Bab 6
Persembahan di Bait suci
Ketika Yesus berusia beberapa minggu, ibu bapa-Nya membawa-Nya ke Yerusalem untuk mempersembahkan-Nya di bait suci.
Simeon, seorang lelaki soleh yang tinggal di Yerusalem, berada di bait suci. Roh Kudus menyatakan kepadanya bahawa dia akan melihat Kristus sebelum dia meninggal.
Simeon melihat bayi Yesus di bait suci. Dia mendukung-Nya di dalam pangkuannya dan memuji Tuhan.
Kata Simeon anak tersebut akan membawa keselamatan kepada semua orang. Yusuf dan Maria terpegun atas apa yang diperkatakannya.
Seorang balu yang bernama Hana juga ternampak Yesus dan mengenali siapa Dia. Dia memberi kesyukuran dan memberitahu kepada banyak orang tentang-Nya.