Persidangan Umum
Perjanjian dengan Tuhan Menguatkan, Melindungi, dan Menyediakan Kita untuk Kemuliaan Abadi
Persidangan Umum April 2022


Perjanjian dengan Tuhan Menguatkan, Melindungi, dan Menyediakan Kita untuk Kemuliaan Abadi

Semasa kita pilih untuk membuat perjanjian dan mentaatinya, kita akan diberkati dengan lebih banyak kegembiraan di hidup ini dan kehidupan abadi yang mulia di dunia akan datang.

Para saudari, sangat gembira untuk berkumpul sebagai saudari sedunia! Sebagai wanita yang membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan, kita berkongsi ikatan rohani yang bantu kita hadapi cabaran hari ini dan mempersiapkan kita untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Mentaati perjanjian-perjanjian tersebut membolehkan kita jadi wanita berpengaruh yang boleh menarik orang lain kepada Juruselamat.

Mereka yang telah dibaptiskan berjanji pada hari yang tidak akan dilupakan itu untuk mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri mereka, untuk selalu mengingati-Nya, mentaati perintah-perintah-Nya, dan melayani-Nya sampai akhir. Apabila kita lakukan ini, Bapa Syurgawi berjanji untuk mengampuni dosa-dosa kita dan memberi kita penemanan Roh Kudus. Berkat-berkat ini bermula, jika kita maju ke hadapan dan bertahan sampai akhir, akan membolehkan kita hidup bersama Dia dan Putera-Nya, di kerajaan selestial. Setiap orang yang dibaptis memiliki janji hak istimewa ini jika dia mentaati perjanjian yang dibuat pada hari istimewa itu.

Mereka yang membuat perjanjian lanjut di bait suci menerima janji-janji yang berkuasa berdasarkan kesetiaan peribadi. Kita sungguh-sungguh berjanji untuk patuhi perintah Tuhan, jalani injil Yesus Kristus, menjadi suci secara moral, dan membaktikan masa dan bakat kita untuk Tuhan. Sebagai balasan, Tuhan menjanjikan berkat-berkat dalam hidup ini dan peluang untuk kembali kepada-Nya.1 Dalam proses itu, kita diberikan, atau dianugerahi, kuasa untuk bezakan kebenaran dan ketidakbenaran, antara yang benar dan yang salah, di tengah banyak suara yang mengelirukan dan negatif yang menghujani kita. Betapa hebatnya kurnia itu!

Dalam persediaan untuk kunjungan pertama bait suci saya, ibu saya dan saudari Lembaga Pertolongan yang berpengalaman membantu saya memilih benda-benda yang diperlukan, termasuk pakaian tatacara yang cantik. Tetapi persediaan yang paling penting datang bahkan sebelum tahu apa yang harus dipakai. Selepas menemu duga saya untuk putuskan jika saya layak, uskup saya jelaskan perjanjian-perjanjian yang saya akan buat. Penjelasan cermatnya memberi saya peluang untuk berfikir dan bersedia untuk membuat perjanjian-perjanjian itu.

Apabila hari itu tiba, saya mengambil bahagian dengan perasaan kesyukuran dan kedamaian. Meskipun saya tidak fahami kepentingan penuh perjanjian yang saya buat, saya tahu saya terikat kepada Tuhan melalui perjanjian itu dan dijanjikan berkat yang saya tidak dapat bayangkan jika saya taatinya. Semenjak pengalaman pertama itu, saya sentiasa yakin mentaati perjanjian yang kita buat dengan Tuhan membolehkan kita untuk mendekati kuasa Juruselamat, yang menguatkan kita dalam percubaan yang tidak dapat dielakkan, memberikan perlindungan dari pengaruh musuh, dan sediakan kita untuk kemuliaan abadi.

Pengalaman hidup melingkungi dari sukacita kepada dukacita, dari suram kepada kemuliaan. Setiap pengalaman bantu kita lebih fahami kasih Bapa kita dan keupayaan kita untuk berubah melalui kurnia rahmat Juruselamat. Mentaati perjanjian kita membolehkan kuasa Juruselamat untuk membersihkan kita semasa kita belajar melalui pengalaman—sama ada itu salah faham kecil atau kegagalan besar. Penebus kita ada untuk menyambut kita apabila kita jatuh jika kita akan berpaling kepada-Nya.

Imej
Rappeling ke bawah cenuram

Pernahkah anda berdiri di tebing tinggi dengan kaki anda pada hujungnya dan belakang anda menghadap jurang? Dalam aktiviti rappelling (aktiviti menuruni curam), walaupun anda dilindungi dengan sistem tali dan peralatan yang kuat sehingga anda boleh selamat, berdiri di hujung tebing masih mendebarkan. Melangkah ke belakang tebing dan berpaut perlukan kepercayaan pada sauh, yang telah dilabuhkan pada objek yang kukuh. Ia perlukan kepercayaan pada orang yang menyokong ketegangan tali semasa anda turun. Walaupun peralatan itu memberi anda kemampuan untuk mengawal masa turun, anda mesti yakin bahawa rakan anda tidak akan benarkan anda terjatuh.

