Bantuan Pengkajian
Pengenalan


Pilihan-pilihan dari Terjemahan Joseph Smith dari Alkitab

Berikut adalah bahagian-bahagian yang dipilih dari Terjemahan Alkitab versi King James oleh Joseph Smith (TJS). Tuhan mengilhami Joseph Smith untuk memulihkan kebenaran ke dalam teks Alkitab versi King James yang telah hilang atau diubah sejak ayat-ayat aslinya dituliskan. Kebenaran-kebenaran yang telah dipulihkan ini menjelaskan ajaran dan meningkatkan pemahaman tulisan suci.

Disebabkan Tuhan telah mewahyukan kebenaran tertentu yang pernah dicatatkan oleh penulis aslinya, Terjemahan Joseph Smith ini bukan seperti mana-mana terjemahan Alkitab yang lain di dunia ini. Maksudnya, perkataan terjemahan itu digunakan dengan cara yang lebih luas dan berbeza dari yang lazimnya, kerana terjemahan Joseph lebih merupakan wahyu daripada terjemahan dari satu bahasa ke bahasa yang lain.

Terjemahan Alkitab versi King James oleh Joseph Smith mempunyai kaitan atau disebut dalam beberapa bahagian dari Ajaran dan Perjanjian (lihat bahagian 37, 45, 73, 76, 77, 86, 91, dan 132). Begitu juga, kitab Musa dan Joseph Smith—Matius yang merupakan petikan-petikan dari Terjemahan Joseph Smith.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Terjemahan Joseph Smith, lihat “Terjemahan Joseph Smith (TJS)” dalam Panduan Tulisan Suci.

Gambar yang berikutnya menunjukkan sebuah contoh yang dipilih dari Terjemahan Joseph Smith:

Imej
Contoh

TJS, Matius 4:1, 5–6, 8–9. Bandingkan dengan Matius 4:1, 5–6, 8–9; perubahan yang sama dibuat dalam Lukas 4:2, 5–11

Yesus dituntun oleh Roh, bukan oleh Setan.

1 Kemudian Yesus dibawa oleh Roh, ke padang belantara, untuk bersama dengan Tuhan.

5 Kemudian Yesus diangkat ke kota kudus itu, dan Roh menempatkan Dia di puncak bait suci itu.

6 Kemudian iblis datang kepada-Nya dan berkata, Jika Engkau ialah Putera Tuhan, terjunlah, kerana sudah tertulis, Dia akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu, dan tangan mereka akan menyambut-Mu, agar jangan kaki-Mu terhempas ke batu pada bila-bila masa pun.

8 Dan lagi, Yesus berada dalam roh, dan ia mengangkat-Nya ke sebuah gunung yang sangat tinggi, dan menunjukkan kepada Dia semua kerajaan-kerajaan dunia dan kemuliaan mereka.

9 Dan iblis datang kepada-Nya lagi, dan berkata, Semuanya ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau mahu sujud dan menyembahku.

Rujukan yang berhuruf tebal ini adalah petikan dalam terjemahan Joseph Smith dari Alkitab versi King James. Kerana terjemahannya memulihkan perkataan-perkataan teks Alkitab, nombor-nombor ayat mungkin berbeza dari edisi yang anda gunakan.

Rujukan silang ini menandakan petikan-petikan dalam Alkitab anda yang harus anda bandingkan dengan terjemahan Joseph Smith.

Pernyataan ini menjelaskan ajaran apakah yang diterangkan oleh Joseph Smith dengan terjemahannya.

Ini adalah teks seperti yang diterjemahkan oleh Joseph Smith. (Cetakan condong telah digunakan untuk menunjukkan perbezaannya dari ayat-ayat Versi Raja James.)