Bab 17
Orang-orang yang Marah di Nasaret
Yesus pergi ke Nasaret, kota di mana Dia telah dibesarkan.
Lukas 4:16
Yesus pergi ke sebuah saumaah, sebuah bangunan di mana orang Yahudi pergi ke gereja. Dia berdiri dan membaca dari tulisan suci. Dia membaca kata-kata dari nabi Yesaya. Yesaya berkata bahawa Juruselamat akan datang ke bumi dan membantu semua orang.
Lukas 4:16–19
Ketika Yesus menutup tulisan suci dan duduk, semua orang melihat kepada-Nya.
Lukas 4:20
Yesus berfirman bahawa kata-kata Yesaya adalah tentang-Nya—bahawa Dia adalah Juruselamat itu. Orang ramai terdiam pada firman-Nya. Mereka berkata, “Bukankah dia anak Yusuf?” Mereka tidak percaya bahawa Yesus ialah Putera Tuhan.
Lukas 4:21–22
Juruselamat tahu fikiran mereka. Mereka ingin Dia untuk melaksanakan sebuah mukjizat. Tetapi Yesus memberitahu mereka bahawa Dia tidak akan melakukan mukjizat untuk mereka kerana mereka tidak mempunyai iman terhadap-Nya.
Lukas 4:23–27
Ini membuatkan orang-orang tersebut marah. Mereka membawa Yesus ke puncak sebuah bukit dan ingin membuang-Nya.
Lukas 4:28–29
Yesus melepaskan diri daripada mereka dan pergi ke kota yang lain.
Lukas 4:30–31