2010–2019
“Ikutlah Aku”
Persidangan Umum April 2019


“Ikutlah Aku”

Yesus Kristus menjemput kita untuk mengambil jalan perjanjian kembali ke Ibu Bapa Syurgawi kita dan bersama orang yang kita kasihi.

Para saudara dan saudariku yang terkasih, isteri saya Wendy dan saya bergembira untuk bersama anda pagi Sabat ini. Banyak sudah berlaku semenjak persidangan umum lepas. Bait suci baru sudah dibaktikan di Concepción, Chile; Barranquilla, Colombia; dan Roma, Italia. Kita mengalami satu kuasa Roh yang amat besar pada kejadian-kejadian kudus ini.

Saya mengucap tahniah kepada ramai wanita (dan lelaki) yang baru-baru ini baca Kitab Mormon dan mendapati kebahagiaan dan harta karun yang tersorok di dalamnya. Saya diilham oleh laporan tentang mukjizat yang sudah diterima.

Saya berasa kagum terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, sekarang menjadi diaken, menghantar sakramen setiap hari Ahad. Mereka pergi ke bait suci bersama remaja puteri berusia 11 tahun, yang sekarang rela belajar dan melayan sebagai Beehives. Kedua-dua remaja putera dan remaja puteri mengkhutbahkan kebenaran injil dengan jelas dan beryakinan.

Saya bergembira bersama kanak-kanak dan remaja yang menolong mengajarkan injil dalam rumah mereka semasa mereka bekerja bersama ibu bapa mereka untuk mengikut kurikulum berpusat pada keluarga, disokong oleh Gereja.

Kami terima satu foto Blake yang berusia empat tahun. Pada setiap pagi hari Ahad, dia ambil buku Gereja dan umumkan “Saya perlu memberi makan kepada roh saya!”

Imej
Blake memberi makan kepada rohnya

Blake, kami sangat gembira kerana anda dan orang lain juga pilih untuk memberi makan kepada roh mereka dengan menjamukan kebenaran injil Yesus Kristus yang sudah dipulihkan. Dan kami bergembira mengetahui ramai menerima kuasa Tuhan dalam kehidupan mereka semasa mereka menyembah dan melayan dalam bait suci.

Ramai tahu bahawa keluarga kami mengalami satu perpisahan tiga bulan lalu apabila anak perempuan kami Wendy meninggal dunia fana ini. Pada hari-hari terakhir perjuangannya dengan kanser, saya diberkati satu peluang untuk mempunyai perbualan terakhir bersama dia.

Saya pegang tangannya dan beritahu dia betapa banyak saya menyayangi dia dan betapa saya bersyukur menjadi bapanya. Saya kata: “Kamu telah berkahwin dalam bait suci dan mentaati perjanjian-perjanjian kamu dengan beriman. Kamu dan suami membawakan tujuh orang anak-anak ke dalam keluarga dan membesarkan mereka untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang setia, ahli Gereja yang soleh, dan warganegara yang memberi sumbangan. Dan mereka sudah pilih pasangan yang berkaliber sama. Ayah sangat bangga dengan kamu. Kamu sudah bawakan kebahagiaan yang besar kepada saya!”

Dia balas dengan cepat, “Terima kasih, Ayah.”

Itu satu masa yang penuh emosi dan sedih bagi kami. Sepanjang 67 tahun, kami bekerja bersama, bernyanyi bersama, dan sering main ski bersama. Tetapi pada petang itu, kami berbual tentang perkara yang paling penting, seperti perjanjian, tatacara, kepatuhan, iman, keluarga, kesetiaan, kasih, dan kehidupan abadi.

Kami sangat merindui anak perempuan kami. Tetapi, kerana injil pemulihan Yesus Kristus, kami tidak risau tentang dia. Semasa kami terus mentaati perjanjian dengan Tuhan, kami berharapan untuk bersama dia sekali lagi. Sementara ini, kami melayan Tuhan di sini dan dia melayan di syurga.1

Kami mengunjung Paradise awal tahun ini—Paradise, California. Kunjungan kami yang sudah dirancang datang kurang daripada 40 jam setelah anak perempuan kami meninggal dunia. Kami bersama Elder Kevin W. Pearson dan isterinya, June, dikukuhkan oleh para Orang Suci di Pancang Chico California. Kami belajar tentang iman mereka, pelayanan mereka, dan mukjizat yang berlaku walaupun di tengah-tengah api hutan yang paling teruk dalam sejarah California.

Apabila di sana, kami berbual lama dengan seorang polis muda, John, salah seorang pegawai kecemasan pertama yang berani. Dia ingat tentang kegelapan yang turun ke atas Paradise pada hari bulan 8, November, 2018, semasa api dan bara menyebar dengan cepat ke seluruh bandar, memusnahkan harta tanah dan harta benda seperti satu wabak dan tinggalkan hanya abu dan serombong bata yang kosong.

