Bab 15
Tuhan menghukum bangsa Nefi kerana Dia mengasihi mereka—Bangsa Laman yang sudah bertukar hati adalah teguh dan tabah dalam iman—Tuhan akan penuh berbelas kasihan kepada bangsa Laman pada zaman akhir. Kira-kira 6 tahun S.M.
1 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, lihatlah, aku memaklumkan kepadamu bahawa kecuali kamu akan bertaubat rumah-rumahmu akan ditinggalkan terbiar kepadamu.
2 Ya, kecuali kamu bertaubat, para wanitamu akan memiliki sebab yang besar untuk berduka pada masa mereka akan menyusui; kerana kamu akan berusaha untuk melarikan diri dan tidak akan ada tempat untuk perlindungan; ya, dan celakalah mereka yang berbadan dua, kerana mereka akan menjadi sarat dan tidak dapat melarikan diri; oleh kerana itu, mereka akan dipijak-pijak dan akan ditinggalkan untuk binasa.
3 Ya, celakalah bangsa ini yang disebut bangsa Nefi kecuali mereka akan bertaubat, apabila mereka akan melihat semua tanda dan keajaiban ini yang akan diperlihatkan kepada mereka; kerana lihatlah, mereka telah menjadi umat Tuhan yang terpilih; ya, bangsa Nefi yang telah Dia kasihi, dan juga telah Dia hukumi mereka; ya, pada hari-hari kederhakaan mereka telah Dia hukumi mereka kerana Dia mengasihi mereka.
4 Tetapi lihatlah saudara-saudaraku, bangsa Laman telah Dia benci kerana perbuatan mereka sentiasa jahat secara berterusan, dan ini kerana kederhakaan adat resam nenek moyang mereka. Tetapi lihatlah, keselamatan telah datang kepada mereka melalui pengkhutbahan bangsa Nefi; dan untuk tujuan inilah telah Tuhan memanjangkan masa hidup mereka.
5 Dan aku menginginkan agar kamu seharusnya melihat bahawa sebahagian besar daripada mereka berada di dalam jalan kewajipan mereka, dan mereka berjalan dengan hati-hati di hadapan Tuhan, dan mereka berusaha keras untuk mentaati perintah-perintah-Nya dan peraturan-Nya dan keputusan-Nya menurut hukum Musa.
6 Ya, aku berkata kepadamu, bahawa sebahagian besar daripada mereka melakukan ini, dan mereka berusaha dengan ketekunan yang tidak mengenal penat lelah agar mereka boleh membawa saudara-saudara mereka yang lainnya kepada pengetahuan tentang kebenaran; oleh kerana itu terdapat banyak yang menambahkan jumlah mereka setiap hari.
7 Dan lihatlah, kamu mengetahuinya sendiri, kerana kamu telah menyaksikannya, bahawa seberapa banyak mereka yang dibawa kepada pengetahuan tentang kebenaran, dan untuk mengetahui tentang kejahatan dan kekejian adat resam nenek moyang mereka, dan dituntun untuk mempercayai tulisan suci yang kudus, ya, nubuat-nubuat para nabi kudus, yang dituliskan, yang menuntun mereka pada iman kepada Tuhan, dan pada pertaubatan, yang mana iman dan pertaubatan itu membawa suatu perubahan hati kepada mereka—
8 Oleh kerana itu, seberapa banyak yang telah sampai pada hal ini, kamu mengetahui kamu sendiri adalah teguh dan tabah dalam iman, dan di dalam hal yang telah menjadikan mereka bebas.
9 Dan kamu juga mengetahui bahawa mereka telah menguburkan senjata-senjata peperangan mereka, dan mereka takut untuk mengangkatnya agar jangan dengan cara apa pun mereka akan berdosa; ya, kamu dapat melihat bahawa mereka takut untuk berdosa—kerana lihatlah mereka akan membiarkan diri mereka supaya mereka dipijak-pijak dan dibunuh oleh musuh-musuh mereka, dan tidak akan mengangkat pedang-pedang mereka untuk melawan mereka, dan ini disebabkan iman mereka kepada Kristus.
10 Dan sekarang, kerana ketabahan mereka apabila mereka percaya di dalam hal tersebut yang mereka percayai, kerana keteguhan mereka apabila sekali sahaja mereka disedarkan, lihatlah, Tuhan akan memberkati mereka dan memanjangkan masa hidup mereka, meskipun kederhakaan mereka dahulu—
11 Ya, bahkan jika mereka akan merosot dalam ketidakpercayaan Tuhan akan memanjangkan masa hidup mereka, sehingga waktunya yang akan datang seperti yang telah dibicarakan oleh nenek moyang kita, dan juga oleh nabi Zenos, dan banyak nabi lain, tentang pemulihan saudara-saudara kita, bangsa Laman, untuk kembali kepada pengetahuan tentang kebenaran—
12 Ya, aku berkata kepadamu, bahawa pada zaman akhir janji-janji Tuhan telah dihulurkan kepada saudara-saudara kita, bangsa Laman; dan walaupun banyak kesengsaraan yang akan mereka alami, dan walaupun mereka akan dihalau ke sana dan ke mari di atas permukaan bumi, dan diburu, dan akan dihentam dan dicerai-beraikan ke serata tempat, tanpa memiliki tempat untuk berlindung, Tuhan akan penuh berbelas kasihan kepada mereka.
13 Dan ini adalah menurut nubuat, bahawa mereka akan dibawa kembali kepada pengetahuan yang benar, yang merupakan pengetahuan tentang Penebus mereka, dan gembala mereka yang agung dan benar, dan terbilang di kalangan domba-domba-Nya.
14 Oleh kerana itu aku berkata kepadamu, maka lebih baik bagi mereka daripada kamu kecuali kamu bertaubat.
15 Kerana lihatlah, jikalaulah pekerjaan-pekerjaan hebat itu diperlihatkan kepada mereka seperti yang telah diperlihatkan kepadamu, ya, kepada mereka yang telah merosot dalam ketidakpercayaan kerana adat resam nenek moyang mereka, kamu dapat melihat bagi dirimu sendiri bahawa mereka tidak akan pernah merosot lagi dalam ketidakpercayaan.
16 Oleh kerana itu, Tuhan berfirman: Aku tidak akan menghancurkan mereka sepenuhnya, tetapi Aku akan menyebabkan bahawa pada masa kebijaksanaan-Ku mereka akan kembali lagi kepada-Ku, firman Tuhan.
17 Dan sekarang lihatlah, Tuhan berfirman, tentang bangsa Nefi: Jika mereka tidak akan bertaubat, dan berusaha keras untuk melakukan kehendak-Ku, Aku akan menghancurkan mereka sepenuhnya, Tuhan berfirman, kerana ketidakpercayaan mereka walaupun banyak pekerjaan-pekerjaan hebat yang telah Aku lakukan di kalangan mereka; dan selagi Tuhan hidup dengan pastinya hal-hal ini akan terjadi, Tuhan berfirman.