Henti Sekejap
Adalah OK untuk saya berhenti sekejap dan berehat.
Kadang-kadang, saya rasa saya perlu menggunakan teknologi untuk merasa gembira atau berhubung dengan orang lain. Atau saya menatal kerana saya berasa kesepian atau bosan. Kadang-kadang saya terjumpa hal-hal yang ganas, menakutkan, atau seksual, dan saya tidak pasti bagaimana untuk bertindak balas.
Saya belajar bahawa adalah OK untuk saya berhenti sekejap dan berehat. Roh akan membimbing saya dan memberi amaran kepada saya, dan ia akan membantu saya berfikir tentang bagaimana saya bertindak dan berasa. Kemudian saya boleh memutuskan jika saya mahu membuat pilihan yang berbeza.
Saya mendapati ia membantu untuk:
-
Nyatakan: Apabila saya melihat kandungan yang eksplisit atau yang membuat saya rasa tidak baik, kesepian, atau janggal, saya boleh berkata, “Ini tidak rasa betul.”
-
Buat pilihan yang lebih baik: Saya boleh matikan peranti atau senyapkan pemberitahuan saya. Saya boleh keluar atau berpindah ke bilik lain, tanpa peranti.
-
Berhubung dengan seseorang: Saya boleh bercakap dengan rakan atau ahli keluarga tentang perasaan saya. Kadang-kadang saya perlu berhubung dengan seseorang secara bersemuka, bukan melalui skrin.
Tujuan. Rancangan. Henti Sekejap. Tiga perkataan kecil boleh membuat perbezaan yang besar.
Apakah rancangan anda untuk menggunakan teknologi? Anda boleh menggunakan halaman ini untuk mencatat nota atau menulis beberapa peringatan.