Bab 16
Tuhan menebus manusia dari keadaan mereka yang tersesat dan terjatuh—Mereka yang bersifat badaniah tetap seakan-akan tidak ada penebusan—Kristus mendatangkan suatu kebangkitan pada kehidupan tanpa akhir atau pada laknat tanpa akhir. Kira-kira 148 tahun S.M.
1 Dan sekarang, terjadilah bahawa setelah Abinadi mengucapkan perkataan-perkataan ini dia menghulurkan tangannya dan berkata: Waktunya akan tiba ketika semua orang akan melihat penyelamatan daripada Tuhan; ketika setiap bangsa, kaum, bahasa, dan orang akan melihat dengan mata sendiri dan akan mengaku di hadapan Tuhan bahawa penghakiman-Nya adalah adil.
2 Dan kemudian akanlah yang jahat dicampak keluar, dan mereka akan memiliki alasan untuk meraung-raung, dan menangis, dan meratap, dan mengertakkan gigi mereka; dan ini kerana mereka tidak mahu mendengar suara Tuhan; oleh kerana itu Tuhan tidak menebus mereka.
3 Kerana mereka bersifat badaniah dan seperti iblis, dan iblis memiliki kuasa atas diri mereka; ya, bahkan ular tua itu yang telah memperdaya ibu bapa kita yang pertama, yang adalah sebab kejatuhan mereka; yang adalah sebab seluruh umat manusia menjadi bersifat badaniah, berhawa nafsu, seperti iblis, mengetahui yang jahat daripada yang baik, menundukkan diri mereka kepada iblis.
4 Demikianlah seluruh umat manusia tersesat; dan lihatlah, mereka akan selamanya tersesat seandainya Tuhan tidak menebus umat-Nya daripada keadaan mereka yang tersesat dan terjatuh.
5 Tetapi ingatlah bahawa dia yang tetap dalam sifat badaniahnya sendiri, dan berterusan dalam jalan dosa dan pemberontakan melawan Tuhan, tetap dalam keadaannya yang terjatuh dan iblis memiliki segala kuasa atas dirinya. Oleh kerana itu dia seakan-akan tidak ada penebusan dibuat, sebagai musuh kepada Tuhan; dan juga iblis adalah musuh kepada Tuhan.
6 Dan sekarang, jika Kristus tidak datang ke dunia, berbicara tentang apa yang akan datang seakan-akan ia telah datang, tidak dapatlah ada penebusan.
7 Dan jika Kristus tidak bangkit dari yang mati, atau telah memutuskan ikatan kematian sehingga kubur tidak akan memperoleh kemenangan, dan sehingga kematian tidak akan memiliki sengat, tidak dapatlah ada kebangkitan.
8 Tetapi ada suatu kebangkitan, oleh kerana itu kubur tidak memperoleh kemenangan, dan sengat kematian ditelan di dalam Kristus.
9 Dia adalah cahaya dan kehidupan dunia; ya, cahaya yang tanpa akhir, yang tidak akan dapat digelapkan; ya, dan juga kehidupan yang tanpa akhir, sehingga tidak dapat ada lagi kematian.
10 Bahkan yang fana ini akan mengenakan kebaqaan, dan kereputan ini akan mengenakan ketidakreputan, dan akan dibawa untuk berdiri di hadapan susur penghakiman Tuhan, untuk dihakimi oleh-Nya menurut kerja-kerja mereka sama ada ia adalah baik atau sama ada ia adalah jahat—
11 Jika ia adalah baik, menuju kebangkitan kepada kehidupan dan kebahagiaan tanpa akhir; dan jika ia adalah jahat, menuju kebangkitan laknat tanpa akhir, kerana diserahkan kepada iblis, yang telah menundukkan mereka, iaitu laknat—
12 Kerana telah pergi menurut kehendak dan hasrat badaniah mereka sendiri; kerana tidak pernah meminta kepada Tuhan sewaktu lengan belas kasihan-Nya dihulurkan terhadap mereka; kerana lengan belas kasihan dihulurkan terhadap mereka, dan mereka tidak mahu; mereka diperingatkan akan kederhakaan mereka namun mereka tidak mahu meninggalkannya; dan mereka diperintahkan untuk bertaubat namun mereka tidak mahu bertaubat.
13 Dan sekarang, tidakkah seharusnya kamu gementar dan bertaubat atas dosa-dosamu, dan mengingat bahawa hanya dalam dan melalui Kristus kamu dapat diselamatkan?
14 Oleh kerana itu, jika kamu mengajarkan hukum Musa, juga ajarkanlah bahawa ianya adalah bayangan hal-hal yang akan datang itu—
15 Ajarlah mereka bahawa penebusan datang melalui Kristus Tuhan, yang adalah bahkan Bapa Yang Abadi. Amin.