Kitab Suci
Abraham 1


Kitab Abraham

Diterjemahkan Dari Papirus, Oleh Joseph Smith

Suatu terjemahan beberapa Catatan kuno yang telah jatuh ke dalam tangan kami dari kubur-kubur bawah negeri Mesir. Tulisan-tulisan Abraham semasa dia berada di Mesir, disebut Kitab Abraham, ditulis oleh tangannya sendiri, di atas papirus.

Bab 1

Abraham mencari berkat-berkat tarekat kebapabangsaan—Dia dianiaya oleh para imam palsu di Kasdim—Yehova menyelamatkannya—Asal-usul dan pemerintahan Mesir ditinjau.

1 Di negeri bangsa Kasdim, di tempat tinggal nenek moyangku, aku, Abraham, melihat bahawa adalah perlu bagiku untuk mendapatkan tempat lain sebagai tempat tinggal;

2 Dan, melihatkan ada kebahagiaan lebih besar dan kedamaian dan istirahat bagiku, aku mencari berkat-berkat nenek moyangku, dan hak yang kepadanya aku akan ditahbiskan untuk mengurus yang sama itu; kerana aku sendiri seorang pengikut kebenaran, menghasratkan juga untuk menjadi pemilik pengetahuan yang besar, dan untuk menjadi seorang bapa kepada banyak bangsa, seorang putera kedamaian, dan menghasratkan untuk menerima petunjuk-petunjuk, dan untuk mentaati perintah-perintah Tuhan, aku menjadi seorang waris yang sah, seorang Imam Tinggi, memegang hak kepunyaan nenek moyang.

3 Ianya dianugerahkan kepadaku daripada nenek moyang; ia diturunkan daripada nenek moyang, dari permulaan masa, ya, bahkan dari permulaan, atau sebelum pelandasan bumi, sehingga sekarang, bahkan hak anak sulung, atau lelaki pertama, iaitu Adam, atau bapa pertama, melalui nenek moyang sehinggalah kepadaku.

4 Aku mencari pelantikkanku kepada Imamat menurut pelantikkan nenek moyang oleh Tuhan tentang keturunan.

5 Nenek moyangku telah berpaling dari kesolehan mereka, dan dari perintah-perintah kudus yang Tuhan Raja mereka telah berikan kepada mereka, kepada penyembahan dewa-dewa orang kafir, menolak sepenuhnya untuk mendengar suaraku;

6 Kerana hati mereka telah cenderung kepada kejahatan, dan dipalingkan sepenuhnya kepada Dewa Elkena, dan Dewa Libna, dan Dewa Mahmakra, dan Dewa Koras, dan Dewa Firaun, raja Mesir;

7 Oleh kerana itu mereka memalingkan hati mereka kepada pengorbanan orang kafir dengan mempersembahkan anak-anak mereka kepada patung berhala bisu ini, dan tidak mendengar suaraku, tetapi berusaha untuk mengambil nyawaku melalui imam Elkena. Imam Elkena juga adalah imam Firaun.

8 Sekarang, pada waktu ini adalah kebiasaan bagi imam Firaun, raja Mesir, untuk mempersembahkan lelaki, perempuan dan kanak-kanak di atas altar yang dibina di negeri Kasdim, sebagai persembahan kepada dewa-dewa asing ini.

9 Dan terjadilah bahawa imam itu membuat suatu persembahan kepada Dewa Firaun, dan juga kepada Dewa Sagril, bahkan menurut cara bangsa Mesir. Dewa Sagril adalah matahari.

10 Bahkan persembahan kesyukuran iaitu seorang kanak-kanak dipersembahkan oleh imam Firaun di atas altar yang berada di sebelah bukit yang dipanggil Bukit Potifar, di hulu dataran Olisem.

11 Sekarang, imam ini telah mempersembahkan tiga orang perawan di atas altar ini sekali gus, mereka ialah para puteri Onita, seorang yang berketurunan dari keluarga diraja dari aurat Ham. Para perawan ini dipersembahkan kerana kehemahan mereka; mereka tidak mahu menundukkan diri untuk menyembah dewa-dewa kayu atau batu, oleh kerana itu mereka dibunuh di atas altar ini, dan dilakukan menurut cara bangsa Mesir.

12 Dan terjadilah bahawa para imam itu menggunakan kekerasan terhadapku, agar mereka boleh membunuhku juga, sebagaimana yang mereka lakukan terhadap para perawan tersebut di atas altar ini; dan supaya kamu boleh mengetahui tentang altar ini, aku akan merujukmu pada lukisan pada permulaan catatan ini.

13 Ianya dibuat menurut bentuk sebuah papan tempat tidur, seperti yang dimiliki bangsa Kasdim, dan ia berada di hadapan para dewa Elkena, Libna, Mahmakra, Koras, dan juga suatu dewa yang kelihatan seperti Firaun, raja Mesir.

14 Supaya kamu boleh memahami tentang dewa-dewa ini, aku telah memberimu gambaran tentang mereka dalam gambar-gambar di permulaan, yang mana gambar-gambar itu disebut oleh bangsa Kasdim Ralinos, yang bermaksud tulisan kuno Mesir.

