Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 13


TJS, Matius 13:39–44. Bandingkan dengan Matius 13:39–42; lihat juga A&P 86:1–7

Sebelum akhir dunia (kehancuran yang jahat), para utusan dari syurga akan mengumpulkan yang soleh dari kalangan yang jahat.

39 Penuaian itu adalah akhir dunia, atau kehancuran bagi yang jahat.

40 Para penuai ialah malaikat, atau utusan yang dihantar dari syurga.

41 Bagaikan, oleh kerana itu, lalang dikumpul dan dibakar dalam api, begitulah juga akan terjadi pada akhir dunia ini, atau kehancuran yang jahat.

42 Kerana pada hari itu, sebelum Putera manusia akan datang, Dia akan menghantar para malaikat dan utusan dari syurga.

43 Dan mereka akan mengumpulkan dari kerajaan-Nya semua hal yang jahat, dan mereka yang melakukan kederhakaan, dan menghalau mereka keluar ke kalangan yang jahat; dan akan ada ratapan dan kertakan gigi.

44 Kerana dunia akan dibakar dengan api.