“Lampiran C: Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Sakramen Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Lampiran C,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Lampiran C
Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak
Muzik kudus merupakan satu cara berkesan untuk bantu kanak-kanak belajar tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan asas-asas kebenaran injil Yesus Kristus. Apabila kanak-kanak menyanyi tentang asas-asas injil, Roh Kudus akan bersaksi tentang kebenaran itu. Seni kata dan muzik akan kekal dalam minda dan hati kanak-kanak sepanjang hidup mereka.
Carilah bantuan Roh apabila anda bersedia untuk mengajar injil melalui muzik. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang anda nyanyikan. Bantu kanak-kanak lihat bagaimana muzik itu berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman di rumah dan dalam kelas-kelas Sekolah Primer.
Garis panduan untuk Pembentangan Pertemuan Sakramen
Mengikut arahan uskup, pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak biasanya diadakan pada suku ke-empat setiap tahun. Presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik, bekerjasama dengan penasihat dalam lembaga uskup yang menyelia Sekolah Primer untuk merancang pembentangan itu.
Pembentangan itu seharusnya memberi kanak-kanak peluang untuk sampaikan apa yang mereka dan keluarga mereka telah pelajari dari Ajaran dan Perjanjian di rumah dan di Sekolah Primer, termasuk lagu-lagu Sekolah Primer yang mereka telah nyanyi sepanjang tahun. Apabila anda merancang pembentangan, fikirkan cara ia boleh membantu jemaah untuk fokus pada Juruselamat dan ajaran-Nya.
Unit gereja yang mempunyai bilangan kanak-kanak yang kecil boleh pertimbangkan untuk melibatkan ahli keluarga. Seorang ahli lembaga uskup boleh mengakhiri pertemuan dengan ucapan ringkas.
Semasa anda bersedia untuk pembentangan, ingat garis panduan berikut:
-
Latihan tidak harus mengambil masa kelas-kelas Sekolah Primer ataupun keluarga.
-
Visual, kostum, dan pembentangan media adalah tidak sesuai untuk pertemuan sakramen.
Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.2.1.2, Gospel Library.
Arahan untuk Waktu Menyanyi
5 minit (Presidensi Sekolah Primer): Doa pembukaan, tulisan suci atau fasal-fasal kepercayaan, dan satu ucapan
20 minit (pemimpin muzik): Waktu menyanyi
Presiden Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu-lagu bagi setiap bulan untuk memperkukuhkan asas-asas yang kanak-kanak pelajari dalam kelas dan di rumah. Sebuah senarai lagu yang memperkukuhkan asas-asas itu disertakan dalam panduan ini.
Apabila anda mengajar lagu-lagu kepada kanak-kanak, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang cerita dan asas-asas ajaran dari lagu-lagu itu. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi fikiran dan perasaan mereka tentang kebenaran yang ada dalam lagu-lagu itu.
Buku Nyanyian Anak-Anak adalah sumber asas untuk muzik di Sekolah Primer. Lagu rohani dari buku nyanyian rohani dan lagu dari majalah Friend juga sesuai. Penggunaan sebarang muzik lain dalam Sekolah Primer mesti diluluskan oleh lembaga uskup (lihat Buku Panduan Umum, 12.3.4).
Muzik untuk Waktu Menyanyi
Januari
-
“Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59
-
“Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66
Februari
-
“Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 80
-
“Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 6
Mac
-
“Setiap Bintang Berbeza,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52
-
“Waktu Aku Dibaptis,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 53
April
-
“Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46
-
“Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 45
Mei
-
“‘B’rilah,’ Kata Riam,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 236
-
“Bersinar T’rus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 96
Jun
-
“Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 55
-
“Ku Ingin Jadi Misi Sekarang,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 90
Julai
-
“Jadi Contoh Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 81
-
“Dia Mengutus Putera-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20
Ogos
-
“Ku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40
-
“Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42
September
-
“Ku Ingin Ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99
-
“Untuk Memikirkan Tentang Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48
Oktober
-
“Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 100.
-
“Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48
November
-
“Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68
-
“Menjadi Pionir,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 138
Disember
-
“Aku Anak Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 2
-
“Betlehem Kota Kecil,” Nyanyian Rohani, no. 93
Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran
Tujuan waktu menyanyi adalah untuk membantu kanak-kanak belajar kebenaran injil. Idea-idea berikut boleh mengilhami anda semasa anda merancang cara-cara untuk mengajar asas-asas injil yang terdapat dalam lagu rohani dan lagu-lagu Sekolah Primer.
