Bab 1Raja Benyamin mengajar para puteranya bahasa dan nubuat nenek moyang mereka—Agama dan tamadun mereka telah terpelihara kerana catatan-catatan yang tersimpan atas pelbagai kepingan—Mosia dipilih sebagai raja dan diberi tugas menjaga catatan-catatan itu dan benda-benda lain. Kira-kira 130–124 tahun S.M. Bab 2Raja Benyamin berucap kepada rakyatnya—Dia mengisahkan kesaksamaan, keadilan, dan kerohanian pemerintahannya—Dia menasihati mereka untuk melayani Raja Syurgawi mereka—Mereka yang memberontak melawan Tuhan akan menderita kepedihan seperti api yang tidak dapat dipadamkan. Kira-kira 124 tahun S.M. Bab 3Raja Benyamin melanjutkan titah ucapannya—Tuhan Yang Maha Kuasa akan melayani di kalangan manusia dalam jasad yang diperbuat daripada tanah liat—Darah akan keluar dari setiap liang roma sewaktu Dia menebas dosa-dosa dunia—Hanya nama-Nya sahaja yang akan mendatangkan keselamatan—Manusia dapat menanggalkan manusia alami dan menjadi Orang Suci melalui Korban Tebusan—Seksaan bagi yang jahat akan bagaikan sebuah tasik api dan belerang. Kira-kira 124 tahun S.M. Bab 4Raja Benyamin meneruskan titah ucapannya—Keselamatan datang kerana Korban Tebusan—Percayalah kepada Tuhan supaya diselamatkan—Kekalkanlah pengampunan dosa-dosamu melalui kesetiaan—Berikanlah harta kekayaanmu kepada yang miskin—Lakukanlah segala hal menurut kebijaksanaan dan ketertiban. Kira-kira 124 tahun S.M. Bab 5Orang Suci menjadi putera-puteri Kristus melalui iman—Ketika itu, mereka dipanggil dengan nama Kristus—Raja Benyamin menggesa mereka untuk tabah dan tak tergoya dalam kerja-kerja baik. Kira-kira 124 tahun S.M. Bab 6Raja Benyamin mencatat nama-nama rakyat dan melantik imam-imam untuk mengajar mereka—Mosia memerintah sebagai raja yang soleh. Kira-kira 124–121 tahun S.M. Bab 7Amon menemukan negeri Lehi-Nefi, di mana Limhi adalah raja—Rakyat Limhi berada dalam perhambaan kepada bangsa Laman—Limhi mengisahkan kembali sejarah mereka—Seorang nabi (Abinadi) telah bersaksi bahawa Kristus adalah Tuhan dan Bapa segala sesuatu—Mereka yang menabur kekotoran menuai puting beliung, dan mereka yang menaruh kepercayaan mereka kepada Tuhan akan dibebaskan. Kira-kira 121 tahun S.M. Bab 8Amon mengajar rakyat Limhi—Dia mendapat tahu tentang dua puluh empat kepingan orang Yared itu—Catatan-catatan kuno dapat diterjemahkan oleh para pelihat—Tiada kurnia yang lebih besar daripada menjadi seorang pelihat. Kira-kira 121 tahun S.M. Bab 9Zenif memimpin sebuah rombongan dari Zarahemla untuk menguasai negeri Lehi-Nefi—Raja bangsa Laman mengizinkan mereka mewarisi negeri itu—Ada perang di antara bangsa Laman dan rakyat Zenif. Kira-kira 200–187 tahun S.M. Bab 10Raja Laman mangkat—Rakyatnya liar dan garang dan percaya pada adat resam palsu—Zenif dan rakyatnya berjaya melawan mereka. Kira-kira 187–160 tahun S.M. Bab 11Raja Nuh memerintah dalam kejahatan—Dia amat gemar dengan kehidupan hura-hura bersama para isteri dan gundiknya—Abinadi bernubuat bahawa bangsa itu akan dibawa ke dalam perhambaan—Raja Nuh ingin mengambil nyawanya. Kira-kira 160–150 tahun S.M. Bab 12Abinadi dipenjarakan kerana menubuatkan kehancuran bangsa itu dan kematian raja Nuh—Para imam palsu mengutip tulisan suci dan berpura-pura mentaati hukum Musa—Abinadi mula mengajar mereka Sepuluh Perintah. Kira-kira 148 tahun S.M. Bab 13Abinadi dilindungi oleh kuasa Ilahi—Dia mengajarkan Sepuluh Perintah—Keselamatan tidak datang melalui hukum Musa sahaja—Tuhan Sendiri akan membuat suatu korban tebusan dan menebus umat-Nya. Kira-kira 148 tahun S.M. Bab 14Yesaya berbicara berkenaan Mesias—Penghinaan dan penderitaan Mesias dinyatakan—Dia menjadikan jiwa-Nya suatu persembahan untuk dosa dan membuat perantaraan bagi para pelanggar—Bandingkan dengan Yesaya 53. Kira-kira 148 tahun S.M. Bab 15Bagaimana Kristus adalah Bapa mahupun juga