Ikutlah Aku
Lampiran A: Untuk Ibu Bapa—Menyediakan Anak-Anak Anda untuk Seumur Hidup di Jalan Perjanjian Tuhan


“Lampiran A: Untuk Ibu Bapa—Menyediakan Anak-Anak Anda untuk Seumur Hidup di Jalan Perjanjian Tuhan,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Lampiran A,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

ibu dan anak

Lampiran A

Untuk Ibu Bapa—Menyediakan Anak-Anak Anda untuk Seumur Hidup di Jalan Perjanjian Tuhan

Kerana Dia mengasihi anda, mempercayai anda, dan tahu potensi anda, Bapa Syurgawi telah memberi anda peluang untuk bantu anak-anak anda masuk dan maju di sepanjang jalan perjanjian-Nya, jalan ke kehidupan abadi (lihat Ajaran dan Perjanjian 68:25–28). Ini termasuk membantu mereka bersedia untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus, seperti perjanjian pembaptisan dan perjanjian bait suci. Melalui perjanjian-perjanjian ini, anak-anak anda akan mengikat diri mereka kepada Juruselamat, Yesus Kristus.

Terdapat banyak cara untuk menyediakan anak-anak anda berjalan di jalan perjanjian, dan Bapa Syurgawi akan membantu anda mencari jalan yang terbaik untuk membantu mereka. Semasa anda mencari ilham, ingatlah bahawa tidak semua pembelajaran berlaku semasa pelajaran yang dijadualkan. Malah, apa yang menjadikan pembelajaran di rumah sangat berkuasa adalah peluang untuk belajar melalui teladan dan melalui saat-saat kecil dan mudah—yang berlaku secara semula jadi dalam kehidupan harian. Sepertimana mengikuti jalan perjanjian adalah satu proses sepanjang hayat yang konsisten, begitu juga mempelajari tentang jalan perjanjian. (Lihat “Rumah dan Keluarga,” Mengajar dengan Cara Juruselamat [2022], 30–31.)

Berikut adalah beberapa idea yang boleh membawa kepada ilham lanjut. Anda boleh mencari idea-idea tambahan untuk mengajar kanak-kanak sekolah Primer di “Lampiran B: Untuk Sekolah Primer—Menyediakan Kanak-kanak Seumur Hidup pada Jalan Perjanjian Tuhan.”

Pembaptisan dan Penetapan

Nefi mengajar bahawa “gerbang yang melaluinya hendaklah [kita] masuk” jalan perjanjian “adalah pertaubatan dan pembaptisan dengan air” (2 Nefi 31:17). Usaha anda untuk bantu anak-anak anda bersedia untuk pembaptisan dan penetapan boleh meneguhkan mereka di jalan itu. Usaha-usaha ini bermula dengan mengajar tentang iman kepada Yesus Kristus dan pertaubatan. Ia juga termasuk mengajar tentang bagaimana kita memperbaharui perjanjian pembaptisan kita dengan mengambil sakramen setiap minggu.

pembaptisan

Nefi mengajar bahawa “gerbang yang melaluinya hendaklah [kita] masuk” jalan perjanjian “adalah pertaubatan dan pembaptisan dengan air” (2 Nefi 31:17).

Berikut adalah beberapa sumber yang boleh membantu anda: 2 Nefi 31; terbitan istimewa majalah Friend berkenaan pembaptisan; Topics and Questions, “Baptism,” Gospel Library.

  • Apabila anda ada pengalaman yang menguatkan iman anda kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, kongsilah dengan anak anda. Bantu mereka faham bahawa iman adalah sesuatu yang boleh menjadi semakin kuat sepanjang hidup. Apakah beberapa hal yang anak anda boleh lakukan untuk membina iman yang lebih kuat kepada Kristus sebelum mereka dibaptiskan?

  • Ketika anak anda membuat pilihan yang salah, bercakaplah tentang kurnia pertaubatan. Dan apabila anda membuat pilihan yang salah, kongsi kegembiraan yang datang apabila anda bertaubat. Bersaksi bahawa kerana Yesus Kristus menderita dan mati untuk dosa-dosa kita, kita boleh bertaubat setiap hari, diampuni, dan menerima kuasa untuk berubah. Apabila anak anda mencari pengampunan, ampunilah dengan senang dan gembira.

