Kitab Suci
2 Nefi 11


Bab 11

Yakub nampak Penebusnya—hukum Musa melambangkan Kristus dan membuktikan bahawa Dia akan datang. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan sekarang, aYakub membicarakan banyak hal kepada bangsaku pada masa itu; walaupun demikian, hanya hal-hal ini sahaja telah aku perintah supaya bditulis, kerana hal-hal yang telah aku tulis mencukupi bagiku.

2 Dan sekarang aku, Nefi, menulis lebih lagi kata-kata aYesaya, kerana jiwaku bersukacita akan kata-katanya. Kerana aku akan mengibaratkan kata-katanya kepada bangsaku, dan aku akan mengkhabarkannya kepada semua anak-anakku, kerana dia benar-benar nampak bPenebusku, bahkan sebagaimana aku telah nampak Dia.

3 Dan adikku, Yakub, juga telah anampak Dia sebagaimana aku telah nampak Dia; oleh kerana itu, aku akan mengkhabarkan kata-kata mereka kepada anak-anakku untuk membuktikan kepada mereka bahawa kata-kataku adalah benar. Oleh kerana itu, melalui kata-kata btiga orang, Tuhan telah berfirman, Aku akan menegakkan firman-Ku. Walaupun demikian, Tuhan menghantar lebih saksi, dan Dia membuktikan segala firman-Nya.

4 Lihatlah, jiwaku bersukacita amembuktikan kepada bangsaku kebenaran berkenaan bkedatangan Kristus; kerana, bagi tujuan inilah chukum Musa telah diberi; dan segala hal yang telah diberi oleh Tuhan sejak dari awal dunia, kepada manusia, adalah melambangkan Dia.

5 Dan juga jiwaku bersukacita akan aperjanjian-perjanjian Tuhan yang telah Dia buat kepada nenek moyang kita; ya, jiwaku bersukacita akan rahmat-Nya, dan akan keadilan-Nya, dan kuasa, dan belas kasihan dalam rancangan yang agung dan abadi untuk pembebasan daripada kematian.

6 Dan jiwaku bersukacita membuktikan kepada bangsaku bahawa akecuali Kristus datang, semua manusia akan binasa.

7 Kerana jikalau atiada Kristus, tiadanya Tuhan; dan jikalau tiada Tuhan, kita tidak wujud, kerana tiada bpenciptaan. Tetapi memang ada seorang Tuhan, dan Dia adalah Kristus, dan Dia datang pada kegenapan masa-Nya sendiri.

8 Dan sekarang aku menulis beberapa daripada kata-kata Yesaya, bahawa barang siapa daripada bangsaku yang akan melihat kata-kata ini akan mengangkat hati mereka dan berbahagia bagi semua manusia. Sekarang, inilah kata-kata itu, dan kamu boleh mengibaratkannya kepada dirimu dan dengan semua manusia.