1 Nefi 17
sebelumnya seterusnya

Bab 17

Nefi diperintahkan untuk membina sebuah kapal—Saudara-saudaranya menentangnya—Dia memujuk mereka dengan mengulangi sejarah urusan-urusan Tuhan dengan Israel—Nefi dipenuhi kuasa Tuhan—Saudara-saudaranya dilarang menyentuhnya, kalau-kalau mereka layu seperti mensiang kering. Kira-kira 592–591 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa kami membuat perjalanan kami semula di padang belantara; dan kami mengembara hampir ke arah timur mulai dari masa itu. Dan kami mengembara dan meranduk melalui banyak kesengsaraan di padang belantara; dan kaum perempuan kami melahirkan anak-anak di padang belantara.

2 Dan begitu banyaknya berkat Tuhan ke atas kami, sehingga walaupun kami hidup kerana makan daging amentah di padang belantara, kaum perempuan kami dapat memberi banyak susu kepada anak-anak mereka, dan kuat, ya, bahkan seperti kaum lelaki; dan mereka mula menanggung pengembaraan mereka tanpa rungutan.

3 Dan demikianlah kami nampak bahawa perintah-perintah Tuhan pasti akan digenapi. Dan jika anak-anak manusia amematuhi perintah-perintah Tuhan, Dia akan memelihara mereka, dan menguatkan mereka, dan menyediakan cara agar mereka dapat melaksanakan apa yang Dia perintahkan kepada mereka; oleh kerana itu, Dia telah bmenyediakan cara kepada kami sewaktu kami singgah di padang belantara.

4 Dan kami singgah untuk jangka masa banyak tahun, ya, bahkan lapan tahun di padang belantara.

5 Dan kami sampai ke negeri yang kami panggil Kelimpahan, kerana banyak buahnya dan juga madu liarnya; dan semua ini disediakan oleh Tuhan agar kami tidak binasa. Dan kami nampak laut, yang kami panggil Ireantum, yang, ditafsirkan, adalah banyak perairan.

6 Dan terjadilah bahawa kami mendirikan khemah-khemah kami di tepi laut; dan walaupun kami telah menderita banyak akesengsaraan dan banyak kesukaran, ya, bahkan demikian banyak sehingga kami tidak dapat menuliskan semuanya, kami tersangat bersukacita bila kami sampai ke tepi laut; dan kami memanggil tempat itu Kelimpahan, kerana banyak buahnya.

7 Dan terjadilah bahawa setelah aku, Nefi, berada di negeri Kelimpahan untuk jangka masa banyak hari, suara Tuhan datang kepadaku, mengatakan: Bangunlah, dan pergilah engkau ke gunung. Dan terjadilah bahawa aku bangun dan pergi ke gunung itu, dan menyeru kepada Tuhan.

8 Dan terjadilah bahawa Tuhan berfirman kepadaku, memfirmankan: Engkau mesti membina sebuah kapal, menurut acara yang Aku akan tunjukkan kepadamu, agar Aku dapat membawa bangsamu menyeberangi perairan ini.

9 Dan aku berkata: Tuhan, ke manakah patut aku pergi agar aku dapat mencari bijih logam untuk dilebur, agar aku dapat membuat perkakas untuk membina kapal menurut cara yang Engkau telah tunjukkan kepadaku?

10 Dan terjadilah bahawa Tuhan memberitahuku ke mana aku patut pergi untuk mencari bijih logam, agar aku dapat membuat perkakas.

11 Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, membuat sebuah puputan untuk meniup api itu, dari kulit binatang; dan setelah aku membuat sebuah puputan agar aku mempunyai cara untuk meniup api itu, aku menghentam dua biji batu bersama agar aku dapat membuat api.

12 Kerana Tuhan, sampai masa kini, tidak membenarkan agar kami membuat banyak api, sewaktu kami mengembara di padang belantara; kerana Dia berfirman: Aku akan membuat makananmu menjadi manis, agar engkau tidak amemasaknya.

13 Dan Aku akan menjadi cahayamu di padang belantara; dan Aku akan amenyediakan jalan di hadapanmu, jika terjadilah bahawa engkau mematuhi perintah-perintah-Ku; oleh kerana itu, sejauh mana engkau mematuhi perintah-perintah-Ku, engkau akan dituntun ke bnegeri yang dijanjikan; dan engkau akan ctahu bahawa oleh Akulah engkau dituntun.

14 Ya, dan Tuhan juga berfirman bahawa: Setelah engkau sampai di negeri yang dijanjikan, engkau akan atahu bahawa Aku, Tuhan, adalah bTuhan; dan bahawa Aku, Tuhan, telah membebaskan engkau dari pembinasaan; ya, bahawa Aku telah membawa engkau keluar dari negeri Yerusalem.

