Kitab Suci
Kesaksian Lapan Saksi


Kesaksian Lapan Saksi

Dipermaklumkanlah kepada segala bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak, yang kepadanya pekerjaan ini akan datang: Bahawa Joseph Smith, Jun., penterjemah pekerjaan ini, telah memperlihatkan kepada kami kepingan-kepingan tersebut, yang rupanya seperti emas; dan sebanyak mana lembaran yang diterjemahkan oleh Smith telah kami pegang dengan tangan kami; dan kami juga melihat ukiran di atasnya, yang seluruhnya menyerupai pekerjaan purba, dan pertukangan yang rumit. Dan kesaksian ini kami berikan dengan perkataan kesungguhan, bahawa Smith tersebut telah memperlihatkan kepada kami, kerana kami telah melihat dan menimang, dan mengetahui dengan suatu kepastian bahawa Smith tersebut memiliki kepingan-kepingan yang tentangnya telah kami bicarakan. Dan kami memberikan nama kami kepada dunia, untuk bersaksi kepada dunia apa yang telah kami lihat. Dan kami tidak berdusta, Tuhan memberikan kesaksian tentangnya.

Christian Whitmer

Jacob Whitmer

Peter Whitmer, Jun.

John Whitmer

Hiram Page

Joseph Smith, Sen.

Hyrum Smith

Samuel H. Smith