Tujuan
Saya boleh menggunakan teknologi dengan tujuan. Ia tidak mengawal saya.
Teknologi menghubungkan saya dengan beberapa orang yang hebat (dan kira-kira dua juta video kucing). Tetapi kadang-kadang saya terlalu khusyuk dalam menatal atau membalas orang. Setiap kali ini berlaku, ia membantu saya untuk ingat bahawa saya mengawal teknologi. Ia tidak mengawal saya. Saya boleh menggunakannya untuk apa yang saya perlukan dan kemudian beralih kepada sesuatu yang lain.
Berikut adalah beberapa soalan yang membantu saya.
-
Mengapakah saya menggunakan peranti ini sekarang?
-
Adakah saya berasa baik tentang apa yang saya lakukan?
-
Berapa lama saya akan menghabiskan masa dengan peranti ini?
Kadang-kadang sukar bagi saya untuk menggambarkan perasaan saya. Video ini membantu saya menyatakannya dengan kata-kata. Mungkin ia juga akan membantu anda.