Kitab Suci
Moroni 6


Bab 6

Orang yang bertaubat dibaptiskan dan disahabatkan—Anggota gereja yang bertaubat diampuni—Pertemuan-pertemuan dijalankan melalui kuasa Roh Kudus. Kira-kira 401–421 tahun M.

1 Dan sekarang, aku berbicara tentang pembaptisan. Lihatlah, para penatua, imam, dan pengajar telah dibaptiskan; dan mereka tidak dibaptiskan kecuali mereka menghasilkan buah hasil bahawa mereka layak untuk dibaptiskan.

2 Tidak juga mereka menerima sesiapa pun untuk pembaptisan kecuali mereka datang dengan hati yang hancur dan roh yang menyesal, dan bersaksi kepada gereja bahawa mereka benar-benar bertaubat di atas semua dosa mereka.

3 Dan tidak seorang pun diterima untuk pembaptisan kecuali mereka mengambil ke atas diri mereka nama Kristus, berazam untuk melayani-Nya sehingga akhir.

4 Dan setelah mereka diterima untuk pembaptisan, dan telah dipengaruhi dan dibersihkan oleh kuasa Roh Kudus, mereka dihitung di kalangan umat gereja Kristus; dan nama mereka telah dicatat, agar mereka boleh diingati dan dipelihara oleh firman Tuhan yang baik, untuk memelihara mereka di dalam jalan yang benar, untuk menjaga mereka secara berterusan untuk berdoa, bergantung hanya pada jasa Kristus, yang merupakan pengarang dan penyempurna iman mereka.

5 Dan gereja sering bertemu bersama, untuk berpuasa dan berdoa, dan untuk berbicara antara satu sama lain tentang kesejahteraan jiwa mereka.

6 Dan mereka sering bertemu bersama untuk mengambil roti dan wain, sebagai peringatan akan Tuhan Yesus.

7 Dan mereka tegas untuk memastikan agar tidak harus terdapatnya kederhakaan di antara mereka; dan sesiapa yang didapati melakukan kederhakaan, dan tiga orang saksi dari gereja mendakwa mereka di hadapan para penatua, dan jika mereka tidak bertaubat, dan tidak mengaku, nama mereka dipadamkan, dan mereka tidak akan dihitung di antara umat Kristus.

8 Tetapi jika mereka selalu bertaubat dan mencari pengampunan, dengan niat yang bersungguh-sungguh, mereka akan diampuni.

9 Dan pertemuan-pertemuan mereka dijalankan oleh gereja menurut cara pekerjaan Roh, dan melalui kuasa Roh Kudus; kerana seperti kuasa Roh Kudus menuntun mereka sama ada untuk berkhutbah, atau untuk mendorong, atau untuk berdoa, atau untuk memohon, atau untuk menyanyi, begitulah dilakukan.