Baca ayat-ayat suci berkaitan. Untuk kebanyakan lagu-lagu dalam Buku Nyanyian Anak-Anak dan nyanyian rohani, rujukkan kepada ayat suci yang berkaitan telah disenaraikan. Bantu kanak-kanak membaca beberapa ayat-ayat ini, dan beritahu bagaimana ayat suci itu berkaitan dengan lagu itu. Anda juga boleh senaraikan beberapa rujukan ayat suci pada papan tulis dan jemput kanak-kanak untuk padankan setiap rujukan dengan lagu atau rangkap pada lagu.
Isikan tempat kosong. Tuliskan sebuah rangkap lagu pada papan tulis dan kosongkan beberapa kata kunci. Kemudian minta kanak-kanak untuk menyanyikan lagu itu, dengar perkataan yang mengisi tempat kosong itu. Apabila mereka mengisi setiap tempat kosong, bincangkan asas-asas injil yang anda pelajari dari perkataan yang hilang itu.
Bersaksi. Kongsi kesaksian singkat kepada kanak-kanak tentang kebenaran injil yang terdapat dalam lagu Sekolah Primer. Bantu kanak-kanak fahami bahawa menyanyi adalah satu cara mereka bersaksi dan merasai Roh.
Berdiri sebagai seorang saksi. Jemput kanak-kanak untuk bergilir berdiri dan kongsi apa yang mereka pelajari dari lagu yang mereka nyanyikan atau perasaan mereka tentang kebenaran yang lagu itu ajarkan. Tanya tentang perasaan mereka semasa menyanyikan lagu itu, dan bantu mereka mengenal pasti pengaruh Roh Kudus.
Gunakan gambar. Minta kanak-kanak untuk mencari atau melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan atau frasa yang penting dalam lagu itu. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana gambar tersebut berkaitan dengan lagu itu dan apakah ajaran yang terkandung dalam lagu tersebut. Contohnya, jika anda mengajar lagu “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46), anda boleh letakkan gambar di sekeliling bilik yang menunjukkan kepentingan perkataan dari lagu itu (seperti malaikat, salji, dan bintang). Minta kanak-kanak kumpul dan pegang gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul semasa anda menyanyikan lagu itu bersama.
Kongsi pengajaran berobjek. Anda boleh gunakan sebuah objek untuk mengilhami perbincangan tentang satu lagu. Contohnya, apabila menyanyi lagu “‘B’rilah,’ Kata Riam” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 116), anda boleh tunjukkan kepada kanak-kanak gambar seperti riam, rumput, hujan, dan bunga. Ini boleh membawa kepada satu perbincangan tentang bagaimana pelayanan yang kecil boleh memberkati orang lain dalam cara yang penting.
Galakkan perkongsian pengalaman peribadi. Bantu kanak-kanak mengaitkan asas-asas yang lagu itu ajar dengan pengalaman mereka tentang asas-asas ini. Contohnya, sebelum menyanyi “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), anda boleh minta kanak-kanak mengangkat tangan jika mereka pernah lihat bait suci. Jemput mereka, semasa mereka menyanyi, untuk fikir tentang perasaan mereka apabila melihat bait suci.
Tanya soalan. Ada banyak soalan yang anda boleh tanya semasa anda menyanyi lagu. Contohnya, anda boleh tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari setiap rangkap lagu itu. Anda juga boleh minta mereka untuk fikirkan soalan-soalan yang lagu itu jawab. Ini boleh mewujudkan perbincangan tentang kebenaran yang lagu itu ajarkan.
Gunakan gerakan tangan yang mudah. Minta kanak-kanak untuk fikirkan gerakan tangan mudah untuk membantu mereka ingat perkataan dan pesanan lagu itu. Contohnya, apabila anda menyanyikan “Cari, Renungkan, dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66), anda boleh jemput kanak-kanak untuk tunjuk pada mata mereka apabila menyanyi tentang mencari tulisan suci, tunjuk pada kepala mereka apabila menyanyi tentang renungkan, dan lipatkan tangan ketika menyanyi tentang doa.