2010–2019
Gembala yang Baik, Anak Domba Tuhan
Persidangan Umum April 2019


Gembala yang Baik, Anak Domba Tuhan

Yesus Kristus memanggil kita dengan suara-Nya dan nama-Nya. Dia mencari dan mengumpulkan kita. Dia mengajar kita cara melayan dengan kasih sayang.

Saudara dan saudari sekalian, pernahkah anda mengalami masalah tidur nyenyak dan cuba mengira domba dalam minda? Anda mengira setiap domba melompat pagar: 1, 2, 3, … 245, 246, … 657, 658 …1

Bagi saya, mengira domba tidak membuat saya mengantuk. Saya bimbang nanti saya hilang seekor, membuatkan saya tidak dapat tidur.

Daripada seorang gembala kemudian menjadi seorang raja, kami mengisytiharkan:

“Tuhan ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa.

“Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau dan membimbing aku ke air yang tenang.

“Dia memberi aku kekuatan baru.”2

Imej
Tingkap kaca berwarna The Good Shepherd

Pada musim Easter ini, kita merayakan Gembala yang Baik, juga dikenali sebagai Anak Domba Tuhan. Daripada segala nama ilahi-Nya, tiada yang lebih lembut atau lebih bermakna. Kita belajar banyak daripada Juruselamat yang merujuk diri-Nya sebagai Gembala yang Baik dan daripada kesaksian tentang-Nya sebagai Anak Domba Tuhan. Peranan dan lambang ini bersesuaian—siapakah lebih baik untuk membantu setiap anak domba daripada Gembala yang Baik, dan siapakah lebih baik menjadi Gembala yang Baik daripada Anak Domba Tuhan?

Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal,” dan Anak Tunggal Tuhan mengorbankan hidup-Nya degnan kepatuhan yang rela kepada Bapa-Nya.3 Yesus bersaksi, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya.”4 Yesus memiliki kuasa untuk mengorbankan diri dan kuasa untuk mendapatnya kembali.5 Bersatu dengan Bapa-Nya, Juruselamat memberkati kita secara istimewa sebagai Gembala yang Baik dan Anak Domba Tuhan.

Sebagai Gembala yang Baik, Yesus Kristus memanggil kita dengan suara-Nya dan nama-Nya. Dia mencari dan mengumpulkan kita. Dia mengajar kita cara melayan dengan kasih sayang. Mari kita, pertimbangkan tiga tema ini, bermula dengan Dia memanggil kita dengan suara-Nya dan nama-Nya.

Pertama, Gembala kita yang Baik “memanggil nama setiap ekor domba. … Kerana [mereka] mengenal suaranya.”6 Dan “dalam nama-Nya sendiri Dia memanggilmu, yang adalah nama Kristus.”7 Apabila kita mencari dengan niat yang bersunguh-sungguh mengikut Yesus Kristus, ilham menuntun anda untuk mengasihi Tuhan, dan untuk melayani–Nya.8 Semasa kita belajar, merenungkan, dan berdoa; memperbaharui perjanjian sakramen dan bait suci; dan menjemput semua orang kepada injil dan tatacara-Nya, kita sedang mengikuti suara Dia.

Pada masa kini, Presiden Russell M. Nelson menasihatkan kita untuk memanggil Gereja yang dipulihkan menurut nama yang telah diberikan oleh Yesus Kristus,—Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.9 Tuhan berfirman, “Apa pun yang akan kamu lakukan, kamu akan melakukannya dalam nama-Ku; oleh itu kamu akan memanggil gereja ini dengan nama-Ku; dan kamu akan meminta kepada Bapa dalam nama-Ku agar Dia akan memberkati gereja ini demi kepentingan-Ku.”10 Di seluruh dunia, dalam hari dan rumah kita, kita berdoa kepada Bapa dalam nama Yesus Kristus. Kita bersyukur atas berkat-Nya bagi aktiviti berpusatkan di rumah, ibadat disokong Gereja, pembelajaran injil dan aktiviti keluarga.

