2010–2019
Lihatlah kepada Yesus Kristus
Persidangan Umum April 2019


Lihat kepada Yesus Kristus

Jika kita melihat kepada Yesus Kristus, Dia akan menolong kita menjalani perjanjian dan mengembangkan panggilan kita sebagai para penatua di Israel.

Semasa Yesus berjalan di sebuah laluan dekat Kapernaum1 dengan ramai orang di sekeliling Dia, seorang wanita yang menghidap penyakit serius selama 12 tahun menyentuh hujung jubah-Nya. Wanita itu disembuhkan dengan segera.2

Tulisan suci mencatatkan bahawa Yesus, menyedari “[ada kuasa] keluar daripada-[Nya],”3 “berpaling kepada orang ramai”4 dan “memandang … untuk mencari orang yang telah menyentuh-Nya.”5 “Ketika wanita itu sedar bahawa perbuatannya sudah diketahui,”6 dia “sujud di hadapan Yesus dan memberitahu Dia segala-galanya.”7

Yesus berkata kepadanya, “Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera.”8

Yesus Kristus menyelamatkan wanita itu. Dia disembuhkan secara jasmani, tetapi ketika Yesus berpaling untuk memandang dia, wanita itu menyatakan iman kepada Dia dan Dia menyembuhkan hati wanita itu.9 Dia bercakap kepada wanita dengan kasih sayang, memberi jaminan tentang pengesahan dia, dan memberkati dia dengan kedamaian-Nya.10

Saudara sekalian, sebagai pemegang imamat yang kudus, kita berusaha dalam kerja keselamatan. Sejak tahun lepas, Tuhan telah tepat menempatkan kepimpinan kerja ini ke atas bahu para penatua di Israel.11 Kita memiliki perintah yang mengilhamkan daripada Tuhan—bekerja dengan para saudari, kita bertujuan untuk melayan dalam cara lebih kudus, mempercepatkan pengumpulan Israel pada kedua-dua belah tirai, mendirikan rumah kita sebagai tempat perlindungan dengan iman dan pelajaran injil, dan mempersiapkan dunia bagi Kedatangan Kedua Yesus Kristus.12

Seperti dalam semua hal, Juruselamat telah menunjukkan jalan: kita perlu mencarikan dan melayani Yesus Kristus seperti Dia mencarikan dan melayani Bapa-Nya.13 Juruselamat berfirman kepada Nabi Joseph dengan cara begini:

“Pandanglah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.

“Lihatlah luka-luka yang menusuk sisi tubuh-Ku, dan juga bekas paku di tangan dan kaki-Ku; setialah, taatilah perintah-perintah-Ku, dan kamu akan mewarisi kerajaan syurga.”14

Di dunia pra-fana, Yesus berjanji kepada Bapa-Nya bahawa Dia akan melakukan kehendak Bapa-Nya dan menjadi Juruselamat dan Penebus kita. Apabila Bapa-Nya menanya, “Siapakah yang harus Aku utus?”15 Yesus menjawab:

“Di sinilah Aku, utuslah Aku.”16

“Kehendak-Mu jadilah, dan kemuliaan adalah milik-Mu selamanya.”17

Sepanjang hidup-Nya yang fana, Yesus mentaati perjanjian itu. Dia mengajarkan ajaran Bapa-Nya dengan kerendahan dan kelembutan hati dan kasih sayang dan melakukan kerja Bapa-Nya dengan kuasa dan wewenang yang telah Bapa-Nya berikan kepada Dia.18

Yesus menyerahkan hati-Nya kepada Bapa-Nya. Dia berfirman:

“Aku mengasihi Bapa.”19

“Aku sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.”20

“Aku sudah turun … bukan untuk melakukan kehendak-Ku, tetapi kehendak [Bapa, yang] mengutus Aku.”21

Dalam kesakitan-Nya di dalam Getsemani, Dia berdoa, “Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”22

Apabila Tuhan memanggil para penatua di Israel untuk “lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran” dan “lihatlah luka-luka” di dalam badan-Nya yang dibangkit, itulah panggilan untuk berpaling daripada dosa dan dunia dan berpaling kepada Dia dan mengasihi dan mematuhi Dia. Itulah panggilan untuk mengajar ajaran-Nya dan melakukan kerja-Nya dengan cara-Nya. Oleh itu, itulah sebuah panggilan untuk mempercayai Dia sepenuhnya, menyerahkan kehendak kita dan memalingkan hati kita kepada-Nya, dan menjadi seperti Dia melalui kuasa penebusan-Nya.23

Saudara sekalian, jika kita melihat kepada Yesus Kristus, Dia akan memberkati kita untuk menjadi para penatua Dia di Israel—rendah hati, lembut hati, peserah, penuh dengan kasih-Nya.24 Dan kita akan membawa kebahagiaan dan berkat-berkat Injil-Nya dan Gereja-Nya kepada keluarga kita dan saudara-saudari kita pada kedua-dua belah tirai.

