Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 17


TJS, Matius 17:10–14. Bandingkan dengan Matius 17:11–13

Yesus mengajarkan tentang Dua Elias—satu untuk menyediakan dan satu untuk memulihkan.

10 Dan Yesus menjawab dan berkata kepada mereka, Elias pastinya akan datang dahulu, dan memulihkan segala hal, seperti yang dituliskan oleh para nabi.

11 Dan lagi Aku berkata kepadamu bahawa Elias sudah datang, iaitu tentang dia yang tertulis, Lihatlah, Aku akan mengutus utusan-Ku, dan dia akan menyediakan jalan di hadapan-Ku; dan mereka tidak mengenalinya, dan telah melakukan kepadanya, apapun yang mereka inginkan.

12 Demikian juga Putera Manusia akan menderita oleh mereka.

13 Tetapi Aku berfirman kepadamu, Siapakah Elias? Lihatlah, inilah Elias, dia yang telah aku utuskan untuk menyediakan jalan di hadapan-Ku.

14 Kemudian para pengikut itu memahami bahawa Dia berbicara tentang Yohanes Pembaptis kepada mereka, dan juga tentang seorang lagi yang akan datang untuk memulihkan segala hal, seperti yang dituliskan oleh para nabi.