  • Beritahu anak anda tentang pembaptisan anda. Tunjukkan gambar dan berkongsi memori. Ceritakan perasaan anda, bagaimana perjanjian pembaptisan telah membantu anda lebih mengenali Yesus Kristus, dan bagaimana ia terus memberkati hidup anda. Galakkan anak anda untuk bertanya soalan.

  • Apabila ada pembaptisan dalam keluarga atau bahagian anda, bawalah anak anda untuk melihatnya. Bincangkan bersama tentang apa yang anda dan anak anda telah lihat dan rasai. Jika boleh, bercakap dengan orang yang dibaptiskan itu dan tanya soalan seperti berikut: “Bagaimanakah anda membuat keputusan ini? Bagaimanakah anda bersedia?”

  • Apabila anda lihat anak anda lakukan sesuatu yang dia janjikan, berikan pujian yang ikhlas. Tunjukkan bahawa mentaati komitmen membantu kita bersedia untuk mematuhi perjanjian yang kita buat apabila kita dibaptiskan. Apakah yang kita janji kepada Tuhan ketika kita dibaptiskan? Apakah yang Dia janjikan kepada kita? (Lihat Mosia 18:8–10, 13.)

  • Bincangkan bagaimana menjadi ahli gereja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah memberkati anda. Contohnya, bagaimanakah anda mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus semasa anda melayani orang lain dan semasa orang lain melayani anda? Bantu anak anda fikirkan cara untuk melayani dan memperkuatkan orang lain sebagai ahli Gereja. Juga membantu mereka mengalami dan mengenali kebahagiaan yang datang dari pelayanan.

  • Apabila anda dan anak anda melalui pengalaman kudus bersama (seperti di gereja, semasa membaca tulisan suci, atau semasa melayani seseorang), beritahu mereka tentang perasaan atau tanggapan rohani yang anda peroleh. Jemput anak anda untuk berkongsi perasaan mereka. Perhatikan pelbagai cara Roh boleh berbicara dengan orang, termasuk cara-cara Dia berbicara kepada anda secara peribadi. Bantu anak anda mengenali dan kongsi dengan anda saat-saat ketika mereka mungkin mengalami pengaruh Roh Kudus.

  • Tonton bersama beberapa video dalam koleksi Gospel Library yang bertajuk “Hear Him!” Bincang bersama tentang pelbagai cara hamba-hamba Tuhan mendengar suara-Nya. Jemput anak anda untuk melukis satu gambar atau membuat video tentang bagaimana dia mendengar suara Juruselamat.

  • Jadikan sakramen satu peristiwa kudus dan gembira dalam keluarga anda. Kongsi dengan anak anda bagaimana anda fokus kepada Yesus Kristus semasa sakramen. Bantu anak anda membuat rancangan untuk menunjukkan bahawa sakramen adalah kudus bagi mereka. Contohnya, mendengar kata-kata doa sakramen boleh mengingatkan kita tentang perjanjian pembaptisan kita.

  • Banyak majalah Friend termasuk artikel, cerita, dan aktiviti untuk membantu anak-anak bersedia untuk pembaptisan dan penetapan. Biarkan anak anda memilih beberapa untuk dibaca dan dinikmati bersama anda. (Lihat juga koleksi “Bersedia Untuk Pembaptisan” dalam bahagian kanak-kanak di Gospel Library.)

Kuasa, Wewenang, dan Kunci-kunci Imamat

Imamat adalah wewenang dan kuasa Tuhan di mana Dia menggunakannya untuk memberkati anak-anak-Nya. Imamat Tuhan ada di bumi hari ini dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. “Semua ahli Gereja yang mentaati perjanjian mereka—termasuk kanak-kanak—diberkati dengan kuasa imamat Tuhan di dalam rumah mereka untuk menguatkan diri dan keluarga mereka (Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 3.6, Gospel Library). Kuasa ini akan membantu ahli-ahli dalam melakukan pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan dalam kehidupan peribadi dan keluarga mereka (lihat Buku Panduan Umum, 2.2).

Apabila lelaki dan wanita melayani dalam panggilan Gereja, mereka melayani dengan wewenang imamat, di bawah arahan mereka yang memegang kunci-kunci imamat. Semua anak Bapa Syurgawi—anak lelaki dan anak perempuan-Nya—akan diberkati apabila mereka lebih fahami imamat.