Presiden Russell M. Nelson telah memanggil kita untuk melihat kepada Yesus Kristus dalam cara ini: “Tiada apa-apa yang muda atau automatik mengenai menjadi pengikut berkuasa seperti ini. Fokus kita seharusnya dilandaskan dengan kuat kepada Juruselamat dan Injil-Nya. Ia sukar bagi minda untuk berusaha melihat kepada Dia dalam setiap fikiran. Tetapi apabila kita berusaha, keraguan dan ketakutan lenyap.”25

Melandaskan dengan kuat merupakan perkataan sesuai. Ia bermaksud untuk mengikat dengan ketat, menarik dan memegang sepenuhnya.26 Kita melandaskan dengan kuat fokus kepada Yesus Kristus dan Injil-Nya dengan menjalankan perjanjian-perjanjian kita.

Apabila menjalaninya, perjanjian itu mempengaruhi semua perkataan dan kelakuan kita. Kita menjalani kehidupan perjanjian27 penuh dengan tindakan seharian yang senang serta beriman: doa dari hati dalam nama Dia, menjamui firman Dia, berpaling kepada Dia untuk bertaubat akan dosa-dosa, mentaati perintah-perintah Dia, mengambil sakramen dan menguduskan hari Sabat Dia, menyembah di bait suci Dia sekerap mungkin, dan menggunakan imamat Dia yang kudus untuk melayani anak-anak Tuhan.

Tindakan kesetiaan ini kepada perjanjian membuka hati dan minda kita kepada kuasa penebusan Juruselamat dan pengaruh menguduskan Roh Kudus. Baris demi baris, Juruselamat mengubah sifat-sifat kita, kita bertukar hati dengan lebih mendalam kepada Dia dan perjanjian kita semakin bermakna dalam hati kita.28

Perjanjian yang kita buat kepada Bapa Syurgawi menjadi komitmen yang amat kuat, iaitu keinginan kita yang paling ikhlas. Perjanjian-perjanjian Bapa Syurgawi memenuhi kita dengan kesyukuran dan kegembiraan.29 Perjanjian kita berhenti sebagai peraturan yang kita ikuti dan menjadi asas-asas terkasih yang mengilhami dan membimbing kita dan melandaskan dengan kuat fokus kita kepada Yesus Kristus.30

Tindakan kesetiaan ini tersedia bagi semua orang, baik muda mahupun tua. Anda remaja putera yang memegang imamat Harun yang kudus, semua hal yang saya berkata malam ini berkaitan dengan anda. Saya bersyukur kepada Tuhan bagi anda. Anda membuat tatacara-tatacara dan perjanjian kudus yang ada bagi berjuta-juta Orang Suci Zaman Akhir setiap minggu. Apabila anda menyediakan, memberkati, atau menyerah sakramen; melayani; membaptis di bait suci; menjemput kawan ke aktiviti; atau menyelamatkan seorang ahli kuorum anda, anda sedang melakukan kerja keselamatan. Anda boleh melihat kepada Yesus Kristus juga dan menjalani perjanjian anda setiap hari. Saya berjanji bahawa jika anda melakukannya, anda akan merupakan suruhan-suruhan dipercayai Tuhan sekarang dan, pada hari yang akan datang, para penatua di Israel yang perkasa.

Saudara sekalian, saya tahu ini mungkin kedengaran menakutkan. Tetapi ingatlah kata-kata Juruselamat ini: “Aku tidak sendirian, kerana Bapa bersama-sama Aku.”31 Demikian pula itu dengan kita. Kami tidak sendirian. Tuhan Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi mengasihi kita, dan mereka berada bersama kita.32 Kerana Yesus melihat kepada Bapa-Nya dan menyelesaikan korban tebusan yang agung, kita boleh melihat kepada Yesus Kristus dengan kepastian bahawa Dia akan menolong kita.

Tidak ada seorang pun daripada kita yang sempurna. Kadangkala kita tersekat. Kita terganggu atau berasa kecewa. Kita tersandung. Tetapi jika kita melihat kepada Yesus Kristus dengan hati yang bertaubat, Dia akan mengangkat kita, membersihkan kita dari dosa, mengampuni kita, dan menyembuhkan hati kita. Dia bersabar dan baik hati; kasih-Nya yang menebuskan tidak pernah berhenti ataupun gagal.33 Dia akan menolong kita menjalani perjanjian dan mengembangkan panggilan kita sebagai para penatua di Israel.

