Kitab Suci
Kesaksian Tiga Saksi


Kesaksian Tiga Saksi

Dimaklumkanlah kepada segala bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak, yang kepadanya pekerjaan ini akan datang: Bahawa kami, melalui kasih kurnia Tuhan Bapa, dan Tuhan kita Yesus Kristus, telah melihat kepingan-kepingan yang mengandungi catatan ini, yang merupakan catatan bangsa Nefi, dan juga bangsa Laman, saudara-saudara mereka, dan juga bangsa Yared, yang datang dari menara yang tentangnya telah dibicarakan. Dan kami juga mengetahui bahawa ia telah diterjemahkan melalui kurnia dan kuasa Tuhan, kerana suara-Nya telah memaklumkannya kepada kami; kerananya kami tahu dengan suatu kepastian bahawa pekerjaan ini adalah benar. Dan kami juga bersaksi bahawa kami telah melihat ukiran yang ada di atas kepingan-kepingan itu; dan ia telah diperlihatkan kepada kami melalui kuasa dari Tuhan, dan bukan dari manusia. Dan kami memaklumkan dengan perkataan kesungguhan, bahawa seorang malaikat Tuhan turun dari syurga, dan dia membawa dan meletakkan di hadapan mata kami, sehingga kami melihat dan menyaksikan kepingan-kepingan itu, dan ukiran di atasnya; dan kami tahu bahawa melalui kasih kurnia Tuhan Bapa, dan Tuhan kita Yesus Kristuslah, kami melihat dan memberikan kesaksian bahawa hal-hal ini adalah benar. Dan ia adalah menakjubkan di mata kami. Walaupun demikian, suara Tuhan memerintahkan kami agar kami hendaknya memberikan kesaksian tentangnya; oleh itu, untuk patuh pada perintah-perintah Tuhan, kami memberikan kesaksian tentang hal-hal ini. Dan kami tahu bahawa jika kami setia kepada Kristus, kami akan membersihkan pakaian kami dari darah semua orang, dan didapati tanpa noda di hadapan kerusi penghakiman Kristus, dan akan tinggal bersama-Nya secara abadi di dalam syurga. Dan kehormatan adalah kepada Bapa, dan kepada Putera, dan kepada Roh Kudus, yang adalah satu Tuhan. Amin.

Oliver Cowdery

David Whitmer

Martin Harris