Imej
Bangunan pertemuan selepas kebakaran

Selama 15 jam, John memandu melalui kegelapan yang tidak dapat ditembusi yang penuh dengan bara yang turun macam hujan semasa dia menolong orang lain, keluarga lain untuk melari ke keselamatan—walaupun dia membahayakan nyawa diri. Tetapi sepanjang masa yang susah itu, soalan yang paling menakutkan John adalah: “Mana keluarga saya ?” Selepas banyak jam yang menyeksa jiwa, akhirnya dia mengetahui mereka sudah pindah dengan selamat.

Laporan tentang kebimbangan John terhadap keluarganya mengilhamkan saya untuk berucap kepada anda yang mungkin tanya apabila mendekati hujung hidup fana, “Mana keluarga saya ?” Pada hari terpenting itu apabila anda lengkapkan ujian fana anda dan masuk ke dunia roh, anda akan menghadapi soalan yang susah ini: “Mana keluarga saya ?”

Yesus Kristus ajarkan jalan balik kepada rumah abadi kita. Dia faham rancangan perkembangan abadi Bapa Syurgawi lebih baik daripada sesiapa pun. Dialah batu kunci segala hal. Dia ialah Penebus kita, Penyembuh kita, dan Juruselamat kita.

Semenjak Adam dan Hawa diusir dari Taman Eden, Yesus Kristus sudah mengirimkan kuasa daripada lengan perkasa-Nya untuk menolong mereka yang mengikut Dia. Kitab suci mencatat bahawa, Dia hulurkan lengan-Nya walaupun wujudnya pelbagai dosa daripada semua orang.2

Roh dalam diri masing-masing inginkan kasih keluarga untuk bertahan selamanya. Lagi-lagu cinta mengekalkan satu harapan palsu bahawa kasih ialah segala yang anda perlukan jika anda hendak tetap bersama buat selamanya. Dan ada orang yang salah percaya bahawa Kebangkitan Yesus Kristus memberikan satu janji iaitu semua orang akan bersama orang terkasih mereka selepas kematian.

Sebenarnya, Juruselamat sudah jelaskan banyak kali bahawa walaupun Kebangkitan-Nya memastikan setiap orang yang pernah hidup akan dibangkitkan dan hidup selamanya,3 tetapi lebih banyak diperlukan jika kita hendak memperolehi hak permuliaan. Penyelamatan ialah satu perihal individu, permuliaan ialah satu perihal keluarga.

Dengarlah kata-kata yang diucapkan oleh Yesus Kristus kepada nabi-Nya: “Semua perjanjian, kontrak, ikatan, kewajipan, sumpah, ikrar, pelaksanaan, hubungan, persatuan, atau jangkaan, yang tidak dibuat dan dimasuki dan dimeteraikan oleh Roh Kudus perjanjian … adalah tanpa kesan, kebaikan, atau kuasa semasa dan selepas kebangkitan dari yang mati; kerana semua kontrak yang tidak dibuat untuk tujuan ini akan berakhir apabila manusia mati.”4

Jadi, apa diperlukan untuk satu keluarga untuk dimuliakan selamanya? Kita layak menerima hak itu dengan membuat perjanjian-perjanjian dengan Tuhan, mentaati perjanjian-perjanjian itu, dan menerima tatacara yang diperlukan.

Ini benar sejak permulaan masa. Adam dan Hawa, Nuh dan isterinya, Abraham dan Sara, Lehi dan Saria, dan semua pengikut Yesus Kristus yang taat setia—sejak penciptaan dunia—sudah buat perjanjian-perjanjian yang sama dengan Tuhan. Mereka sudah menerima tatacara-tatacara yang sama seperti kita, sebagai ahli Gereja Tuhan yang sudah dipulihkan kita telah membuat perjanjian untuk menerima pada pembaptisan dan dalam bait suci.

Juruselamat menjemput semua untuk mengikut Dia ke dalam air pembaptisan dan, kemudian, membuat perjanjian-perjanjian tambahan dengan Tuhan dalam bait suci dan menerima serta mentaati tatacara-tatacara yang penting. Semua ini diperlukan jika kita hendak dimuliakan bersama keluarga kita dan bersama Tuhan buat selamanya.

Hati saya berat kerana ramai orang yang saya kasihi, yang saya kagumi, dan yang saya hormati menolak jemputan-Nya. Mereka tidak mempedulikan rayuan Yesus Kristus apabila Dia kata, “Ikutlah Aku.”5

Saya faham mengapa Tuhan menangis.6 Saya juga menangis untuk rakan dan saudara mara begitu. Mereka ialah orang yang baik, mentaati keluarga mereka dan tanggungjawab sivik mereka. Mereka berikan masa, tenaga, dan sumber mereka dengan murah hati. Dan dunia ini lebih baik kerana usaha mereka. Tetapi mereka pilih untuk tidak membuat perjanjian dengan Tuhan. Mereka belum menerima tatacara-tatacara yang akan memuliakan mereka bersama keluarga mereka dan akan ikatkan mereka selamanya.7

