2010–2019
Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam
Persidangan Umum April 2019


Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam

Anda akan menjumpai sebahagian kegembiraan terbesar anda dalam usaha anda untuk membuat rumah anda satu tempat iman kepada Tuhan Yesus Kristus dan satu tempat yang penuh kasih.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya bersyukur dapat dijemput untuk berucap kepada anda di Persidangan Umum Tahunan ke-189 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ini. Pada hari ini tahun 1830, Joseph Smith menguruskan Gereja di bawah arahan Tuhan. Ia dilakukan di dalam rumah keluarga Whitmer dekat Fayette, New York. Terdapat enam ahli dan kira-kira 50 orang lain yang berminat di sana pada hari itu.

Walaupun saya tidak tahu apa yang Nabi Joseph berkata atau bagaimana rupanya bila dia berdiri di depan kumpulan kecil itu, saya tahu apa yang orang-orang yang beriman kepada Kristus itu rasa. Mereka rasa Roh Kudus, dan juga rasa bahawa mereka berada di tempat kudus. Mereka pasti rasa bahawa mereka bersatu.

Perasaan ajaib itu ialah perasaan yang kita semua ingin di dalam rumah kita. Ia merupakan perasaan yang datang dari “mempunyai fikiran rohani”, seperti yang digambarkan oleh Paulus.1

Tujuan saya hari ini adalah untuk mengajar apa yang saya tahu tentang cara kita dapat menjadi layak untuk perasaan itu lebih kerap dan menjemputnya untuk tinggal lebih lama dalam keluarga kita. Seperti anda tahu dari pengalaman, ia tidak mudah untuk melakukan. Pertikaian, kesombongan, dan dosa mesti dihalang. Kasih ihsan Kristus mesti datang ke dalam hati orang di dalam keluarga kita.

Adam dan Hawa, Lehi dan Saria, dan ibu bapa lain yang kita tahu dari tulisan suci mendapati ia satu cabaran yang susah. Tetapi ada pengalaman-pengalaman yang menggalakkan tentang kebahagiaan yang bertahan di dalam keluarga dan rumah untuk menyenangkan kita. Dan contoh-contoh itu biar kita melihat cara ia boleh berlaku untuk kita dan keluarga kita. Anda ingat cerita dari 4 Nefi:

“Dan terjadilah bahawa tidak ada pertikaian di negeri itu, kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.

“Dan tidak ada kedengkian, dan juga pertikaian, dan juga pergaduhan, dan juga pelacuran, dan juga dusta, dan juga pembunuhan, dan juga pelbagai jenis kegasangan nafsu apa pun; dan sudah pastinya tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.

“Tidak ada perompak, atau pembunuh, tidak juga ada bangsa Laman, atau apa-apa nama bangsa pun; tetapi mereka dalam kesatuan, anak-anak Kristus, dan para pewaris kerajaan Tuhan.

“Dan betapa diberkatinya mereka! Kerana Tuhan memberkati mereka dalam segala perbuatan mereka; ya, bahkan mereka diberkati dan dimakmurkan sehingga seratus sepuluh tahun telah berlalu; dan generasi pertama sejak Kristus telah meninggal dunia, dan tidak ada pertikaian di atas seluruh negeri tersebut.”2

Seperti anda tahu, masa yang bahagia itu tidak bertahan selamanya. Cerita di 4 Nefi menggambarkan tanda-tanda penurunan rohani antara kumpulan orang baik. Ia merupakan pola yang telah muncul di sejarah di dalam seluruh bangsa, di dalam jemaah, dan, yang paling sedih, di dalam keluarga. Dengan mempelajari pola itu, kita dapat melihat bagaimana kita dapat melindungi dan bahkan meningkatkan perasaan kasih di dalam keluarga kita.

Ini ialah pola penurunan yang muncul selepas setelah 200 tahun hidup dalam kedamaian sempurna yang Injil membawa:

Kesombongan masuk.

Orang berhenti mengongsi kepunyaan mereka dengan satu sama lain.

Mereka mula memandang diri mereka dalam golongan yang di atas atau di bawah satu sama lain.

Mereka mula berkurangan dalam iman mereka kepada Yesus Kristus.

Mereka mula membenci.

Mereka mula melakukan pelbagai jenis dosa.

