2010–2019
Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan
Persidangan Umum April 2019


Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan

Jika anda rasa api kesaksian anda menjadi malap dan kegelapan semakin dekat, menjadi beranilah. Mentaati perjanjian anda kepada Tuhan.

Pejabat saya di dalam Bangunan Lembaga Pertolongan ada satu pemandangan sempurna Bait Suci Salt Lake. Setiap petang, lampu-lampu di luar bait suci akan dipasang pada waktu senja. Bait suci merupakan satu api isyarat yang menenangkan dengan konsisten di luar tingkap saya.

Imej
Bait Suci Salt Lake pada waktu senja

Satu petang Februari lalu ini, tidak seperti biasa, pejabat saya gelap apabila matahari terbenam. Memandang keluar tingkap, saya nampak bait suci masih gelap. Lampu-lampunya belum dipasangkan. Saya berasa sedih. Saya tidak dapat nampak puncak menara bait suci yang sudah saya pandang setiap petang buat banyak tahun.

Imej
Lampu menara Bait Suci Salt Lake tidak dipasangkan

Dengan melihat kegelapan di tempat saya harapkan bercahaya mengingatkan saya bahawa salah satu keperluan asas untuk berkembang adalah tetap berhubung dengan sumber cahaya kita—Yesus Kristus. Dia ialah sumber kuasa kita, Cahaya dan Kehidupan Dunia. Tanpa satu hubungan kuat kepada Dia, kita mula mati secara rohani. Setan mengetahui ini dan dia berusaha untuk mengeksploitasikan tekanan duniawi yang ditemui kita semua. Dia cuba untuk memalapkan cahaya kita, mengakibatkan hubungan dan bekalan kuasa putus, meninggalkan kita dalam kegelapan secara bersendirian. Tekanan ini adalah biasa dalam kefanaan, tetapi Setan berusaha kuat untuk mengasingkan kita dan memberitahu kita bahawa kitalah yang satu-satunya mengalami cubaan-cubaan ini.

Ada yang Di Antara Kita Terpaku dengan Kesedihan.

Apabila tragedi berlaku, apabila kehidupan menjadi begitu pahit sampai kita tidak boleh bernafas, apabila kita dipukul seperti lelaki yang berjalan ke Yerikho dan ditinggalkan di tepi jalan menunggu mati, Yesus datang dan tuangkan minyak ke atas luka kita, mengangkat kita dengan lembut, mengambil kita ke satu rumah tumpangan, dan menjaga kita.1 Kepada kita yang menderita, Dia kata: “Aku akan … meringankan beban yang ditaruh di atas bahumu, sehingga bahkan kamu tidak dapat merasakannya di atas belakangmu, … agar kamu boleh tahu dengan suatu kepastian bahawa Aku, Tuhan Raja, mengunjungi umat-Ku dalam kesengsaraan mereka.”2 Kristus menyembuhkan luka.

Ada yang Di Antara Kita Terlalu Letih.

Elder Holland kata, “Tidaklah perlu kita berlari lebih cepat daripada kekuatan kita. … Walau demikian, saya tahu … ramai anda lari dengan [sungguh] cepat dan tenaga serta bekalan emosi [itu] kadangkala nampaknya hampir kosong.”3 Apabila harapan menenggelamkan kita, kita boleh berhenti dan tanya Bapa Syurgawi apa yang harus kita lepaskan. Sebahagian pengalaman kehidupan kita adalah untuk belajar tentang apa yang harus kita tidak lakukan. Namun begitu, kadang-kadang hidup agak susah. Yesus menjaminkan kita: “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.”4

Kristus rela menyertai kita mengangkat kuk dan bekerja bersama kita untuk meringankan beban kita. Kristus ialah peristirahatan.

Ada Di Antara Kita Rasa Kita Bukan Ahli Gereja yang Biasa.

Untuk pelbagai sebab, kita tidak rasa diterima atau tidak boleh diterima. Perjanjian Baru menunjukkan usaha Yesus untuk menolong semua orang: pesakit kusta, pemungut cukai, kanak-kanak, orang Galilea, pelacur, wanita, orang Farisi, orang yang berdosa, orang Samaria, balu, askar Roma, orang yang berzina, dan orang yang haram. Dalam hampir semua cerita, Dia membantu seseorang yang biasanya tidak diterima oleh masyarakat.

