Persidangan Umum
Lakukan Apa yang Paling Penting
Persidangan Umum April 2022


Lakukan Apa yang Paling Penting

Sewaktu kita memusatkan hidup kepada Yesus Kristus, kita akan diberkati dengan kekuatan rohani, kepuasan dan sukacita.

Tidak lama dahulu, seorang kawan mendapat tanggapan untuk melawat seorang wanita di bahagiannya. Dia abaikan dorongan itu kerana dia tidak kenal ahli itu—ia tidak masuk akal. Tetapi fikiran itu terus datang kepadanya, dia putuskan untuk bertindak atas dorongan itu. Kerana dia segan dengan kunjungan yang dekat, dia tekad membawa sesuatu kepada saudari itu akan bantu meringankan keresahannya. Tentunya dia tidak boleh pergi dengan tangan kosong! Jadi dia membeli satu bekas ais krim dan dia lakukan apa yang dia risau sebagai kunjungan yang janggal.

Dia mengetuk pintu wanita itu, dan segera saudari itu menjawab. Kawan saya memberi beg kertas perang berisi ais krim itu, dan perbualan bermula. Dalam masa singkat, kawan saya sedar mengapa perlunya kunjungan itu. Semasa duduk bersama di beranda, wanita itu ceritakan banyak cabaran yang dia hadapi. Selepas sejam berbual dalam cuaca panas musim panas, kawan saya ternampak ais krim itu cair di beg kertas perang itu.

Dia berkata, “Saya minta maaf kerana ais krim anda sudah cair!”

Wanita itu menjawab dengan manis, “Tidak apa! Saya ada intoleransi laktosa!”

Dalam sebuah mimpi, Tuhan memberitahu nabi Lehi, “Diberkatilah engkau Lehi, kerana hal-hal yang telah engkau lakukan.”1

Menjadi pengikut Yesus Kristus perlukan lebih daripada sekadar berharapan atau percaya. Ia perlukan usaha, tindakan, dan komitmen. Ia perlukan kita lakukan sesuatu, bukan hanya “mendengarkan firman-Nya. Sebaliknya, lakukanlah apa yang difirmankan-Nya.”2

Dalam hal ais krim cair, apa yang paling penting? Ais krim? Atau kawan saya ada lakukan sesuatu?

Saya ada pengalaman manis dengan seorang remaja puteri yang ikhlas bertanya soalan: “Sister Craven, bagaimana anda tahu apa-apa tentang Gereja adalah benar? Kerana saya tidak rasa apa-apa.”

Sebelum beri jawapan, saya tanya dia beberapa soalan. “Beritahu saya tentang pengkajian tulisan suci peribadi anda.”

Dia menjawab, “Saya tidak baca tulisan suci.”

Saya bertanya, “Bagaimana dengan keluarga anda? Mahu belajar Ikutlah Aku bersama?”

Dia menjawab, “Tidak.”

Saya tanya tentang doanya: “Apakah perasaan anda ketika anda berdoa?”

Dia menjawab: “Saya tidak berdoa.”

Jawapan saya kepadanya mudah: “Jika anda ingin tahu apa-apa, anda perlu lakukan sesuatu.”

Bukankah itu benar dengan apa-apa yang kita mahu belajar atau tahu? Saya menjemput kawan baru saya untuk mula jalani injil Yesus Kristus: berdoa, mengkaji, melayani orang lain, dan mempercayai Tuhan. Penukaran hati tidak datang jika tidak lakukan apa-apa. Ia datang melalui kuasa Roh Kudus semasa kita berusaha untuk tahu dengan bertanya, mencari dan mengetuk. Ia datang dengan bertindak.3

Dalam Ajaran dan Perjanjian, Tuhan sekali-sekala berfirman, “Tidaklah penting.”4 Ia buat saya merenung, jika ada perkara tidak penting, atau kurang penting, mesti ada perkara yang paling penting. Dalam usaha kita untuk lakukan sesuatu atau lakukan apa-apa, kita mungkin bertanya, “Apa yang paling penting?”

Iklan sering gunakan slogan seperti “Penting” atau “Wajib Ada” dengan harapan memujuk kita percaya produk yang mereka jual adalah perlu untuk kegembiraan atau kesejahteraan kita. Tetapi adakah apa yang mereka jual benar-benar penting? Mestikah kita benar-benar memilikinya? Adakah ia benar-benar penting?

Ini beberapa fikiran untuk dipertimbangkan. Apa yang paling penting?

  • Berapa banyak “suka” yang kita dapat di media sosial kita? Atau berapa banyak kita dikasihi dan dihargai oleh Bapa Syurgawi kita?

  • Memakai trend pakaian terkini? Atau tunjukkan hormat kepada tubuh kita dengan berpakaian sopan?

  • Mencari jawapan melalui pencarian Internet? Atau terima jawapan dari Tuhan melalui Roh Kudus?

  • Mahu lebih banyak? Atau berpuas hati dengan apa yang kita terima?

Presiden Russell M. Nelson ajarkan:

Dengan Roh Kudus sebagai teman anda, anda boleh melihat dengan betul melalui budaya selebriti yang telah menghentam masyarakat kita. Anda boleh menjadi lebih bijak daripada generasi sebelumnya. …

“Tetapkan standard bagi seluruh dunia!”5

Ia perlukan usaha untuk kekal tertumpu pada apa yang benar-benar penting untuk kebahagiaan yang berpanjangan. Setan sangat suka jika kita hilang nilai-nilai abadi kita, membimbing kita untuk membuang masa, bakat, atau kekuatan rohani pada hal-hal yang tidak penting. Saya menjemput kita untuk berdoa tentang hal-hal yang mengganggu kita daripada lakukan perkara yang paling penting.