Imej
Sauh rappelling
Imej
Gadis rappelling di tebing curam

Saya ingat pergi rappelling dengan sekumpulan remaja puteri. Saya orang pertama dalam kumpulan untuk mencuba. Semasa saya melangkah turun tebing, saya terjatuh tanpa kawalan. Syukur, tali itu menahan dan saya berhenti daripada terjatuh. Semasa saya di tengah-tengah muka batu yang tajam, saya berdoa bersungguh-sungguh untuk sesiapa atau apa pun yang menjaga saya daripada terjatuh.

Kemudian, saya dapati sauh bolt tidak kukuh, dan semasa saya menuruni tebing, orang yang menyokong saya tersentak dan tertarik ke tepi tebing. Namun, dia menahan kakinya pada batu besar. Setelah stabil, dia dapat perlahan-lahan turunkan saya, menahan tali dengan tangannya. Walaupun saya tidak dapat lihat dia, saya tahu dia gunakan sedaya kekuatan untuk selamatkan saya. Seorang kawan lain berada di bawah tebing, bersedia untuk menyambut saya jika tali itu terlepas. Apabila saya sampai, dia menangkap tali keselamatan saya dan turunkan saya.

Dengan Yesus Kristus sebagai sauh kita dan rakan sempurna, kita dijamin dengan kekuatan kasih-Nya dalam percubaan dan pembebasan melalui Dia. Seperti Presiden M. Russell Ballard ajarkan: “Iman kepada Tuhan dan kepada Putera-Nya, Tuhan Yesus Kristus, ialah … sauh yang kita mesti ada dalam kehidupan kita untuk memegang kita pada masa pergolakan sosial dan kejahatan. … Iman kita … mesti berpusat pada Yesus Kristus, kehidupan-Nya dan korban tebusan-Nya, dan dalam pemulihan injil-Nya.”2

Peralatan rohani yang jauhkan kita daripada musuh adalah kesaksian kita tentang Yesus Kristus dan perjanjian yang kita buat. Kita boleh bergantung pada sokongan ini untuk bimbing dan bawa kita kepada keselamatan. Sebagai rakan kita, Juruselamat tidak akan membenarkan kita jatuh melampaui jangkauan-Nya. Bahkan pada masa penderitaan dan kesedihan kita, Dia ada untuk mengangkat dan menggalakkan. Kuasa-Nya bantu kita pulih dari kesan pilihan buruk orang lain. Walau bagaimanapun, setiap kita mesti memakai tali keselamatan dan pastikan ikatan itu diikat dengan ketat. Kita mesti pilih untuk disauhkan kepada Juruselamat, untuk diikat kepada-Nya melalui perjanjian kita.3

Bagaimanakah kita menguatkan sauh itu? Kita berdoa dengan rendah hati, mengkaji dan merenungkan tulisan suci, mengambil sakramen dengan roh pertaubatan dan ketakziman, berusaha untuk patuhi perintah, dan mengikuti nasihat nabi. Semasa memenuhi tugas harian kita dengan cara “lebih tinggi dan lebih kudus”,4 kita jadi lebih terhubung dengan Juruselamat dan, pada masa yang sama, bantu orang lain datang kepada-Nya.

Apakah ciri-ciri “lebih tinggi dan lebih kudus” itu? Kita cuba menjalani injil dalam semua interaksi kita. Kita jaga mereka yang memerlukan dengan benar-benar melayani, mengungkapkan kasih melalui pelayanan yang mudah. Kita berkongsi berita baik injil dengan mereka yang perlukan kedamaian dan kekuatan dan “tidak tahu di mana untuk menemuinya.”5 Kita bekerja untuk menyatukan keluarga untuk keabadian di kedua-dua belah tirai. Dan bagi mereka yang telah membuat perjanjian dalam rumah Tuhan, seperti Presiden Russell M. Nelson jelaskan, “Setiap patron bait suci dewasa akan memakai pakaian kudus imamat, [yang] … mengingatkan kita … [untuk] berjalan di jalan perjanjian setiap hari dengan cara yang lebih tinggi dan lebih kudus.”6 Tindakan ini bukan hanya sekali-sekala tetapi penting untuk kegembiraan harian—dan kegembiraan abadi kita.

