Panggilan Misi
Bab 3: Pelajaran 4—Menjadi Pengikut Yesus Kristus Seumur Hidup


“Bab 3: Pelajaran 4—Menjadi Pengikut Yesus Kristus Seumur Hidup,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Bab 3: Pelajaran 4,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

Bab 3: Pelajaran 4

Menjadi Pengikut Yesus Kristus Seumur Hidup

Imej
The Lost Lamb [Anak Domba yang Hilang], oleh Del Parson

Mengajar Ajaran Ini

Pembaptisan adalah satu tatacara harapan yang bahagia. Apabila kita dibaptiskan, kita menunjukkan hasrat kita untuk mengikuti Tuhan dan memasuki jalan yang menuju ke kehidupan abadi. Kita juga menunjukkan komitmen kita untuk menjadi pengikut Yesus Kristus seumur hidup.

Pelajaran ini diorganisasikan mengikut perjanjian yang kita buat semasa pembaptisan. Ia termasuk bahagian-bahagian utama berikut, setiap satu mempunyai subseksyen masing-masing:

Bantu orang faham bahawa asas dan perintah yang anda ajar adalah sebahagian daripada perjanjian yang mereka akan buat semasa pembaptisan. Tunjukkan kepada mereka bagaimana setiap bahagian pelajaran ini akan membantu mereka “datang kepada Kristus … dan mengambil bahagian dalam penyelamatan-Nya” (Omni 1:26; lihat juga 1 Nefi 15:14).

Anda akan mahu mengajar pelajaran ini dalam beberapa kunjungan. Jarang kunjungan pengajaran yang melebihi 30 minit. Biasanya adalah lebih baik untuk mengadakan kunjungan pendek dan lebih kerap yang merangkumi bahagian-bahagian bahan yang lebih kecil.

Rancangkan apa yang anda akan ajar, bila anda akan mengajarnya dan berapa banyak masa yang anda akan ambil. Pertimbangkan keperluan orang yang anda ajar dan carilah bimbingan Roh. Anda mempunyai fleksibiliti untuk mengajar mengikut apa yang terbaik bagi membantu orang bersedia untuk pembaptisan dan penetapan.

Beberapa bahagian dalam pelajaran ini termasuk jemputan khusus. Cari ilham dalam memutuskan bagaimana dan bila untuk menghulurkan jemputan. Perhatikan tahap pemahaman setiap orang. Bantu dia amalkan injil satu per satu.

Imej
seorang wanita mengambil sakramen

Perjanjian Kita untuk Bersedia Mengambil Ke atas Diri Kita Nama Yesus Kristus

Apabila kita dibaptiskan, kita berjanji untuk mengikuti Yesus Kristus “dengan maksud hati yang sepenuhnya.” Kita juga bersaksi bahawa kita “bersedia untuk mengambil ke atas diri [kita] nama Kristus” (2 Nefi 31:13; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 20:37).

Mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri bermaksud kita mengingati Dia dan berusaha untuk hidup sebagai pengikut-Nya sepanjang hidup. Kita membenarkan cahaya-Nya bersinar melalui kita kepada orang lain. Kita melihat diri sebagai milik Dia dan mengutamakan-Nya dalam kehidupan kita.

Bahagian-bahagian berikut menggambarkan dua cara kita mengingati dan mengikuti Yesus Kristus.

Selalu Berdoa

Doa boleh menjadi satu perbualan mudah dengan Bapa Syurgawi yang datang dari hati. Semasa berdoa, kita bercakap dengan Dia secara terbuka dan jujur. Kita mengungkapkan kasih kepada-Nya dan kesyukuran untuk berkat-berkat kita. Kita juga meminta bantuan, perlindungan, dan arahan. Ketika kita mengakhiri doa, kita harus mengambil masa untuk berhenti dan mendengar.

Yesus mengajar, “Kamu mesti selalu berdoa kepada Bapa dalam nama-Ku” (3 Nefi 18:19, penekanan ditambah; lihat juga Musa 5:8). Semasa kita berdoa dalam nama Yesus Kristus, kita mengingati Dia dan Bapa Syurgawi.

Yesus memberikan teladan untuk kita ikuti semasa kita berdoa. Kita boleh belajar banyak tentang doa dengan mengkaji doa Juruselamat dalam tulisan suci (lihat Matius 6:9–13; Yohanes 17).

Doa-doa kita boleh termasuk bahagian-bahagian berikut:

  • Bermula dengan memanggil Bapa Syurgawi.

  • Luahkan perasaan hati, seperti kesyukuran untuk berkat-berkat yang telah kita terima.

  • Tanya soalan, cari bimbingan, dan minta berkat-berkat.

  • Akhiri doa dengan berkata, “Dalam nama Yesus Kristus, amin.”

Tulisan suci menasihati kita untuk berdoa pada waktu pagi dan malam. Namun, kita boleh berdoa pada bila-bila masa dan dalam apa jua situasi. Untuk doa peribadi dan keluarga kita, adalah lebih bermakna untuk berlutut semasa kita berdoa. Kita harus sentiasa berdoa dalam hati kita. (Lihat Alma 34:27; 37:36–37; 3 Nefi 17:13; 19:16.)

Doa-doa kita haruslah difikirkan dan dari hati. Apabila kita berdoa, elakkan mengucap hal yang sama dengan cara yang sama.

Kita berdoa dengan iman, keikhlasan, dan maksud yang bersungguh-sungguh untuk bertindak atas jawapan yang diterima. Apabila kita melakukan ini, Tuhan akan membimbing dan membantu kita membuat keputusan yang baik. Kita akan berasa lebih dekat kepada-Nya. Dia akan memberi kita pemahaman dan kebenaran. Dia akan memberkati kita dengan penghiburan, kedamaian, dan kekuatan.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

  • Panduan Tulisan Suci: “Doa

Mengkaji Tulisan Suci

Nefi mengajar, “Jamuilah diri dengan firman Kristus; kerana [ia] akan memberitahu kamu segalanya yang kamu harus lakukan” (2 Nefi 32:3; lihat juga 31:20).

