1 Nefi 12
sebelumnya seterusnya

Bab 12

Nefi melihat dalam penglihatan negeri yang dijanjikan; kesolehan, penderhakaan, dan kejatuhan penghuni-penghuninya; kedatangan Anak Domba Tuhan di kalangan mereka; bagaimana Dua Belas Pengikut dan Dua Belas Rasul akan menghakimkan Israel; dan keadaan memuakkan dan kotor orang yang merosot dalam ketidakpercayaan. Kira-kira 600–592 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa malaikat itu berkata kepadaku: Pandanglah, dan lihat keturunanmu, dan juga keturunan saudara-saudaramu. Dan aku lihat dan nampak anegeri yang dijanjikan; dan aku nampak khalayak orang ramai, ya, bahkan seakan-akan bilangan mereka sebanyak pasir laut.

2 Dan terjadilah bahawa aku nampak orang ramai berkumpul bersama untuk bertempur, satu melawan yang lain; dan aku nampak apeperangan, desas-desus berkenaan peperangan, dan pembunuhan teruk dengan pedang di kalangan bangsaku.

3 Dan terjadilah bahawa aku nampak banyak generasi telah berlalu, menurut cara peperangan dan pertikaian di dalam negeri; dan aku nampak banyak kota, ya, sehingga aku tidak menghitungkannya.

4 Dan terjadilah bahawa aku nampak akabut bkegelapan di atas permukaan negeri yang dijanjikan; dan aku nampak kilat, dan aku dengar guruh, dan gempa bumi, dan segala macam bunyi yang gemuruh; dan aku nampak bumi dan batu-batan, bahawa mereka terbelah; dan aku nampak gunung-ganang runtuh menjadi berkeping-kepingan; dan aku nampak dataran-dataran bumi, bahawa mereka berpecah-pecah; dan aku nampak banyak kota, bahawa mereka cterbenam; dan aku nampak banyak, bahawa mereka dibakar dengan api; dan aku nampak banyak yang terhempas ke bumi, kerana goncangannya.

5 Dan terjadilah bahawa setelah aku nampak perkara-perkara ini, aku nampak akabus kegelapan, bahawa ia berlalu dari permukaan bumi; dan lihatlah, aku nampak ramai yang tidak jatuh kerana penghakiman agung dan teruk oleh Tuhan.

6 Dan aku nampak langit membuka, dan aAnak Domba Tuhan turun keluar dari syurga, dan Dia turun dan memperlihatkan diri-Nya kepada mereka.

7 Dan aku juga nampak dan memberi kesaksian bahawa Roh Kudus jatuh ke atas adua belas orang lain; dan mereka ditahbiskan oleh Tuhan, dan dipilih.

8 Dan malaikat itu berucap kepadaku, mengatakan: Lihatlah dua belas pengikut Anak Domba, yang dipilih untuk melayani keturunanmu.

9 Dan dia berkata kepadaku: Ingatkah engkau adua belas rasul Anak Domba itu? Lihatlah, mereka ialah mereka yang akan bmenghakimi dua belas suku Israel; oleh kerana itu, dua belas pelayan rohani keturunanmu akan dihakimi oleh mereka; kerana engaku dari bani Israel.

10 Dan adua belas orang pelayan rohani ini yang engkau nampak akan menghakimi keturunanmu. Dan lihatlah, mereka soleh selama-lamanya; kerana disebabkan iman mereka kepada Anak Domba Tuhan, bpakaian mereka dijadikan putih dalam darah-Nya.

11 Dan malaikat itu berkata kepadaku: Lihatlah! Dan aku melihat, dan nampak atiga generasi telah berlalu di dalam kesolehan; dan pakaian mereka putih, bahkan seperti Anak Domba Tuhan. Dan malaikat itu berkata kepadaku: Mereka ini dijadikan putih di dalam darah Anak Domba, kerana iman mereka kepada Dia.

12 Dan aku, Nefi, juga nampak ramai di antara generasi akeempat yang berlalu dalam kesolehan.

13 Dan terjadilah bahawa aku nampak orang ramai di bumi berkumpul bersama.

14 Dan malaikat itu berkata kepadaku: Lihatlah keturunanmu, dan juga keturunan saudara-saudaramu.

15 Dan terjadilah bahawa aku melihat dan nampak bangsa keturunanku berkumpul bersama dalam khalayak ramai amelawan keturunan saudara-saudaraku; dan mereka berkumpul bersama untuk bertempur.

16 Dan malaikat itu berucap kepadaku, mengatakan: Lihatlah sumber air akotor yang telah bapamu lihat, ya, bahkan bsungai yang telah dibicarakan dia; dan kedalamannya adalah kedalaman cneraka.

17 Dan akabut kegelapan adalah godaan-godaan iblis, yang bmembutakan mata, dan mengeraskan hati anak-anak manusia, dan menuntun mereka pergi ke dalam cjalan-jalan lebar, agar mereka binasa dan tersesat.

18 Dan abangunan besar dan lapang itu, yang telah bapamu lihat, adalah bkhayalan sombong dan ckeangkuhan anak-anak manusia. Dan suatu djurang besar dan menakutkan memisahkan mereka; ya bahkan firman ekeadilan Tuhan yang Abadi, dan Mesias yang adalah Anak Domba Tuhan, yang siapa Roh Kudus memberi kesaksian, dari awal dunia sehingga masa kini, dan bermula dari masa kini dan selamanya.

19 Dan sewaktu malaikat itu mengucapkan kata-kata ini, aku melihat dan nampak keturunan saudara-saudaraku bertikai menentang keturunanku, menurut perkataan malaikat itu; dan kerana keangkuhan keturunanku, dan agodaan-godaan iblis, aku nampak bahawa keturunan saudara-saudaraku bmengalahkan bangsa keturunanku.

20 Dan terjadilah bahawa aku melihat, dan nampak bangsa keturunan saudara-saudaraku, bahawa mereka telah mengalahkan keturunanku; dan mereka mara dalam khalayak ramai ke atas permukaan negeri itu.

21 Dan aku nampak mereka berkumpul bersama dalam khalayak ramai; dan aku nampak apeperangan dan desas-desus berkenaan peperangan di kalangan mereka; dan dalam peperangan dan desas-desus berkenaan peperangan, aku nampak banyak generasi telah berlalu.

22 Dan malaikat itu berkata kepadaku: Lihatlah, mereka ini akan amerosot dalam ketidakpercayaan.

23 Dan terjadilah bahawa aku nampak, setelah mereka merosot dalam ketidakpercayaan, mereka menjadi bangsa yang agelap, dan yang memuakkan, dan yang bkotor, penuh dengan ckemalasan dan segala macam kekejian.