Putera—Dia akan membuat perantaraan dan menanggung pelanggaran umat-Nya—Mereka dan semua nabi kudus adalah keturunan-Nya—Dia mendatangkan Kebangkitan—Anak-anak kecil memiliki kehidupan abadi. Kira-kira 148 tahun S.M. Bab 16Tuhan menebus manusia dari keadaan mereka yang tersesat dan terjatuh—Mereka yang bersifat badaniah tetap seakan-akan tidak ada penebusan—Kristus mendatangkan suatu kebangkitan pada kehidupan tanpa akhir atau pada laknat tanpa akhir. Kira-kira 148 tahun S.M. Bab 17Alma mempercayai dan menuliskan perkataan-perkataan Abinadi—Abinadi menderita kematian oleh api—Dia menubuatkan penyakit dan kematian oleh api ke atas para pembunuhnya. Kira-kira 148 tahun S.M. Bab 18Alma berkhutbah secara diam-diam—Dia menyatakan perjanjian pembaptisan dan membaptis di Perairan Mormon—Dia menubuhkan Gereja Kristus dan menahbiskan para imam—Mereka menunjang diri mereka sendiri dan mengajar orang—Alma dan umatnya melarikan diri dari raja Nuh ke padang belantara. Kira-kira 147–145 tahun S.M. Bab 19Gideon berusaha untuk membunuh raja Nuh—Bangsa Laman menyerbu negeri itu—Raja Nuh menderita kematian oleh api—Limhi memerintah sebagai raja pembayar ufti. Kira-kira 145–121 tahun S.M. Bab 20Beberapa orang puteri bangsa Laman diculik oleh para imam Nuh—Bangsa Laman mencetuskan perang melawan Limhi dan rakyatnya—Bala tentera bangsa Laman ditangkis dan ditenangkan. Kira-kira 145–123 tahun S.M. Bab 21Rakyat Limhi didera dan dikalahkan oleh bangsa Laman—Rakyat Limhi bertemu Amon dan diinsafkan—Mereka memberitahu Amon tentang dua puluh empat kepingan orang Yared. Kira-kira 122–121 tahun S.M. Bab 22Rancangan dibuat bagi orang untuk melepaskan diri daripada perhambaan oleh bangsa Laman—Bangsa Laman dijadikan mabuk—Orang itu melarikan diri, kembali ke Zarahemla, dan menjadi warga raja Mosia. Kira-kira 121–120 tahun S.M. Bab 23Alma enggan menjadi raja—Dia melayan sebagai imam tinggi—Tuhan mendera umat-Nya, dan bangsa Laman menakluk negeri Helam—Amulon, pemimpin para imam raja Nuh yang jahat, memerintah di bawah raja bangsa Laman. Kira-kira 145–121 tahun S.M. Bab 24Amulon menganiaya Alma dan umatnya—Mereka akan dihukum mati jika mereka berdoa—Tuhan menjadikan beban mereka tampak ringan—Dia membebaskan mereka daripada perhambaan, dan mereka kembali ke Zarahemla. Kira-kira 145–120 tahun S.M. Bab 25Keturunan Mulek di Zarahemla menjadi bangsa Nefi—Mereka belajar tentang orang Alma dan orang Zenif—Alma membaptis Limhi dan seluruh rakyatnya—Mosia memberikan Alma wewenang untuk menyusun Gereja Tuhan. Kira-kira 120 tahun S.M. Bab 26Banyak anggota Gereja dituntun ke dalam dosa oleh orang kufur—Alma dijanjikan kehidupan abadi—Mereka yang bertaubat dan dibaptis memperoleh pengampunan—Para anggota Gereja dalam dosa yang bertaubat dan mengaku kepada Alma dan kepada Tuhan akan diampuni; jika tidak, mereka tidak akan terbilang di kalangan umat Gereja. Kira-kira 120–100 tahun S.M. Bab 27Mosia melarang penganiayaan dan menitahkan kesetaraan—Alma yang muda dan keempat-empat putera Mosia berusaha untuk menghancurkan Gereja—Seorang malaikat menampakkan diri dan memerintahkan mereka untuk menghentikan kelakuan mereka yang jahat—Alma diserang kebisuan—Seluruh umat manusia mesti dilahirkan kembali untuk memperoleh keselamatan—Alma dan para putera Mosia mengisytiharkan khabar gembira. Kira-kira 100–92 tahun S.M. Bab 28Para putera Mosia pergi berkhutbah kepada bangsa Laman—Menggunakan dua batu pelihat, Mosia menterjemahkan kepingan-kepingan bangsa Yared. Kira-kira 92 tahun S.M. Bab 29Mosia mencadangkan agar hakim-hakim dipilih sebagai pengganti seorang raja—Raja-raja yang tidak soleh memimpin rakyat mereka ke dalam dosa—Alma yang muda dipilih sebagai hakim utama oleh suara rakyat—Dia juga adalah imam tinggi atas Gereja—Alma yang tua dan Mosia mangkat. Kira-kira 92–91 tahun S.M.