2010–2019
Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda
Persidangan Umum April 2019


Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda

Tidak kira di mana pun anda berada di dunia ini, terdapat banyak peluang untuk kongsikan berita baik injil Yesus Kristus.

Bulan lepas kuorum Dua Belas dijemput oleh nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, untuk pergi bersama dia ke pembaktian Bait suci Roma Italia. Dalam perjalanan ke sana, saya terfikirkan Rasul Paulus dan perjalanannya. Pada zaman dia, untuk pergi dari Yerusalem ke Roma, ia akan mengambil lebih kurang 40 hari. Hari ini, dalam salah satu kapal terbang kegemaran saya, ia mengambil kurang daripada 3 jam.

Ulama-ulama Alkitab percaya bahawa Paulus berada di Roma apabila dia menulis beberapa suratnya, yang merupakan kunci memperkuatkan ahli-ahli Gereja pada masa itu dan juga hari ini.

Paulus dan ahli-ahli Gereja zaman dahulu yang lain, Orang Suci Awalan, mengetahui banyak tentang pengorbanan. Ramai yang dianiaya dengan teruk, sehinggakan mati.

Dalam 200 tahun yang lalu, ahli-ahli Gereja Yesus Kristus yang dipulih, iaitu Orang Suci Zaman Akhir, juga telah melalui pelbagai jenis penganiayaan. Namun demikian penganiayaan tersebut (dan kadangkala darinya), Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir tetap berkembang dan kini dijumpai di seluruh dunia.

Banyak yang Perlu Dilakukan

Maka, sebelum kita membakar kek, menghamburkan konfeti, dan menepuk bagi diri akan kejayaan hebat ini, lebih baik kita melihat perkembangan itu dari pandangan yang lain.

Terdapatnya lebih kurang tujuh setengah bilion orang di dunia, berbanding dengan agaknya 16 juta ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir—satu jemaah yang kecil.1

Sementara itu, bilangan orang Kristian yang mempercayai di bahagian dunia yang lain semakin berkurangan.2

Malah dalam Gereja Tuhan yang telah dipulih—walaupun bilangan keahlian umum terus meningkat—ramai yang tidak menikmati berkat daripada penghadiran Gereja secara kerap.

Dalam kata lain, tidak kira di mana pun anda berada di dunia ini, terdapat banyak peluang untuk kongsikan berita baik3 Injil Yesus Kristus bersama orang yang anda temu, belajar, dan hidup bersama, atau bekerja dan berkawan bersama.

Tahun lepas, saya mendapat peluang hebat untuk terlibat secara mendalam dengan aktiviti-aktiviti penginjil sedunia Gereja. Saya sering renung dan doa berkenaan tugas besar Juruselamat kepada pengikut-Nya—kita, anak-anak-Nya—untuk “pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku, Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan.”4

Saya telah bergelut dengan soalan “Bagaimanakah kita, sebagai ahli dan pengikut Kristus, boleh memenuhi tugas hebat itu dalam kehidupan seharian kita?”

Hari ini saya mengundang anda untuk renungkan soalan yang sama dalam hati dan minda anda.5

Satu Kurnia untuk Kerja Penginjil

Pemimpin-pemimpin Gereja telah menekankan panggilan lantang “Setiap ahli seorang penginjil!” buat berdekad lamanya.6

Ahli Gereja Yesus Kristus—dari zaman lepas dan zaman kini—secara ghairah dan gembiranya telah pun berkongsikan injil bersama rakan-rakan dan kenalan. Hati mereka membara dengan kesaksian Yesus Kristus, dan mereka dengan ikhlasnya ingin orang lain untuk mengalami kegembiraan serupa yang mereka telah jumpai dalam injil Juruselamat.

Terdapat ahli-ahli Gereja yang berbakat dalam perkara ini. Mereka suka menjadi duta Injil. Mereka dengan berani dan senang hatinya melayan dan membimbing usaha sebagai ahli penginjil.

Namun, kita yang lain lebih segan. Apabila usaha penginjil dibincangkan di pertemuan Gereja, kepala mula tunduk sehinggalah dilindungi bangku gereja, mata tertumpu kepada kitab suci atau bermeditasi untuk mengelak pandangan mata ahli gereja lain.

Mengapa? Mungkin kita berasa bersalah kerana tidak berusaha lebih untuk berkongsikan injil. Mungkin kita tidak pasti bagaimana untuk melakukannya. Atau kita mungkin berasa segan untuk melakukan sesuatu yang tidak selesa bagi kita.

Saya faham ini semua.

Tetapi ingat, Tuhan tidak pernah memerlukan usaha menginjil yang mahir, dan sempurna. Sebaliknya, “Tuhan menuntut hati dan suatu fikiran yang rela.”7

Jika anda dengan gembira sudah pun membuat kerja penginjil, sila teruskan, dan menjadi teladan bagi orang lain. Tuhan akan memberkati anda.