15 Dan ketika mereka mengangkat tangan mereka ke atasku, agar mereka boleh mempersembahkanku dan mengambil nyawaku, lihatlah, aku mengangkat suaraku kepada Tuhan Rajaku, dan Tuhan mendengar, dan Dia memenuhiku dengan penglihatan tentang Yang Maha Kuasa, dan malaikat di hadirat-Nya berdiri di sisiku, dan dengan segera melepaskan ikatan-ikatanku;

16 Dan suara-Nya kepadaku: Abraham, Abraham, lihatlah, nama-Ku adalah Yehova, dan Aku telah mendengar engkau, dan telah turun untuk menyelamatkan engkau, dan mengambil engkau dari rumah bapamu, dan dari semua sanak saudaramu, ke sebuah tanah asing yang tidak engkau ketahui tentangnya;

17 Dan ini disebabkan mereka telah memalingkan hati mereka daripada-Ku, untuk menyembah Dewa Elkena, dan Dewa Libna, dan Dewa Mahmakra, dan Dewa Koras, dan Dewa Firaun, raja Mesir; oleh kerana itu Aku telah turun untuk mengunjungi mereka, dan untuk menghancurkan dia yang mengangkat tangannya terhadapmu, Abraham, anak-Ku, untuk mengambil nyawamu.

18 Lihatlah, Aku akan menuntun engkau dengan tangan-Ku, dan Aku akan mengambil engkau, untuk meletakkan nama-Ku kepadamu, bahkan Imamat bapamu, dan kuasa-Ku akan berada di atasmu.

19 Sebagaimana yang terjadi dengan Nuh demikianlah akan terjadi denganmu; tetapi melalui pelayananmu nama-Ku akan dikenali di bumi selamanya, kerana Akulah Tuhanmu.

20 Lihatlah, Bukit Potifar berada di negeri Ur, di Kasdim. Dan Tuhan merobohkan altar Elkena, dan dewa-dewa negeri itu, dan menghancurkan mereka sepenuhnya, dan menghentam imamnya sehingga dia mati; dan terdapat perkabungan yang besar di Kasdim, dan juga di dalam istana Firaun; yang mana Firaun itu bermaksud raja dari darah keluarga diraja.

21 Sekarang raja Mesir ini ialah seorang keturunan dari aurat Ham, dan merupakan seorang yang berketurunan darah bangsa Kanaan melalui kelahiran.

22 Dari keturunan ini datanglah semua bangsa Mesir, dan demikianlah darah bangsa Kanaan dipelihara di negeri itu.

23 Negeri Mesir pertama sekali ditemui oleh seorang perempuan, iaitu anak perempuan Ham, dan anak perempuan Egiptus, yang mana di dalam bahasa Kasdim bermaksud Mesir, yang bermaksud yang terlarang;

24 Ketika perempuan ini menemui negeri itu ia berada di bawah air, yang selepas itu menempatkan anak-anak lelakinya di situ; dan demikianlah, daripada Ham, datanglah bangsa yang mengekalkan kutukan di negeri itu.

25 Sekarang kerajaan pertama Mesir ditubuhkan oleh Firaun, anak lelaki sulung Egiptus, anak perempuan Ham, dan ianya menurut cara pemerintahan Ham, yang merupakan kebapabangsaan.

26 Firaun, seorang yang soleh, menubuhkan kerajaannya dan menghakimi rakyatnya dengan bijaksana dan adil sepanjang hayatnya, berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengikuti cara yang ditegakkan oleh nenek moyangnya dari generasi pertama, pada zaman pemerintahan kebapabangsaan pertama, bahkan pada pemerintahan Adam, dan juga Nuh, moyangnya, yang memberkatinya dengan berkat-berkat bumi, dan dengan berkat kebijaksanaan, tetapi mengutuknya berkaitan dengan Imamat.

27 Sekarang, Firaun adalah dari garis keturunan yang mana dia tidak dapat memiliki hak Keimamatan, meskipun para Firaun dengan senang hati menuntut hak itu daripada Nuh, melalui Ham, oleh kerana itu bapaku dibawa kepada pemujaan berhala mereka;

28 Tetapi aku akan berikhtiar, selepas ini, untuk menggambarkan kronologi yang berundur kembali daripada diriku sendiri hingga ke permulaan penciptaan, kerana catatan-catatan itu telah datang ke dalam tanganku, yang aku pegang sekarang ini.

29 Sekarang, setelah imam Elkena dihentam sehingga dia mati, datanglah suatu penggenapan akan hal-hal itu yang difirmankan kepadaku mengenai negeri Kasdim, bahawa akan ada suatu bencana kebuluran di negeri itu.

30 Dengan itu suatu bencana kebuluran melanda di seluruh negeri Kasdim, dan bapaku teruk terseksa kerana bencana kebuluran itu, dan dia bertaubat akan kejahatan yang dia telah rancangkan terhadapku, untuk mengambil nyawaku.

31 Tetapi catatan-catatan nenek moyang, bahkan para bapa bangsa, mengenai hak Keimamatan, Tuhan Rajaku memeliharanya dalam tanganku sendiri; oleh kerana itu pengetahuan tentang permulaan penciptaan, dan juga planet, dan bintang-bintang, sebagaimana ianya diberitahukan kepada nenek moyang, telah aku simpan bahkan sehingga ke hari ini, dan aku akan berikhtiar untuk menulis beberapa hal ini di atas catatan ini, demi manfaat anak cucuku yang akan datang selepas aku.