Kitab Suci
2 Nefi 18


Bab 18

Kristus akan menjadi bagaikan batu sandungan dan batu singgungan—Carilah Tuhan, bukan ahli sihir yang berciap-ciap—Berpalinglah kepada hukum dan kepada kesaksian bagi bimbingan—Bandinglah dengan Yesaya 8. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Lagipun, firman Tuhan mengatakan kepadaku: Ambillah kamu sebuah gulungan besar, dan tulislah di dalamnya dengan pena seorang manusia, berkenaan aMaher-Syalal-Hash-Bas.

2 Dan aku mengambil bagiku apara saksi yang setia untuk mencatat, Uria si imam itu, dan Zakharia putera Yeberekhya.

3 Dan aku bersama dengan anabi wanita itu; dan dia mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Kemudian firman Tuhan kepadaku: Panggillah namanya, Maher-Syalal-Hash-Bas.

4 Kerana lihatlah, aanak itu btidak akan berpengetahuan untuk menyeru, bapaku, dan ibuku, sebelum kekayaan Damsyik dan cjarahan Samaria akan diambil pergi oleh raja Asyur.

5 Tuhan berfirman juga kepadaku lagi, memfirmankan:

6 Sejauh mana bangsa ini menolak perairan aSyiloah yang mengalir dengan perlahan, dan bersukacita dalam bRezin dan putera Remalya:

7 Sekarang oleh kerana itu, lihatlah, Tuhan mendatangkan ake atas diri mereka air sungai itu, kuat dan banyak, bahkan raja Asyur dan segala kemuliaanya; dan ia akan naik ke atas semua alurnya, dan membanjiri semua tebing sungainya.

8 Dan adia akan melanda Yehuda; dia akan melimpah dan merentang, dia akan mencapai bahkan ke leher; dan pembentangan sayap-sayap-Nya akan menaungi lebar negerimu, Wahai bImanuel.

9 aBersekutulah dirimu, Wahai kamu bangsa-bangsa, dan kamu akan dihancurkan menjadi cebis-cebisan; dan berilah telinga semua kamu yang dari negeri-negeri yang jauh; persiapkanlah dirimu, dan kamu akan dihancurkan berkeping-kepingan.

10 Berundinglah bersama, dan ia akan sia-sia; ucapkanlah kata, dan ia tidak akan terjadi; akerana Tuhan adalah bersama kita.

11 Kerana Tuhan berfirman demikian kepadaku dengan tangan kuat, dan memberitahuku bahawa aku tidak patut berjalan dalam jalan bangsa ini, memfirmankan:

12 Janganlah kamu berkata, Suatu agabungan, kepada semuanya kepada siapa bangsa ini akan berkata, Suatu gabungan; jangan juga kamu takut akan apa yang ditakuti mereka, ataupun berasa takut.

13 Persucikanlah Tuhan Semesta Alam sendiri, dan abiarlah Dia menjadi itu yang ditakutimu, dan biarlah Dia menjadi itu yang mengerikanmu.

14 Dan Dia akan menjadi atempat lindungan suci; tetapi menjadi bbatu sandungan, dan menjadi batu singgungan kepada kedua-dua bani Israel, bagaikan perangkap dan jerat bagi penghuni-penghuni Yerusalem.

15 Dan ramai di antara mereka akan atersandung dan jatuh, dan remuk, dan terperangkap, dan tertawan.

16 Ikatkanlah kesaksian, meteraikanlah ahukum di kalangan pengikut-pengikutmu.

17 Dan aku akan berharap kepada Tuhan, yang amenyembunyikan muka-Nya daripada bani Yakub, dan aku akan menunggu-nunggukan Dia.

18 Lihatlah, aku dan anak-anak yang telah Tuhan berikan kepadaku adalah sebagai atanda dan sebagai keajaiban di Israel daripada Tuhan Semesta Alam, yang diam di Gunung Sion.

19 Dan ketika mereka akan berkata kepadamu: Carilah petunjuk daripada mereka yang memiliki aarwah-arwah, dan kepada bahli sihir yang berciap-ciap dan bergumam—ctidak patutkah suatu bangsa mencari petunjuk daripada Tuhan mereka bagi yang hidup untuk mendengar ddaripada yang mati?

20 Kepada hukum dan kepada kesaksian; dan jika amereka berbicara tidak menurut perkataan ini, itu adalah kerana tiada cahaya di dalam mereka.

21 Dan amereka akan melaluinya dengan ditimpa kesukaran dan lapar; dan akan terjadi bahawa apabila mereka akan lapar, mereka akan merunsingkan diri mereka, dan mengutuk raja mereka dan Tuhan mereka, dan memandang ke atas.

22 Dan mereka akan memandang ke bumi dan melihat kesusahan, dan kegelapan, kesuraman kepedihan, dan akan dihalau menuju kegelapan.