Namun, jika, anda berasa bagaikan anda telah mengheret diri dalam usaha berkongsikan pesanan Injil, bolehkah saya cadangkan lima perkara yang tidak akan memberi perasaan bersalah bagi anda untuk terlibat dalam arahan hebat Juruselamat bagi mengumpulkan Israel?

Lima Cadangan yang Mudah

Pertama, dekatilah Tuhan. Perintah yang terutama dan yang terpenting adalah untuk mengasihi Tuhan.8 Inilah sebab utama mengapa kita berada di bumi ini. Tanyakan diri, “Adakah saya betul-betul percaya kepada Bapa Syurgawi?”

“Adakah saya mengasihi dan mempercayai Dia?”

Semakin anda mendekati Bapa Syurgawi kita, semakin banyak cahaya dan kegembiraan-Nya akan menyinar dari anda. Orang lain akan mendapati bahawa terdapat sesuatu yang unik dan istimewa tentang anda. Dan mereka akan bertanya mengenainya.

Kedua, isilah hati anda dengan kasih bagi orang lain. Ini perintah kedua yang terutama penting.9 Cuba untuk benar-benar melihat orang di sekeliling anda sebagai anak Tuhan. Layanilah mereka—tidak kira jika nama mereka ada dalam senarai saudari atau saudara layanan anda.

Ketawalah bersama mereka. Bergembiralah bersama mereka. Menangislah bersama mereka. Hormatilah mereka. Sembuh, angkat, dan memperkukuhkanlah mereka.

Berusaha untuk meneladani kasih Kristus dan berbelas kasihan terhadap orang lain—termasuklah mereka yang tidak baik terhadap anda, mereka yang mengejek anda dan yang ingin mencederakan anda. Kasihilah mereka dan layanilah mereka sebagai anak-anak Bapa Syurgawi.

Ketiga, berusaha untuk mengikut jalan pengikut. Apabila kasih anda terhadap Tuhan dan anak-anak-Nya mendalam, begitu jugalah komitmen anda untuk mengikut Yesus Kristus.

Anda belajar cara Dia dengan menjamu firman-Nya dan mengikut dan mengaplikasikan ajaran-ajaran nabi dan rasul moden. Anda berkembang dengan yakin dan berani mengikut cara Dia apabila anda berkomunikasi dengan Bapa Syurgawi dengan hati yang rendah dan boleh diajar.

Berjalan dalam lorong pengikut memerlukan latihan—setiap hari, sedikit demi sedikit, “rahmat demi rahmat,”10 “ayat demi ayat.”11 Kadangkala kita maju dua langkah dan undur satu langkah.

Yang pentingnya anda tidak berputus asa; tetap mencuba sehingga ianya betul. Lambat laun anda akan menjadi lebih baik, gembira, dan lebih ikhlas. Bercakap dengan orang lain mengenai kepercayaan anda akan menjadi sesuatu yang normal dan semula jadi. Malahan, injil akan menjadi sebahagian hidup anda yang asas, dan berharga sehinggakan ia akan menjadi tidak semula jadi untuk tidak bercakap mengenainya dengan orang lain. Itu tidak akan terjadi dengan serta merta—ia merupakan usaha sepanjang hidup. Tetapi ia akan berlaku.

Keempat, kongsilah apa dalam hati anda. Saya tidak menyuruh anda untuk berdiri di sudut jalan dengan alat pembesar suara dan menjerit ayat-ayat Kitab Mormon. Apa yang saya mintakan adalah bahawa anda sentiasa mencari peluang untuk bercakap tentang kepercayaan anda dalam cara yang biasa dengan orang—bersua muka dan juga secara online. Saya meminta anda untuk “berdiri sebagai saksi”12 akan kuasa injil di segala waktu—dan apabila perlu, gunakan perkataan.13

Kerana “Injil Kristus … kuasa Tuhan yang menyelamatkan semua,” anda boleh menjadi yakin, berani, dan rendah hati ketika anda mengkongsikannya.14 Keyakinan, keberanian, dan rendah hati mungkin bagaikan ciri-ciri yang bertentangan, tetapi ianya bukan. Ia menggambarkan undangan Juruselamat untuk tidak menyembunyikan nilai dan asas Injil di bawah pasu tetapi biarkan cahaya anda bersinar, supaya perbuatan baik anda akan memuji Bapa anda di Syurga.15

Terdapatnya pelbagai cara yang normal dan semula jadi untuk melakukannya, dari perbuatan baik seharian ke kesaksian peribadi di YouTube, Facebook, Instagram, atau Twitter ke perbualan biasa dengan orang yang anda temui. Tahun ini kita sedang belajar dari Perjanjian Baru di rumah dan di Sekolah Minggu. Inilah peluang hebat untuk menjemput kawan dan jiran tetangga ke gereja dan ke rumah anda untuk belajar tentang Juruselamat bersama anda. Kongsilah bersama mereka aplikasi “Gospel Library”, di mana mereka boleh cari Ikutlah Aku. Jika anda kenali remaja muda dan keluarga mereka, berikan kepada mereka buku kecil Untuk Kekuatan Remaja dan jemputlah mereka untuk datang dan lihat bagaimana remaja kita berusaha untuk menghidupi asas-asas tersebut.

