Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 12


TJS, Matius 12:37–38. Bandingkan dengan Matius 12:43–44; lihat juga TJS, Lukas 12:9–12

Sesiapa yang berbicara menentang Roh Kudus tidak akan diampunkan.

37 Kemudian datanglah segelintir daripada ahli taurat itu dan berkata kepada-Nya, Tuan, tertulis bahawa, Setiap dosa akan diampuni; tetapi kamu mengatakan, Sesiapa yang berbicara menentang Roh Kudus tidak akan diampunkan. Dan mereka bertanya kepada Dia, mengatakan, Bagaimanakah hal ini boleh terjadi?

38 Dan Dia berkata kepada mereka, Apabila roh jahat keluar dari seorang manusia, dia akan berjalan melalui tempat yang kering, mencari tempat berehat dan tidak menemuinya; tetapi apabila seorang manusia itu berbicara menentang Roh Kudus, kemudian dia berkata, Aku akan kembali ke rumahku dari mana aku keluar; dan apabila dia datang, dia mendapati dirinya kosong, disapu bersih dan berhias; kerana roh yang baik itu meninggalkannya sendiri.