Kitab Suci
2 Nefi 21


Bab 21

Tunggul Isai (Kristus) akan menghakim dalam kesolehan—Pengetahuan berkenaan Tuhan akan meliputi seluruh bumi pada Zaman Seribu Tahun—Tuhan akan menaikkan panji dan mengumpulkan Israel—Bandingkan dengan Yesaya 11. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan akan muncul atunas dari btunggul cIsai, dan satu cabang akan tumbuh dari akarnya.

2 Dan aRoh Tuhan akan berada di atas-Nya, roh kebijaksanaan dan kefahaman, roh ketelitian dan kekuasaan, roh pengetahuan dan rasa hormat pada Tuhan;

3 Dan akan menjadikan Dia berkefahaman tajam dalam rasa hormat pada Tuhan; dan Dia tidak akan amenghakimi menurut penglihatan mata-Nya, tidak juga menegur menurut pendengaran telinga-Nya.

4 Tetapi dengan akesolehan akan Dia menghakimi yang miskin, dan bmenegur dengan kesaksamaan bagi cpihak yang rendah hati; dan Dia akan memukul bumi dengan belantan mulut-Nya, dan dengan nafas dari bibir-Nya akan Dia membunuh yang jahat.

5 Dan kesolehan akan menjadi tali pinggang aurat-Nya, dan kesetiaan tali pinggang buah pinggang-Nya.

6 Serigala juga akan berdiam bersama anak domba, dan harimau bintang akan berbaring dengan anak kambing, dan anak lembu dan singa muda dan ternakan tambun bersama; dan seorang anak kecil akan memimpinnya.

7 Dan lembu dan beruang akan makan bersama; anak-anak mereka akan berbaring bersama; dan singa akan makan jerami seperti lembu kasi.

8 Dan anak yang menyusu akan bermain di atas lubang ular aasp, dan anak sapihan akan meletakkan tangannya di atas bsarang ular berbisa.

9 Ia atidak akan meluka atau menghapus dalam segenap gunung-Ku yang suci, kerana bumi akan penuh dengan bpengetahuan berkenaan Tuhan, sebagaimana perairan meliputi laut.

10 Dan pada ahari itu akan ada bakar Isai, yang akan berdiri sebagai panji bagi umat; kepadanya corang bukan Israel akan mencari; dan istirahat-Nya akan mulia.

11 Dan akan terjadi pada hari itu bahawa Tuhan akan menggunakan tangan-Nya lagi bagi kali akedua untuk memulihkan lebihan umat-Nya yang tertinggal, dari Asyur, dan dari Mesir, dan dari Patros, dan dari Kus, dan dari Elam, dan dari Sinear, dan dari Hamat, dan dari pulau-pulau di laut.

12 Dan Dia akan mendirikan apanji bagi bangsa-bangsa, dan akan menghimpunkan borang yang terbuang dari Israel, dan cmengumpulkan bersama orang Yehuda yang terserak dari keempa-empat penjuru bumi.

13 aIri hati Efraim juga akan pergi, dan musuh-musuh Yehuda akan disingkirkan; bEfraim tidak akan mencemburui cYehuda, dan Yehuda tidak akan menyusahi Efraim.

14 Tetapi mereka akan aterbang di atas bahu orang Filistin menuju barat; mereka akan menjarahi orang di timur bersama-sama; mereka akan mencengkam Edom dan Moab; dan anak-anak Amon akan mematuhi mereka.

15 Dan Tuhan akan sehabis-habisnya amenghapuskan lidah laut Mesir; dan dengan angin-Nya yang kencang Dia akan mengibaskan tangan-Nya di atas sungai, dan akan memukulnya hingga menjadi tujuh anak sungai, dan menyebabkan manusia melintas berkasut kering.

16 Dan akan ada sebuah alebuhraya bagi lebihan umat-Nya yang tertinggal, dari Asyur, seperti yang terjadi kepada Israel pada hari dia keluar dari negeri Mesir.