Bab 16 Anak Lelaki Seorang Pegawai Seorang pemimpin orang Yahudi mempunyai seorang anak lelaki yang sedang sakit tenat. Semua orang menyangka bahawa anak lelakinya akan segera mati. Yohanes 4:46–47 Lelaki tersebut meninggalkan anak lelakinya di rumah dan berjalan beberapa batu jauhnya ke kota Kana. Di sana dia menemui Yesus. Yohanes 4:47 Lelaki tersebut meminta Juruselamat untuk datang dan menyembuhkan anak lelakinya. Yesus memberitahunya bahawa anak lelakinya akan disembuhkan. Lelaki tersebut mempercayai Yesus, dan dia menuju ke rumah. Yohanes 4:47–50 Para orang suruhan datang untuk bertemu dengannya. Mereka memberitahunya bahawa anak lelakinya semakin sembuh dan akan hidup. Dia menanyakan mereka bilakah anak lelakinya mula sembuh? Mereka memberitahunya. Ia adalah sama dengan waktu ketika Yesus mengatakan bahawa anak lelakinya akan disembuhkan. Yohanes 4:51–53 Lelaki tersebut tahu bahawa Yesus Kristus telah menyembuhkan anak lelakinya. Dia dan seluruh keluarganya percaya kepada Juruselamat. Yohanes 4:53