Ibu bapa yang bijak akan cukup berwaspada untuk perhatikan tanda-tanda ini apabila ia timbul antara ahli-ahli keluarga mereka. Pastinya mereka akan risau. Tetapi mereka akan tahu bahawa penyebab asasnya ialah pengaruh Setan berusaha memimpin orang baik ke jalan untuk berdosa dan oleh itu kehilangan pengaruh Roh Kudus. Jadi ibu bapa bijak akan melihat peluang terbaik adalah untuk membimbing setiap anak, dan diri mereka, untuk menerima jemputan Tuhan dengan penuh untuk datang kepada Dia

Anda boleh berjaya dengan meminta seorang anak untuk bertaubat dari kesombongan, sebagai contoh. Anda boleh memujuk anak-anak untuk mengongsi kepunyaan mereka dengan lebih murah hati. Anda boleh minta mereka untuk berhenti merasai diri mereka lebih baik daripada orang lain dalam keluarga. Tetapi kemudian anda datang ke tanda yang saya menggambarkan sebelumnya sebagai “Mereka mula berkurangan dalam iman mereka kepada Yesus Kristus.”

Itulah kunci membimbing keluarga anda naik ke tempat rohani itu yang anda ingin bagi mereka—dan untuk anda berada di sana bersama mereka. Semasa anda membantu mereka berkembang dalam iman bahawa Yesus Kristus ialah Penebus mereka yang penyayang, mereka akan rasa keinginan untuk bertaubat. Semasa mereka berbuat demikian, kerendahan hati akan bermula mengganti kesombongan. Semasa mereka mula rasa apa yang Tuhan telah memberikan mereka, mereka akan ingin berkongsi dengan lebih murah hati. Persaingan untuk kemasyhuran atau pengiktirafan akan berkurangan. Kebencian akan diusir oleh kasih sayang. Dan akhirnya, seperti rakyat yang ditukar hati oleh Raja Benyamin, keinginan untuk berbuat baik akan memperkukuh mereka terhadap godaan untuk berdosa. Rakyat Raja Benyamin bersaksi bahawa mereka “tidak lagi berhasrat untuk berbuat jahat.”3

Maka membina iman kepada Yesus Kristus ialah permulaan membalikkan penurunan rohani dalam keluarga dan rumah anda. Iman itu lebih cenderung membawa pertaubatan daripada berkhutbah terhadap setiap tanda penurunan rohani.

Anda akan memberi contoh terbaik melalui teladan anda. Ahli-ahli keluarga dan orang lain mesti melihat anda berkembang dalam iman anda sendiri kepada Yesus Kristus dan Injil-Nya. Kebelakangan ini anda diberikan bantuan hebat. Para ibu bapa dalam Gereja telah diberkati dengan kurikulum yang diilhamkan bagi keluarga dan individu. Semasa anda menggunakannya, anda akan membina iman anda dan iman anak-anak anda kepada Tuhan Yesus Kristus.

Berkembang dalam Iman

Iman anda kepada Juruselamat telah berkembang semasa anda ikut cadangan Presiden Russell M. Nelson untuk membaca Kitab Mormon lagi. Anda menandai ayat-ayat dan perkataan yang merujuk kepada Juruselamat. Iman anda kepada Yesus Kristus berkembang. Tetapi seperti tumbuhan baru, iman yang demikian kepada Yesus Kristus akan layu kecuali anda mencari keazaman berterusan untuk merenungkan dan berdoa untuk meningkatkannya.

Teladan anda berkembang dalam iman mungkin tidak diikuti oleh semua ahli keluarga sekarang. Tetapi bergembiralah dari pengalaman Alma yang Muda. Dalam keperluan pedihnya untuk pertaubatan dan keampunan, dia ingat iman ayahnya kepada Yesus Kristus. Anak-anak anda mungkin ingat iman anda kepada Juruselamat pada saat bila mereka sangat perlu pertaubatan. Alma berkata mengenai masa yang demikian:

“Dan terjadilah bahawa sewaktu aku sedemikian terseksanya oleh seksaan, semasa aku amat tertekan oleh ingatan terhadap banyaknya dosaku, lihatlah, aku ingat juga telah mendengar ayahku bernubuat kepada orang berkenaan kedatangan seorang Yesus Kristus, seorang Putera Tuhan, untuk menebuskan dosa-dosa dunia.