Dan Bapa akan memberkati kita dengan semua hal yang diperlukan untuk mencapai tujuan-Nya—“sesuatu … baik dalam syurga mahupun di atas bumi, kehidupan dan cahaya, Roh dan kuasa, dikirimkan oleh kehendak Bapa melalui Yesus Kristus, Putera-Nya.”34

Apabila cahaya dan kuasa ilahi mengalir ke dalam hidup kita, tiga mukjizat berlaku:

Pertama, kita boleh melihat! Melalui wahyu kita bermula melihat seperti Yesus melihat wanita itu: menembusi luaran ke dalam hati.35 Semasa kita melihat seperti Yesus melihat, Dia memberkati kita untuk mengasihi mereka yang kita layani bersama kasih-Nya. Dengan bantuan-Nya, mereka yang dilayani kita akan melihat Juruselamat dan berasa kasih-Nya.36

Kedua, kita memiliki kuasa imamat! Kita memiliki wewenang dan kuasa untuk bertindak dalam nama Yesus Kristus “untuk memberkati, membimbing, melindungi, menguatkan, dan menyembuh orang lain” dan membawa mukjizat kepada orang yang kita sayangi dan jadikan perkahwinan dan keluarga kita selamat.37

Ketiga, Yesus Kristus pergi bersama kita! Dia pergi ke mana kita pergi. Dia mengajar apabila kita mengajar. Dia menenangkan apabila kita menenangkan. Dia memberkati apabila kita memberkati.38

Para saudara, tidakkah kita ada alasan untuk bersukacita? Memang ada! Para saudara, kita memegang imamat kudus Tuhan! Semasa kita melihat kepada Yesus Kristus, menjalani perjanjian, dan melandaskan dengan kuat fokus kepada Dia, kita akan menyertai para saudari kita dan melayani dalam satu cara yang lebih kudus, mengumpulkan Israel yang tersebar di dua belah tirai, memperkuatkan dan memeteraikan keluarga kita, dan menyediakan dunia bagi Kedatangan Kedua Tuhan Yesus Kristus. Kedatangan akan berlaku. Saya bersaksi demikian.

Saya menutup dengan doa ini dari hati saya, agar setiap kita akan melihat kepada Yesus Kristus dalam segala fikiran. Janganlah ragu-ragu. Janganlah takut. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. James E. Talmage menempatkan Yesus di “kawasan sekitar Kapernaum” apabila penyembuhan ini berlaku (lihat Jesus the Christ [1916], 313).

  2. Lihat Lukas 8:43–44; juga lihat Matius 9:20–21; Markus 5:25–29.

  3. Lukas 8:46.

  4. Markus 5:30.

  5. Markus 5:32.

  6. Lukas 8:47.

  7. Markus 5:33.

  8. Lukas 8:48.

  9. James E. Talmage menulis bahawa Juruselamat telah menerima keinginan hati wanita itu, dan juga menerima imannya yang membawa nilai lebih besar kepada wanita itu daripada penyembuhan jasmani (lihat Jesus the Christ, 318). Yesus menyembuhkan dia secara jasmani serta rohani dan membuka jalan keselamatan kepada dia.

  10. Ia memberi ajaran bahawa Yairus, sebuah pemerintah saumaah, berada bersama Yesus apabila penyembuhan ini berlaku. Yesus berjalan ke rumah Yairus, dimana Dia akan membangkit anak perempuan Yairus dari kematian. Wanita yang Yesus sembuhkan berkemungkinan diusir dari saumaah kerana kesakitan dia. Apabila Yesus menyembuhkan dia, Dia juga menyatakan dengan jelas kepada semua yang berada di sana, termasuk Yairus, bahawa dia seorang anak perempuan yang terkasih, dan sembuh dalam badan dan roh.

  11. Lihat D. Todd Christofferson, “Kuorum Penatua” (Liahona, Mei 2018, 55–58) bagi sebuah perbincangan tentang perubahan untuk menciptakan satu kuorum Imamat Melkisedek dalam sebuah bahagian. Tujuan perubahan itu diterangkan begini dalam bahagian Soalan-soalan Yang Selalu Ditanya dari laman web Pelayanan: “Dengan adanya satu kuorum Imamat Melkisedek dalam satu bahagian, ia menyatukan para pemegang imamat untuk melaksanakan segala aspek pekerjaan penyelamatan, termasuk pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga yang terdahulu berkoordinasi oleh pemimpin kumpulan imam tinggi. (“Inilah Pelayanan: Soalan-soalan Yang Selalu Ditanyakan,” soalan 8, ministering.ChurchofJesusChrist.org).

