Kitab Suci
Mosia 9


Catatan Zenif—Sebuah laporan berkenaan bangsanya, sejak waktu mereka meninggalkan negeri Zarahemla sampai waktu mereka dibebaskan dari tangan bangsa Laman.

Meliputi bab 9 sehingga 22.

Bab 9

Zenif memimpin sebuah rombongan dari Zarahemla untuk menguasai negeri Lehi-Nefi—Raja bangsa Laman mengizinkan mereka mewarisi negeri itu—Ada perang di antara bangsa Laman dan rakyat Zenif. Kira-kira 200–187 tahun S.M.

1 Aku, Zenif, telah diajar dalam keseluruhan bahasa bangsa Nefi, dan telah memiliki suatu pengetahuan tentang negeri Nefi, atau tentang negeri warisan yang pertama nenek moyang kami, dan telah diutus sebagai seorang pengintip ke kalangan bangsa Laman agar aku boleh mengintip angkatan-angkatan mereka, agar tentera kami boleh menyerang mereka dan menghancurkan mereka—tetapi ketika aku melihat apa yang baik di kalangan mereka aku berhasrat agar mereka patutnya tidak dihancurkan.

2 Oleh kerana itu, aku berselisih pendapat dengan saudara-saudaraku di padang belantara, kerana aku menghendaki bahawa pemerintah kami patut membuat persetiaan dengan mereka; tetapi dia, kerana adalah orang yang keras dan haus darah, memerintahkan agar aku mesti dibunuh; tetapi aku diselamatkan melalui pertumpahan banyak darah, kerana ayah bertarung melawan ayah, dan saudara melawan saudara, sampai sebahagian besar tentera kami hancur di padang belantara; dan kami kembali, mereka di antara kami yang dibiarkan hidup, ke negeri Zarahemla, untuk menuturkan kisah itu kepada isteri-isteri mereka dan anak-anak mereka.

3 Namun, aku, kerana terlalu bersemangat untuk mewarisi negeri nenek moyang kami, mengumpulkan sebanyak yang berhasrat untuk pergi menguasai negeri itu, dan memulakan lagi perjalanan kami ke padang belantara untuk pergi ke negeri itu; tetapi kami didera dengan kebuluran dan kesengsaraan yang parah; kerana kami lambat mengingati Tuhan Raja kami.

4 Walaupun demikian, setelah pengembaraan berhari-hari di padang belantara, kami mendirikan khemah-khemah kami di tempat di mana saudara-saudara kami terbunuh, yang dekat dengan negeri nenek moyang kami.

5 Dan terjadilah bahawa aku pergi lagi bersama empat orang askarku ke dalam kota, menghadap raja, agar aku boleh mengetahui tentang sikap raja, dan agar aku boleh mengetahui adakah aku boleh masuk bersama askarku dan menguasai negeri itu secara aman.

6 Dan aku pergi menghadap raja, dan dia membuat perjanjian denganku bahawa aku boleh menguasai negeri Lehi-Nefi, dan negeri Silom.

7 Dan dia juga memerintahkan agar rakyatnya hendaknya keluar dari negeri itu, dan aku dan orangku masuk ke negeri itu agar kami boleh menguasainya.

8 Dan kami mula membangunkan bangunan-bangunan, dan memperbaiki tembok-tembok kota, ya, bahkan tembok Kota Lehi-Nefi, dan Kota Silom.

9 Dan kami mulai mengolah tanah, ya, bahkan dengan segala macam benih, dengan benih jagung, dan gandum, dan barli dan dengan neas, dan dengan seum, dan dengan benih dari segala macam buah; dan kami mula bertambah banyak dan makmur di negeri itu.

10 Sekarang, adalah kelicikan dan kelicinan raja Laman, untuk membawa bangsaku ke dalam perhambaan, sebab itu dia menyerahkan negeri itu agar kami boleh menguasainya.

11 Oleh kerana itu terjadilah, bahawa setelah kami berdiam di negeri itu untuk jangka masa dua belas tahun maka raja Laman mulai menjadi gelisah, jangan-jangan melalui cara apa pun bangsaku akan menjadi kuat di negeri itu, dan sehingga mereka tidak dapat menguasai mereka dan membawa mereka ke dalam perhambaan.

12 Sekarang, mereka adalah bangsa yang malas dan pemuja berhala; oleh kerana itu mereka berhasrat untuk membawa kami ke dalam perhambaan, agar mereka boleh melahapkan diri mereka dengan kerja tangan kami; ya, agar mereka boleh menjamukan diri mereka dengan kawanan ternak dari ladang kami.

13 Oleh kerana itu terjadilah bahawa raja Laman mula menghasut rakyatnya agar mereka hendaknya berselisih dengan bangsaku; oleh kerana itu mulailah terjadi peperangan dan perselisihan di negeri itu.

14 Kerana, pada tahun ketiga belas semasa pemerintahanku di negeri Nefi, jauh ke selatan negeri Silom, ketika bangsaku sedang memberi minum dan memberi makan kawanan ternak mereka, dan mengolah tanah mereka, sepasukan tentera besar bangsa Laman menyerang mereka dan mula membunuh mereka, dan mengambil kawanan ternak mereka, dan jagung dari ladang mereka.

15 Ya, terjadilah bahawa mereka melarikan diri, semuanya yang tidak terkejar, bahkan ke dalam Kota Nefi, dan meminta kepadaku untuk perlindungan.

16 Dan terjadilah bahawa aku mempersenjatakan mereka dengan busur, dan dengan anak panah, dengan pedang, dan dengan golok, dan dengan gada, dan dengan umban, dan dengan segala macam senjata yang dapat kami ciptakan, dan aku dan bangsaku pergi menentang bangsa Laman untuk bertempur.

17 Ya, dalam kekuatan Tuhan kami pergi untuk bertempur melawan bangsa Laman; kerana aku dan bangsaku berseru dengan amat kuat kepada Tuhan agar Dia akan membebaskan kami keluar daripada tangan musuh kami, kerana kami dibangunkan pada ingatan akan pembebasan nenek moyang kami.

18 Dan Tuhan mendengar seruan kami dan menjawab doa-doa kami; dan kami pergi dalam kekuatan-Nya; ya, kami pergi melawan bangsa Laman, dan dalam satu hari dan satu malam kami membunuh tiga ribu dan empat puluh tiga orang; kami membunuh mereka bahkan sampai kami telah menghalau mereka keluar dari negeri kami.

19 Dan aku, diriku sendiri, dengan tanganku sendiri, menolong menguburkan orang mati mereka. Dan lihatlah, menjadi dukacita dan ratapan kami yang besar, dua ratus dan tujuh puluh sembilan daripada saudara kami terbunuh.