Kedua, Gembala kita yang Baik mencari dan mengumpul kita ke dalam kawanan-Nya. Dia bertanya, “Andaikata seorang daripada kamu mempunyai seratus ekor domba, lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Tentu dia akan meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor di padang rumput, lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga dapat.”11

Juruselamat kita sering kali pada masa yang sama menghulur bantuan kepada yang satu dan juga sembilan puluh sembilan itu. Apabila kita melayan, kita tahu bahawa sembilan puluh sembilan yang tabah dan tak tergoyah, walaupun ketika kita ingin sekali membantu satu yang telah menyimpang. Tuhan kita mencari dan membebaskan kita “dari segala tempat,”12 “di seluruh dunia.”13 Dia mengumpul kita dengan perjanjian kudus dan darah penebusan-Nya.14

Juruselamat kita berfirman kepada pengikut-pengikutnya, “Domba-domba lain Aku miliki yang bukan dari kawanan ini.”15 Di Amerika, Tuhan yang bangkit bersaksi kepada anak-anak perjanjian Lehi, “Kamu adalah domba-domba-Ku.”16 Dan Yesus berfirman bahawa domba-domba lain akan mendengar suara-Nya.17 Sesungguhnya, Kitab Mormon adalah satu kesaksian lagi akan suara Yesus Kristus!

Yesus Kristus mengundang jemaah untuk menerima semua orang yang mendengar suara-Nya18 dan mematuhi perintah-perintah–Nya. Ajaran Kristus merangkumi pembaptisan dengan air dan api dan Roh Kudus.19 Nefi bertanya, “Jika Anak Domba Tuhan, Dia yang kudus, mestilah perlu dibaptis dengan air, untuk menggenapi segala kebenaran, ya maka, betapa jauh lebih perlunya bagi kita, yang tidak kudus, untuk dibaptis, ya, bahkan dengan air!”20

Imej
Yohanes membaptis Yesus

Hari ini, Juruselamat berhasrat agar perbuatan kita dan siapa yang kita akan menjadi akan mengundang orang lain untuk mari, ikutlah Dia. Marilah mencari kasih sayang, penyembuhan, hubungan, dan perjanjian sendiri dalam Dia, termasuk dalam bait suci kudus Tuhan, di mana tatacara kudus keselamatan dapat memberkati semua ahli keluarga, maka mengumpul Israel di kedua belah tirai.21

Ketiga, sebagai “Gembala umat Israel,”22 Yesus Kristus menunjukkan cara para gembala di Israel melayani dengan kasih sayang. Semasa Tuhan menanya jika kita mengasihi dia, seperti Dia tanya kepada Simon Petrus, maksud Tuhan ialah: “Peliharalah anak-anak domba-Ku. … Peliharalah domba-domba-Ku. … Peliharalah domba-domba-Ku.23 Tuhan berjanji bahawa ketika gembala Dia pelihara anak domba dan domba-Nya, mereka dalam kawan-Nya “tidak akan takut atau gentar lagi. Aku tidak akan menghukum mereka lagi.”24

Gembala kita yang Baik mengingatkan para gembala di Israel untuk tidak tertidur,25 dan cerai berai atau menyebabkan domba menyimpang,26 ataupun mengikut cara sendiri dan memperoleh keuntungan sendiri.27 Para gembala Tuhan perlu memperkuat, menyembuh, memperbaiki yang telah rosak, kembali semula yang dihalau keluar, mencari yang telah hilang.28

Tuhan juga mengingatkan orang upahan, yang “tidak mempedulikan domba-domba itu,”29 dan “para nabi palsu, yang datang kepadamu dengan menyamar sebagai domba, tetapi di dalamnya mereka ialah serigala yang rakus.”30