Kita menerima tatacara-tatacara melalui wewenang imamat. “Ahli Gereja lelaki yang layak menerima wewenang imamat melalui penganugerahan dan pentahbisan” (Buku Panduan Umum, 3.4). Mereka yang memegang jawatan imamat boleh diberi wewenang oleh seseorang yang memegang kunci-kunci imamat untuk melaksanakan tatacara imamat.

Untuk tahu lebih lanjut tentang imamat, lihat Russell M. Nelson, “Harta Karun Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 76–79; Russell M. Nelson, “Harga Kuasa Imamat,” Liahona, Mei 2016, 66–69; “Asas-asas Imamat,” bab 3 dalam Buku Panduan Umum.

  • Jadikan tatacara imamat sebahagian daripada kehidupan keluarga anda yang konsisten. Contohnya, bantu anak anda bersedia secara rohani untuk sakramen setiap minggu. Galakkan anak anda untuk mencari berkat imamat apabila mereka sakit atau perlukan penghiburan atau arahan. Jadikan ia satu tabiat untuk menunjukkan cara-cara Tuhan memberkati keluarga anda melalui kuasa imamat.

  • Semasa anda membaca tulisan suci bersama, cari peluang untuk bincangkan bagaimana Tuhan memberkati orang melalui kuasa-Nya. Kongsi pengalaman anda sendiri tentang ketika Tuhan telah memberkati anda melalui imamat-Nya. Untuk contoh berkat yang kita terima daripada Tuhan melalui imamat, lihat Buku Panduan Umum, 3.2, 3.5.

  • Ajarkan anak anda bahawa selepas pembaptisan, mereka boleh menerima kuasa imamat dengan mentaati perjanjian pembaptisan. Kaji semula pesanan Presiden Russell M. Nelson “Harta Karun Rohani” (Liahona, Nov. 2019, 76–79). Beritahu anak anda bagaimana tatacara imamat telah membawa kuasa Tuhan ke dalam hidup anda. Untuk satu senarai beberapa cara kita diberkati oleh kuasa imamat, lihat Buku Panduan Umum, 3.5.

  • Bincangkan soalan “Apakah sifat seorang hamba Tuhan?” Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 121:36–42, dan carikan jawapan. Apabila anda perhatikan anak anda (atau orang lain) menggunakan salah satu asas atau sifat dalam ayat-ayat ini, nyatakannya.

  • Apabila anda atau anak anda menggunakan kunci untuk buka pintu atau menghidupkan kereta, ambil masa untuk bandingkan kunci-kunci itu dengan kunci-kunci yang pemimpin imamat pegang. (Untuk definisi kunci-kunci imamat, lihat Buku Panduan Umum, 3.4.1). Apakah yang kunci-kunci imamat “buka” atau “mulakan” untuk kita? Lihat juga Gary E. Stevenson, “Di Mana Kunci-Kunci dan Wewenang Imamat?,” Liahona, Mei 2016, 29–32.

    2:51

    Where Are the Keys?

  • Apabila anda ditetapkan untuk satu panggilan, jemput anak anda untuk hadir, jika boleh. Biarlah anak anda melihat bagaimana anda memenuhi panggilan. Anda juga boleh mencari cara yang sesuai agar mereka boleh membantu anda. Terangkan bagaimana anda merasakan kuasa Tuhan dalam panggilan anda.

Dibaptiskan dan Ditetapkan untuk Nenek Moyang

Bait suci adalah sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak-Nya. Di rumah Tuhan, kita membuat perjanjian kudus dengan Bapa Syurgawi semasa kita terlibat dalam tatacara kudus, yang mana semuanya mengarah kepada Yesus Kristus. Bapa Syurgawi telah menyediakan satu cara bagi semua anak-Nya untuk membuat perjanjian dan terlibat dalam tatacara, termasuklah orang yang tidak menerimanya dalam kehidupan ini. Pada permulaan tahun anak anda berumur 12 tahun, mereka cukup umur untuk dibaptiskan dan ditetapkan di bait suci untuk nenek moyang yang sudah meninggal dunia (lihat juga 1 Korintus 15:29).

  • Pergi ke rumah Tuhan sekerap yang keadaan anda benarkan. Bercakap dengan anak anda tentang mengapa anda pergi dan bagaimana bait suci membantu anda merasa lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

  • Kaji semula dan bincangkan soalan-soalan kad rekomen bait suci bersama. Anda boleh temui soalan temu duga kad rekomen bait suci pada muka surat 36–37 dari Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (2022). Bercakap dengan anak anda tentang apa yang berlaku dalam temu duga kad rekomen bait suci. Kongsi mengapa memiliki kad rekomen bait suci adalah penting bagi anda.

