Bab 36
Yesus Menceritakan Tiga Perumpamaan
Suatu hari, Yesus sedang menjamu dan bercakap bersama orang-orang yang dianggap sebagai pendosa. Beberapa orang Farisi melihat Dia.
Lukas 15:1–2
Orang Farisi percaya bahawa orang yang baik tidak seharusnya bercakap kepada pendosa. Mereka menganggap bahawa Yesus bukanlah seorang yang baik kerana Dia bercakap kepada pendosa.
Lukas 15:2
Juruselamat ingin membantu orang Farisi untuk memahami mengapa Dia bersama pendosa itu. Dia memberitahu mereka tiga perumpamaan. Yang pertama tentang domba yang hilang.
Lukas 15:3; Teachings of the Prophet Joseph Smith, 277