Jika orang tanya tentang hujung minggu anda, jangan teragak-agak untuk berkongsi tentang apa yang anda alami di gereja. Ceritakanlah tentang kanak-kanak kecil yang berdiri di depan jemaah dan bernyanyi dengan penuh semangat betapa mereka ingin menjadi seperti Yesus. Ceritakanlah tentang remaja-remaja yang meluangkan masa membantu warga emas di rumah orang tua-tua untuk mengumpul sejarah peribadi. Ceritakanlah tentang perubahan baru dalam jadual pertemuan Ahad kita dan bagaimana ia memberkati keluarga anda. Atau jelaskan mengapa kita menekankan bahawa inilah Gereja Yesus Kristus dan kita merupakan Orang Suci, Zaman Akhir, sepertimana ahli Gereja dahulu kala juga dipanggil Orang Suci.

Dalam apa jua cara yang normal dan semula jadi bagi anda, kongsikanlah dengan orang mengapa Yesus Kristus dan Gereja-Nya penting bagi anda. Jemputlah mereka untuk “mari dan lihat.”16 Kemudian menggalakkan mereka untuk mari dan bantu. Terdapat banyak peluang bagi orang untuk bantu dalam Gereja kita.

Jangan hanya doa supaya penginjil-penginjil sahaja yang menjumpai mereka yang terpilih. Doalah dengan sepenuh hati anda agar anda akan jumpai mereka yang akan mari dan lihat, mari dan bantu, dan mari dan kekal. Ingatlah untuk melibatkan penginjil penuh masa dalam usaha itu. Mereka bagaikan malaikat-malaikat, sedia untuk membantu!

Apabila anda kongsikan berita baik, injil Yesus Kristus itu, lakukanlah dengan kasih dan kesabaran. Jika kita berinteraksi dengan orang bersama matlamat unggul bagi mereka untuk memakai baju putih dan meminta jalan ke kolam pembaptisan yang terdekat, kita telah melakukannya dengan cara yang salah.

Ada yang akan datang dan lihat, mungkin, tidak akan menjadi ahli Gereja; ada yang akan menjadi ahli kemudian. Itu pilihan mereka. Tetapi ia tidak mengubah kasih kita terhadap mereka. Dan ia tidak mengubah usaha ghairah kita untuk tetap menjemput para individu dan keluarga untuk marilah dan lihat, mari dan bantu, dan mari dan kekal.

Kelima, percayalah Tuhan akan usahanya untuk melakukan mukjizat. Fahamlah bahawa ia bukan kerja anda untuk menukar hati orang. Itu peranan Roh Kudus. Peranan anda adalah untuk kongsikan apa dalam hati anda dan hidup selari dengan kepercayaan anda.

Jadi, janganlah berasa patah hati jika seseorang tidak menerima mesej Injil dengan serta merta. Ia bukanlah kegagalan peribadi.

Itu adalah di antara individu itu dengan Bapa Syurgawi.

Peranan anda adalah untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi jiran-jiran anda, anak-anak Dia.

Percayalah, mengasihilah, lakukanlah.

Ikutilah jalan ini, dan Tuhan akan melaksanakan mukjizat melalui anda untuk memberkati anak-anak-Nya yang berharga.

Lima cadangan tersebut akan membantu anda untuk melakukan apa pengikut Yesus Kristus telah lakukan sejak dahulu kala. Injil dan Gereja-Nya amat penting dalam kehidupan anda dan terhadap siapa anda dan apa yang anda lakukan. Oleh itu, jemputlah orang untuk mari dan lihat dan mari dan bantu, dan Tuhan akan melakukan kerja penyelamatan-Nya, dan mereka akan mari dan kekal.

Tetapi Bagaimanakah Jika Ia Susah?

“Tetapi,” anda mungkin bertanya, “apakah akan jadi jika saya lakukan semua ini dan orang memberi balasan yang buruk? Apakah akan jadi jika mereka berasa kritikal terhadap Gereja? Apakah akan jadi jika mereka tidak ingin berkawan dengan saya?”