Mengkaji tulisan suci adalah satu cara penting untuk mengingati dan mengikuti Yesus Kristus. Kita belajar tentang kehidupan, pelayanan, dan ajaran-ajaran-Nya dalam tulisan suci. Kita juga belajar tentang janji-janji-Nya. Apabila kita membaca tulisan suci, kita merasakan kasih-Nya. Jiwa kita berkembang, iman kita kepada-Nya meningkat, dan minda kita diterangi. Kesaksian kita tentang misi ilahi-Nya menjadi lebih kuat.

Kita mengingati dan mengikuti Yesus semasa kita mengaplikasikan firman-Nya dalam kehidupan kita. Kita harus mengkaji tulisan suci setiap hari, terutamanya Kitab Mormon.

Tulisan suci Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Ini juga dipanggil “pekerjaan standard.”

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Imej
Yesus Kristus sedang mengajar orang ramai

Perjanjian Kita untuk Mematuhi Perintah-perintah Tuhan

Nota: Terdapat banyak cara untuk mengajar perintah-perintah dalam bahagian ini. Contohnya, anda boleh mengajar mereka dalam beberapa kunjungan. Atau anda boleh mengajar beberapa perintah sebagai sebahagian daripada tiga pelajaran pertama. Apabila mengajar perintah-perintah, pastikan untuk menghubungkannya dengan perjanjian pembaptisan dan rancangan penyelamatan.

Apabila kita dibaptiskan, kita berjanji dengan Tuhan untuk “mentaati perintah-perintah-Nya” (Mosia 18:10; Alma 7:15).

Tuhan telah memberi kita perintah-perintah kerana Dia mengasihi kita. Dia inginkan yang terbaik untuk kita, sekarang dan selama-lamanya. Sebagai Bapa Syurgawi kita, Dia tahu apa yang kita perlukan untuk kesejahteraan rohani dan jasmani kita. Dia juga tahu apa yang akan membawa kita kegembiraan yang terbesar. Setiap perintah adalah kurnia ilahi, diberikan untuk membimbing keputusan kita, melindungi kita, dan membantu kita berkembang.

Satu sebab kita datang ke bumi adalah untuk belajar dan berkembang dengan menggunakan hak pilihan kita dengan bijaksana (lihat Abraham 3:25). Memilih untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan—dan bertaubat apabila kita berdosa—membantu kita mengemudi perjalanan fana yang sering mencabar ini.

Perintah-perintah Tuhan adalah sumber kekuatan dan berkat (lihat Ajaran dan Perjanjian 82:8–9). Dengan mematuhi perintah-perintah, kita belajar bahawa ia bukan peraturan-peraturan membebankan yang menyekat kebebasan kita. Kebebasan sejati datang dari mematuhi perintah-perintah. Kepatuhan adalah sumber kekuatan yang membawa kita cahaya dan pengetahuan melalui Roh Kudus. Ia membawa kita kegembiraan yang lebih besar dan membantu kita mencapai potensi ilahi kita sebagai anak-anak Tuhan.

Tuhan berjanji untuk memberkati kita semasa kita mematuhi perintah-perintah-Nya. Terdapat berkat yang khusus untuk perintah-perintah tertentu. Kedamaian dalam kehidupan ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang adalah berkat-Nya yang terunggul. (Lihat Mosia 2:41; Alma 7:16; Ajaran dan Perjanjian 14:7; 59:23; 93:28; 130:20–21.)

Berkat-berkat Tuhan adalah rohani dan duniawi. Kadangkala, kita perlu bersabar dalam menunggu untuk mereka, mempercayai bahawa mereka akan datang menurut kehendak dan masa-Nya (lihat Mosia 7:33; Ajaran dan Perjanjian 88:68). Untuk membezakan beberapa berkat, kita perlu peka dan memerhatikan secara rohani. Ini amat benar bagi berkat-berkat yang datang dengan cara yang mudah dan biasa.

Terdapat berkat yang mungkin hanya dapat dilihat selepas pengalaman itu berlalu. Yang lain mungkin tidak akan datang sehingga selepas kehidupan ini. Tanpa mengira masa atau sifat berkat-berkat Tuhan, kita boleh yakin bahawa ia akan datang apabila kita berusaha untuk mengamalkan injil Yesus Kristus (lihat Ajaran dan Perjanjian 82:10).

Tuhan mengasihi semua anak-anak-Nya dengan sempurna. Dia bersabar dengan kelemahan kita, dan Dia mengampuni apabila kita bertaubat.

Dua Perintah yang Besar

Apabila Yesus ditanya, “Perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?” Dia menjawab, “Kasihilah Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.”

Kemudian Yesus berfirman bahawa perintah kedua adalah seperti yang pertama: “Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri” (Matius 22:36–39). “Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini” (Markus 12:31).

Sebagai anak-anak roh Tuhan, kita mempunyai keupayaan besar untuk mengasihi. Ia adalah sebahagian daripada warisan rohani kita. Mematuhi dua perintah utama—untuk mengasihi Tuhan terdahulu dan mengasihi sesama kita—ialah ciri yang mendefinisikan para pengikut Yesus Kristus.

Kasih Tuhan

Terdapat banyak cara kita boleh menunjukkan kasih kita kepada Tuhan. Kita boleh mematuhi perintah-perintah-Nya (lihat Yohanes 14:15, 21). Kita boleh mengutamakan-Nya dalam hidup kita, menyerahkan kehendak kita kepada-Nya. Kita boleh memusatkan hasrat, fikiran dan hati kita kepada-Nya (lihat Alma 37:36). Kita boleh hidup dalam kesyukuran untuk berkat-berkat yang Dia telah berikan kepada kita—dan bermurah hati dalam berkongsi berkat-berkat itu (lihat Mosia 2:21–24; 4:16–21). Melalui doa dan pelayanan kepada orang lain, kita boleh menyatakan dan mendalamkan kasih kita kepada-Nya.