  • Baca bersama Maleakhi 4:6. Bincangkan bagaimana hati anda boleh berpaling kepada nenek moyang anda. Pelajari lebih lanjut tentang nenek moyang anda dengan meneroka sejarah keluarga anda bersama di FamilySearch.org. Cari nenek moyang yang perlu dibaptiskan dan ditetapkan. Perunding bait suci dan sejarah keluarga bahagian anda boleh membantu.

  • Kaji semula beberapa sumber dalam koleksi yang berjudul “Temple” dalam bahagian kanak-kanak di Gospel Library. (Lihat juga “Menyediakan Anak Anda Untuk Pembaptisan dan Penetapan Bait Suci” di ChurchofJesusChrist.org.)

Menerima Berkat Bapa Bangsa

Berkat bapa bangsa boleh menjadi sumber bimbingan, penghiburan, dan ilham. Ia mengandungi nasihat peribadi Bapa Syurgawi kepada kita dan membantu kita memahami identiti dan tujuan abadi kita. Bantu anak anda bersedia untuk menerima berkat bapa bangsa dengan mengajar mereka tentang kepentingan dan sifat kudus berkat bapa bangsa.

Untuk pelajari lebih lanjut, lihat Topics and Questions, “Patriarchal Blessings,” Gospel Library; Julie B. Beck, “You Have a Noble Birthright,” Liahona, Mei 2006, 106–8.

  • Berkongsi dengan anak anda pengalaman anda menerima berkat bapa bangsa. Anda boleh berkongsi hal seperti bagaimana anda bersedia untuk menerimanya, bagaimana ia telah membantu anda mendekati Tuhan, dan bagaimana Dia membimbing anda menggunakan berkat ini. Anda juga boleh jemput anak anda untuk bercakap dengan ahli keluarga lain yang telah menerima berkat bapa bangsa mereka.

  • Kaji semua pesanan Elder Randall K. Bennett “Berkat Bapa Bangsa Anda—Diilhami Daripada Bapa Syurgawi” dan pesanan Elder Kazuhiko Yamashita “Bila Untuk Menerima Berkat Bapa Bangsa Anda” (Liahona, Mei 2023, 42–43, 88–90). Saling berkongsi apa yang anda pelajari dari pesanan-pesanan ini tentang mengapa Bapa Syurgawi mahu kita menerima berkat bapa bangsa. Untuk belajar tentang proses menerima berkat bapa bangsa, lihat Buku Panduan Umum, 18.17.

  • Jika anda ada nenek moyang yang telah menerima berkat bapa bangsa, ia mungkin mengilhamkan untuk membaca beberapa darinya dengan anak anda Untuk memohon berkat bagi moyang yang telah meninggal, daftar masuk ke ChurchofJesusChrist.org, klik Tools di bahagian sudut skrin, dan pilih Berkat Bapa bangsa.

  • Selepas anak anda telah menerima berkat bapa bangsanya, jemput mana-mana ahli keluarga yang hadir untuk mencatat perasaan mereka dan kongsi dengan anak anda.

Menerima Anugerahan

Tuhan ingin menganugerahi, atau memberkati, semua anak-Nya dengan “kuasa dari syurga” (Ajaran dan Perjanjian 95:8). Kita pergi ke bait suci untuk menerima anugerahan sendiri hanya sekali sahaja, tetapi perjanjian yang kita buat dengan Tuhan dan kuasa rohani yang Dia berikan dalam anugerahan dapat memberkati kita setiap hari.

  • Paparkan satu gambar bait suci di rumah anda. Beritahu anak anda tentang perasaan yang anda alami di rumah Tuhan. Sering bercakap tentang kasih anda kepada Tuhan dan rumah-Nya dan perjanjian yang anda telah buat di sana. Cari peluang untuk pergi ke bait suci bersama anak anda untuk melaksanakan pembaptisan dan penetapan bagi nenek moyang mereka.

