Kitab Suci
2 Nefi 19


Bab 19

Yesaya berbicara seperti Mesias—Orang yang berada dalam kegelapan akan melihat suatu cahaya yang sangat terang—Bagi kita seorang anak telah dilahirkan—Dia akan menjadi Putera Damai dan akan memerintah di atas takhta Daud—Bandingkan dengan Yesaya 9. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Walaupun demikian, kesuraman tidak akan seperti semasa dalam kesengsaraannya, ketika pada awalnya Dia secara ringan menyiksa anegeri Zebulon, dan negeri Naftali, dan selepas itu telah secara lebih teruk menyiksa sepanjang jalan ke Laut Merah di seberang Yordan di Galilea yang berbangsa-bangsa.

2 Orang yang berjalan dalam akegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang; mereka yang tinggal dalam negeri bayangan kematian, ke atas mereka telah cahaya itu menyinar.

3 Engkau telah melipatgandakan bangsa, dan amenambahkan kebahagiaan—mereka bersukacita di hadapan-Mu menurut kebahagiaan dalam penuaian, dan sebagaimana manusia bersukacita ketika mereka membahagi-bahagikan jarahan.

4 Kerana Engkau telah mematahkan kuk bebannya, dan gandar bahunya, tongkat penindasnya.

5 Kerana setiap pertempuran pahlawan adalah dengan kebisingan huru-hara, dan pakaian berlumuran darah; tetapi ini adalah dengan pembakaran dan bahan bakar api.

6 Kerana bagi kita seorang aanak dilahirkan, bagi kita seorang putera diberi; dan bkerajaan akan di atas bahu-Nya; dan nama-Nya akan disebut, Mengagumkan, Penasihat, cTuhan Yang Perkasa, dBapa Yang Kekal, Putera eDamai.

7 Berkenaan peningkatan akerajaan dan kedamaian btiada akhirnya, di atas takhta Daud, dan di atas kerajaan-Nya untuk menyusunkannya, dan untuk menegakkannya dengan penghakiman dan keadilan mulai sekarang, bahkan selama-lamanya. Semangat berkobar-kobar Tuhan Semesta Alam akan melaksanakan ini.

8 Tuhan menghantar firman-Nya kepada Yakub dan ia telah datang kepada aIsrael.

9 Dan semua orang akan tahu, bahkan Efraim dan penghuni Samaria, yang berkata dalam keangkuhan dan ketinggian hati:

10 Batu bata telah roboh, tetapi kami akan membina dengan batu pahat; pokok-pokok ara telah ditebang, tetapi kami akan menggantikannya dengan pokok sedar.

11 Oleh kerana itu, Tuhan akan menegakkan lawan aRezin menentangnya, dan menggabungkan musuh-musuhnya bersama;

12 Bangsa Siria di hadapan dan bangsa Filistin di belakang; dan mereka akan amenelan Israel dengan mulut ternganga. Walaupun berlakunya semua ini, bkemurkaan-Nya tidak dipalingkan, tetapi tangan-Nya masih terhulur.

13 Kerana umat itu atidak berpaling kepada Dia yang mendera mereka, tidak juga mereka mencari Tuhan Semesta Alam.

14 Oleh kerana itu akan Tuhan memenggalkan dari Israel kepala dan ekor, cabang dan menerung dalam satu hari.

15 Yang tua-tua, dialah kepalanya; dan nabi yang mengajar dusta, dialah ekornya.

16 Kerana para ketua bangsa ini menyebabkan mereka khilaf; dan mereka yang dituntun oleh mereka akan dihapuskan.

17 Oleh kerana itu Tuhan tidak akan bersukacita dalam pemuda-pemuda mereka, tidak juga akan aberbelas-kasihan terhadap anak-anak yatim dan balu-balu mereka; kerana setiap orang daripada mereka adalah munafik dan pelaku kejahatan, dan setiap mulut membicarakan bkebodohan. Walaupun terjadinya semua ini, kemurkaan-Nya tidak dipalingkan, tetapi ctangan-Nya masih terhulur.

18 Kerana kejahatan membakar seperti api; ia akan melahap semak dan belukar berduri, dan akan menyalakan di dalam semak-semak hutan, dan ia akan naik seperti kenaikan asap.

19 Kerana kemurkaan Tuhan Semesta Alam negeri itu digelapkan, dan orang akan menjadi seperti bahan bakar api; atiada seorangpun yang akan membiarkan saudaranya hidup.

20 Dan dia akan merenggut di sebelah kanan dan lapar; dan dia akan amakan di sebelah kiri dan mereka tidak akan kenyang; mereka akan makan setiap orang daging lengannya sendiri—

21 aManasye, bEfraim; dan Efraim, Manasye; mereka bersama-sama akan menentang cYehuda. Walaupun terjadinya semua ini, kemurkaan-Nya tidak dipalingkan, tetapi tangan-Nya masih terhulur.