Seperti perintah-perintah lain, perintah untuk mengasihi Tuhan adalah untuk manfaat kita. Apa yang kita kasihi menentukan apa yang kita cari. Apa yang kita cari menentukan apa yang kita fikir dan lakukan. Dan apa yang kita fikir dan lakukan menentukan siapa kita—dan siapa kita akan menjadi.

Mengasihi Orang Lain

Mengasihi orang lain adalah lanjutan kasih kita kepada Tuhan. Juruselamat mengajar kita pelbagai cara untuk mengasihi orang lain (lihat, contohnya, Lukas 10:25–37 dan Matius 25:31–46). Kita hubungi dan mengalu-alukan mereka ke dalam hati dan kehidupan kita. Kita mengasihi dengan melayani—dengan memberikan diri kita bahkan dalam cara yang kecil. Kita mengasihi orang lain dengan menggunakan kurnia yang Tuhan telah berikan kepada kita untuk memberkati mereka.

Mengasihi orang lain termasuk bersabar, baik hati, dan jujur. Ia termasuk mengampuni dengan bebas. Ia bermaksud melayan semua orang dengan hormat.

Apabila kita mengasihi seseorang, kita dan orang itu diberkati. Hati kita berkembang, kehidupan kita menjadi lebih bermakna, dan kebahagiaan kita meningkat.

Berkat

Dua perintah utama—untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama—adalah landasan untuk semua perintah Tuhan (lihat Matius 22:40). Apabila kita mengasihi Tuhan, dan juga mengasihi orang lain, segalanya dalam kehidupan kita akan bergerak ke tempat yang sepatutnya. Kasih ini akan mempengaruhi perspektif kita, penggunaan masa kita, minat yang kita kejar, dan aturan keutamaan kita.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Ikutlah Nabi

Tuhan memanggil nabi untuk menjadi wakil-Nya di bumi. Melalui nabi-nabi-Nya, Dia mengungkapkan kebenaran dan memberi bimbingan dan amaran.

Tuhan memanggil Joseph Smith untuk menjadi nabi pertama pada zaman akhir (lihat pelajaran 1). Para pengganti Joseph Smith juga telah dipanggil oleh Tuhan untuk memimpin Gereja-Nya, termasuk nabi yang memimpinnya hari ini. Kita harus memperoleh keyakinan tentang panggilan ilahi nabi hidup dan mengikuti ajaran-ajarannya.

Ajaran-ajaran para nabi dan rasul yang hidup menyediakan sauh kebenaran abadi dalam dunia yang sentiasa beralih nilai. Apabila kita mengikuti nabi-nabi Tuhan, kekeliruan dan pertikaian dunia tidak akan menenggelamkan kita. Kita akan menemui kegembiraan yang lebih besar dalam kehidupan ini dan menerima bimbingan untuk bahagian perjalanan abadi kita.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Patuhi Sepuluh Perintah

Tuhan mengungkapkan Sepuluh Perintah kepada nabi zaman dahulu bernama Musa untuk membimbing umat-Nya. Perintah-perintah ini berguna bagi zaman kita juga. Ia mengajar kita untuk menyembah dan menunjukkan ketakziman kepada Tuhan. Ia juga mengajar kita bagaimana untuk memperlakukan satu sama lain.

  • “Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (Keluaran 20:3). “Tuhan-tuhan” lain boleh termasuk pelbagai perkara, seperti milik harta, kuasa, atau menjadi terkenal.

  • “Jangan buat patung bagi diri kamu, patung yang menyerupai apa-apa pun yang ada” (Keluaran 20:4).

  • “Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat” (Keluaran 20:7).

  • “Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci” (Keluaran 20:8).

  • “Hormatilah bapa dan ibu kamu” (Keluaran 20:12).

  • “Jangan membunuh” (Keluaran 20:13).

  • “Jangan berzina” (Keluaran 20:14).

  • “Jangan mencuri” (Keluaran 20:15).

  • “Jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain” (Keluaran 20:16).

  • “Jangan ingini kepunyaan orang lain” (Keluaran 20:17).

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Imej
seorang lelaki mendukung seorang wanita

Patuhi Hukum Kemurnian

Hukum kemurnian adalah bahagian penting dalam rancangan Tuhan untuk keselamatan dan permuliaan kita. Keintiman seksual di antara suami dan isteri ditahbiskan oleh Tuhan untuk penciptaan anak-anak dan sebagai ungkapan kasih dalam perkahwinan. Keintiman ini dan kuasa untuk mencipta nyawa manusia bertujuan untuk menjadi indah dan kudus.

Hukum kemurnian Tuhan adalah penahanan diri daripada hubungan seksual di luar perkahwinan yang sah di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Hukum ini juga bermaksud mempunyai kesetiaan dan ketaatan yang sempurna terhadap seseorang selepas perkahwinan.

Untuk membantu kita mematuhi hukum kemurnian, para nabi telah menasihati kita untuk membersihkan fikiran dan kata-kata kita. Kita harus mengelakkan pornografi dalam apa-apa bentuk pun. Dalam mematuhi hukum kemurnian akhlak, kita haruslah bersederhana dalam kelakuan dan penampilan kita.

Calon-calon pembaptisan harus mematuhi hukum kemurnian.

Pertaubatan dan Pengampunan

Dalam pandangan Tuhan, melanggar hukum kemurnian adalah sangat serius (lihat Keluaran 20:14; Efesus 5:3). Ia menyalahgunakan kuasa kudus yang Dia telah berikan untuk mencipta kehidupan. Tetapi Dia terus mengasihi kita walaupun kita telah melanggar hukum ini. Dia menjemput kita untuk bertaubat dan menjadi bersih melalui korban tebusan Yesus Kristus. Kekecewaan akibat dosa boleh digantikan dengan kedamaian manis dari pengampunan Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 58:42–43).