    Perubahan seterusnya telah menempatkan pemimpin misi bahagian dan pemimpin bait suci dan sejarah keluarga yang baru di dalam bahagian di bawah arahan presidensi kuorum penatua. Dengan pelayanan kepada keluarga di bawah arahan presidensi, perubahan ini telah menempatkan pemimpinan kerja keselamatan di dalam kuorum penatua, dibantu oleh Lembaga Pertolongan. Sememangnya, uskup memegang kunci-kunci kerja keselamatan di dalam bahagian, tetapi dia membahagikan tanggungjawab dan hak kuasa bagi kerja itu kepada presiden kuorum penatua supaya uskup boleh menghabiskan lebih banyak masa untuk melayani keluarga dirinya, memperkuatkan remaja, dan melayani sebagai hakim di Israel.

  12. Lihat Russell M. Nelson, “Mari Lakukan Cepat,” Liahona, Mei 2018, 118–19; Russell M. Nelson, “Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 113–14; Quentin L. Cook, “Penukaran hati yang Mendalam dan Kekal kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2018, 8–12.

  13. Bapa mengutus Yesus Kristus ke dunia (lihat Yohanes 17:18).

  14. Ajaran Dan Perjanjian 6:36–37.

  15. Abraham 3:27.

  16. Abraham 3:27.

  17. Musa 4:2.

  18. Terdapat banyak rujukan dalam tulisan suci yang melaporkan kenyataan Yesus tentang melakukan kerja Bapa-Nya dan mengajar ajaran-ajaran Bapa-Nya. Lihat, contohnya, Yohanes 5:19 (Yesus melakukan apa yang Dia lihat Bapa melakukan); Yohanes 5:36 (Bapa memberi Putera-Nya kerja); Yohanes 8:26 (Yesus mengajar apa yang Dia terima daripada Bapa-Nya); Yohanes 14:28 (Yesus mengisytiharkan, “Bapa lebih besar daripada Aku”); 3 Nefi 11:32 (Ajaran-Nya merupakan ajaran yang Bapa-Nya beri Dia).

  19. Yohanes 14:31.

  20. Yohanes 8:29.

  21. Yohanes 6:38; juga lihat Yohanes 5:30.

  22. Lukas 22:42.

  23. Perkataan lihat dalam petikan ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 6:36–37) membawa maksud yang berkaitan dengan panggilan Tuhan: untuk menghadapi (atau berpaling kepada); mengarahkan perhatian seorang kepada; bergantung pada; mencarikan; menunggu dengan harapan; ada dalam minda sebagai pengakhiran; menjangka atau mengharapkan (lihat merriam-webster.com, “look”).

  24. Lihat Ajaran dan Perjanjian 121:41–42. Sifat-sifat seperti Kristus yang dirujuk dalam ayat suci ini merupakan kurnia-kurnia Roh yang datang melalui belas kasihan dan rahmat Yesus Kristus. Kurnia-kurnia ini yang membuatkan para penatua di Israel menjadi para penatua Dia.

  25. Russell M. Nelson, “Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 41.

  26. Lihat merriam-webster.com, “rivet.”

  27. Untuk perbincangan tentang konsep kehidupan perjanjian, lihat Donald L. Hallstrom, “Living a Covenant Life,” Ensign, Jun 2013, 46–49. Artikel ini diadaptasi daripada ucapan lebih panjang diberikan di Brigham Young University–Idaho pada Mei 2011. Untuk versi lebih panjang, lihat Donald L. Hallstrom, “A Covenant Life” (pertemuan rohani Brigham Young University–Idaho, 10 Mei 2011), byui.edu.

  28. Lihat Yeremia 31:31–33, dimana Tuhan mengisytiharkan bahawa Dia akan membuat perjanjian baru dengan bani Israel yang ditulis pada hati mereka. Imej perjanjian ditulis pada hati kita, atau perjanjian yang semakin bermakna dalam hati kita, juga didapati dalam tulisan Paulus (lihat 2 Korintus 3:3; Ibrani 8:10). Untuk perbincangan pertukaran hati, lihat David A. Bednar, “Converted unto the Lord,” Liahona, Nov. 2012, 106–9.

