Persidangan Umum
Mengkhutbah Injil Kedamaian
Persidangan Umum April 2022


Mengkhutbah Injil Kedamaian

Kita bertanggungjawab kudus untuk kongsi kuasa dan kedamaian Yesus Kristus kepada semua orang yang akan dengar.

Saudara dan saudari yang dikasihi, selamat datang ke persidangan umum! Saya telah menantikan hari ini dengan gembira. Saya berdoa bagi anda setiap hari. Saya juga doakan persidangan ini menjadi masa rejuvenasi untuk setiap kita.

Sejak persidangan lalu, kesusahan masih berterusan di dunia. Hidup kita masih terkesan oleh pandemik global. Kini dunia terkesan dengan konflik yang menakutkan berjuta-juta lelaki, wanita dan kanak tidak bersalah.

Nabi-nabi telah melihat zaman kita akan ada peperangan dan desas-desus tentang peperangan dan seluruh bumi akan berada dalam kegemparan.1 Sebagai pengikut Yesus Kristus, kami memohon para pemimpin negara untuk mencari penyelesaian damai kepada perbezaan masing-masing. Kami berseru kepada setiap orang di seluruh dunia untuk doa bagi mereka yang memerlukan, bantu mereka dalam kesusahan dan mencari bantuan Tuhan agar mengakhiri konflik besar.

Saudara dan saudari, injil Yesus Kristus amat diperlukan pada masa ini. Pertikaian melawan segala yang Juruselamat membela dan telah ajar. Saya kasihi Tuhan Yesus Kristus dan bersaksi hanya injil-Nya adalah penyelesaian berkekalan demi kedamaian. Injil-Nya adalah injil kedamaian.2

Hanya injil-Nya ialah satu-satunya penyelesaian apabila banyak orang tergamam dengan ketakutan.3 Ini menekankan kecemasan bagi kita untuk mengikut Tuhan daripada rasul-Nya untuk “pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik … kepada seluruh umat manusia.”4 Kita bertanggungjawab kudus untuk kongsi kuasa dan kedamaian Yesus Kristus kepada semua orang yang akan dengar dan sesiapa yang membenarkan Tuhan menguasai hidup mereka.

Setiap orang yang membuat perjanjian dengan Tuhan telah berjanji menolong sesama dan melayani orang yang perlukan. Kita boleh menunjukkan iman dan selalu sedia untuk bertindak bagi orang yang bertanya tentang harapan yang [kita] miliki.”5 Kita semua mempunyai peranan penting dalam pengumpulan bani Israel.

Hari ini saya menegaskan lagi bahawa Tuhan telah meminta setiap lelaki muda yang layak dan sihat untuk bersedia dan melayani misi. Bagi lelaki muda Orang Suci Zaman Akhir, pelayanan misi adalah tanggungjawab imamat. Anda, lelaki muda telah disimpan bagi masa ini ketika pengumpulan bani israel yang dijanjikan sedang berlangsung. Apabila anda melayani misi, anda berperanan penting dalam tujuan itu.

Bagi anda, wanita muda dan sihat, misi merupakan peluang hebat namun tidak wajib. Kami suka misionari saudari dan menyambut mereka dengan hati yang penuh. Sumbangan anda kepada pekerjaan ini menakjubkan! Doa untuk tahu jika Tuhan mahu anda melayani misi, Roh Kudus akan jawab dalam hati dan minda.

Pemuda dan pemudi, anda penting bagi Tuhan. Dia telah simpan anda sampai sekarang untuk bantu mengumpul bani Israel. Keputusan untuk melayani misi, misi mengajar atau berkhidmat, akan memberkati anda dan banyak lagi. Kami mengalu-alukan pasangan senior untuk melayani apabila keadaan mereka membenarkan. Usaha mereka tidak dapat digantikan.

Semua misionari mengajar dan bersaksi tentang Juruselamat. Kegelapan rohani di dunia membuat cahaya Yesus Kristus lebih diperlukan. Setiap orang layak diberi peluang mengetahui injil Yesus Kristus yang dipulih. Setiap orang layak mengetahui cara mencari harapan dan kedamaian “yang tidak mungkin difahami oleh manusia?”6

Semoga persidangan ini menjadi masa kedamaian dan jamuan rohani bagi anda. Semoga anda mencari dan menerima wahyu rohani semasa sesi-sesi ini, saya doa dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.