Guru darjah tiga anak lelaki sulung kami mengajar kelasnya untuk “kawal otak kamu.” Ia peringatan kepada para pelajar mudanya bahawa mereka mengawal fikiran mereka dan kerana itu mereka dapat kawal apa yang mereka lakukan. Saya ingatkan diri saya untuk “kawal otak saya” apabila saya dapati saya hanyut ke arah hal-hal yang kurang penting.

Seorang pelajar sekolah menengah baru-baru ini beritahu saya bahawa menjadi popular di kalangan sesetengah remaja Gereja untuk abaikan perintah-perintah dengan rancangan boleh bertaubat kemudian. Saya diberitahu, “Ia adalah lencana kehormatan”. Pastinya Tuhan akan terus mengampuni mereka yang rendah hati bertaubat “dengan maksud yang bersungguh-sungguh.”6 Tetapi Korban Tebusan Juruselamat yang penuh belas kasihan tidak harus digunakan dengan cara yang mengejek seperti itu. Kita tahu tentang perumpamaan domba yang hilang. Sudah tentu, seorang gembala akan tinggalkan 99 ekor domba lain untuk mencari domba yang sesat. Bolehkah anda bayangkan sukacita Gembala Baik rasakan bagi yang pilih dalam kawanan 99? Orang yang kekal bersama dan membantu sesama menjalani perjanjian mereka? Bolehkah anda gambarkan apa terjadi pada dunia, atau sekolah, atau pekerjaan anda, atau rumah anda jika menjadi patuh adalah perkara yang popular untuk dilakukan? Ia bukanlah jalani hidup dengan sempurna—ia tentang mencari kebahagiaan semasa kita lakukan yang terbaik untuk menjalani perjanjian yang kita telah buat dengan Tuhan.

Dengan dunia yang tunjukkan lebih banyak keraguan tentang Tuhan, dan kekeliruan dan tekanan semakin meningkat, inilah masa kita mesti kekal dekat dengan nabi. Dia ialah jurucakap Tuhan, kita boleh percaya apa yang dia gesa, nasihati, dan memohon kita untuk lakukan adalah perkara yang paling penting.

Meskipun ia tidak mudah, sentiasa ada cara untuk lakukan perkara yang betul. Semasa bercakap dengan sekumpulan kawan di sekolah, seorang gadis berasa sedih apabila perbualan menjadi tentang kritikan standard Gereja. Dia sedar dia tidak dapat berdiam diri—dia perlu lakukan sesuatu. Dengan hormat, dia bercakap tentang kasih Bapa Syurgawi dan bagaimana perintah-perintah yang Dia tetapkan adalah untuk memberkati dan melindungi anak-anak-Nya. Ia akan menjadi lebih mudah baginya jika tidak lakukan apa-apa. Tetapi apa yang paling penting? Bergaul dengan orang ramai? Atau berdiri sebagai saksi Tuhan di “segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat”?7

Jika Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan keluar dari keadaan yang tidak dikenali, kita juga mesti keluar dari keadaan yang tidak dikenali. Sebagai wanita yang mentaati perjanjian, kita mesti sinarkan cahaya Injil kita di seluruh dunia dengan berdiri teguh dan menonjol. Kita lakukan ini bersama sebagai anak perempuan Tuhan—satu angkatan 8.2 juta wanita yang berumur 11 tahun dan lebih, yang tujuannya adalah sama. Kita kumpulkan Israel semasa kita terlibat dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan: berusaha untuk menjalani Injil Yesus Kristus, menjaga orang yang memerlukan, menjemput semua untuk menerima Injil, dan menyatukan keluarga untuk keabadian.8 Injil Yesus Kristus adalah Injil tindakan dan Injil kegembiraan! Janganlah kita pandang rendah keupayaan kita untuk lakukan perkara yang paling penting. Warisan ilahi kita memberi kita keberanian dan keyakinan untuk lakukan dan menjadi semua yang Bapa Syurgawi kita tahu kita boleh menjadi.

Tema remaja untuk tahun ini adalah dari Amsal 3:5–6:

“Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.

“Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.”

Satu komponen penting dalam mempercayai Tuhan adalah maju ke hadapan, percaya Dia akan membimbing kita walaupun kita tidak ada semua jawapan.

Para saudari, ini bukan tentang ais krim. Dan ia bukan tentang lakukan lebih banyak. Ini tentang lakukan apa yang penting. Ia adalah gunakan ajaran Kristus dalam kehidupan kita semasa kita berusaha menjadi lebih seperti Dia.

Semakin banyak kita lakukan untuk kekal teguh pada jalan perjanjian, semakin banyak iman kitat kepada Yesus Kristus akan berkembang. Semakin iman kita berkembang, semakin kita akan berhasrat untuk bertaubat. Dan semakin kita bertaubat, semakin kita akan memperkuatkan hubungan perjanjian kita dengan Tuhan. Hubungan perjanjian itu membawa kita ke bait suci kerana mentaati perjanjian bait suci adalah bagaimana kita bertahan sampai akhir.

Dengan memusatkan hidup kita di atas Yesus Kristus, kita akan didorong untuk melakukan perkara terpenting. Dan kita akan diberkati dengan kekuatan rohani, kepuasan dan sukacita! Dalam nama Yesus Kristus, amin.