2023
Yesus Menunjukkan Jalan Kepada Kita
Ogos 2023


“Yesus Menunjukkan Jalan Kepada Kita,” Friend, Ogos 2023, 4–5.

Pesanan Bulanan Friend, Ogos 2023

Yesus Menunjukkan Jalan Kepada Kita

Imej
Alt text

Ilustrasi oleh Dan Burr

Yesus Kristus adalah Putera Bapa Syurgawi. Dia datang ke bumi untuk menunjukkan kepada kita bagaimana kita dapat kembali kepada Bapa Syurgawi suatu hari nanti. Yesus dibaptiskan. Dia mengajar bahawa kita harus dibaptiskan juga.

Imej
alt teks

Dia mengajar kita cara hidup. Dia mengasihi dan membantu semua orang. Dia inginkan kita mengikuti Dia.

Imej
alt teks

Yesus merasakan semua kesakitan kita dan menderita untuk dosa-dosa kita. Kemudian Dia mati untuk kita. Ini dipanggil Korban Tebusan Yesus Kristus. Dia telah bangkit. Ini bererti Dia hidup hari ini! Kerana Yesus Kristus, kita juga akan hidup lagi selepas kita mati.

Imej
alt teks

Yesus melakukan semua ini untuk kita kerana Dia mengasihi kita. Kerana Dia, kita boleh hidup bersama Bapa Syurgawi kita dan keluarga kita suatu hari nanti.

Imej
alt teks

Kita dapat ikut contoh Yesus dengan dibaptiskan. Kita juga boleh mengikut Dia setiap hari apabila kita mengasihi dan membantu orang lain dan mematuhi perintah-perintah-Nya.