2010–2019
Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik
Persidangan Umum April 2019


Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik

Tumpukanlah fokus pada pertaubatan harian yang teramat penting bagi kehidupan anda sehingga boleh menggunakan imamat dengan lebih berkuasa dari sebelumnya.

Para saudara sekalian, ia sangat memberikan inspirasi untuk memandang jemaah batalion pemegang imamat Tuhan ini yang amat besar. Betapa berkuasa sekali anda semua! Kami menyayangi anda! Kami berdoa untuk anda. Dan kami amat bersyukur untuk anda.

Baru-baru ini saya menyedari diri saya tertarik kepada arahan Tuhan yang diberikan oleh Nabi Joseph Smith: “Janganlah mengatakan apa pun selain pertaubatan kepada generasi ini.”1 Pernyataan ini sering diulangi dalam tulisan suci.2 Ia membangkitkan pertanyaan yang ketara: “Adakah semua orang perlu bertaubat?” Jawapan adalah perlulah.

Terlalu ramai orang menganggap pertaubatan sebagai hukuman—sesuatu yang perlu dielakkan kecuali dalam keadaan yang paling serius. Tetapi perasaan dihukum dihasilkan oleh Setan. Dia cuba menghalang kita daripada melihat kepada Yesus Kristus,3 yang berdiri dengan tangan terbuka,4 mengharapkan dan bersedia untuk menyembuh, mengampuni, membersihkan, menguatkan, menyucikan, dan menguduskan kita.

Perkataan pertaubatan di Perjanjian Baru dalam bahasa Yunani ialah metanoeo. Awalan meta- membawa maksud “ubah.” Akhiran -noeo berkaitan dengan perkataan bahasa Yunani yang membawa maksud “minda,” “pengetahuan,” “roh,” dan “nafas.”5

Oleh itu, apabila Yesus meminta anda dan saya untuk “bertaubat,”6 Dia menjemput kita untuk mengubah minda, pengetahuan, roh kita—bahkan cara kita nafas. Dia meminta kita untuk mengubah cara kita menyayangi, melayani, menghabiskan masa, memperlakukan isteri, mengajar anak-anak, dan menjaga badan kita.

Tiada apa-apa pun yang lebih membebaskan, lebih memuliakan, mahupun lebih penting bagi kemajuan individu kita daripada fokus harian yang tetap tentang pertaubatan. Pertaubatan bukanlah sebuah peristiwa tetapi sebuah proses. Ia merupakan kunci kepada kegembiraan dan ketenangan minda. Ketika digabungkan dengan iman, pertaubatan membuka akses kepada kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus.7

Sama ada anda berjalan dengan tekun pada jalan perjanjian, telah terlepas atau terkeluar dari jalannya, mahupun tidak dapat melihat jalannya dari mana anda berada sekarang, saya meminta agar anda bertaubat. Mengalami kuasa pertaubatan seharian yang memperkuatkan—dengan melakukan dan menjadi sedikit lebih baik setiap hari.

Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. Kita memilih untuk berkembang secara rohani dan menerima kebahagiaan—kebahagiaan penebusan dalam Dia.8 Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!9

Saudara sekalian, kita perlu melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik kerana kita berada dalam suatu pertempuran. Pertempuran dengan dosa adalah benar. Musuh sedang mengembangkan usaha dia untuk mengganggu kesaksian dan menghalangi kerja Tuhan. Dia sedang mempersenjatai orang suruhannya dengan senjata kuat untuk menghalangi kita daripada mengambil bahagian dalam kegembiraan dan kasih sayang Tuhan.10

Pertaubatan adalah sangat penting untuk mengelakkan kesengsaraan yang diakibatkan oleh perangkap musuh. Tuhan tidak mengharapkan agar kita sempurna pada ketika ini dalam kemajuan abadi kita. Tetapi Dia mengharapkan agar kita menjadi semakin suci. Pertaubatan harian merupakan laluan kepada kesucian, dan kesucian membawa kuasa. Kesucian peribadi boleh membuatkan kita menjadi alat berkuasa di tangan Tuhan. Pertaubatan kita—kesucian kita—akan memperbolehkan kita untuk menolong dalam pengumpulan Israel.