Tiada apa pun yang lebih penting untuk kemajuan abadi kita daripada mentaati perjanjian kita dengan Tuhan. Apabila perjanjian bait suci kita berkuatkuasa, kita tahu ada penyatuan semula dengan orang tersayang di sebelah tirai. Anak atau ibu bapa atau pasangan yang telah tinggalkan kefanaan sepenuh hati berharap anda akan setia kepada perjanjian-perjanjian yang mengikat anda bersama. Jika kita tidak mempedulikan atau meremehkan perjanjian kita dengan Tuhan, kita membahayakan hubungan abadi itu. Sekarang adalah masa untuk bertaubat, memperbaiki, dan cuba lagi.

Kegembiraan hampa jika kita ganti berkat-berkat kebahagiaan abadi untuk kesenangan seketika. Tidak kira umur kita, itulah kebenaran nyata: kunci kegembiraan berkekalan adalah menjalani injil Yesus Kristus dan mentaati perjanjian kita. Nabi kita, Presiden Nelson, telah menegaskan “keselamatan utama kita dan kegembiraan berkekalan kita terletak pada memegang batang besi injil Yesus Kristus yang dipulihkan, lengkap dengan perjanjian dan tatacaranya. Apabila kita berbuat demikian, kita boleh mengemudikan air yang deras dengan selamat kerana kita mempunyai akses kepada kuasa Tuhan.”7

Ramai di antara kita sedang alami perairan yang deras. Apabila kita diumbang-ambingkan oleh ombak kesukaran dan kadangkala dibutakan oleh linangan air mata kerana kesusahan itu, kita mungkin tidak tahu arah mana untuk mengayuh perahu hidup kita. Kita bahkan rasa tidak kuat untuk sampai ke pantai. Mengingati siapa anda—anak Tuhan yang dikasihi—mengapa anda berada di bumi, dan matlamat anda untuk hidup bersama Tuhan dan orang tersayang anda dapat menjelaskan penglihatan anda dan tunjukkan anda ke arah yang betul. Di tengah ribut, ada cahaya cerah yang menunjukkan jalan. “Akulah cahaya yang bersinar dalam kegelapan,” firman Yesus.8 Kita dijamin selamat apabila kita memandang kepada cahaya-Nya dan menjaga integriti perjanjian kita.

Ini adalah satu hak istimewa untuk menemui wanita dari semua peringkat umur yang hidup dalam pelbagai keadaan yang mentaati perjanjian mereka. Setiap hari, mereka melihat kepada Tuhan dan nabi-Nya untuk bimbingan, dan bukan kepada media popular. Walaupun mereka hadapi cabaran individu dan falsafah dunia yang memusnahkan yang cuba menjauhkan mereka daripada mentaati perjanjian mereka, mereka tekad untuk kekal pada jalan perjanjian. Mereka bergantung pada janji “segala yang Bapa miliki.”9 Dan apa pun umur anda, setiap anda wanita perjanjian Tuhan ada keupayaan untuk memegang cahaya Tuhan dan memimpin orang lain kepada-Nya.10 Dengan mentaati perjanjian anda, Dia akan memberkati anda dengan kuasa imamat-Nya dan membolehkan anda miliki pengaruh mendalam kepada semua yang anda berinteraksi. Seperti Presiden Nelson berkata, anda adalah wanita yang akan memenuhi nubuat-nubuat yang telah dinubuatkan!11

Para saudari yang dikasihi, lebih daripada semuanya, kekal pada jalan perjanjian kepada Yesus Kristus! Kita telah diberkati untuk datang ke bumi pada masa bait suci memenuhi dunia. Membuat dan mentaati perjanjian bait suci tersedia untuk setiap ahli Gereja yang layak. Pemuda-pemudi, anda tidak perlu tunggu sehingga berkahwin atau melayani misi untuk membuat perjanjian kudus itu. Anda boleh bersedia semasa remaja puteri untuk menerima perlindungan dan kekuatan perjanjian bait suci berikan secepat mungkin selepas umur 18 apabila anda bersedia dan berhasrat untuk menghormati perjanjian bait suci tersebut.12 Anda yang telah terima berkat-berkat bait suci, jangan biarkan pengkhianat atau gangguan menarik anda dari kebenaran abadi. Kaji dan tanya sumber-sumber yang dipercayai untuk pemahaman yang lebih besar tentang kepentingan kudus dan perjanjian yang anda telah buat. Pergi ke bait suci sekerap yang anda boleh dan dengar kepada Roh. Anda akan rasa jaminan manis bahawa anda berada di jalan Tuhan. Anda akan temui keberanian untuk teruskan dan membawa orang lain bersama anda.

Saya bersaksi apabila kita pilih untuk membuat perjanjian dengan Bapa Syurgawi dan mengakses kuasa Juruselamat untuk mentaatinya, kita akan diberkati dengan lebih banyak kegembiraan dalam hidup ini daripada yang sekarang kita bayangkan dan kehidupan abadi yang mulia yang akan datang.13 Dalam nama Yesus Kristus, amin.