Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 26


TJS, Matius 26:22, 24–25. Bandingkan dengan Matius 26:26–28; TJS, Markus 14:20–25

Yesus memecah-mecahkan roti sakramen dan memberkatinya. Sakramen adalah peringatan akan tubuh dan darah Yesus.

22 Dan semasa mereka makan, Yesus mengambil roti dan mencariknya, dan memberkatinya, dan memberikannya kepada para pengikut-Nya, dan berfirman, Ambillah, makanlah; ini adalah sebagai peringatan akan tubuh-Ku yang Aku berikan sebagai tebusan bagimu.

24 Kerana ini adalah sebagai peringatan akan darah-Ku dari perjanjian baru, yang telah ditumpahkan bagi seberapa banyak yang percaya pada nama-Ku, untuk pengampunan dosa-dosa mereka.

25 Dan Aku memberikan kamu suatu perintah, bahawa kamu akan taat melakukan hal-hal yang kamu telah lihat Aku lakukan, dan bersaksi tentang-Ku sehingga akhir.