Ikutlah Aku 2024
14–20 Oktober: “Kamulah Anak-anak Perjanjian.” 3 Nefi 20–26


“14–20 Oktober: ‘Kamulah Anak-anak Perjanjian.’ 3 Nefi 20–26,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“14–20 Oktober. 3 Nefi 20–26,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
Kristus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

Ilustrasi Kristus menampakkan diri kepada bangsa Nefi, oleh Andrew Bosley

14–20 Oktober: “Kamulah Anak-anak Perjanjian”

3 Nefi 20–26

Apabila anda mendengar orang menggunakan istilah seperti bani Israel, adakah anda rasa seperti mereka bercakap tentang anda? Bangsa Nefi dan bangsa Laman adalah keturunan Israel yang sejati, “suatu cabang daripada pokok Israel,” namun mereka rasa “telah hilang daripada tubuhnya” (Alma 26:36, lihat juga 1 Nefi 15:12). Tetapi Juruselamat ingin mereka tahu bahawa mereka tidak hilang bagi-Nya. “Kamu adalah dari bani Israel,” Dia berkata, “dan kamu adalah dari perjanjian” (3 Nefi 20:25). Dia mungkin katakan sesuatu yang serupa kepada anda hari ini, bagi sesiapa yang telah dibaptiskan dan membuat perjanjian dengan-Nya juga adalah dari bani Israel, “adalah dari perjanjian.” Dalam kata lain, ketika Yesus bercakap tentang bani Israel, Dia bercakap tentang anda. Arahan untuk memberkati “semua kaum di bumi” ialah untuk anda (3 Nefi 20:27). Jemputan untuk “bangunlah, bangunlah lagi, dan kenakanlah kekuatanmu” ialah untuk anda (3 Nefi 20:36). Dan janji Dia yang bernilai, “Kebaikan hati-Ku tidak akan berganjak daripadamu, tidak juga perjanjian damai-Ku akan disingkirkan,” ialah untuk anda (3 Nefi 22:10).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

3 Nefi 20–22

Pada zaman akhir, Tuhan akan melakukan kerja yang menakjubkan.

Dalam 3 Nefi 20–22, Juruselamat bernubuat tentang masa depan umat perjanjian-Nya (lihat terutamanya 3 Nefi 20:30–32, 39–41; 21:9–11, 22–29). Semasa anda membaca ayat-ayat ini, ingatlah apa yang Presiden Russell M. Nelson katakan: “Kita adalah antara umat perjanjian Tuhan. Kita berkesempatan untuk menyertai secara peribadi dalam memenuhi janji-janji ini. Ini adalah masa yang menarik untuk hidup!” (“The Gathering of Scattered Israel,” Liahona, Nov. 2006, 79). Nubuat manakah yang paling anda teruja? Apakah yang anda boleh lakukan untuk memenuhinya?

Mencari perkataan dan ayat-ayat yang mengilhami. Anda mungkin temui firman dan frasa tertentu dalam tulisan suci yang anda kagumi, seolah-olah tulisan suci itu ditulis khas untuk anda. Pertimbangkan untuk menandanya dalam tulisan suci anda atau mencatatnya dalam jurnal pengkajian anda.

3 Nefi 2224

Tuhan berbelas kasihan kepada orang yang berpaling kepada-Nya.

Dalam 3 Nefi 22 dan 24, Juruselamat memetik kata-kata dari Yesaya dan Maleakhi yang penuh dengan gambar dan perbandingan yang jelas—arang batu dalam api, perak yang disucikan, perkahwinan, tingkap-tingkap syurga (lihat terutamanya 3 Nefi 22:7–8, 10–17; 24:10–12, 17–18). Apakah perbandingan ini ajarkan anda tentang hubungan Tuhan dengan umat-Nya—dan hubungan-Nya dengan anda? Bagaimanakah janji-janji dalam bab-bab ini telah dipenuhi dalam hidup anda atau hidup keluarga anda?

3 Nefi 23:6–13

Mencatat pengalaman rohani boleh memberkati keluarga saya.

Apakah yang anda kagum tentang interaksi Juruselamat dengan Nefi dalam 3 Nefi 23:6–13? Jika Juruselamat memeriksa catatan yang anda simpan, apakah soalan yang Dia mungkin tanya anda? Apakah peristiwa penting atau pengalaman rohani yang anda harus catatkan? Mengapakah ia penting untuk berbuat demikian? (lihat 3 Nefi 26:2).

3 Nefi 23; 26:1–12

Tuhan mahu saya menyelidiki tulisan suci.

Semasa anda membaca 3 Nefi 20:10–12; 23; 26:1–12, renungkan perasaan Juruselamat tentang tulisan suci. Apakah perbezaan di antara menyelidiki tulisan suci dan sekadar membacanya? (lihat 3 Nefi 23:1).

3 Nefi 24:7–12

Imej
ikon seminari
Membayar persepuluhan membuka tingkap-tingkap syurga.