  • Terokai bersama temples.ChurchofJesusChrist.org. Baca bersama artikel seperti “About the Temple Endowment” dan “Prepare for the House of the Lord.” Biarkan anak anda bertanya apa-apa soalan yang mereka ada tentang bait suci. Untuk bimbingan tentang apa yang anda boleh bincangkan di luar bait suci, lihat pesanan Elder David A. Bednar “Disediakan Untuk Mendapatkan Setiap Hal Yang Diperlukan” (Liahona, Mei 2019, 101–4, lihat terutamanya bahagian yang bertajuk “Pembelajaran yang Berpusat pada Keluarga dan Disokong oleh Gereja dan Persediaan Bait Suci”).

  • Semasa anda dan anak anda mengambil bahagian dalam atau menyaksikan tatacara lain (seperti sakramen atau berkat penyembuhan), ambil masa untuk membincangkan lambang yang ada dalam tatacara itu. Apakah yang lambang itu mewakili? Bagaimanakah ia bersaksi tentang Yesus Kristus? Ini dapat membantu anak anda bersedia untuk merenungkan makna lambang tatacara bait suci, yang juga bersaksi tentang Yesus Kristus.

  • Bantu anak anda perhatikan bagaimana dia mentaati perjanjian pembaptisan yang digambarkan dalam Mosia 18:8–10, 13. Bantu anak anda perhatikan bagaimana Tuhan memberkati mereka. Bina keyakinan anak anda terhadap kemampuan mereka untuk mentaati perjanjian.

  • Bercakap secara terbuka dan kerap tentang bagaimana perjanjian bait suci anda membimbing pilihan anda dan membantu anda lebih mendekati Yesus Kristus. Anda boleh gunakan Buku Panduan Umum, 27.2, untuk mengkaji semula perjanjian yang kita buat di bait suci. Jika anda telah menerima anugerahan, beritahu anak-anak anda bagaimana pakaian bait suci membantu anda mengingati perjanjian anda dengan Yesus Kristus (lihat “Sacred Temple Clothing” [video], Gospel Library).

4:12

Sacred Temple Clothing

Melayani Misi

Elder David A. Bednar ajarkan: “Satu hal yang paling penting anda boleh lakukan untuk bersedia untuk panggilan melayani adalah menjadi seorang misionari terlebih dahulu sebelum anda pergi ke misi. … Isunya bukan melayani misi; sebaliknya, isunya adalah menjadi seorang misionari dan melayani sepanjang hidup kita dengan sepenuh hati, kekuatan, minda, dan kekuatan kita. … Anda sedang bersedia untuk pekerjaan misionari sepanjang hidup” (“Becoming a Missionary,” Liahona, Nov. 2005, 45–46). Pengalaman anak anda menjadi seorang misionari akan memberkati mereka secara abadi , bukan hanya untuk tempoh mereka melayani sebagai seorang misionari.

Untuk belajar lebih lanjut, lihat Russell M. Nelson, “Mengkhutbahkan Injil Kedamaian,” Liahona, Mei 2022, 6–7; M. Russell Ballard, “Pelayanan Misionari Memberkati Hidup Saya Selamanya,” Liahona, Mei 2022, 8–10; “Missionary Preparation: Adjusting to Missionary Life,” Gospel Library.

  • Tunjukkan bagaimana untuk berkongsi injil dengan cara semula jadi. Sentiasa peka terhadap peluang untuk berkongsi dengan orang lain perasaan anda tentang Bapa Syurgawi dan Juruselamat dan berkat-berkat yang anda terima dari injil Juruselamat yang dipulihkan dan sebagai ahli Gereja-Nya. Jemput orang lain untuk sertai keluarga anda di Gereja dan aktiviti keluarga yang berkaitan.

  • Cari peluang untuk keluarga anda berinteraksi dengan para misionari. Jemput mereka untuk mengajar kawan-kawan anda, atau tawarkan rumah anda untuk mereka mengajar orang. Tanya para misionari tentang pengalaman yang mereka ada dan bagaimana pelayanan misionari membantu mereka mendekati Yesus Kristus. Tanya juga apa yang mereka lakukan (atau berharap mereka lakukan) untuk bersedia menjadi misionari.

  • Jika anda pernah melayani misi, bercakap secara terbuka dan kerap tentang pengalaman anda. Atau jemput kawan-kawan atau ahli keluarga yang telah melayani misi untuk bercakap tentang pengalaman mereka. Anda juga boleh bercakap tentang cara anda telah berkongsi injil dengan orang lain sepanjang hidup anda. Bantu anak anda fikirkan cara-cara mereka boleh berkongsi injil.