Berkat

Tuhan telah memberikan hukum kemurnian untuk memberkati kita dan anak-anak roh yang Dia utus ke bumi. Mematuhi hukum ini adalah penting untuk kedamaian peribadi dan untuk mempunyai kasih, kepercayaan, dan perpaduan dalam hubungan keluarga kita.

Apabila kita mematuhi hukum kemurnian, kita akan dilindungi dari bahaya rohani yang datang dari keintiman seksual di luar perkahwinan. Kita juga akan mengelakkan masalah emosi dan jasmani yang sering disertai dengan perhubungan sedemikian. Kita akan berkembang dalam keyakinan kita di hadapan Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:45). Kita akan menjadi lebih terbuka kepada pengaruh Roh Kudus. Kita akan lebih bersedia untuk membuat perjanjian kudus di bait suci yang menyatukan keluarga kita untuk keabadian.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Patuhi Hukum Persepuluhan

Satu hak istimewa keahlian dalam Gereja adalah peluang untuk membayar persepuluhan. Apabila kita memberi persepuluhan, kita membantu melanjutkan pekerjaan Tuhan dan memberkati anak-anak-Nya.

Perintah persepuluhan wujud sejak zaman Perjanjian Lama. Contohnya, nabi Abraham telah membayar persepuluhan bagi segala yang dia miliki (lihat Alma 13:15; Kejadian 14:18–20).

Perkataan persepuluhan bermaksud satu persepuluh. Apabila kita membayar persepuluhan, kita menderma satu persepuluh daripada pendapatan kita kepada Gereja (lihat Ajaran dan Perjanjian 119:3–4; pendapatan bermaksud gaji). Segala yang kita ada adalah kurnia daripada Tuhan. Apabila kita membayar persepuluhan, kita menunjukkan kesyukuran kepada-Nya dengan mengembalikan sebahagian daripada apa yang Dia telah berikan kepada kita.

Membayar persepuluhan merupakan suatu pernyataan iman. Ia juga satu cara untuk menghormati Tuhan. Yesus mengajar bahawa kita harus “utama … Pemerintahan Tuhan” (Matius 6:33), dan persepuluhan adalah satu cara untuk melakukan itu.

Imej
Widow’s Mite [Wang Tembaga Balu], oleh Sandra Rast

Penggunaan Dana Persepuluhan

Dana persepuluhan adalah kudus. Kita memberikan persepuluhan kita kepada seorang ahli lembaga uskup, atau di banyak tempat yang lain kita boleh membayarnya dalam talian. Apabila lembaga uskup menerima persepuluhan, mereka menghantarnya ke ibu pejabat Gereja.

Sebuah majlis terdiri daripada Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Lembaga Uskup Utama memutuskan bagaimana untuk menggunakan dana persepuluhan dalam pekerjaan Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 120:1). Ini termasuk:

  • Membina dan menyelenggara bait suci dan bangunan pertemuan.

  • Menterjemah dan menerbitkan tulisan suci.

  • Menyokong aktiviti-aktiviti dan operasi jemaah Gereja tempatan.

  • Menyokong pekerjaan misionari di seluruh dunia.

  • Menyokong pekerjaan sejarah keluarga

  • Membiayai sekolah dan pendidikan.

Persepuluhan tidak digunakan untuk membayar pemimpin Gereja tempatan. Mereka melayani secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Berkat

Apabila kita membayar persepuluhan, Tuhan menjanjikan berkat-berkat yang jauh lebih besar daripada apa yang kita berikan. Dia akan “membuka … tingkap-tingkap syurga, dan melimpahi … segala yang baik” (Maleakhi 3:10; lihat ayat 7–12). Berkat-berkat ini mungkin rohani dan duniawi.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Patuhi Kata-kata Bijaksana

Hukum Kesihatan Tuhan

Badan kita adalah kurnia kudus daripada Tuhan. Setiap kita perlukan tubuh jasmani untuk menjadi lebih seperti Dia. Badan kita sangat penting sehinggakan tulisan suci membandingkannya dengan bait suci (lihat 1 Korintus 6:19–20).

Tuhan mahu kita memperlakukan tubuh kita dengan hormat. Untuk membantu kita melakukan ini, Dia telah mengungkapkan satu hukum kesihatan yang dipanggil Kata-kata Bijaksana. Wahyu ini mengajar kita tentang memakan makanan yang sihat dan tidak menggunakan bahan-bahan yang membahayakan badan kita—khususnya alkohol, tembakau, dan minuman panas (bermaksud teh dan kopi).

Menurut Kata-kata Bijaksana, para nabi moden telah memberi amaran untuk menggunakan bahan-bahan lain yang berbahaya, menyalahi undang-undang, atau ketagihan. Para nabi juga telah memberi amaran tentang penyalahgunaan dadah preskripsi. (Presiden misi anda akan menjawab soalan-soalan sama ada bahan-bahan lain di kawasan geografi anda tidak patut digunakan.)

Berkat

Tuhan menyediakan Kata-kata Bijaksana untuk kesejahteraan jasmani dan rohani kita. Dia menjanjikan berkat-berkat besar apabila kita mematuhi perintah ini. Berkat-berkat ini termasuk kesihatan, kebijaksanaan, ilmu pengetahuan, dan perlindungan (lihat Ajaran dan Perjanjian 89:18–21).

Mematuhi Kata-kata Bijaksana akan membantu kita menjadi lebih peka kepada dorongan Roh Kudus. Walaupun kita semua mengalami cabaran kesihatan, mematuhi hukum ini akan membantu kita menjadi lebih sihat dalam tubuh, minda, dan roh.

Calon-calon pembaptisan harus mematuhi Kata-kata Bijaksana.

Untuk bimbingan tentang membantu orang yang bergelut dengan ketagihan, lihat bab 10.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Menguduskan Hari Sabat

Hari untuk Rehat dan Menyembah

Hari Sabat adalah hari kudus yang Tuhan telah tetapkan bagi kita setiap minggu untuk beristirahat dari kerja harian kita dan menyembah-Nya. Salah satu dari Sepuluh Perintah yang diberikan kepada Musa adalah untuk “rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci” (Keluaran 20:8; lihat juga ayat 9–11).

