Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 6


TJS, Matius 6:14. Bandingkan dengan Matius 6:13; perubahan serupa dibuat dalam Lukas 11:4

Tuhan tidak menuntun kita ke dalam godaan.

14 Dan janganlah biarkan kami dibawa ke dalam godaan, tetapi bebaskanlah kami dari kejahatan.

TJS, Matius 6:22. Bandingkan dengan Matius 6:22

Jika mata kita tertumpu satu-satunya pada kemuliaan Tuhan, seluruh tubuh kita akan dipenuhi dengan cahaya.

22 Cahaya tubuh adalah mata; oleh kerana itu jika matamu tertumpu satu-satunya pada kemuliaan Tuhan, seluruh tubuhmu akan dipenuhi cahaya.

TJS, Matius 6:25–27. Bandingkan dengan Matius 6:25; 10:10

Yesus memberi peringatan kepada para pengikut-Nya tentang kesukaran perkerjaan mereka tetapi memberikan janji-janji bahawa Dia akan menyediakan jalan dan bahawa Bapa Syurgawi akan menyara mereka.

25 Dan, lagi, Aku berkata kepadamu, Pergilah kamu ke dunia, dan janganlah menghiraukan dunia; kerana dunia ini akan membenci kamu, dan akan menganiaya kamu, dan akan menghalau kamu dari saumaah-saumaah mereka.

26 Namun, kamu akan pergi dari rumah ke rumah, mengajar orang-orang itu; dan Aku akan pergi di hadapanmu.

27 Dan Bapa Syurgawimu akan menyediakan bagimu, apapun hal yang kamu perlukan untuk makanan, apa yang akan kamu makan; dan untuk pakaian, apa yang akan kamu pakai atau sarungkan.

TJS, Matius 6:38. Bandingkan dengan Matius 6:33

Kita harus terlebih dahulu mencari untuk membangunkan kerajaan Tuhan.

38 Oleh itu, janganlah mencari hal-hal dunia ini tetapi carilah dahulu untuk membangunkan kerajaan Tuhan, dan untuk menegakkan kebenaran-Nya, dan semuanya ini akan ditambahkan kepadamu.