2 Nefi 30
sebelumnya seterusnya

Bab 30

Orang bukan Israel yang bertaubat akan terbilang di kalangan umat perjanjian—Ramai bangsa Laman dan orang Yahudi akan mempercayai firman dan menjadi menyenangkan—Israel akan dipulihkan dan yang jahat dihancurkan. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku mahu berbicara kepadamu; kerana aku, Nefi, tidak mahu membiarkan bahawa kamu akan menganggap bahawa kamu lebih soleh daripada orang bukan Israel pada masa depan. Kerana lihatlah, kecuali kamu akan mentaati perintah-perintah Tuhan kamu semua juga akan binasa; dan kerana firman yang telah difirmankan kamu tidak perlu menganggap bahawa orang bukan Israel sepenuhnya dihancurkan.

2 Kerana lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa seramainya orang bukan Israel yang akan bertaubat adalah umat aperjanjian Tuhan; dan seramai borang Yahudi yang tidak akan bertaubat akan disingkirkan; kerana Tuhan tidak membuat perjanjian dengan seorang pun kecuali dengan mereka yang cbertaubat dan percaya kepada Putera-Nya, yang adalah Yang Kudus dari Israel.

3 Dan sekarang, aku hendak bernubuat sedikit lagi berkenaan orang Yahudi dan orang bukan Israel. Kerana setelah kitab yang berkenaannya aku telah bicarakan akan tampil, dan dituliskan bagi orang bukan Israel, dan dimeteraikan lagi bagi Tuhan, akan ada ramai yang akan amempercayai perkataan yang dituliskan; dan bmereka akan membawanya kepada keturunan kita yang selebihnya.

4 Dan pada waktu itu akanlah keturunan kita yang selebihnya tahu berkenaan kita, bagaimana kita keluar dari Yerusalem, dan bahawa mereka adalah keturunan orang Yahudi.

5 Dan Injil Yesus Kristus akan dimaklumkan di kalangan amereka; Oleh kerana itu, bmereka akan dipulihkan pada cpengetahuan tentang nenek moyang mereka, dan juga pada pengetahuan tentang Yesus Kristus, yang ada di kalangan nenek moyang mereka.

6 Dan pada waktu itu akanlah mereka bersukacita; kerana mereka akan mengenali bahawa itu adalah suatu berkat bagi mereka dari tangan Tuhan; dan sisik-sisik kegelapan akan mulai terkelupas dari mata mereka; dan banyak angkatan tidak akan berlalu di kalangan mereka, kecuali mereka akan menjadi suatu bangsa yang murni dan amenyenangkan.

7 Dan akan terjadi bahawa aorang Yahudi yang tercerai-berai juga akan bmulai percaya kepada Kristus; dan mereka akan mulai berkumpul di atas permukaan tanah ini; dan sebanyak orang yang akan percaya kepada Kristus juga akan menjadi suatu bangsa yang menyenangkan.

8 Dan akan terjadi bahawa Tuhan Raja akan memulakan pekerjaan-Nya di kalangan semua negara, kaum, bahasa, dan bangsa untuk mendatangkan pemulihan umat-Nya di atas bumi.

9 Dan dengan kebenaran akanlah aTuhan Raja bmenghakimi yang miskin, dan menegur dengan kesetaraan bagi yang clembut hati di bumi. Dan Dia akan menghentam bumi dengan belantan mulut-Nya; dan dengan nafas bibir-Nya akanlah Dia membunuh yang jahat.

10 Kerana awaktunya cepat tiba ketika Tuhan Raja akan menyebabkan bpemisahan besar di antara manusia, dan yang jahat akanlah Dia hancurkan; dan Dia akan cmembiarkan umat-Nya hidup, ya, bahkan jika demikian halnya bahawa Dia mesti dmenghancurkan yang jahat dengan api.

11 Dan akesolehan akan menjadi kain pembebat aurat-Nya, dan kesetiaan ikat pinggang-Nya.

12 aDan pada waktu itu akanlah serigala berdiam bersama anak domba; dan harimau bintang akan berbaring bersama anak kambing, dan anak sapi, dan singa muda, dan ternak tambun, bersama; dan seorang anak kecil akan memimpin mereka.

13 Dan lembu dan beruang akan makan; anak-anak mereka akan berbaring bersama; dan singa akan makan jerami seperti lembu kasi.

14 Dan anak yang menyusu akan bermain pada lubang ular bisa, dan anak sapihan akan meletakkan tangannya pada liang ular beracun.

15 Ia tidak akan meluka atau menghapus di seluruh gunung kudus-Ku; kerana bumi akan penuh dengan pengetahuan tentang Tuhan sebagaimana perairan menutupi laut.

16 Oleh kerana itu, hal-hal tentang asegala bangsa akan disingkapkan; ya, segala sesuatu akan bdisingkapkan kepada anak-anak manusia.

17 Tidak ada apa pun yang rahsia kecuali akan adiungkapkan; tidak ada pekerjaan kegelapan kecuali akan dinyatakan dalam cahaya; dan tidak ada apa pun yang dimeteraikan di atas bumi kecuali ia akan dilepaskan.

18 Oleh kerana itu, segala sesuatu yang telah diungkapkan kepada anak-anak manusia akanlah pada hari itu diungkapkan; dan Setan atidak akan memiliki kuasa atas hati anak-anak manusia lagi, untuk suatu masa yang lama. Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku mengakhiri perkataanku.