Dalam satu wahyu moden, Tuhan menegaskan Hari Sabat “satu hari yang ditetapkan bagimu untuk mempersembahkan kewarakkanmu kepada Yang Maha Tinggi” (Ajaran dan Perjanjian 59:10). Dia juga berfirman bahawa hari Sabat harus menjadi hari bersukacita, doa dan kesyukuran (lihat ayat 14–15).

Sebagai sebahagian penyembahan Hari Sabat kita, kita menghadiri pertemuan sakramen setiap minggu. Dalam pertemuan ini, kita menyembah Tuhan dan mengambil sakramen untuk mengingati Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Apabila kita mengambil sakramen, kita memperbaharui perjanjian kita dengan Tuhan dan menunjukkan bahawa kita bersedia untuk bertaubat daripada dosa-dosa kita. Tatacara sakramen adalah pusat pematuhan hari Sabat kita.

Di gereja kita juga mengambil bahagian dalam kelas-kelas di mana kita belajar lebih lanjut tentang injil Yesus Kristus. Iman kita berkembang semasa kita mengkaji tulisan suci bersama. Kasih kita berkembang semasa kita melayani dan memperkuatkan satu sama lain.

Selain daripada beristirahat dari kerja pada hari Sabat, kita harus mengelak dari membeli-belah dan aktiviti lain yang akan membuatkan ia seperti hari biasa. Kita mengetepikan aktiviti-aktiviti dunia dan menumpukan fikiran dan tindakan kita pada hal-hal rohani.

Hari untuk Melakukan Kebaikan

Melakukan kebaikan pada hari Sabat adalah sama pentingnya dengan apa yang kita elak lakukan untuk menguduskannya. Kita mempelajari injil, memperkuatkan iman, membina perhubungan, memberi pelayanan, dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain yang menaikkan semangat bersama keluarga dan kawan-kawan.

Imej
pasangan membaca kitab suci

Berkat

Menguduskan hari Sabat ialah satu ungkapan kesetiaan kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Apabila kita membuat aktiviti Hari Sabat serasi dengan niat Tuhan untuk hari itu, kita akan berasa bahagia dan damai. Kita akan dipelihara secara rohani dan segar secara jasmani. Kita juga akan merasa lebih dekat kepada Tuhan dan memperdalamkan hubungan kita dengan Juruselamat. Kita boleh menjaga diri dengan sepenuhnya “tidak ternoda dari dunia ini” (Ajaran dan Perjanjian 59:9). Hari Sabat akan menjadi “bahagia” (Yesaya 58:13; lihat juga ayat 14).

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Patuhi Undang-undang

Orang Suci Zaman Akhir percaya dalam mematuhi undang-undang dan menjadi warganegara yang baik (lihat Ajaran dan Perjanjian 134; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:12). Ahli-ahli Gereja digalakkan untuk memberi pelayanan bagi memperbaiki komuniti dan negara mereka. Mereka juga digalakkan untuk menjadi pengaruh nilai-nilai moral yang kukuh dalam masyarakat dan kerajaan.

Ahli-ahli Gereja dijemput untuk mengambil bahagian dalam kerajaan dan proses politik menurut undang-undang. Ahli-ahli yang memegang jawatan dalam kerajaan bertindak dalam kemampuan sebagai warganegara yang prihatin, bukannya sebagai wakil Gereja.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Imej
The Greatest in the Kingdom [Orang yang Dianggap Terbesar], oleh J. Kirk Richards

Perjanjian Kita untuk Melayani Tuhan dan Orang Lain

Pelayanan

Apabila kita dibaptiskan, kita berjanji untuk melayani Tuhan dan orang lain. Melayani orang lain adalah salah satu cara utama kita melayani Tuhan (lihat Mosia 2:17). Nabi Alma mengajar bahawa mereka yang ingin dibaptiskan harus “bersedia untuk menanggung beban satu sama lain, … berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa … , dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan” (Mosia 18:8–9).

Tidak lama selepas pembaptisan, ahli-ahli baharu biasanya menerima panggilan untuk melayani dalam Gereja. Panggilan-panggilan ini adalah secara sukarela dan tidak dibayar. Apabila kita menerima dan melayani dengan tekun, kita berkembang dalam iman, mengembangkan bakat, dan memberkati orang lain.

Satu lagi bahagian pelayanan dalam Gereja adalah menjadi “pelayan saudara” atau “pelayan saudari.” Dalam tanggungjawab ini, kita melayani individu dan keluarga yang ditugaskan.

Sebagai pengikut Yesus Kristus, kita mencari peluang untuk melayani setiap hari. Seperti Dia, kita “berbuat baik” (Kisah Rasul-Rasul 10:38). Kita melayani jiran-jiran kita dan orang lain dalam komuniti kita. Kita boleh mengambil bahagian dalam peluang pelayanan melalui JustServe di mana ia tersedia. Kita boleh menyokong usaha kemanusiaan Gereja dan mengambil bahagian dalam tindak balas bencana.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Imej
orang ramai bercakap

Berkongsi Injil

Sebagai sebahagian daripada perjanjian pembaptisan kita, kita berjanji untuk “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan” (Mosia 18:9). Satu cara kita berdiri sebagai saksi adalah dengan berkongsi injil Yesus Kristus. Membantu orang lain menerima injil adalah salah satu jenis pelayanan paling gembira yang kita boleh berikan (lihat Ajaran dan Perjanjian 18:15–16). Ia adalah satu ungkapan kasih kita yang berkuasa.

Apabila kita mengalami berkat-berkat dari mengamalkan injil, kita secara semula jadi ingin berkongsi berkat-berkat tersebut. Ahli keluarga, kawan-kawan, dan kenalan sering menunjuk minat apabila kita menetapkan teladan beriman dan mereka dapat melihat bagaimana injil memberkati kehidupan kita. Kita boleh berkongsi injil dengan cara yang biasa dan semula jadi (lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, bab 23).