  29. Doa sakramen ke atas roti tepat menunjukkan sifat hubungan perjanjian dengan Bapa Syurgawi kita. Dalam rancangan keselamatan, Bapa kita membuat perjanjian bersama Bapa Syurgawi, tetapi tujuan perjanjian dicapai dan kita berkelayakan untuk berkat-berkat yang dijanjikan melalui Tuhan Yesus Kristus; Dia merupakan Pengantara. Dalam tatacara sakramen, kita bersaksi kepada Bapa (pada dasarnya, membuat perjanjian bersama Dia sekali lagi) bahawa kita bersedia mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus, selalu mengingati-Nya, dan mentaati perintah-perintah-Nya, agar kita selalu memiliki Roh-Nya bersama kita.

    Kurnia-kurnia dalam perjanjian Bapa datang melalui kuasa Yesus Kristus yang menebuskan dan memperkuatkan Misalnya, seperti Presiden Russell M. Nelson telah mengajar, Yesus Kristus ialah sumber semua kegembiraan (lihat “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 82). Oleh itu, melandaskan dengan kuat fokus kepada Yesus Kristus membawa kegembiraan ke dalam hidup kita tanpa mengira keadaan kita.

  30. Presiden Ezra Taft Benson menangkap kesan perubahan ini dalam sikap dan orientasi apabila dia berkata, “Apabila kepatuhan berhenti menjadi gangguan dan menjadi pencarian kita, Tuhan akan menganugerahi kita dengan kuasa pada ketika itu” (dalam Donald L. Staheli, “Obedience—Life’s Great Challenge,” Ensign, Mei 1998, 82).

  31. Yohanes 16:32.

  32. Untuk perbincangan lebih lanjut tentang fakta kebimbangan, minat, kasih, dan penglibatan Bapa dengan Putera bagi kehidupan kita, lihat Jeffrey R. Holland, “The Grandeur of God,” Liahona, Nov. 2003, 70–73; Henry B. Eyring, “Berjalan Dengan Saya,” Liahona, Mei 2017, 82–85. Juga lihat Matius 18:20; 28:20; Ajaran dan Perjanjian 6:32; 29:5; 38:7; 61:36; 84:88.

  33. Lihat Roma 8:35–39; 1 Korintus 13:1–8; Moroni 7:46–47.

  34. Ajaran dan Perjanjian 50:27. Beri perhatian bahawa Tuhan memberikan kepada semua yang ditahbiskan dan mengutus perjanjian itu yang berkaitan dengan, dan dibentangkan oleh, tugas khusus yang diberikan kepada dia:

    “Dia yang ditahbiskan oleh Tuhan dan diutus, orang yang sama ditetapkan untuk menjadi yang terhebat, sekalipun dia ialah yang terendah dan orang suruhan semua orang.

    Kerana itu, dia ialah pemilik segala sesuatu; kerana segala sesuatu tunduk kepadanya, baik di dalam syurga mahupun di atas bumi, kehidupan dan cahaya, Roh dan kuasa, dikirimkan oleh kehendak Bapa melalui Yesus Kristus, Putera-nya.

    “Tetapi tidak seorang pun adalah pemilik segala sesuatu kecuali dia disucikan dan dibersihkan dari segala dosa.

    “Dan jika kamu disucikan dan dibersihkan dari segala dosa, kamu akan meminta apa pun yang kamu kehendaki dalam nama Yesus dan ia akan terjadi.” (Ajaran dan Perjanjian 50:26–29).

  35. Lihat 1 Samuel 16:7; 1 Korintus 2:14. Untuk contoh berkat melihat seperti Yesus melihat, lihat catatan Presiden Henry B. Eyring tentang pengalaman dia sebagai uskup kepada seorang lelaki muda yang membuat jenayah. Tuhan berkata kepada Uskup Eyring pada masa itu, “Saya akan membolehkan kamu melihat dia seperti saya melihat dia” (“Berjalan dengan Saya,” 84).

  36. Inilah perjanjian dan perintah yang Juruselamat berikan kepada orang di bait suci di Bountiful. Dia memerintahkan mereka menjalani hidup agar cahaya dan teladan-Nya boleh berada dalam mereka, agar mereka boleh mengangkat Dia sebagai cahaya kepada dunia dalam hidup mereka dan dalam jemputan mereka kepada orang lain untuk datang kepada Dia. Semasa pengikut-pengikut-Nya menjalani dan menjemput demikian, orang lain akan merasakan Dia dan melihat Dia dalam orang suruhan Tuhan. (Lihat 3 Nefi 18:24-25.)

  37. Lihat Russell M. Nelson, “Harga Kuasa Imamat,” Liahona, Mei 2016, 68.

  38. Lihat Ajaran dan Perjanjian 84:88.