“Sekarang, sewaktu fikiranku menangkap fikiran ini, aku berseru di dalam hatiku: Ya Yesus, Engkau Putera Tuhan, berbelas kasihanlah padaku, yang berada dalam hempedu kepahitan, dan dikelilingi oleh rantai kematian kekal.

“Dan sekarang, lihatlah, ketika aku memikirkan ini, aku tidak dapat mengingat rasa sakitku lagi; ya, aku tidaklah amat tertekan oleh ingatan atas dosa-dosaku lagi.”4

Berdoa dengan Kasih

Selain daripada contoh anda berkembang dalam Iman, berdoa sebagai keluarga boleh mengambil bahagian yang sangat penting dalam membuat rumah satu tempat yang kudus. Salah satu orang biasanya dipilih sebagai suara untuk berdoa untuk keluarga. Apabila doa diberikan kepada Tuhan bagi pihak orang yang berlutut dan mendengar, iman berkembang di dalam semua mereka. Mereka dapat rasa pernyataan kasih kepada Bapa Syurgawi dan kepada Juruselamat. Dan apabila orang yang berdoa menyebut orang yang berlutut dalam bulatan itu yang perlu bantuan, semua dapat rasa kasih untuk mereka dan untuk setiap ahli keluarga.

Bahkan bila ahli keluarga tidak tinggal di rumah, doa boleh membina pertalian kasih sayang. Doa dalam keluarga boleh mencapai seluruh dunia. Lebih dari satu kali saya telah belajar bahawa seorang ahli keluarga yang jauh sedang berdoa pada masa yang sama untuk perkara yang sama dengan saya. Bagi saya, pepatah lama “Keluarga yang berdoa bersama terus bersama” boleh diperluaskan kepada “Keluarga yang berdoa bersama terus bersama, bahkan bila mereka berjauhan.”

Mengajar Pertaubatan Awal

Oleh kerana tiada orang yang sempurna dan perasaan mudah disakiti, keluarga boleh menjadi tempat perlindungan hanya jika kita bertaubat awal dengan ikhlas. Para ibu bapa boleh menjadi teladan. Kata-kata keras atau fikiran tidak baik boleh ditaubatkan dengan cepat dan ikhlas. Kata-kata mudah “Saya minta maaf” boleh menyembuhkan luka dan menjemput keampunan dan kasih.

Nabi Joseph Smith menjadi teladan untuk kita semasa dia mengalami serangan ganas, pengkhianat, dan bahkan ketidaksepakatan dalam keluarganya. Dia cepat mengampuni, walaupun dia tahu penyerang itu mungkin akan menyerang lagi. Dia minta keampunan, dan dia memberikannya dengan murah hati.5

Memupuk Semangat Penginjilan

Para putera Mosia bertekad memberi injil kepada semua orang. Keinginan ini datang dari pengalaman peribadi mereka dengan pertaubatan. Mereka tidak dapat bertahan fikiran seseorang menderita kesan-kesan dosa seperti yang mereka telah mengalami. Jadi mereka menghadapi bertahun-tahun penolakan, kesusahan, dan bahaya untuk menawarkan Injil Yesus Kristus kepada musuh-musuh mereka. Dalam proses itu, mereka menjumpai kegembiraan di dalam banyak orang yang bertaubat dan mengalami kegembiraan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.

Ahli-ahli keluarga kita akan berkembang dalam keinginan mereka untuk mengongsi Injil semasa apabila mereka rasa kegembiraan keampunan. Kegembiraan itu boleh datang juga apabila mereka memperbaharui perjanjian ketika mereka mengambil sakramen. Semangat penginjilan akan berkembang di dalam rumah kita apabila anak-anak dan ibu bapa rasa kegembiraan keampunan dalam pertemuan sakramen. Oleh contoh penghormatan mereka, baik ibu bapa mahupun anak-anak boleh membantu satu sama lain rasa kegembiraan itu. Kegembiraan itu boleh berkesan banyak dalam mengubah rumah kita ke dalam pusat latihan penginjil. Bukan semua akan melayani misi, tetapi semua akan rasa keinginan mengongsi Injil, yang telah menyebabkan mereka merasa keampunan dan kedamaian. Dan sama ada melayani misi penuh masa atau tidak, semua dapat rasa kegembiraan dalam menawarkan Injil kepada orang lain.