Kita menjemput orang lain untuk menyertai dalam aktiviti pelayanan, komuniti, rekreasi, dan Gereja. Kita boleh menjemput mereka ke pertemuan Gereja atau pelayanan pembaptisan. Kita boleh menjemput mereka untuk menonton satu video dalam talian yang menjelaskan injil Yesus Kristus, membaca Kitab Mormon, atau melawat rumah terbuka bait suci. Terdapat ratusan jemputan yang kita boleh hulurkan. Sering kali, menjemput bermaksud memasukkan keluarga, kawan dan jiran kita dalam apa yang kita sedang lakukan.

Jika kita bertanya, Tuhan akan membantu kita mengenali peluang untuk berkongsi injil dan memberitahu orang lain tentang bagaimana ia memberkati kehidupan kita.

Untuk maklumat lanjut tentang mengaplikasikan asas-asas kasih, berkongsi, dan menjemput, lihat “Bersatu Dengan Ahli-ahli” dalam bab 9.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Puasa dan Sumbangan Puasa

Tuhan menubuhkan hukum puasa sebagai satu cara bagi kita untuk mengembangkan kekuatan rohani dan membantu mereka yang memerlukannya.

Berpuasa bermaksud tanpa makanan dan minuman buat satu tempoh masa. Gereja biasanya mengkhaskan hari Ahad pertama setiap bulan sebagai hari berpuasa. Hari puasa biasanya termasuk tanpa makanan dan minuman selama 24 jam jika kita mampu secara fizikal. Bahagian penting lain bagi hari Ahad puasa termasuk doa dan memberi kesaksian. Kita juga digalakkan untuk berpuasa pada masa-masa lain apabila kita memerlukannya.

Membina Kekuatan Rohani

Berpuasa dapat membantu kita menjadi rendah hati, mendekati Tuhan, dan merasa diperbaharui secara rohani. Sebelum memulakan pelayanan-Nya, Yesus Kristus berpuasa (lihat Matius 4:1–2). Tulisan suci telah merekod banyak laporan tentang nabi dan orang lain berpuasa supaya mereka boleh meningkatkan kekuatan rohani mereka dan mencari berkat-berkat istimewa untuk diri mereka sendiri atau orang lain.

Berpuasa dan berdoa bersama. Apabila kita berpuasa dan berdoa dengan iman, kita lebih peka untuk menerima wahyu peribadi. Kita juga lebih bersedia untuk mengenali kebenaran dan memahami kehendak Tuhan.

Membantu Mereka yang Memerlukannya

Apabila kita berpuasa, kita mendermakan wang kepada Gereja untuk membantu menjaga orang yang memerlukannya. Ini dipanggil sumbangan puasa. Kita dijemput untuk menderma sekurang-kurangnya nilai yang sama dengan harga hidangan makan yang tidak di makan. Kita digalakkan untuk bermurah hati dan memberi lebih daripada nilai makanan ini jika mampu. Memberi sumbangan puasa adalah satu cara kita boleh melayani orang lain.

Sumbangan puasa ini digunakan untuk menyediakan makanan dan keperluan lain kepada orang yang memerlukannya, mahupun tempatan atau di seluruh dunia. Untuk maklumat tentang bagaimana memberi sumbangan puasa, lihat “Menderma Persepuluhan dan Sumbangan Lain” dalam pelajaran ini.

Kajian Kitab Suci

Puasa

Menjaga Orang yang Memerlukan

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

  • Panduan Tulisan Suci: “Puasa, Berpuasa

  • Pilihan dari Buku Panduan Umum: 22.2.2

Imej
keluarga di luar bait suci

Perjanjian Kita untuk Bertahan Sampai Akhir

Apabila kita dibaptiskan, kita berjanji dengan Tuhan untuk “bertahan sampai akhir” dalam mengamalkan injil Yesus Kristus (2 Nefi 31:20; lihat juga Mosia 18:13). Kita berusaha untuk menjadi pengikut Yesus Kristus sepanjang hidup.

Nabi Nefi dari Kitab Mormon menggambarkan pembaptisan sebagai pintu gerbang yang kita lalui untuk memasuki jalan injil (lihat 2 Nefi 31:17). Selepas pembaptisan, kita “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus” (2 Nefi 31:20).

Apabila kita “maju terus” pada jalan penganutan, kita bersedia untuk pergi ke bait suci. Di sana kita akan membuat perjanjian dengan Tuhan semasa kita menerima tatacara-tatacara bait suci. Dalam bait suci, kita akan dianugerahi dengan kuasa dan boleh dimeteraikan dengan keluarga untuk keabadian. Mentaati perjanjian yang kita buat di bait suci akan membuka pintu kepada setiap hak istimewa rohani dan berkat yang Tuhan ada untuk kita.

Apabila kita terus setia di sepanjang perjalanan injil, akhirnya kita akan menerima kurnia terbesar Tuhan—kurnia kehidupan abadi (lihat 2 Nefi 31:20; Ajaran dan Perjanjian 14:7).

Bahagian berikut menjelaskan beberapa aspek tentang apa yang Tuhan telah sediakan untuk membantu kita bertahan sampai akhir di perjalanan fana kita—dan memperoleh kebahagiaan di dalamnya.

Organisasi Imamat dan Gereja

Imamat adalah wewenang dan kuasa Tuhan. Melalui imamat, Bapa Syurgawi melaksanakan pekerjaan-Nya “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi” bagi anak-anak-Nya (Musa 1:39). Tuhan memberikan wewenang dan kuasa kepada putera dan puteri-Nya di bumi untuk membantu menjalankan pekerjaan ini.

Imamat memberkati kita semua. Tatacara-tatacara seperti pembaptisan dan sakramen diterima melalui mereka yang memegang jawatan imamat. Kita juga boleh menerima berkat-berkat penyembuhan, penghiburan dan bimbingan.

