Bab 5
Yesus Kristus Telah Lahir
Maharaja Roma membuat sebuah undang-undang bahawa semua orang harus membayar cukai. Yusuf dan Maria tinggal di Nasaret. Mereka perlu berjalan sepanjang 65 batu (105 km) ke Betlehem untuk membayar cukai mereka.
Lukas 2:1–5
Ia tidak mudah bagi Maria untuk membuat perjalanan ke Betlehem. Bayinya akan segera lahir.
Lukas 2:4–5
Ketika Yusuf dan Maria tiba di Betlehem, semua bilik telah dipenuhi oleh orang ramai. Maria dan Yusuf terpaksa tinggal di dalam kandang. Kandang adalah tempat letaknya haiwan-haiwan.
Lukas 2:6–7
Di situlah bayi itu dilahirkan. Maria membalut-Nya dengan kain dan meletakkan-Nya di dalam palung. Yusuf dan Maria menamakan bayi tersebut Yesus.
Lukas 2:7, 21
Pada malam Yesus dilahirkan, para gembala sedang menjaga kawanan domba mereka di padang berdekatan Betlehem. Seorang malaikat datang kepada mereka. Para gembala tersebut takut.
Lukas 2:8–9
Malaikat memberitahu mereka untuk tidak takut. Dia mempunyai berita yang menakjubkan: Juruselamat, Yesus Kristus, telah lahir di Betlehem. Mereka akan menemui-Nya berbaring di dalam palung.
Lukas 2:10–12
Para gembala pergi ke Betlehem, di mana mereka melihat bayi Yesus.
Lukas 2:15–16
Para gembala sungguh gembira melihat Juruselamat. Mereka memberitahu kepada orang lain tentang semua yang mereka telah dengar dan lihat.
Lukas 2:17, 20