15 Oleh kerana itu, aku, Nefi, telah berupaya mematuhi perintah-perintah Tuhan, dan aku mendesak saudara-saudaraku kepada kesetiaan dan ketekunan.

16 Dan terjadilah bahawa aku membuat perkakas dari bijih logam yang telah aku leburkan keluar dari batu-batan.

17 Dan bila saudara-saudaraku nampak bahawa aku hampir akan amembina sebuah kapal, mereka mula merungut terhadapku, mengatakan: Adik kita seorang yang bodoh, kerana dia berfikir bahawa dia boleh membina sebuah kapal; ya, dan dia juga berfikir bahawa dia boleh menyeberangi perairan besar ini.

18 Dan demikianlah saudara-saudaraku mengomel terhadapku, dan berhasrat agar mereka tidak payah berkerja, kerana mereka tidak percaya bahawa aku dapat membina sebuah kapal; juga mereka tidak percaya bahawa aku diajar oleh Tuhan.

19 Dan sekarang terjadilah bahawa aku, Nefi, tersangat dukacita kerana kekerasan hati mereka; dan sekarang, bila mereka nampak bahawa aku mula berdukacita, mereka gembira dalam hati mereka, sedemikian rupa sehingga mereka abersukacita ke atas diriku, mengatakan: Kami tahu bahawa engkau tidak dapat membina sebuah kapal, kerana kami tahu bahawa engkau kurang dalam penilaian, oleh kerana itu, engkau tidak dapat melaksanakan pekerjaan yang begitu besar.

20 Dan engkau seperti bapa kita, dituntun oleh akhayalan-khayalan bodoh dari hatinya; ya, dia telah menuntun kita keluar dari negeri Yerusalem, dan kita telah mengembara di padang belantara bertahun-tahun ini; dan kaum perempuan kita telah berkerja keras, sewaktu besar dengan kehamilan; dan mereka telah melahirkan anak di padang belantara dan menderita segalanya, kecuali kematian; dan lebih baik jika mereka telah mati sebelum keluar dari Yerusalem daripada menderita kesengsaraan ini.

21 Lihatlah, bertahun-tahun lama ini kita telah menderita di padang belantara, sedangkan pada waktu itu kita mungkin dapat menikmati harta milik kita dan negeri warisan kita; ya, dan kita mungkin dapat gembira.

22 Dan kami tahu bahawa orang yang berada di negeri Yerusalem adalah orang yang asoleh; kerana mereka mematuhi peraturan dan hukum Tuhan, dan segala perintah-Nya, menurut hukum Musa; oleh kerana itu, kami tahu bahawa mereka adalah orang yang soleh; dan bapa kita telah menghakimi mereka, dan telah menuntun kita pergi kerana kita mahu mendengarkan kata-katanya; ya, dan adik kami seperti dia. Dan menurut cara berbahasa demikianlah saudara-saudaraku merungut dan mengomel terhadap kami.

23 Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, berbicara kepada mereka, mengatakan: Percayakah kamu bahawa nenek moyang kita, yang adalah anak-anak Israel, akan dituntun keluar dari tangan orang Mesir jika mereka tidak mendengarkan firman Tuhan?

24 Ya, dan adakah kamu mengira bahawa mereka akan dituntun keluar dari perhambaan jika Tuhan tidak memerintahkan Musa agar dia patut amenuntun mereka keluar dari perhambaan?

25 Sekarang kamu tahu bahawa anak-anak Israel berada dalam aperhambaan; dan kamu tahu bahawa mereka dibebankan dengan bkerja keras, yang amat sukar untuk ditanggung; oleh kerana itu, kamu tahu bahawa ianya mestilah sesuatu yang baik untuk mereka, bahawa mereka dibawa keluar dari perhambaan.

26 Sekarang kamu tahu bahawa aMusa telah diperintah oleh Tuhan untuk membuat pekerjaan yang agung itu; dan kamu tahu bahawa dengan bkatanya perairan Laut Merah telah dibahagikan ke sini dan ke sana, dan mereka telah lalu di atas tanah kering.

27 Tetapi kamu tahu bahawa orang Mesir telah lemas di dalam Laut Merah, yang adalah tentera-tentera Firaun.

28 Dan kamu juga tahu bahawa mereka diberi makan amanna di padang belantara.

29 Ya, dan kamu juga tahu bahawa Musa, dengan katanya menurut kuasa Tuhan yang ada di dalamnya, telah amenghentam batu itu, dan darinya keluar air, agar anak-anak Israel dapat menghilangkan dahaga mereka.