Kepimpinan Imamat dan Gereja dan Panggilan

Gereja dipimpin oleh Yesus Kristus melalui para nabi dan rasul. Pemimpin-pemimpin ini dipanggil oleh Tuhan, ditahbiskan, dan diberikan wewenang imamat untuk bertindak dalam nama Juruselamat.

Sejak zaman dahulu, Kristus memberi para Rasul-Nya wewenang imamat yang sama, yang membenarkan mereka untuk memimpin Gereja-Nya selepas Dia naik ke syurga. Akhirnya wewenang itu hilang apabila orang menolak injil dan para Rasul mati.

Utusan-utusan syurgawi memulihkan imamat pada tahun 1829 melalui Nabi Joseph Smith, dan Tuhan menubuhkan Gereja-Nya semula dengan para rasul dan nabi. (Lihat pelajaran 1.)

Di peringkat tempatan, uskup dan presiden pancang mempunyai wewenang imamat untuk memimpin jemaah Gereja.

Apabila lelaki dan wanita dipanggil dan ditetapkan untuk melayan di Gereja, mereka diberi wewenang daripada Tuhan untuk bertindak dalam panggilan itu. Wewenang ini diberikan kepada para misionari, pemimpin, pengajar, dan yang lain sehingga mereka dilepaskan dari panggilan mereka. Ia ditugaskan menurut arahan mereka yang memegang kunci-kunci imamat.

Wewenang imamat hanya boleh digunakan dalam kesolehan (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:34–46). Wewenang ini adalah satu kepercayaan kudus untuk mewakili Juruselamat dan bertindak dalam nama-Nya. Ia sentiasa dimaksudkan untuk memberkati dan melayani orang lain.

Imej
remaja putera di sekolah hari Ahad

Imamat Harun dan Imamat Melkisedek

Dalam Gereja, imamat termasuk Imamat Harun dan Imamat Melkisedek. Di bawah arahan mereka yang memegang kunci-kunci imamat, Imamat Harun dan Melkisedek dianugerahkan kepada ahli-ahli Gereja lelaki yang layak. Setelah imamat yang sesuai dianugerahkan, orang itu ditahbiskan ke jawatan dalam imamat itu, seperti diaken atau elder. Dia mesti ditahbiskan oleh seseorang yang mempunyai wewenang yang diperlukan.

Apabila seorang lelaki atau remaja putera menerima imamat, dia membuat perjanjian dengan Tuhan untuk memenuhi tugas kudus, melayani orang lain, dan membantu membangunkan Gereja.

Remaja putera boleh menerima Imamat Harun dan ditahbiskan sebagai diaken bermula pada bulan Januari pada tahun mereka akan berumur 12 tahun. Mereka boleh ditahbiskan sebagai pengajar pada tahun mereka akan berumur 14 tahun dan imam pada tahun mereka akan berumur 16 tahun. Penganut baharu lelaki apa-apa pun umur boleh menerima Imamat Harun tidak lama selepas pembaptisan dan penetapan. Pemegang Imamat Harun melaksanakan tatacara-tatacara seperti sakramen dan pembaptisan.

Selepas melayan pada satu tempoh sebagai seorang imam dalam Imamat Harun, seorang lelaki yang layak dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun boleh menerima Imamat Melkisedek dan ditahbiskan sebagai seorang elder. Para lelaki yang menerima Imamat Melkisedek boleh melaksanakan tatacara imamat seperti memberi berkat-berkat untuk menyembuhkan dan menghiburkan kepada ahli keluarga dan orang lain.

Lihat General Handbook, 38.2.9.1, untuk maklumat tentang ahli-ahli baharu yang menerima imamat.

Kuorum dan Organisasi Gereja

Kuorum Imamat Kuorum ialah satu kumpulan pemegang imamat yang diorganisasikan. Setiap bahagian mempunyai kuorum elder untuk lelaki dewasa. Kuorum diaken, pengajar, dan imam adalah untuk remaja putera.

Lembaga Pertolongan. Lembaga Pertolongan termasuk wanita berumur 18 tahun ke atas. Ahli-ahli Lembaga Pertolongan memperkuatkan keluarga, individu, dan komuniti.

Remaja Puteri Remaja puteri menyertai organisasi Remaja Puteri bermula pada bulan Januari dan tahun yang mereka akan berumur 12 tahun.

Imej
wanita mengajar kelas

Sekolah Primer. Kanak-kanak berumur 3 hingga 11 adalah sebahagian organisasi Sekolah Primer.

Sekolah Minggu. Semua dewasa dan remaja menghadiri Sekolah Minggu, di mana mereka bertemu untuk mengkaji tulisan suci bersama.

Untuk maklumat lanjut tentang imamat, lihat Buku Panduan Umum, bab 3.

Untuk maklumat lanjut tentang kuorum imamat dan organisasi Gereja, lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, bab 8–13.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Perkahwinan dan Keluarga

Kahwin

Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita ditahbiskan oleh Tuhan. Ia adalah pusat rancangan-Nya untuk kemajuan abadi anak-anak-Nya.

Penyatuan suami dan isteri dalam perkahwinan harus menjadi perhubungan duniawi mereka yang paling dihargai. Mereka mempunyai tanggungjawab kudus untuk setia kepada satu sama lain dan kepada perjanjian perkahwinan mereka.

Seorang suami dan isteri adalah setaraf di mata Tuhan. Seseorang tidak harus menguasai yang lain. Keputusan mereka harus dibuat dalam kesatuan dan kasih, dengan penglibatan penuh bersama.

Apabila suami dan isteri mengasihi satu sama lain dan bekerjasama, perkahwinan mereka boleh menjadi sumber kegembiraan terbesar mereka. Mereka boleh membantu satu sama lain dan anak-anak mereka maju menuju kehidupan abadi.