Gembala yang Baik bersukacita apabila kita menggunakan hak pilihan individu dengan tujuan dan iman. Mereka dalam kawanan-Nya melihat Juruselamat kita dengan penuh syukur atas korban penebusan-Nya. Kita berjanji untuk mengikut Dia, bukan secara pasif, membabi buta, atau “malu-malu,” tetapi berhasrat dengan segala hati dan minda mengasihi Tuhan dan sesama manusia, saling memikul beban dan berbahagia atas sukacita orang lain. Kristus rela membaktikan kehendak-Nya kepada kehendak Bapa, maka kita dengan takzim mengambil ke atas diri nama Dia. Kita sudi melibatkan diri dalam pekerjaan-Nya untuk mengumpul dan melayani semua anak Tuhan.

Saudara dan saudari, Yesus Kristus ialah Gembala Baik yang sempurna. Oleh kerana Dia mengorbankan nyawa untuk kita dan dibangkit dengan kemuliaan, Yesus Kristus juga Anak Domba Tuhan yang sempurna.31

Pengorbanan Anak Domba Tuhan telah dibayangkan sejak permulaan. Seorang malaikat memberitahu Adam bahawa korbannya “suatu kemiripan akan pengorbanan Anak Tunggal Bapa,” yang mengundang kita untuk “bertaubat dan meminta kepada Tuhan dalam nama Putera sepanjang masa.”32

Nabi Abraham, yang menetapkan berkat-berkat perjanjian bagi semua bangsa di bumi, mengalami apakah maksudnya untuk mempersembah anak tunggalnya

“Ishak berkata, ‘Ayah!’ Abraham menjawab, ‘Ada apa, anakku?’ Ishak bertanya, ‘Kita sudah membawa api dan kayu, tetapi di manakah anak domba …?’

Abraham menjawab, ‘Tuhan sendiri akan menyediakan anak domba itu.’”33

Para rasul dan nabi melihat sebelumnya dan bersukacita terhadap misi Anak Domba Tuhan yang ditahbiskan sebelumnya. Yohanes dalam Dunia Lama dan Nefi di Dunia Baru bersaksi tentang “Anak Domba Tuhan,”34 “ya, bahkan Putera Bapa Yang Abadi[,] … Penebus dunia,”35

Abinadi bersaksi tentang korban penebusan Yesus Kristus: “Kita semua, seperti domba, telah tersesat; kita telah berpaling setiap orang kepada jalannya sendiri; dan Tuhan telah meletakkan ke atas diri-Nya [kederhakaan] kita semua.”36 Alma memanggil pengorbanan besar dan terakhir Putera Tuhan “satu hal yang lebih penting daripada semuanya.” Alma menggalakkan “memiliki iman kepada Anak Domba Tuhan,” “datanglah dan janganlah takut.”37

Seorang kawan saya berkongsi cara dia memperoleh kesaksian Korban Tebusan Yesus Kristus. Dia dibesarkan dengan mempercayai dosa sentiasa membawa hukuman yang berat, ditanggung oleh kita sendiri. Dia merayu kepada Tuhan untuk memahami ada kemungkinan keampunan ilahi. Dia berdoa untuk tahu bagaimana Yesus Kristus dapat ampuni mereka yang bertaubat, bagaimana belas kasihan dapat memenuhi keadilan.

Pada satu hari, doanya telah dijawab dalam suatu pengalaman rohani yang besar. Ada seorang pemuda berlari keluar dari kedai runcit membawa dua beg makanan. Dia lari ke dalam sebuah jalan yang sibuk, dikejar oleh pemilik kedai, yang berjaya menangkap dia mula menjerit dan memukul. Sebalik mencari keadilan kerana pemuda itu telah menjadi pencuri, tanpa sedar kawan saya merasa kasihan besar terhadap pemuda itu. Tanpa ketakutan dan kebimbangan bagi keselamatannya, dia terus berjalan kepada dua orang yang sedang bergaduh. Dia mendapati dirinya berkata, “Saya akan bayar untuk makanan itu. Tolong bebaskan dia. Tolonglah, saya akan bayar makanan itu.”