Lukas 19 menceritakan tentang seorang ketua pemungut cukai di Yerikho yang bernama Zakheus. Dia memanjat sepohon pokok untuk melihat Yesus. Zakheus bekerja untuk kerajaan Roma dan dilihat sebagai orang yang rosak akhlak dan berdosa. Apabila Yesus nampak dia di atas sepohon pokok dan panggil dia, lalu berkata kepadanya, “Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu.”5 Apabila Yesus nampak kebaikan hati Zakheus dan perkara yang sudah dia lakukan untuk orang lain, Yesus menerima sumbangannya, dan kata, “Pada hari ini Tuhan telah menyelamatkan kamu dan keluargamu, kerana kamu juga keturunan Abraham.”6

Kristus memberitahu orang Nefi, “Aku telah memerintahkan agar tidak seorang pun daripada kamu harus pergi.”7 Petrus memperolehi satu kesedaran dalam Kisah Rasul-Rasul 10 apabila dia umumkan, “Tuhan sudah menunjukkan bahawa saya tidak boleh menganggap seseorang pun najis atau haram.”8 Ini ialah satu keperluan yang tidak berubah bagi para pengikut Kristian dan Orang Suci Zaman Akhir untuk menunjukkan kasih benar kepada satu sama lain.9 Yesus memberi jemputan yang sama seperti Zakheus kepada kita: “Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika [anda] mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumah[mu] lalu makan bersama-sama [mu] dan [kamu] makan bersama-sama Aku.”10 Kristus nampak kita di atas pokok kita.

Ada yang Di Antara Kita Berasa Bimbang dengan Soalan.

Tidak lama dahulu, saya dibebani dan jengkel dengan soalan-soalan yang saya tidak dapat cari jawapan. Awal satu pagi hari Sabtu, saya ada satu mimpi. Dalam mimpi itu saya nampak satu pondok dan saya tahu saya harus pergi berdiri di dalamnya Di sekeliling pondok itu ada lima lengkung, tetapi tingkapnya dibuat dari batu. Saya merungut dalam mimpi itu, enggan masuk ke dalam pondok itu kerana rasa klaustrofobia. Kemudian satu fikiran datang ke dalam minda saya bahawa saudara Yared dengan sabarnya cairkan batu kepada kaca jernih. Kaca ialah batu yang sudah alami satu penukaran bentuk. Apabila Tuhan menyentuh batu-batu saudara Yared, senua batu itu bersinar dengan cahaya di dalam kapal yang gelap.11 Tiba-tiba saya dipenuhi dengan satu hasrat untuk berada dalam pondok itu lebih dari mana-mana tempat lain. Inilah tempat—satu-satunya tempat—untuk saya benar-benarnya “melihat.” Soalan-soalan yang merisaukan saya tidak tinggalkan saya, tetapi selepas saya bangun, soalan yang lebih terang dalam minda saya adalah: Bagaimana anda akan meningkatkan iman anda seperti saudara Yared, supaya batu kamu boleh menjadi cahaya?12

Otak fana kita dicipta untuk mencari kefahaman dan erti sedikit demi sedikit. Saya tidak tahu semua sebab mengapa tirai yang menutupi kefanaan begitu tebal. Masa ini bukan masa dalam perkembangan abadi kita di mana kita menerima semua jawapan. Masa ini ialah masa kita mengembangkan kepastian (atau kadangkala harapan) dalam bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat. Kepastian datang dalam cara yang tidak selalu mudah dianalisi, tetapi ada cahaya dalam kegelapan kita. Yesus berfirman, “Akulah cahaya, dan kehidupan, dan kebenaran dunia.”13 Bagi mereka yang mencarikan kebenaran, mungkin pada mulanya mereka nampak tingkap diperbuat oleh batu. Tetapi dengan kesabaran dan soalan yang beriman, Yesus boleh ubahkan tingkap batu kita kepada kaca dan cahaya. Kristus ialah cahaya untuk melihat.

Ada Di Antara Kita yang Rasa Kita Tidak Akan Menjadi Cukup Baik

Pencelup merah marak dari Perjanjian Lama bukan hanya sangat berwarna sahaja, ia juga sangat bertahan, warna terangnya melekat kepada sakhlat dan tidak pudar walaupun dicuci banyak kali.14 Setan gunakan metafora ini untuk membuat kita rasa kita tidak boleh diampunkan: sakhlat putih yang diwarnakan merah marak tidak akan kembali kepada warna putih lagi. Tetapi Yesus Kristus berfirman, “Setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,”15 dan mukjizat rahmat-Nya adalah apabila kita bertaubat akan dosa kita, darah merah marak-Nya memulihkan kita kepada kesucian. Ini tidak logik, tetapi ia benar.