Mengunjungi Bait Suci

Bagi kedua-dua ibu bapa dan anak-anak, bait suci ialah kesempatan terbaik untuk memperoleh perasaan dan kasih akan tempat-tempat syurgawi. Ini benar terutamanya apabila anak-anak masih muda. Anak-anak dilahirkan dengan Cahaya Kristus. Bahkan seorang bayi dapat rasa bahawa bait suci ialah suci. Oleh kerana ibu bapa mengasihi anak-anak kecil mereka, bait suci mewakili harapan bahawa mereka dapat mempunyai anak-anak mereka untuk mengasihi dalam keluarga abadi mereka—selama-lamanya.

Sebahagian anda mempunyai gambar-gambar bait suci di dalam rumah anda. Semasa bait suci ditambah di seluruh bumi, banyak ibu bapa dapat pergi ke bait suci bersama dengan keluarga mereka. Sesetengah orang mungkin dapat menghadiri rumah terbuka apabila bait suci telah dibina. Ibu bapa boleh tanya anak-anak mereka bagaimana perasaan mereka berada dekat atau di dalam bait suci

Setiap ibu bapa boleh memberi kesaksian tentang apa maksudnya bait suci bagi dia. Presiden Ezra Taft Benson, yang menyayangi bait suci, kerap kali berucap tentang ibunya yang menyeterika baju bait sucinya dengan teliti.6 Dia berucap tentang kenangannya sebagai budak melihat keluarganya ketika mereka jalan dari rumahnya untuk menghadiri bait suci.

Apabila dia menjadi Presiden Gereja, dia menghadiri bait suci pada hari yang sama setiap minggu. Dia selalu melakukan pekerjaan bait suci untuk seseorang nenek moyang. Kebanyakan ini datang daripada teladan ibu bapa dia.

Kesaksian Saya

Anda akan menjumpai sebahagian kegembiraan terbesar anda dalam usaha anda untuk membuat rumah anda satu tempat iman kepada Tuhan Yesus Kristus dan satu tempat yang penuh kasih, kasih ihsan Kristus. Pemulihan Injil bermula dengan persoalan rendah hati yang direnungkan di rumah, dan ia boleh berterusan dalam setiap rumah semasa kita kekal menegaskan dan melakukan asas-asas Injil di sana. Inilah harapan dan keinginan saya yang paling ikhlas sejak saya seorang budak kecil. Anda semua telah melihat rumah yang demikian. Banyak di antara anda telah membuat rumah yang demikian dengan bantuan Tuhan.

Sesetengah telah berusaha dengan segenap hati untuk menerima berkat itu, namun belum diberikan. Janji saya kepada anda ialah janji seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul pernah buat dengan saya. Saya berkata kepada dia bahawa kerana pilihan-pilihan yang dibuat oleh beberapa ahli keluarga kami, saya meragui bahawa kami dapat bersama di dunia yang akan datang. Dia berkata, yang saya dapat ingat, “Kamu risau tentang masalah yang salah. Kamu hanya harus hidup layak untuk kerajaan selestial, dan situasi keluarga kamu akan lebih bahagia daripada apa yang boleh kamu gambarkan.”

Saya percaya bahawa dia akan memberi harapan bahagia itu kepada sesiapa antara kita dalam kefanaan yang telah melakukan semua yang dapat kita lakukan untuk melayakkan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita untuk kehidupan abadi. Saya tahu bahawa rancangan Bapa Syurgawi ialah rancangan kebahagiaan. Saya bersaksi bahawa rancangan-Nya membolehkan setiap kita yang telah melakukan sedaya upaya untuk dimeterai dalam keluarga selama-lamanya.

Saya tahu bahawa kunci-kunci imamat yang dipulihkan kepada Joseph Smith diberikan dalam susunan tidak terputus hingga Presiden Russell M. Nelson. Kunci-kunci itu membolehkan pemeteraian keluarga hari ini. Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi kita, iaitu anak-anak roh-Nya, dengan kasih yang sempurna. Saya tahu bahawa kerana Korban Tebusan Yesus Kristus, kita dapat bertaubat, dibersihkan, dan menjadi layak untuk hidup di dalam keluarga yang penuh kasih buat selama-lamanya bersama Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya yang Dikasihi, Yesus Kristus. Saya bersaksi dengan demikian dalam nama Yesus Kristus, amin.