian.”

Dalam bait suci, kita boleh dibaptiskan dan ditetapkan bagi pihak moyang yang telah meninggal.

Injil Yesus Kristus membolehkan semua anak Tuhan kembali untuk hidup bersama-Nya, termasuklah mereka yang telah mati tanpa mengetahui injil. Dalam bait suci, kita boleh dibaptiskan dan ditetapkan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus bagi pihak mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi suatu ketika apabila seseorang melakukan sesuatu yang anda tidak boleh lakukan sendiri. Jemput kanak-kanak untuk kongsi pengalaman yang serupa. Jelaskan apabila kita pergi ke bait suci, kita boleh menerima tatacara kudus seperti pembaptisan bagi orang lain yang telah mati. Bagaimanakah kita menjadi seperti Yesus ketika kita melakukan pekerjaan untuk orang mati? Apakah yang Dia telah buat untuk kita yang kita tidak boleh lakukan sendiri?

  • Jemput seorang atau beberapa remaja yang telah dibaptiskan bagi pihak nenek moyang mereka untuk berkongsi pengalaman mereka. Tanya mereka bagaimanakah perasaan mereka ketika berada di dalam bait suci. Galakkan mereka untuk berkongsi bagaimana perasaan mereka ketika melakukan pekerjaan ini untuk nenek moyang mereka.

  • Lukiskan sebatang pokok di papan tulis, termasuklah akar dan cabang. Minta kanak-kanak untuk fikirkan bagaimana sebuah keluarga seperti sebatang pokok. Labelkan akar Moyang, labelkan cabang-cabang Keturunan, dan labelkan batang pokok Anda. Baca bersama ayat ini dari Ajaran dan Perjanjian 128:18: “Kerana kita tanpa mereka [nenek moyang kita] tidak dapat dijadikan sempurna; begitu juga dengan mereka tanpa kita tidak dapat dijadikan sempurna.” Tanya soalan-soalan ini: “Mengapakah kita perlukan nenek moyang kita? Mengapakah nenek moyang kita perlukan kita? Bagaimanakah ibu bapa, datuk nenek, dan moyang lain telah membantu kita?” Jemput kanak-kanak untuk baca seluruh Ajaran dan Perjanjian 128:18 dan mencari satu frasa yang menggambarkan bagaimana kita boleh membantu nenek moyang kita.

  • Pertimbangkan untuk bekerjasama dengan ibu bapa setiap anak untuk mencari nama nenek moyang yang perlukan tatacara bait suci ( FamilySearch.org).