Umat Tuhan selalu diperintahkan untuk membayar persepuluhan (lihat Kejadian 14:17–20; Maleakhi 3:8–11). Semasa anda mengkaji 3 Nefi 24:7–12, fikirkan mengapa Tuhan meminta umat-Nya untuk membayar persepuluhan. Soalan-soalan ini boleh membimbing pengkajian anda:

  • Apakah itu humum persepuluhan? (Lihat Ajaran dan Perjanjian 119. Ini tentang pendapatan. Semua ahli yang ada pendapatan harus membayar persepuluhan.) Bagaimanakah persepuluhan berbeza dengan jenis sumbangan yang lain?

  • Apakah kegunaan persepuluhan? Dalam cara apakah anda telah diberkati kerana ahli Gereja membayar persepuluhan?

  • Apakah berkat yang datang kepada orang yang mematuhi hukum persepuluhan? (Lihat 3 Nefi 24:7–12). Anda boleh mencari beberapa yang digambarkan dalam pesanan Elder David A. Bednar “Tingkap-tingkap Syurga” (Liahona, Nov. 2013, 17–20). Lihat, khususnya, untuk berkat-berkat yang tidak semestinya kewangan. Bagaimanakah anda telah melihat berkat-berkat ini dalam kehidupan anda?

Anda juga boleh membaca Markus 12:41–44. Apakah yang cerita ini ajarkan anda?

3 Nefi 25:5–6

Tuhan menghantar Elia untuk memalingkan hati saya kepada nenek moyang saya.

Pada zaman kita, hati kita “berpaling kepada bapa-bapa [kita]” melalui kerja bait suci dan sejarah keluarga. Bagaimanakah ini berlaku kepada anda? Semasa anda membaca 3 Nefi 25:5–6 dan Ajaran dan Perjanjian 110:13–16, renungkan mengapa ini adalah bahagian penting dalam rancangan Tuhan.

Lihat juga “K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

3 Nefi 23:1, 5

Saya boleh menyelidiki tulisan suci dengan tekun.

  • Arahan Juruselamat dalam 3 Nefi 23 menunjukkan betapa pentingnya tulisan suci kepada-Nya. Untuk membantu anak-anak anda menemui ini, anda boleh membaca 3 Nefi 23:1, 5 dengan lantang dan minta mereka mendengar perkataan yang diulangi tiga kali. Bagaimanakah menyelidiki adalah berbeza daripada hanya sekadar membaca?

  • Mungkin anda dan anak-anak anda boleh menulis ayat suci kegemaran dan menyembunyikannya. Kemudian anda boleh bergilir mencari tulisan suci tersembunyi itu, membacanya bersama, dan bercakap tentang mengapa ayat-ayat ini bermakna.

3 Nefi 24:8–12

Membayar persepuluhan membuka tingkap syurga.

  • Bantu anak-anak anda mencari 3 Nefi 24:8–12 untuk mencari cara untuk melengkapkan ayat ini: Jika saya membayar persepuluhan, Tuhan akan …. Anda juga boleh berkongsi pengalaman di mana anda telah diberkati kerana anda membayar persepuluhan. Jika ia berguna, pertimbangkan untuk menulis beberapa jumlah wang dan membantu anak-anak anda mengira berapa banyak persepuluhan (10 peratus) untuk diberikan untuk setiap jumlah.

  • Halaman aktiviti minggu ini dapat membantu anak-anak anda bercakap tentang beberapa cara Tuhan menggunakan persepuluhan untuk memberkati ahli Gereja-Nya. Mungkin mereka boleh melukis (atau mencari gambar dalam majalah Gereja) tentang cara-cara persepuluhan memberkati mereka.

3 Nefi 25:5–6

Bapa Syurgawi mahu saya belajar tentang nenek moyang saya.

  • Bagaimanakah anda akan mengilhami anak-anak anda untuk mencari dan belajar tentang nenek moyang mereka? Bagaimanakah anda boleh menggalakkan anak-anak anda untuk melaksanakan tatacara bagi nenek moyang mereka apabila mereka besar? Pertimbangkan untuk membantu mereka menyelidiki 3 Nefi 25:5–6 untuk mencari sesuatu yang akan berlaku pada zaman akhir. Anak-anak yang lebih kecil boleh meletakkan tangan mereka pada hati mereka setiap kali mereka mendengar perkataan “hati” semasa anda membaca ayat-ayat ini. Anda juga boleh membaca tentang bagaimana nubuat ini digenapi dalam Ajaran dan Perjanjian 110:13–16 (lihat juga Buku Seni Injil, no. 95). Beritahu anak-anak anda tentang bagaimana hati anda telah berpaling kepada nenek moyang anda. Contohnya, berkongsi pengalaman yang anda telah pelajari tentang nenek moyang anda dan melakukan tatacara bait suci untuk mereka.

  • Bantu anak-anak anda mengisi pokok keluarga dengan nama ibu bapa dan datuk nenek mereka. Cerita apakah yang anda boleh kongsi tentang salah satu nenek moyang anda? Tunjukkan gambar-gambar jika boleh. Anda juga boleh menyanyi bersama “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 98) dan bercakap dengan anak-anak anda tentang mengapa keluarga penting dalam rancangan Bapa Syurgawi.

Imej
Yesus membaca catatan bangsa Nefi bersama Nefi

Bring Forth the Record [Bawalah Catatan], oleh Gary L. Kapp.