Betapa saya harap saya boleh mengunjung mereka dan menjemput mereka untuk menimbangkan hukum pembolehan Tuhan. Saya tanya apakah yang boleh saya katakan supaya mereka boleh rasa betapa Juruselamat mengasihi mereka, betapa saya mengasihi mereka, dan mengenali bahawa orang yang menjaga perjanjian boleh menerima satu “kegenapan kebahagiaan.”8

Mereka perlu faham bahawa walaupun ada satu tempat bagi mereka selepas alam baqa—hidup bersama orang baik lain yang juga tidak buat perjanjian-perjanjian dengan Tuhan—ia bukan tempat di mana keluarga akan disatukan dan diberi hak istimewa untuk hidup dan berkembang selamanya. Ini bukan kerajaan di mana mereka akan mengalami kegenapan kebahagiaan—perkembangan dan kebahagiaan yang tidak henti-henti.9 Berkat-berkat sempurna ini hanya datang dari hidup dalam satu dunia selestial bersama Tuhan, Bapa yang Abadi kita, Putera-Nya, Yesus Kristus, dan ahli-ahli keluarga kita yang layak.

Saya berasa ilham untuk berucap kepada rakan saya yang teragak-agak:

“Dalam kehidupan ini, anda tidak hendak menerima perkara yang kedua baik. Tetapi, apabila anda tidak menerima dengan sepenuhnya injil pemulihan Yesus Kristus, anda sedang pilih yang kedua baik.

“Juruselamat berfirman, ‘Di dalam rumah Bapa-Ku terdapat banyak tempat kediaman.’10 Tetapi, apabila anda pilih untuk tidak membuat perjanjian-perjanjian dengan Tuhan, anda pilih satu berkat yang tidak seberapa buat sepanjang keabadian.”

Saya ingin lebih merayu kepada rakan saya yang teragak-teragak:

“Luahkan isi hati anda kepada Tuhan. Tanya Dia jika hal-hal ini adalah benar. Ambil masa untuk mengaji firman-Nya. Mengaji dengan betul-betulnya! Jika anda benar-benarnya mengasihi keluarga anda dan jika anda berhasrat untuk dimuliakan bersama mereka sepanjang keabadian, lakukan apa yang harus dilakukan sekarang—mengaji dan berdoa dengan bersungguh-sungguh—untuk mengetahui kebenaran abadi ini dan kemudian mentaati mereka.

“Jika anda tidak pasti anda percaya kepada Tuhan, mula di sini. Faham bahawa tanpa pengalaman dengan Tuhan, seorang boleh meragui kewujudan Tuhan. Jadi, letakkan anda di mana anda boleh mula memperolehi pengalaman bersama Dia. Rendahkan hati anda. Berdoa untuk melihat tangan Tuhan dalam hidup anda dan dalam dunia di sekeliling anda. Minta Dia memberitahu anda jika Dia benar-benarnya di situ—jika Dia tahu anda. Tanya bagaimana Dia rasa tentang anda. Dan kemudian dengar.”

Seorang rakan baik saya tidak banyak berpengalaman dengan Tuhan. Tetapi dia hendak bersama dengan isterinya yang sudah mati. Jadi dia minta saya untuk menolong dia. Saya galakkan dia untuk bertemu dengan para penginjil untuk memahami ajaran Kristus dan belajar tentang perjanjian injil, tatacara, dan berkat.

Dia melakukan demikian. Tetapi dia rasa cara yang mereka cadangkan akan memerlukan dia buat terlalu banyak perubahan dalam hidupnya. Dia kata, “Perintah-perintah itu terlalu susah bagi saya. Dan saya juga tidak berupaya untuk membayar persepuluhan, dan saya tidak ada masa untuk melayan dalam Gereja.” Kemudian dia tanya saya, “Selepas saya mati, sila lakukan kerja bait suci yang diperlukan untuk saya dan isteri saya supaya kami boleh bersama sekali lagi?”

Nasib baik, saya bukan hakimnya. Tetapi saya menyoal keberkesanan kerja bait suci perwakilan bagi seorang lelaki yang ada peluang untuk dibaptiskan dalam hidup ini—untuk ditahbiskan imamat dan menerima berkat bait suci semasa di kefanaan—tetapi buat keputusan untuk menolak jalan itu.

Saudara saudari terkasihku, Yesus Kristus menjemput kita untuk mengambil jalan perjanjian kembali ke Ibu Bapa Syurgawi kita dan bersama orang yang kita kasihi. Dia menjemput kita untuk “ikutlah Aku.”

Sekarang, sebagai Presiden Gereja-Nya, saya memohon anda yang sudah menjauhkan diri daripada Gereja dan anda yang belum mencari untuk mengetahui bahawa Gereja Juruselamat sudah dipulihkan. Lakukan kerja rohani untuk mencarikan jawapan untuk diri sendiri, dan lakukan ini sekarang. Tidak ada banyak masa lagi.

Saya bersaksi bahawa Tuhan hidup! Yesus ialah Kristus. Gereja-Nya dan kegenapan injil-Nya sudah dipulihkan untuk memberkat kehidupan kita dengan kebahagiaan, di sini dan di dunia baqa. Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.