Dibimbing oleh Roh Kudus dan dipenuhi kasih sayang yang tidak pernah dialami, kawan saya berkata, “Saya hanya mahu bantu dan menyelamatkan pemuda itu.” Kawan saya memberitahu bahawa dia mula memahami Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya—bagaimana dan mengapa kasih suci dan sempurna Yesus Kristus dengan relanya mengorbankan diri untuk menjadi Juruselamat dan Penebus dia, dan mengapa dia ingin menjadi seperti Dia.38

Patutlah, kita nyanyi:

Lihat Gembala yang baik,

Mencari yang telah hilang,

Selamatkan mereka kembali,

Dengan korban tebusan.39

Sebagai Anak Domba Tuhan, Juruselamat kita tahu semasa kita rasa berseorang, tidak dipentingkan, tidak pasti atau takut. Nefi dalam sebuah penglihatan nampak kuasa Anak Domba Tuhan, “turun ke atas orang suci gereja Anak Domba, dan ke atas umat perjanjian Tuhan.” Walaupun “telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.”40

Perjanjian harapan dan hiburan ini merangkumi masa kini.

Adakah anda hanya seorang ahli Gereja dalam keluarga, sekolah, tempat kerja, atau komuniti anda? Adakah cabang anda kadang-kadang rasa kecil dan terpencil? Adakah anda berpindah ke tempat baru, dengan bahasa atau budaya yang berbeza? Mungkin keadaan hidup anda telah berubah dan anda perlu menghadapi hal-hal yang sebelumnya tahu tidak akan berlaku? Juruselamat kita menjaminkan, tidak kira sesiapa kita dan keadaan kita, menurut kata Yesaya: Dia akan mengumpulkan dan mendukung anak-anak domba, dan dengan lemah lembut, memimpin induk-induk domba.”41

Imej
Gembala yang Baik bersama domba-domba-Nya

Saudara dan saudari, Gembala kita yang Baik memanggil kita dengan suara dan nama-Nya. Dia mencari, mengumpul dan datang kepada umat-Nya. Melalui nabi-Nya yang hidup dan setiap daripada kita, Dia mengundang kita mencari kedamaian, tujuan, penyembuhan, dan kebahagiaan dalam kegenapan Injil yang dipulihkan dan jalan perjanjian-Nya Melalui teladan, Dia mengajar gembala-gembala Israel untuk melayan dengan kasih sayang-Nya.

Sebagai Anak Domba Tuhan, misi ilahi-Nya telah ditahbiskan sebelumnya dan bergembira oleh para rasul dan nabi. Korban tebusan-Nya, tidak terhingga dan abadi, adalah penting dalam rancangan kegembiraan dan tujuan penciptaan. Dia menjaminkan kita dalam segala keadaan kita, bahawa Dia membawa kita mendekati hati-Nya.

Saudara dan saudari, semoga kita berhasrat menjadi “para pengikut Tuhan dan Anak Domba yang rendah hati,”42 mungkin satu hari nanti dapat menulis nama kita dalam buku kehidupan Anak Domba,43 menyanyi lagu Anak Domba,44 dan dijemput untuk makan bersama Anak Domba.45

Sebagai Gembala dan Anak Domba, Dia berkata: datang “kepada pengetahuan yang benar … tentang Penebus [anda], … dan gembala [anda] yang agung dan benar.”46 Dia berjanji dengan “rahmat-Nya kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus.”47

Pada musim Easter ini, kita memuji Dia:

“Anak Domba … itu layak!”48

“Hosana kepada Tuhan dan Anak Domba!”49

Saya bersaksi tentang Dia, Gembala Baik kita yang sempurna, Anak Domba Tuhan yang sempurna. Dia memanggil kita menurut nama kita, dalam nama-Nya—bahkan nama Yesus Kristus yang kudus dan suci—amin.