30 Dan sekalipun mereka dituntun, Tuhan mereka, Penebus mereka, yang pergi di hadapan mereka, menuntun mereka pada siang hari dan memberi cahaya kepada mereka pada malam hari, dan melaksanakan untuk mereka segalanya yang abaik untuk diterima oleh manusia, mereka mengeraskan hati mereka dan membutakan fikiran mereka, dan bmencaci maki Musa dan Tuhan yang hidup dan sejati.

31 Dan terjadilah bahawa menurut firman-Nya Dia telah amembinasakan mereka; dan menurut firman-Nya Dia telah bmenuntun mereka; dan menurut firman-Nya Dia telah melaksanakan segala-galanya untuk mereka; dan tiada apa pun yang dilaksanakan kecuali menurut firman-Nya.

32 Dan setelah mereka menyeberangi Sungai Yordan, Dia telah menjadikan mereka perkasa hingga amenghalau keluar anak-anak negeri itu, ya, hingga mencerai-beraikan mereka sampai pembinasaan.

33 Dan sekarang, adakah kamu mengira bahawa anak-anak negeri ini, yang berada di negeri yang dijanjikan, yang dihalau keluar oleh nenek moyang kita, adakah kamu mengira bahawa mereka soleh? Lihatlah, aku berkata kepadamu, Tidak.

34 Adakah kamu mengira bahawa nenek moyang kita adalah lebih terpilih jika mereka lebih soleh? Aku berkata kepadamu, Tidak.

35 Lihatlah, Tuhan menganggap semua adaging sebagai satu; dia yang bsoleh cdikasihi oleh Tuhan. Tetapi lihatlah, bangsa ini telah menolak setiap firman Tuhan, dan mereka matang dalam kederhakaan, dan kegenapan kemurkaan Tuhan berada di atas mereka; dan Tuhan mengutuk negeri itu supaya menentang mereka, dan memberkatinya bagi nenek moyang kita; ya Dia mengutukkannya supaya menentang mereka hingga pembinasaan mereka, dan Dia memberkatinya bagi nenek moyang kita hingga mereka mendapat kuasa ke atasnya.

36 Lihatlah, Tuhan telah amencipta bbumi agar ia dapat cdiduduki; dan Dia telah mencipta anak-anak-Nya agar mereka dapat memilikinya.

37 Dan Dia amembangkitkan suatu bangsa yang soleh, dan membinasakan bangsa-bangsa yang jahat.

38 Dan Dia menuntun pergi yang soleh ke anegeri-negeri yang kaya, dan yang jahat Dia bmenghancurkan, dan mengutukkan negeri itu supaya menentang mereka disebabkan mereka.

39 Dia memerintah tinggi di langit, kerana ianya adalah takhta-Nya, dan bumi ini adalah abangku kaki-Nya.

40 Dan Dia menyayangi mereka yang mahukan Dia menjadi Tuhan mereka. Lihatlah, Dia menyayangi nenek moyang kita, dan Dia aberjanji dengan mereka, ya, bahkan Abraham, bIsyak, dan cYakub; dan Dia ingat akan perjanjian-perjanjian yang telah Dia buat; oleh itu, dia telah membawa mereka keluar dari negeri dMesir.

41 Dan Dia telah menghukum mereka di padang belantara dengan tongkat-Nya; kerana mereka amengeraskan hati mereka, seperti kamu telah lakukan; dan Tuhan menghukum mereka kerana kederhakaan mereka. Dia menghantar bular-ular berapi yang berterbangan di kalangan mereka; dan setelah mereka dipatuk, Dia menyediakan cara agar mereka dapat cdisembuhkan; dan kerja yang mereka mesti buat adalah memandang; dan kerana dmudahnya cara itu, atau senangnya cara itu, ramai yang binasa.

42 Dan mereka mengeraskan hati mereka dari semasa ke semasa, dan mereka amencaci maki bMusa, dan juga Tuhan; walaubagaimanapun, kamu tahu bahawa mereka telah dituntun oleh kuasa-Nya yang tiada bandingannya ke negeri yang dijanjikan.

43 Dan sekarang, setelah segala ini, masanya telah tiba bahawa mereka telah menjadi jahat, ya, hampir ke kematangan; dan aku tidak tahu adakah mereka pada hari ini hampir dihancurkan; kerana aku tahu bahawa hari itu mesti sampai bahawa mereka mesti dihancurkan, kecuali sebilangan kecil sahaja, yang akan dituntun ke dalam penawanan.

44 Oleh kerana itu, Tuhan telah amemerintahkan bapaku agar dia mesti berangkat ke padang belantara; dan orang Yahudi juga berusaha mengambil nyawanya; ya, dan bengkau juga telah berusaha mengambil nyawanya; oleh kerana itu, engkau adalah pembunuh di dalam hatimu, dan engkau seperti mereka.