  • Berikan anak anda peluang untuk mengajar keluarga anda tentang asas-asas injil. Anak anda juga boleh berlatih berkongsi kepercayaan mereka dengan orang lain. Contohnya, anda boleh bincangkan soalan seperti “Bagaimanakah kita memperkenalkan Kitab Mormon kepada seseorang yang tidak pernah mendengarnya?” atau “Bagaimanakah kita menggambarkan keperluan untuk adanya seorang Juruselamat kepada seseorang yang bukan Kristian?”

  • Bantu anak anda menjadi selesa bercakap dengan orang. Apakah beberapa cara baik untuk memulakan perbualan? Galakkan anak anda untuk belajar mendengar apa yang orang lain katakan, fahami apa yang ada dalam hati mereka, dan berkongsi kebenaran injil yang boleh memberkati kehidupan mereka.

  • Cari peluang untuk anak anda belajar tentang budaya dan agama lain. Bantu mereka mengenali dan menghormati asas-asas yang baik dan benar dalam kepercayaan orang lain.

Menerima Tatacara Pemeteraian

Di dalam bait suci, seorang suami dan isteri boleh berkahwin untuk keabadian. Ini berlaku dalam satu tatacara yang dipanggil “pemeteraian.” Walaupun tatacara ini masih awal untuk anak-anak anda, hal-hal yang kecil, sederhana dan konsisten yang anda lakukan bersama mereka dalam tahun-tahun itu dapat membantu mereka bersedia untuk berkat yang indah ini.

  • Baca bersama “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (Gospel Library). Apakah yang perisytiharan ini ajarkan tentang kegembiraan dalam kehidupan keluarga dan tentang perkahwinan yang berjaya? Bersama anak anda, kaji salah satu asas yang tersenarai dalam perisytiharan. Anda boleh mencari tulisan suci yang berkaitan dengan asas itu dalam Panduan Tulisan Suci. Anda juga boleh menetapkan matlamat untuk mengamalkan asas itu dalam keluarga anda. Semasa anda berusaha dalam matlamat anda, bincang bersama kesan menjalankan asas itu dalam kehidupan keluarga.

  • Bersama anak anda, baca pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan” (Liahona, Mei 2016, 77–80). Apabila anda sampai ke bahagian yang bertajuk “Masyarakat yang Pakai Buang,” anda boleh mencari benda-benda di rumah anda yang boleh dibuang dan yang tidak. Bincangkan bagaimana anda memperlakukan benda dengan berbeza apabila anda mahu ia tahan lama. Apakah yang ini cadangkan tentang bagaimana kita harus memperlakukan perkahwinan dan hubungan keluarga? Apakah lagi yang kita pelajari dari pesanan Presiden Uchtdorf tentang bagaimana Juruselamat dapat membantu kita membina perkahwinan dan keluarga yang kuat?

  • Bersikap terbukalah dengan anak anda tentang hal yang anda dan pasangan anda belajar tentang mempunyai perkahwinan abadi yang berpusat pada Kristus dan cara anda memperbaikinya. Jika anda dan pasangan anda telah dimeteraikan di bait suci, tunjukkan anak anda melalui contoh bagaimana anda berusaha untuk mentaati perjanjian anda dengan Tuhan. Beritahu anak anda bagaimana anda berusaha memusatkan hubungan anda kepada Bapa Syurgawi dan Jurselamat dan bagaimana Mereka membantu anda (lihat juga Ulisses Soares, “Dalam Perkongsian Dengan Tuhan,” Liahona, Nov. 2022, 42–45).

  • Apabila keputusan keluarga perlu dibuat, adakan majlis dan perbincangan keluarga. Pastikan semua pendapat ahli keluarga didengar dan dihargai. Gunakan perbincangan tersebut sebagai peluang untuk komunikasi yang sihat dan kebaikan dalam hubungan keluarga, walaupun tidak semua orang melihat sesuatu dengan cara yang sama. (Lihat M. Russell Ballard, “Majlis Keluarga,” Liahona, Mei 2016, 63–65.)

  • Apabila terdapat perselisihan atau konflik dalam keluarga, tunjukkan kesabaran dan belas kasihan. Bantu anak anda melihat bagaimana menghadapi konflik seperti Kristus boleh membantu mereka bersedia untuk perkahwinan yang bahagia. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 121:41–42, dan bincangkan bagaimana asas-asas dalam ayat-ayat ini boleh digunakan dalam perkahwinan.