Tuhan mengajar Joseph Smith “bahawa hak-hak keimamatan tidak terpisah dari hubungannya dengan kuasa syurga, dan bahawa kuasa syurga tidak dapat dikawal dan juga dijalankan kecuali berdasarkan asas-asas kesolehan.”11

Kita mengetahui apa yang akan memberi kita akses yang lebih besar kepada kuasa syurga. Kita juga mengetahui apa yang akan menghalangi kemajuan kita—apa yang kita perlu berhenti lakukan untuk meningkatkan akses kita kepada kuasa syurga. Saudara sekalian, carilah dengan berdoa untuk fahami apa yang menghalang jalan anda ke pertaubatan. Mengenal pasti apa yang menghentikan anda dari bertaubat. Dan kemudian berubah! Bertaubatlah! Kita semua boleh melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.12

Kita mungkin boleh maju dengan cara-cara tertentu. Salah satu daripadanya ialah cara kita menjaga tubuh badan kita. Saya berdiri kagum kerana mukjizat tubuh badan manusia. Ia penciptaan yang menakjubkan, penting untuk peningkatan beransur-ansur yang menuju ke potensi ilahi kita yang muktamad. Tanpa sebuah badan, kita tidak boleh maju. Dengan pemberian tubuh badan, Tuhan telah membenarkan kita untuk mengambil satu langkah yang amat penting untuk menjadi lebih seperti Dia.

Setan memahami ini. Dia kecil hati oleh kerana kemurtadan pra-fananya telah membatalkan kelayakan dia selama-lamanya daripada hak istimewa ini, meninggalkan dia dalam keadaan cemburu dan kebencian yang tetap. Oleh itu banyak, daripada godaan yang dia letakkan pada jalan kita menyebabkan kita menyalahgunakan badan kita atau badan orang lain. Kerana Setan sengsara tanpa tubuh badan, dia ingin agar kita sengsara kerana kita memiliki badan.13

Tubuh badan anda merupakan bait suci peribadi anda, diciptakan untuk menyimpan roh anda yang abadi.14 Penjagaan anda terhadap bait suci itu adalah penting. Kini, saya menanya anda para saudara: adakah anda lebih berminat dengan pemakaian dan kerapian badan anda untuk memikat perhatian dunia daripada menyenangkan Tuhan? Jawapan anda kepada soalan ini menghantar mesej langsung kepada Dia tentang perasaan anda mengenai kurnia-Nya yang luar biasa kepada anda. Dengan penghormatan bagi tubuh badan kita, saudara, saya berfikir kita boleh melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik.

Satu cara yang lain kita boleh melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik ialah cara kita menghormati orang wanita dalam kehidupan kita, bermula dengan isteri dan anak perempuan kita, ibu dan adik perempuan kita.15

Bulan-bulan lalu, saya menerima surat yang menyedihkan hati daripada seorang saudari yang terkasih. Dia menulis: “[Saya dan anak perempuan saya] berasa seperti kami dalam pertandingan untuk perhatian penuh suami dan anak lelaki kami, dengan berita sukan, permainan video, berita pasaran saham, [dan] penganalisisan dan penontonan permainan setiap [jenis] sukan yang tidak berakhir. Ia berasa seperti kami sedang kehilangan kerusi barisan depan dengan suami dan anak-anak lelaki kita kerana kerusi barisan depan tetap mereka dengan [sukan dan permainan].”16

Para saudara, tugas anda yang paling utama sebagai pemegang imamat adalah untuk mengasihi dan menjaga isteri anda. Bersatu dengan dia. Jadikan rakan dia. Mempermudahkannya supaya dia ingin menjadi pasangan anda. Tiada minat yang lain dalam hidup yang sepatutnya diutamakan melainkan membangunkan hubungan abadi dengan dia. Tiada apa-apa pun lebih penting di TV, peranti mudah alih, atau komputer daripada kesejahteraan dia. Mempertimbangkan cara anda menghabiskan masa dan di mana anda menumpukan tenaga. Itu akan memberitahu anda di mana hati anda berada. Berdoa supaya hati anda selaras dengan hati isteri anda. Carilah untuk membawa kegembiraan kepada dia. Carilah nasihat dia, dan dengar. Nasihat dia akan meningkatkan tindakan anda.