Ya, itu mungkin berlaku. Sejak dahulu lagi, pengikut Yesus Kristus sering telah dianiaya.17 Rasul Petrus berkata, “Bersyukurlah … kerana [anda] turut menanggung penderitaan bersama-sama Kristus.”18 Orang Suci dahulu kala bersuka cita “kerana Tuhan menganggap mereka layak menanggung hukuman bagi Yesus.”19

Ingatlah, Tuhan bekerja dalam cara yang tidak difahami. Mungkin tindak balas anda yang seperti Kristus setelah ditolak akan melembutkan hati yang keras.

Sebagai Rasul Tuhan Yesus Kristus, saya memberkati anda dengan keyakinan untuk menjadi saksi hidup nilai-nilai Injil, dengan keberanian untuk sentiasa dikenali sebagai seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dengan kerendahan hati untuk membantu usaha-Nya sebagai bukti kasih anda terhadap Bapa Syurgawi dan anak-anak-Nya.

Rakan-rakan terkasihku, anda akan gembira mengetahui bahawa anda memainkan peranan yang penting dalam pengumpulan Israel, bersedia untuk kedatangan Kristus dalam “kuasa dan kemuliaan yang besar; dengan semua malaikat kudus.”20

Bapa Syurgawi mengenali anda. Tuhan mengasihi anda. Tuhan akan memberkati anda. Kerja ini ditahbiskan oleh Dia. Anda boleh melakukannya. Kita semua boleh melakukannya bersama-sama.

Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Nabi hebat Nefi nampak dalam penglihatan bahawa walaupun Gereja Anak Domba Tuhan akan disebar “di atas seluruh permukaan bumi,” kerana kejahatan di dunia “bilangannya [akan menjadi] kecil” (1 Nefi 14:12; lihat juga Lukas 12:32).

  2. Contohnya, satu kajian baru-baru ini oleh Pusat Kajian Pew telah mendapati bahawa di Amerika Syarikat, “peratus dewasa (umur 18 tahun ke atas) yang menggelar diri sebagai orang Kristian telah jatuh hampir lapan peratus dalam tujuh tahun, dari 78.4% di … 2007 ke 70.6% dalam 2014. Dalam jangka masa yang sama, peratus orang Amerika Syarikat yang tidak berkaitan dengan agama—menggelar diri sebagai ateis, agnostik atau ‘tidak percaya apapun’—telah melompat lebih daripada enam titik, dari 16.1% kepada 22.8%” (“America’s Changing Religious Landscape,” Pew Research Center, May 12, 2015, pewforum.org).

  3. Perkataan Injil bermaksud “berita baik.” Berita baiknya ialah Yesus Kristus telah melaksanakan Korban tebusan yang sempurna untuk menebus semua manusia dari kubur dan memberi ganjaran kepada setiap individu mengikut kerjanya. Korban tebusan ini bermula dengan lantikan-Nya di dunia prafana, disambungkan ketika persinggahan sementara fana-Nya, dan dikemuncakkan dengan Kebangkitan mewah-Nya. Rekod Alkitab berkenaan kehidupan fana, pelayanan, dan pengorbanan-Nya dipanggil Injil: Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes.

  4. Matius 28:19.

  5. “Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, teman-teman-Ku, Aku tinggalkan firman ini bersamamu untuk direnungkan dalam hatimu” (Ajaran dan Perjanjian 88:62).

    “Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa kamu mesti mengkajinya dalam fikiranmu; kemudian kamu mesti bertanya kepada-Ku adakah ia benar, dan jika ia benar Aku akan menyebabkan dadamu akan membara di dalam dirimu; oleh kerana itu, kamu akan merasakan bahawa ia adalah benar” (Ajaran dan Perjanjian 9:8).

  6. Presiden David O. McKay menggalakkan “setiap ahli [untuk menjadi] seorang penginjil” ketika dia mengerusi Misi Eropah dari 1922 ke 1924, dan dia mengkongsikan pesanan yang sama dengan Gereja di persidangan umum seawal tahun 1952 (lihat “‘Every Member a Missionary’ Motto Stands Firm Today,” Church News, Feb. 20, 2015, news.ChurchofJesusChrist.org).

  7. Ajaran dan Perjanjian 64:34.

  8. Lihat Matius 22:37–38.

  9. Lihat Matius 22:39.

  10. Ajaran dan Perjanjian 93:12.

  11. Yesaya 28:10.

  12. Mosia 18:9.

  13. Fikiran ini sering dihubungkan dengan Saint Francis of Assisi; lihat juga Yohanes 10:36–38.

  14. Roma 1:16.

  15. Lihat Matius 5:15–16.

  16. Yohanes 1:46; penekanan ditambah.

  17. Lihat Yohanes 15:18.

  18. 1 Petrus 4:13, English Standard Version; lihat juga ayat 1–19 untuk ketahui lebih berkenaan bagaimana pengikut Kristus patut melihat penderitaan demi Injil.

  19. Kisah Rasul-Rasul 5:41

  20. Ajaran dan Perjanjian 45:44.