Keluarga

Seperti perkahwinan, keluarga ditahbiskan oleh Tuhan dan adalah pusat rancangan-Nya bagi kegembiraan abadi. Keluarga kita paling gembira apabila kita menjalankan ajaran-ajaran Yesus Kristus. Ibu bapa mengajar anak-anak mereka injil Yesus Kristus dan menetapkan teladan dengan mengamalkannya. Keluarga menyediakan peluang untuk kita mengasihi dan melayani satu sama lain.

Ibu bapa harus menjadikan keluarga mereka keutamaan tertinggi. Ia satu keistimewaan dan tanggungjawab kudus bagi suami dan isteri untuk menjaga anak-anak yang dilahirkan atau diambil sebagai anak angkat.

Semua keluarga menghadapi cabaran. Apabila kita mencari sokongan Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya, cabaran keluarga dapat membantu kita belajar dan berkembang. Kadangkala cabaran-cabaran ini membantu kita belajar untuk bertaubat dan mengampuni.

Imej
bapa sedang mengajar keluarga

Para nabi telah menggalakkan para ahli untuk mengadakan malam keluarga mingguan. Ibu bapa menggunakan masa ini untuk mengajar anak-anak mereka injil, menguatkan hubungan keluarga, dan berseronok bersama. Pemimpin gereja telah mengeluarkan satu pengisytiharan yang mengajar kebenaran penting tentang keluarga (lihat “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org).

Cara lain untuk memperkuatkan keluarga termasuk doa keluarga, kajian tulisan suci, dan menyembah bersama di gereja. Kita juga boleh menyelidik sejarah keluarga, mengumpul cerita keluarga, dan melayani orang lain.

Ramai orang mempunyai peluang terhad untuk perkahwinan atau hubungan keluarga yang penuh kasih. Ramai yang telah mengalami perceraian dan keadaan keluarga yang sukar. Namun, injil memberkati kita secara individu tanpa mengira keadaan keluarga kita. Dan apabila kita beriman, Tuhan akan menyediakan jalan bagi kita untuk memiliki berkat-berkat keluarga yang penuh kasih, sama ada dalam kehidupan ini atau dalam kehidupan yang akan datang.

Kajian Kitab Suci

Kahwin

Keluarga

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

Pekerjaan Bait Suci dan Sejarah Keluarga untuk Nenek Moyang yang Sudah Mati

Bapa Syurgawi mengasihi semua anak-Nya dan menghasratkan keselamatan dan permuliaan mereka. Namun berbilion-bilion orang telah mati tanpa mendengar injil Yesus Kristus atau menerima tatacara-tatacara injil yang menyelamatkan. Tatacara-tatacara ini termasuk pembaptisan, penetapan, pentahbisan imamat untuk para lelaki, anugerahan bait suci, dan perkahwinan abadi.

Melalui rahmat dan belas kasihan-Nya, Tuhan telah menyediakan satu lagi cara untuk orang menerima injil dan tatacara-tatacaranya. Di dunia roh, injil dikhutbahkan kepada mereka yang telah mati tanpa menerimanya (lihat Ajaran dan Perjanjian 138). Di bait suci, kita boleh melaksanakan tatacara-tatacara bagi pihak nenek moyang kita dan orang lain yang sudah mati. Orang yang sudah mati ini di dunia roh boleh menerima atau menolak injil dan tatacara-tatacara yang dilaksanakan untuk mereka.

Imej
keluarga sedang mengkaji tulisan suci

Sebelum kita dapat melaksanakan tatacara-tatacara ini, kita perlu mengenal pasti nenek moyang kita yang belum menerimanya. Mengenal pasti ahli keluarga kita supaya mereka boleh menerima tatacara adalah tujuan utama pekerjaan sejarah keluarga kita. Apabila kita mencari maklumat tentang mereka, kita menambahkannya ke dalam pangkalan data Gereja di FamilySearch.org. Kemudian kita (atau orang lain) boleh melaksanakan tatacara-tatacara perwakilan untuk mereka di bait suci.

Apabila kita mengenal pasti nenek moyang kita dan melaksanakan tatacara-tatacara bagi mereka, keluarga kita boleh bersatu secara abadi.

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini

  • Pilihan dari Buku Panduan Umum, bab 28: “Tatacara Bait Suci bagi Orang Mati

Bait Suci, Anugerahan, Perkahwinan Abadi dan Keluarga Abadi

Bait Suci

Bait Suci ialah rumah Tuhan. Ia satu tempat kudus di mana kita boleh membuat perjanjian dengan Tuhan semasa kita menerima tatacara-tatacara kudus-Nya. Apabila kita mematuhi perjanjian-perjanjian ini, kuasa ketuhanan akan dinyatakan dalam kehidupan kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:19–22; 109:22–23).

Anugerahan

Salah satu tatacara yang kita terima di bait suci ialah anugerahan. Perkataan anugerahan bermaksud “kurnia.” Kurnia pengetahuan dan kuasa ini datang daripada Tuhan. Semasa anugerahan, kita membuat perjanjian dengan Tuhan yang mengikat kita kepada Dia dan Putera-Nya, Yesus Kristus (lihat bab 1).

Orang dewasa boleh layak untuk menerima anugerahan bait suci sendiri selepas sekurang-kurangnya satu tahun dalam keahlian Gereja. Untuk maklumat lanjut tentang anugerahan, lihat General Handbook, 27.2.

Perkahwinan Abadi dan Keluarga Abadi

Rancangan kegembiraan Tuhan membolehkan hubungan keluarga diteruskan selepas kematian. Dalam bait suci kita boleh berkahwin untuk masa dan keabadian. Ini membolehkan keluarga untuk bersama buat selamanya.

Selepas pasangan berkahwin telah menerima anugerahan bait suci, mereka boleh dimeteraikan atau dikahwinkan untuk keabadian. Anak-anak boleh dimeteraikan kepada mereka.

Seorang suami dan isteri yang telah dimeteraikan di bait suci mesti mematuhi perjanjian yang mereka telah buat untuk menerima berkat-berkat perkahwinan abadi.

Imej
pasangan berjalan di jalan

Kajian Kitab Suci

Ketahui Lebih Lanjut tentang Asas Ini