Jika anda perlu bertaubat kerana cara anda telah memperlakukan orang wanita yang terdekat kepada anda, bermula sekarang. Dan ingatlah ia tanggungjawab anda untuk menolong orang wanita dalam kehidupan anda menerima berkat-berkat yang datang dari menjalani hukum kemurnian Tuhan. Jangan sekali-kali menjadi sebab seorang wanita tidak boleh menerima berkat-berkat bait suci.

Saudara sekalian, kita semua perlu bertaubat. Kita perlu angkat dari sofa, letakkan alat kawalan jauh ke bawah, dan bangun dari kemalasan rohani kita. Inilah masa untuk melengkapi diri dengan pelengkapan perang Tuhan penuh supaya kita boleh berusaha dalam kerja terpenting di bumi. Inilah masa untuk “hayunkan sabit [kita], dan tuailah dengan segenap daya, fikiran, dan kekuatan [kita].”17 Kuasa kejahatan semakin kuat hari ini dari sebelumnya. Sebagai orang suruhan Tuhan, kita tidak boleh tidur semasa pertempuran ini teruskan.

Keluarga anda memerlukan kepimpinan dan kasih anda. Kuorum anda dan mereka dalam bahagian atau cabang anda perlu kekuatan anda. Dan semua yang menemui anda perlu mengetahui apakah rupa dan tindakan seorang pengikut Tuhan yang sebenar

Para saudara saya yang terkasih, anda terpilih oleh Bapa kita untuk datang ke bumi pada masa terpenting ini kerana keberanian rohani pada waktu pra-fana. Anda berada antara orang lelaki yang terbaik serta paling berani yang pernah datang ke bumi. Setan mengenali anda sekarang dan pada masa anda di pra-fana dan memahami kerja yang perlu dilakukan sebelum Juruselamat kembali. Dan selepas beribu-ribu tahun menggunakan tipu muslihatnya, musuh ini berpengalaman dan tidak dapat diubah.

Syukurnya, imamat yang kita pegang lebih kuat daripada muslihat dia. Saya merayu kepada anda untuk menjadi orang lelaki dan remaja putera yang Tuhan perlukan anda menjadi. Tumpukanlah fokus pada pertaubatan harian yang teramat penting bagi kehidupan anda sehingga boleh menggunakan imamat dengan lebih berkuasa dari sebelumnya. Inilah satu-satunya cara anda boleh mengekalkan anda dan keluarga anda selamat secara rohani dalam hari-hari yang mencabar.

Tuhan memerlukan lelaki rendah hati yang mengutamakan kesejahteraan orang lain sebelum diri mereka. Dia memerlukan lelaki yang khususnya berusaha agar mendengar suara Roh dengan jelas. Dia memerlukan lelaki perjanjian yang mentaati perjanjian-perjanjian mereka dengan kesempurnaan akhlak. Dia memerlukan lelaki yang bertekad mengekalkan kesucian diri—orang layak yang boleh dipanggil bila-bila sahaja untuk memberi berkat dengan hati yang suci, minda yang bersih, dan tangan yang bersedia. Tuhan memerlukan lelaki yang ingin bertaubat—lelaki yang melayani dan menyertai batalion pemegang imamat layak Tuhan.

Saya memberkati anda untuk menjadi orang lelaki itu. Saya memberkati anda dengan keberanian untuk bertaubat setiap hari dan belajar cara menggunakan kuasa imamat yang penuh. Saya memberkati anda untuk menyampaikan kasih sayang Juruselamat kepada isteri dan anak-anak anda dan semua yang mengenal anda. Saya memberkati anda untuk melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik. Dan saya memberkati anda bahawa semasa anda membuat usaha ini, anda akan mengalami mukjizat-mukjizat dalam kehidupan anda.

Kita berusaha dalam pekerjaan Tuhan Yang Perkasa. Yesus ialah Kristus. Kita ialah pelayan-pelayan-Nya. Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.