45 Engkau acepat melakukan kederhakaan tetapi lambat mengingati Tuhanmu. Engkau telah nampak seorang bmalaikat dan dia telah berbicara kepadamu; ya, engkau telah mendengar suara-Nya dari semasa ke semasa; dan Dia telah berbicara kepadamu dengan suara tenang lembut, tetapi engkau ctidak lagi berperasaan, sehingga engkau tidak dapat merasakan firman-Nya; oleh kerana itu, Dia telah berfirman kepadamu bagaikan suara guruh, yang telah mengakibatkan tanah bergoncang seolah-olah akan terbelah.

46 Dan engkau tahu bahawa dengan akuasa firman-Nya yang mahakuasa Dia dapat menyebabkan bumi tidak wujud lagi; Ya, dan engkau tahu bahawa dengan firman-Nya Dia dapat menyebabkan tempat-tempat kasar menjadi licin, dan tempat-tempat licin akan dipecah-belahkan. Ya, maka, mengapakah engkau boleh begitu keras dalam hatimu?

47 Lihatlah, jiwaku terkoyak dengan kepedihan keranamu, dan hatiku sakit; aku takut kalau-kalau engkau dibuang keluar selama-lamanya. Lihatlah, aku apenuh dengan Roh Kudus, sedemikian rupa sehingga ragaku btidak bertenaga.

48 Dan sekarang terjadilah bahawa setelah aku mengucapkan kata-kata ini, mereka marah terhadapku, dan berhasrat membuangku ke pendalaman laut; dan apabila mereka mara untuk menjamahku dengan tangan mereka, aku berbicara kepada mereka, mengatakan: Demi nama Tuhan Mahakuasa, aku memerintahmu agar engkau jangan amenyentuhku, kerana aku dipenuhi dengan bkuasa Tuhan, bahkan sampai pemusnahan dagingku; dan barang siapa pun yang menjamahku dengan tangannya akan clayu, bahkan seperti mensiang kering; dan dia akan tidak bererti apa pun di hadapan kuasa Tuhan, kerana Tuhan akan menghukumnya.

49 Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, berkata kepada mereka bahawa mereka patut jangan merungut lagi terhadap bapa mereka; jangan mereka juga menahan kerja mereka daripadaku, kerana Tuhan telah memerintahkanku agar aku mesti membina sebuah kapal.

50 Dan aku berkata kepada mereka: aJika Tuhan telah memerintahkanku untuk melaksanakan segalanya, aku dapat melaksanakannya. Jika Dia memerintahkanku agar aku mesti mengatakan kepada air ini, jadilah engkau tanah, ia akan menjadi tanah; dan jika aku mengatakannya, ia akan dilaksanakan.

51 Dan sekarang, jika Tuhan memiliki kuasa yang demikian besar, dan telah mengerjakan demikian banyak mukjizat di kalangan anak-anak manusia, bagaimanakah Dia tidak dapat amengajarku, agar aku dapat membina sebuah kapal?

52 Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, mengatakan banyak hal kepada saudara-saudaraku, demikian rupa sehingga mereka ditundukkan dan tidak dapat bertengkar denganku; juga mereka tidak berani menjamahku dengan tangan mereka, juga tidak menyentuhku dengan jari mereka, bahkan untuk jangka masa banyak hari. Sekarang mereka tidak berani melakukan ini kalau-kalau mereka layu di hadapanku, demikian berkuasanya aRoh Tuhan; dan demikianlah Dia telah mempengaruhi mereka.

53 Dan terjadilah bahawa Tuhan berfirman kepadaku: Hulurkan tanganmu lagi kepada saudara-saudaramu, dan mereka tidak akan layu di hadapanmu, tetapi aku akan mengejutkan mereka, firman Tuhan, dan ini akan Aku lakukan, agar mereka tahu bahawa Akulah Tuhan mereka.

54 Dan terjadilah bahawa aku menghulurkan tanganku kepada saudara-saudaraku, dan mereka tidak layu di hadapanku; tetapi Tuhan menggoncangkan mereka, bahkan menurut firman yang telah Dia firmankan.

55 Dan sekarang, mereka berkata: Kami tahu dengan kepastian bahawa Tuhan ada bersamamu, kerana kami tahu bahawa adalah kuasa Tuhan yang menggoncangkan kami. Dan mereka menjatuhkan diri di hadapanku, dan hampir amenyembahku, tetapi aku tidak membenarkan mereka, mengatakan: Aku saudaramu, ya, bahkan adikmu; oleh kerana itu, sembahlah Tuhanmu, dan hormatilah bapamu dan ibumu, agar bhidupmu panjang di negeri yang Tuhanmu akan berikan kepadamu.