Imej
Sakhlat yang berlumuran warna merah marak

Foto dari iStock.com/iinwibisono

“Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya.”16 Dengan belas kasihan Tuhan berfirman: orang yang “telah bertaubat dari dosa-dosanya, orang yang sama diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak mengingatinya lagi.”17 Dalam kata lain: Marilah kita selesaikan perkara ini bersama-sama.18 Anda telah bersalah, semua orang pun gagal dari masa ke masa.19 Datang kepada Ku dan bertaubat.20 Aku tidak mengingati dosamu lagi.21 Kamu boleh sembuh sekali lagi.22 Aku mempunyai sebuah pekerjaan bagimu.23 Kristus ialah sakhlat menjadi putih.

Tetapi apakah langkah-langkah yang praktikal? Apakah kunci untuk menyambung sekali lagi kepada kuasa Yesus Kristus apabila kita beragu-ragu? Presiden Russell M. Nelson kata: “Kunci itu adalah untuk menerima dan menjaga perjanjian kudus.… Ia bukan satu jalan yang rumit.”24 Buatkan Kristus pusat kehidupan anda.25

Jika anda rasa api kesaksian anda menjadi malap dan kegelapan semakin dekat, menjadi beranilah. Mentaati perjanjian anda kepada Tuhan. Tanya soalan anda. Menjadikan batu kepada kaca dengan sabar. Berpaling kepada Yesus yang masih menyayangi anda.

Yesus berfirman, “Aku ialah cahaya yang bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan itu tidak memahaminya.”26 Ini bererti walau betapa susahnya kegelapan cuba untuk lakukannya, ia tidak akan padamkan cahaya. Tidak. Anda boleh percaya bahawa Cahaya-Nya akan selalu sedia bagi anda.

Imej
Lampu Bait Suci Salt Lake dipasang sekali lagi

Kita, atau orang yang kita kasihi, mungkin hilang kesaksian mereka buat sementara. Dalam cerita saya awal mengenai Bait Suci Salt Lake, pengurus kemudahan, Brother Val White, menerima panggilan telefon dengan serta-merta. Orang sudah beri perhatian. Apa yang berlaku kepada lampu-lampu bait suci? Pertama, kakitangan pergi memeriksa setiap papan panel elektrik dan pasangkan lampu secara manual. Kemudian mereka gantikan bateri-bateri dalam bekalan kuasa automatik dan mengujinya untuk mencari apa sudah gagal.

Adalah susah untuk memasangkan lampu secara diri sendiri. Kita perlukan rakan. Kita perlukan satu sama lain. Seperti kakitangan bait suci, kita boleh tolong satu sama lain dengan menghadiri, mengecas semula bateri rohani kita, memperbaiki apa yang sudah rosak.

Imej
Bait Suci Salt Lake pada musim Krismas

Mungkin kita hanya satu mentol lampu pada sepohon pokok, Tetapi kita masih sinarkan lampu kecil kita, dan secara bersama-sama, seperti Temple Square pada musim Krismas, kita menarik berjuta-juta orang ke bait suci Tuhan. Yang paling baik, seperti Presiden Nelson menggalak kita, kita boleh membawa cahaya Juruselamat kepada diri sendiri dan orang yang penting bagi kita dengan mentaati perjanjian kita. Dalam pelbagai cara, Tuhan mengganjar tindakan yang beriman itu dengan kuasa dan kebahagiaan.27

Saya bersaksi bahawa anda dikasihi. Tuhan tahu betapa kuatnya anda sedang cuba. Anda sedang membuat kemajuan. Teruskan! Dia nampak semua korban tersembunyi anda dan mengganjar anda serta orang yang anda kasihi. Kerja anda tidak sia-sia. Anda tidak bersendirian. Nama-Nya, Imanuel, bererti “Tuhan menyertai kita.”28 Dia benar-benarnya bersama anda.

Ambil beberapa langkah pada jalan perjanjian, walaupun terlalu gelap untuk memandang ke depan. Lampu akan dipasang semula. Saya bersaksi tentang kebenaran firman Yesus, dan firman-Nya penuh dengan cahaya: “Mendekatlah kepada-Ku dan Aku akan mendekat kepadamu; carilah Aku dengan tekun dan kamu akan menemukan-Ku; mintalah, dan kamu akan menerima; ketuklah, dan akan dibukakan bagimu.”29 Dalam nama Yesus Kristus, amin